You are on page 1of 1

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera.

Tuan Pengurus, Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional, Kuala Lumpur. Tuan, Sukacita saya menarik perhatian tuan. Saya ingin menyatakan hasrat dan harapan yang tinggi kepada apa-apa jawatan yang bersesuaian di Bank Simpanan Nasional termasuk jika ada program latihan untuk ditawarkan kepada pelajar lepasan ijazah.Saya merupakan pelajar graduan dalam bidang Syariah dan Undang-undang.Saya amat meminati bidang perbankan Islam ini dan telah belajar secara teori dan praktis berkaitan fiqh muamalat, kontrak muamalat dan undang-undang kontrak. Saya juga mempunyai sedikit pengalaman melalui pendedahan dalam kokurikulum Bimbingan Rakan Sebaya dimana pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan dalam produk perbankan Islam. Minat dan harapan yang tinggi ini InsyaAllah dapat saya realisasikan melalui tanggungjawab saya sebagai seorang Islam untuk memperluaskan lagi konsep perbankan berasaskan Syariah yang secara langsung dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap produk perbankan Islam secara lebih menyeluruh dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai agama dan budaya. Bersama ini saya lampirkan resume untuk perhatian pihak tuan.Terima kasih atas ruang waktu pihak tuan atas permohonan saya. Yang Benar. t.t NURUL ‘AWATIF BT HAIRULAZAM 4-12-20, Aprt Desa Tasik, Jalan 2A/146, 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur. Email : wawafx89@gmail.com Mobile : 013-6435782