You are on page 1of 23

Konsep Budaya Dalam Masyarakat Pluralistik

Pengertian Budaya Sungguh pun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan “budi” yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi 1

keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan “trait complexes” dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau “items”. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Pola Budaya sebagai Perlakuan dan Kawalan Sosial Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas. Fungsi Budaya Dalam penyelidikan, fungsi budaya mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas. 2

Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masingmasing. konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalisme. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam. iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna. Oleh itu. Pengertian masyarakat Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Ini dikatakan pendekatan minat sosial. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Sesuatu unsur budaya yang lahir itu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Secara umum. Aneka budaya Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai. Dalam penggunaan harian. tradisi dan moden. tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan. berdasarkan sekitaran alam. fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini. masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. primitif dan moden. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik.Dalam pengajian akademik. 3 . Dalam masyarakat itu juga. diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Jadi. pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. misalnya pembahagian seperti “barat” dan “timur”. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya. apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Selain itu.

4 .Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri – meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas. mempengaruhi aktivti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan system interaksi yang tersendiri. Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group). meliputi pelbagai sistem komunikasi. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. institusi yang bersifat ekonomi. Mereka mempunyai kesedaran bersama. Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi. politik dan sebagainya. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan.Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya. sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciriciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu: Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggotaanggota masyarakat. adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama dalam aktiviti. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Mereka mempunyai kepentingan atas minat bersama. Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat – ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar. kumpulan budaya (cultural group) dan kumpulan ethnik (ethnic group). seperti institusi kekerabatan. pendidikan. Adakala berupa kebiasaan. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri. seperti tujuan dan minat bersama. Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial.

Pandangan Andreas Eppink tersebut dipersetujui oleh Edward B. difusi. Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. objek material dan wilayah (territory). Menurut Herskovits. berlawanan dengan "perkara semula jadi' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma. ialah penyesuaian dengan kehendak-kehendak budaya sendiri. nilai. baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. budaya merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau ( atau ringkasnya superorganik). enkulturasi. keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah kemasyarakatan. nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari. Radcliff-Brown (1939). Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi. Mengikut pandangan Andreas Eppink. tradisi. Masyarakat dan Budaya Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi. kepercayaan. ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan.R.Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A. budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Menurut Raymond William (1962) pula mendefinisikan budaya sebagai "suatu cara hidup tertentu" yang dibentuk oleh nilai. evolusi. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu. Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat. sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya. Dalam pengertian yang luas. budaya merupakan keseluruhan pengertian. Taylor di 5 . inovasi. assimilasi dan akulturasi. Beliau juga menyatakan bahawa budaya adalah suatu ekologi yang kompleks dan berubah dalam komunikasi serta interaksi sosial yang kebiasaannya berlaku. norma.

Ciri-Ciri Budaya Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkahlaku dan akal manusia : 1. Hal ini kerana bagi masyarakat itu. jeliran lidah bermaksud “hello”. kesenian. tatasusila. Budaya terbentuk dengan menggabungkan ciri-ciri seperti: Sistem agama dan politik Adat istiadat Bahasa Perkakas (sebagai hiasan atau masakan) Pakaian Karya seni Bangunan Kesimpulannya. budaya merupakan keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Budaya itu dikongsi . adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.Ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya tentunya sedia maklum tentang maksud sesuatu objek. Contohnya seorang lelaki di suatu tempat di Afrika akan berasa besar hati apabila dia terjumpa seorang lelaki lain dari kelompoknya sedang menjelirkan lidah kepadanya. tanpa disuruh pun dia akan terus menanggalkan kasutnya. budaya membawa maksud cara hidup yang dipraktikkan di dalam sesebuah komuniti masyarakat.mana beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan. 6 . Menurut Gemble. idea atau kelakuan dalam masyarakat itu. kepercayaan. Teri Kwal dan Michael (2002). Budaya boleh dikongsi oleh masyarakat lain yang mempunyai latar belakang komuniti. Umumnya apabila seorang Melayu masuk ke rumah seorang Melayu lain. masyarakat yang berbeza. undang-undang.

