You are on page 1of 1

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman.

Tiba-tiba kamu terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Ceritakan bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut. Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah. Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah. Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau mungkin patah. Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang cedera. Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri. Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu, tanpa berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.