dengan sendirinya dia akan berusaha mengambil tahu tentang adat budaya perkahwinan dalam masyarakatnya. Kita tidak perlu berfikir tentangnya lagi. buang air. „Mat saleh‟ itu pula akan terasa hati apabila sahabatnya orang Melayu tadi meletakkan tuala dan persalinan di katil. Ilmu itu tidak sedia ada pada dirinya melainkan mestilah dipelajari.Budaya dikatakan tidak kelihatan kerana ia mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran kita kerana ia sudah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Contohnya apabila seseorang itu hendak berkahwin. Budaya itu dipelajari . 2. berlindung dan sebagainya. Malam nanti terus sahaja masuk tidur. tidak kira bila si tetamu hendak mandi.Budaya tidak diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara genetik. 4. minum. Padahal memang menjadi adab orang Melayu untuk menyediakan tuala dan pakaian salin dengan segera kepada tetamu yang mahu bermalam. Ia bukan satu kejanggalan kerana hal itu sudah sebati dalam diri masing-masing ahli masyarakat Cina itu. Contohnya ada orang-orang Cina di Tanah Melayu pada zaman dahulu tidak membuka kelambunya selepas bangun pada waktu pagi. Baginya perlakuan itu seolah-olah mengatakan dirinya busuk dan mesti segera mandi. Budaya dipelajari oleh ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat apabila mereka saling berinteraksi dengan persekitaran sosial mereka. Orang Melayu pula sebaliknya apabila bangun pagi terus membuka dan melipat kelambu serta menggulung tilam. orang Arab suka dihidangkan roti terus di atas meja 7 . Budaya itu tidak kelihatan . Seorang „mat saleh‟ akan terus masuk ke rumah temannya orang Melayu tanpa membuka kasut.Umumnya apabila seorang Jepun didatangi tetamu. akan berlakulah kekecohan dan ada kalanya kelucuan. tapi terus melakukannya sebagai rutin. Budaya mempengaruhi proses-proses biologi . 3. Perlakuan-perlakuan ini terjadi dengan sendirinya kerana elemen budaya itu sudah dikongsi menyebabkan ia dimaklumi oleh ahli-ahli dalam masyarakat tersebut.Manusia mempunyai kehendak- kehendak biologi yang sama iaitu makan. Apabila budaya tidak dikongsi. Contohnya (secara umum) orang Melayu suka makan menggunakan tangan dengan duduk bersila di bawah. rehat. tidur. mereka sama-sama akan membongkokkan diri tanpa disuruh. Budaya „mat saleh‟ dan budaya Melayu sudah tentu banyak perbezaannya. Jelasnya di sini. budaya itu dikongsi oleh sesuatu masyarakat. walaupun cara manusia memenuhi tuntutan biologi itu adalah mengikut acuan adat budaya masing-masing. Begitu juga dengan perlakuan kita menggosok gigi pada setiap pagi.

Contohnya budaya MTV yang berasal dari Amerika Syarikat. 8. mereka mempunyai unsur-unsur budaya sejagat iaitu wujudnya seni beladiri.tanpa berlapik. keraian dan pelbagai lagi. 7. 6. istilah kekerabatan. sedikit atau banyak. orang Cina menggunakan penyepit dan orang Barat menggunakan sudu dan garfu. Budaya itu sejagat .Budaya dikatakan adaptif kerana ia memastikan kelangsungan masyarakat manusia. Maladaptifnya budaya merokok ini adalah kerana ia menjejaskan kesihatan manusia dan kesihatan alam sekitar. Budaya itu bersifat Intergratif . memburu. Perubahan budaya berlaku melalui proses inovasi atau difusi. Maksudnya dalam masa yang sama juga ia tidak menyumbang kepada kelangsungan manusia. Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak kepada budaya-budaya lain. Budaya itu Adaptif dan Maladaptif . sementara ada masyarakat lain di dunia ini yang makan jagung. tarian. Inovasi ialah idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat seperti kemajuan komputer dan media telah merubah budaya hidup dan budaya sosial kita.Budaya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain seperti aspek agama. telefon bimbit dan sebagainya. peraturan moral atau agama. Begitu juga dengan perkhidmatan bas. Penciptaan dapur gas membuatkan makanan lebih cepat disediakan berbanding dapur kayu. Contohnya manusia mencipta peralatan untuk memasak. Ringkasnya. pembahagian tugas. menghidupkan api dan sebagainya. berpantang selepas bersalin.Budaya berubah dari semasa ke semasa.Umumnya dalam masyarakat yang mana pun di serata pelusuk dunia ini. 8 . perubatan. sekalipun bentuk makanan dan cara makannya ada perbezaan. membela diri. budaya itu ada yang adaptif dan ada yang maladaptif. cepat atau lambat. upacara pengkebumian. Pendek kata. orang Mesir makan gandum (roti). Budaya itu mengalami perubahan . semua ahli masyarakat di atas tadi makan. Namun begitu budaya juga bersifat maladaptif. politik. hiasan tubuh. Budaya minum sesuatu yang memabukkan juga bersifat maladaptif. Orang Iran makan nasi sebagai makanan ruji. penciptaan motosikal. kekeluargaan. Orang Cina suka melebihkan sayur manakala orang Arab suka melebihkan daging. Budaya ini begitu banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global. 5. social. maka masyarakat makan dengan lebih menu. Sifat adaptif budaya ini membuatkan manusia terus kekal dan dominan di atas muka bumi. ekonomi. Contoh paling mudah ialah budaya merokok yang tersebar ke serata ceruk dunia.

Hal ini telah menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang miskin memandangkan mereka adalah peribumi di Malaysia. tetapi perpaduan atau integrasi kaum masih berada ditahap yang menggusarkan. segenap aspek kehidupan mereka akan turut berubah. Selain daripada latar belakang sejarah. kaum-kaum di Malaysia dipisahkan mengikut kawasan petempatan. agama yang berbeza antara kaum-kaum ini. hiburan dan sebagainya. Di antaranya ialah : 1. kesan daripada konstruksi penjajah dahulu. Contohnya apabila sesuatu masyarakat itu menerima agama baharu. 9 . Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. berasaskan persamaan hak dan keadilan”. Keadaan ini memang meyukarkan interaksi antara kaum ini berlaku lantas turut menyukarkan proses integrasi antara kaum-kaum terbabit. Orang Melayu di kampung-kampung. budaya. Aspek-aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. ada lagi sebab-sebab lain yang menyumbang ke arah kelesuan integrasi kaum di Malaysia selama ini. bahasa. Ketidakstabilan Sosio-Ekonomi Antara Kaum Ini adalah antara punca awal yang membawa kepada kegagalan integrasi kaum di Malaysia. ianya membawa kepada suatu lagi konflik lain iaitu perbezaan pendapatan masyarakat. Masalah dalam integrasi dan perpaduan etnik Walaupun sudah 50 tahun Malaysia merdeka. Ianya mempunyai banyak punca. orang Cina di pekan dan bandar-bandar. aspek-aspek yang lain akan turut mengalami perubahan. Dari aspek sosial. berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum. Ekoran daripada pengkelasan kaum mengikut kawasan petempatan ini. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang paling susah dan miskin walaupun mereka adalah bumiputera. orang India pula berada di estet-estet. Jika berlaku sesuatu perubahan kepada salah satu aspek. manakala kaum Cina yang menetap di bandar muncul sebagai kaum yang terkaya. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama.perubatan.

NGO dan sebagainya.Akibatnya. Adalah mustahil seorang Melayu akan menjadi ahli didalam sebuah pertubuhan perniagaan Cina. Setiap kaum sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identiti kaum. Dewan Perniagaan Cina. tetapi masih tiada integrasi seperti apa yang ada di Malaysia pada hari ini walaupun sudah ratusan tahun hidup bersama. Di Malaysia. hasilnya. Persatuan Peniaga India. kaum dan etnik Fahaman politik setiap kaum berbeza. Misalnya UMNO. Golongan Bumiputera terus bimbang bahawa orang-orang asing akan menguasai semua bidang dan mereka akan tenggelam di tanah air mereka sendiri disebabkan kemiskinan. yang akhirnya membawa kepada pergaduhan kaum secara terbuka seperti apa yang berlaku didalam peristiwa 13 Mei 1969. kaum-kaum ini mula menyimpan semangat permusuhan dan salah faham antara satu dengan yang lain. GPMS dan lain-lain organisasi. bahkan semakin memecahbelahkan kaum-kaum di Malaysia. kebanyakan organisasi ini beria-ia menerapkan faham perkauman melampau dalam kalangan ahli mereka bagi mengukuhkan sokongan ahli. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Perasaan perkauman yang berlebihan telah menyebabkan prejudis antara kaum semakin subur. Antara medium utama yang menggerakkan fahaman ini ialah parti-parti politik. Apa yang menggusarkan. Kaum-kaum di Malaysia akan berada di dalam pelbagai organisasi yang berbeza kerana keadaan semasa telah mendorong ke arah itu. terdapat banyak organisasi yang ditubuhkan berdasarkan faktor perkauman ini. program keagamaan . bahasa dan budaya masingmasing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan . Situasi sebegini nyata tidak menyumbang kearah pengintegrasian kaum. 2. Kaum Cina dan India pula bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan mereka akan tergugat walaupun mereka bersedia menumpukan perhatian taat setia kepada negara ini. Politik perkauman ialah kepercayaan positif terhadap organisasi politik dan sosial mengikut garis perkauman ataupun etnik.akhbar dan peraturan sosial. muncul suatu civil society yang sudah dewasa. agenda organisasi-organisasi berlandaskan kaum ini 10 . persatuan-persatuan. Pengasingan kaum mengikut organisasi ini ternyata menyukarkan integrasi kaum untuk berlaku. Pertubuhan-pertubuhan yang berteraskan kaum ini pastilah menarik keahlian bagi satu-satu kaum sahaja. Lebih malang lagi. Perbezaan politik mengikut bangsa.

tidak hairan jika mereka saling bergaduh antara satu kaum dengan kaum yang lain. 11 . memecahbelahkan kaum-kaum ini semenjak kecil lagi. Sistem pendidikan yang berbeza Pengasingan institusi pendidikan berteraskan kaum di Malaysia juga merupakan suatu masalah besar yang dihadapi masyarakatnya. Perpaduan yang seharusnya diajarkan kepada masyarakat semenjak mereka kecil telah menemui kegagalan di dalam konteks ini kerana mereka diasingkan mengikut aliran persekolahan rendah yang berbeza. budaya. apabila mereka ini berada di sekolah menengah dan institut pengajian tinggi. orang Cina pula di sekolah-sekolah Cina. Namun. Anak-anak kecil yang tidak diintegrasikan semenjak kecil ini akan sukar untuk bermasyarakat dengan kaum-kaum lain ketika dewasa kelak. Justeru. asalkan organisasi perkauman mereka berada di dalam keadaan yang paling baik. sistem pendidikannya terutama di sekolah rendah adalah berteraskan satu-satu kaum sahaja. tidak keterlaluan jika dikatakan. adalah malang. Mereka lebih rela tidak bersatu ataupun bermusuhan. pendidikan adalah wahana penting untuk mengintegrasikan kaum. Dalam kes ini. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa. Hal ini telah menimbulkan semangat perkauman yang sangat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. kaum Cina dan India tidak mahu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda mereka dihapuskan. begitu juga dengan kaum India. Akibat itu. faham perkauman telah diterapkan di dalam minda masyarakat pelajar semenjak mereka berada di bangku sekolah rendah lagi. kebanyakan anak-anak orang Cina akan bersekolah rendah di sekolah rendah aliran Cina dan anak-anak orang India akan bersekolah rendah di sekolah aliran Tamil.adakalanya telah diletakkan di tempat yang lebih tinggi berbanding dengan agenda perpaduan kaum. ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. Justeru mereka tetap berkeras untuk mengekalkan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil di Malaysia. di Malaysia. Orang Melayu kebanyakannya bersekolah di sekolah kebangsaan. Pendidikan yang seharusnya menjadi platfom terawal ke arah penerapan nilai perpaduan di dalam jiwa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum telah secara tidak langsung. 3. kerana wujudnya sistem pendidikan berteraskan kaum ini. Bahkan. Hasilnya. Tidak perlu dinafikan. perpaduan kaum yang longgar akan berlaku.

setiap kaum mempunyai akhbar di dalam bahasa ibunda masing-masing. Identiti kaum akan lebih kuat dan diutamakan. Namun. orang Cina pasti lebih cenderung untuk membaca Nanyang Siang Pau berbanding dengan akhbar Kosmo. Masalah perpaduan dan integrasi kaum akan terus wujud jika kita masih bertegas untuk membeza-bezakan kaum yang ada di dalam Malaysia. Media Massa Media massa juga merupakan antara penyumbang ke arah kegagalan integrasi kaum di Malaysia walaupun sudah mencapai 50 tahun usia kemerdekaannya. Identiti nasional dan kebangsaan tidak dipedulikan. harus diingat bahawa penggunaan akhbar-akhbar ini bukan sekadar menggunakan bahasa ibunda. itu sudah melanggar hak menggunakan bahasa ibunda oleh kaum-kaum di Malaysia. bahkan mungkin ada yang mengatakan jika kita jadikan masalah bahasa ini sebagai punca pepecahan kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan misalnya dianggap oleh kaum bukan bumiputera 12 . Inilah masalahnya yang boleh kita kaitkan dengan media massa. Begitu juga akhbar-akhbar di Sabah dan Sarawak yang dibuat khusus untuk bacaan khalayak tertentu. Media massa sedikit sebanyak telah menyumbang ke arah segregasi kaum di Malaysia. 5. Salah Faham Terhadap Dasar Kerajaan Perkara ini juga merupakan antara punca utama masalah integrasi kaum di Malaysia masih belum menemui jalan keluarnya. Hal ini memanglah kelihatan kecil. Semuanya berkaitan dengan persepsi negatif dan prejudis kaum-kaum bukan bumiputera terhadap dasar-dasar utama kerajaan. Apa yang menguntungkan. bahkan turut meniupkan semangat perkauman kepada pembaca akhbar mereka.4. Orang Melayu lazimnya membaca akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu dan Berita Harian. khususnya dasar sosial yang dianggap sebagai berat sebelah dan hanya untuk menguntungkan orang Melayu sahaja. Kerana wujudnya situasi sebegini. bahasa pengantar akhbar itu tidak difahami oleh semua orang kerana ia menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing. perbezaan kaum akan lebih terserlah. Dasar-dasar utama kerajaan ini yang matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan perpaduan negara yang lebih baik telah menerima sambutan dingin daripada kaum-kaum bukan bumiputera ini. Media massa yang memang begitu rapat dengan rakyat turut berperanan menyumbang ke arah kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Akhbar misalnya. begitu juga dengan kaum India yang pasti lebih memilih akhbar Makkal Ossai berbanding dengan akhbar Sinar.

bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini? Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan integrasi dan mengekalkan keharmonian kaum dan menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil melalui dasar ini.sebagai suatu dasar untuk menghapuskan sistem pendidikan kaum mereka dan untuk mengurangkan penggunaan bahasa ibunda mereka. 13 . nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Rasa prejudis yang tidak berasas ini telah membuatkan kaum-kaum bukan Melayu berada di dalam keadaan tertekan sekaligus berasa cemburu dengan orang Melayu yang dianggap menggubal dasar dan undang-undang untuk kepentingan orang Melayu sendiri. Persoalannya. Tanpa perpaduan. sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum yang menggagalkan integrasi kaum di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Walhal. dasar ini bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan kewujudan suatu sistem. Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Langkah-langkah mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam mengekalkan kesejahteraan negara Kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Salah faham dan stereotaip ini juga didorong oleh kurangnya penelitian mereka terhadap sejarah kenegaraan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Begitu juga halnya dengan dasar-dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ringkasnya. Obsesi untuk berada di dalam kelompok kaum sendiri dari segala segi juga adalah salah satu punca utama yang telah menggagalkan integrasi kaum di Malaysia. bahasa pengantar dan silibus pelajaran yang sama bagi semua aliran sekolah di Malaysia.

dasar pecah dan perintah yang 14 . Peranan sekolah dan institusi pendidikan .Pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Peranan ibu bapa di rumah . Antaranya.Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pendek kata. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. seperti kajian Sains. “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa. nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. misalnya Bahasa Melayu. guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar. guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah. 2. pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.1. Dengan cara itu. 3. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya. ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. dan sambutan-sambutan dalam sekolah. persembahan maklumat. Persis kata mutiara. misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa. Bahasa Inggeris. Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Memahami dan menghayati sejarah Negara . Dalam proses menjayakan inisiatifinisiatif tersebut. dan bahasa-bahasa ibunda. Dalam konteks ini. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa.

4. kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. “serampang dua mata”. Selain itu Konsep Rumah Terbuka semasa perayaan juga memainkan peranan penting. Program Rukun Tetangga.Masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Program Hari Keluarga misalnya.Media massa. Bak kata pepatah. menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat. Sambutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. 5. pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka. Sesungguhnya. Ia juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat.dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara.elektronik dan cetak memainkan 15 . Peranan masyarakat setempat . Pada masa yang sama. kedua-dua media.Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Melalui aktivitiaktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga. Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Oleh itu. dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. perbezaan idealogi. Peranan media massa . iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong.

Peranan Kerajaan . 7. seterusnya menjejaskan keamanan negara. kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu.0%) dan The Star (15.fm adalah pilihan utama dan akhbar Utusan Malaysia pula menjadi akhbar pilihan ramai (21. Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee.2%). apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana 16 . 6. Namun. Sebagai jentera pentadbiran negara. Stesen radio Era. Kajian yang dilakukan ke atas keberkesanan media massa dalam memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional memperlihatkan pengaruh media massa ke atas nilai dan sikap masyarakat terhadap perpaduan telah merumuskan media massa di Malaysia menjadi elemen yang berkesan bagi memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional. diikuti Berita Harian (16. kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Hal ini adalah kerana tindakantindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum. TV3 adalah saluran utama yang ditonton dan TV1 adalah saluran yang paling kurang ditonton. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian. Misalnya.peranan penting bagi membina kesedaran dan galakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Maklumat yang disebarkan melalui media massa boleh memberi mesej perpaduan kerana nilai-nilai perpaduan boleh dibentuk dalam rancangan terbitan televisyen atau radio di samping paparan artikel di akhbar. Dapatan kajian turut memperlihatkan televisyen sebagai sumber utama mesej berbanding radio dan akhbar. telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya.1%).Rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. walaupun kita diberikan kebebasan bersuara. Secara umum dapat diketahui bahawa lebih ramai penduduk Malaysia membaca akhbar berbahasa Melayu dan mesej perpaduan negara telah membawa kesan positif kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan. Peranan individu sebagai rakyat Malaysia .

kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. hormat menghormati dan sebagainya. Kesedaran bermula daripada anda sendiri. Sesungguhnya perpaduanlah merupakan tunjang bagi kemakmuran dan keamanan negara ini. Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu nikmat kurniaan Tuhan yang dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup dalam kalangan rakyat yang berbilang agama. Demi merealisasikan gagasan tersebut. Nikmat-nikmat ini mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang. iaitu Bahasa Melayu. maka kita mestilah sentiasa memupuk kesedaran masyarakat supaya menghargai nilai perpaduan ini serta berusaha menjaga dan memperelokkannya. Tuntasnya. bangsa dan kebudayaan. Kesimpulannya. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. untuk mencapai matlamat 17 . iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah Negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia.Menteri Malaysia. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Namun yang paling utama. usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan. melihat betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kejayaan umat dan negara. Kita juga mestilah mengajak masyarakat supaya menjauhi gejala-gejala yang boleh membawa perpecahan di samping mengajak mereka berpegang dengan nilai-nilai hidup murni yang berupa kasih sayang. Oleh itu. Harga sebuah keamanan dan kemakmuran itu sangat penting kerana rakyat di negara-negara yang lain belum mampu memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi berbanding dengan apa yang telah dicapai oleh kita di Malaysia hari ini. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. kita sendiri mestilah memulakan cara hidup yang mulia ini sebelum kita mengharapkan orang lain dapat mengamalkannya pula.

Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan Wawasan 2020.perpaduan negara yang kukuh. seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baru. seluruh masyarakat perlu berganding bahu. Pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Semoga 55 tahun kemerdekaan akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar. 18 . Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.

com.com.RUJUKAN 1.my/articles/MindaPengarang_PeringatanSeriPadukatentangper paduanuntuksemua/Article/ 6.bharian. http://www.asp?y=2001&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=re_02.com/2013/02/model-perpaduan-kaum-di-malaysia. Abdul Halim Ramli (Prof Madya) Hubungan Kaum: Sejarah dan Asas Perpaduan (2009) 21 .htm 2.blogspot. http://www.pdf 7.html 4.blogspot. http://www.my/utusan/info.com/doc/63179251/Masalah-Cabaran-Perpaduan-Kaum 8.my/bookchapterdoc/2009/malay/Book10/Bab09.penerbit.utm. http://utusan.utusan. http://cikguazharrodzi.my/utusan/Rencana/20120924/re_03/Wasiat-Dr-Mahathir-demiperpaduan-Melayu 5.html 3.com.com/2012/09/tiga-cabaran-perpaduan-dan-integrasi. http://www. http://melayumaya. http://www.scribd.slideshare.net/ChinWei1/usaha-dan-strategi-yang-diambil-oleh-kerajaanbagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-dan-inter 9.

Saya suka subjek ini sebab ia memberi peluang kepada kita untuk menyuarakan pendapat di samping memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan untuk menjawab kertas kerja. Encik Hamdan Bin Misram di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam mata pelajaran Hubungan Etnik ini. implikasi daripada sejarah inilah wujudnya keharmonian di Malaysia. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah. yang tidak dapat saya lupakan ialah 'tiada jawapan yang salah kecuali final exam' itulah yang sering kali diucapkan oleh pensyarah yang membuatkan saya lebih yakin dengan diri sendiri membuka minda lebih luas dalam mempelajari subjek hubungan etnik ini. Sewaktu pengajaran subjek ini. isteri dan ibu kepada anak -anak tersayang. Saya amat berharap agar pengorbanan ini disusuli dengan kejayaan yang manis.REFLEKSI Alhamdulillah. Apa pun ia memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya hidup bermasyarakat dalam pelbagai kelompok kaum. Penerangan yang baik dari pensyarah juga memberi kesan kepada pelajar untuk memahami intipati yang disampaikan. Bukan mudah untuk saya menbahagikan masa antara untuk belajar. bekerja sebagai guru. syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnianya dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan Hubungan Etnik yang diberikan oleh pensyarah. Perpaduan yang dicapai hari ini perlulah diteruskan untuk generasi yang akan datang. 19 . Subjek Hubungan Etnik ini lebih kepada sejarah Perlembagaan Malaysia. Tetapi. Apa pun . Saya amat menghargai dan bersyukur dengan apa jua keadaan dan situasi malah saya akan menganggap ianya sebagai salah satu cabang kejayaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga juga buat suami dan anak-anak yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk meneruskan pengajian di bawah program PPG ini. pemahaman dan pendekatan terhadap sejarah kehidupan masa sebelum merdeka dan selepas merdeka memberi banyak makna dalam kehidupan kita pada masa kini. suri rumah.

Melalui mata pelajaran ini juga banyak memberi pengetahuan tentang kepelbagaian etnik yang ada di negara kita dengan cara hidup yang tersendiri dan unik. Kestabilan dan keharmonian yang diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Sebagai rakyat Malaysia kita sewajarnya rasa bertuah kerana tinggal dalam Negara yang mempunyai pelbagai etnik. Selain daripada itu ia juga mengajar kita betapa pentingnya mengamalkan sikap perpaduan sesama kaum. sikap toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur. Akhir kata. Wassalam. Malah secara tidak langsung ia akan membuka mata Negara lain untuk mencontohi Negara kita. bermuafakat demi kepentingan bersama. Perpaduan yang utuh akan menjamin kesejahteraan hidup dan menjadikan sesebuah negara itu membangun dengan pesatnya. Semua ini adalah hasil daripada semangat persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai kemerdekaan. segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dating dari kelemahan saya sendiri. Disediakan oleh SAIYAH BINTI ACHIL PPG BM D SEM 3 AMBILAN FEBRUARI 2012 NO MATRIKS: PPG 2012191360070 20 . budaya dan agama namun masih mampu hidup dalam keadaan aman dan damai.

Tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Izzat Bin Abdullah selaku tutor di atas kerjasama.t memberikan ganjaran yangberlipat ganda buat anda semua serta beroleh keberkatan-Nya.PENGHARGAAN Bismillahhirrahmannirrahim.w. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Hamdan Bin Misram. Semoga Allah s. saya amat berharap semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat serta sumbangan kepada pihak yang membacanya. Ternyata ianya amat berfaedah kepada saya dalam mempertingkatkan pengetahuan dan secara tidak langsung membantu diri saya dalam usaha memperlengkapkan diri sebagai pendidik. Kuala Lumpur iaitu pensyarah bagi kursus ini yang telah memperkenalkan dan memberi bimbingan kepada saya melalui modul yang dibekalkan. Semoga Allah s. IPG Kampus Bahasa Melayu. .w. Tugasan ini merupakan tugasan wajib bagi kursus WAJ 3106 Hubungan Etnik dalam Program PPG Semester ke 3 ini. bimbingan serta teguran beliau sehingga tugasan ini selesai disiapkan mengikut masa yang ditentukan.t kerana dengan izinNya. Akhir sekali. Jabatan Sains Dan Sosial. dapat saya menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi sumbangan berupa idea dan bahan-bahan rujukan serta bahan-bahan ilmiah berkaitan sebagai rujukan untuk melengkapkan tugasan ini. segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t menjadikan semua ini sebagai ilmu yang bermanfaat buat saya. Alhamdulillah.

LAMPIRAN .