You are on page 1of 9

AMALI 1 : Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan Tarikh : 9 Julai 2013 Objektif : Mengukur Makrofauna Bahan

dan alat radas : Corong Tullgren, beg plastik, bikar, piring petri, kanta pembesar, kertas pH (biru dan merah), forsep, larutan etanol, kertas label termometer, mentol Pengenalan : Kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu jaringan ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, berlakunya pemindahan tenaga dalam suatu ekosistem bagi mewujudkan keseimbangan anatara mereka.

Permulaanya, tumbuhan mengalami proses fotosintesis untuk mendapatkan tenaga dan disimpan dalam bentuk karbohidrat. Seterusnya, haiwan herbivor pula memakan tumbuhan tersebut lalu berlakunya proses pemindahan tenaga. Tenaga yang diperoleh oleh haiwan tersebut pula disimpan dalam bentuk lemak. Proses pengaliran tenaga ini terus berlaku apabila sesuatu organisma itu dimakan oleh yang lain. Walaubagaimanapun, proses pertukaran tenaga ini berlaku pengurangan di setiap peringkat. Apabila sesuatu organisma tersebut telah mati, organisma tanah pula akan memecahkan organisma yang mati tersebut lalu membekalkan nutrien kepada tumbuhan lain. Tugas ini dijalankan oleh makrofauna dan mikrofauna yang terdapat di tanah. Dalam kajian tanah, organisma besar makrofauna boleh dikumpulkan dengan

menggunakan tangan atau disingkir keluar dengan tapisan jaring terbuka. Untuk makrofauna yang kecil pula, Corong Tullgren digunakan dengan cara sampel tanah diletakkan di atas jaring dawai dan lampu dinyalakan. Teknik ini mengaplikasikan gerak balas negatif haiwan terhadap cahaya yang terang, kelembapan yang rendah dan suhu yang tinggi.

Tanah itu telah diambil di kawasan berumput. Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yang berlainan telah diambil. kawasan yang mempunyai tumbuhtumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza. 5. Bikar yang mengandungi etanol telah dikeluarkan dan makrofauna yang terperangkap diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3. 6. 7. 500 ml. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1. dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam bikar. 3. 2. Bikar tersebut. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2.Prosedur : 1. 4. Tanah tersebut telah dibiarkan selama dua hari. Rajah 1 (a) Rajah 1 (b) . Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter tanah. Tanah dimasukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1 (a) dan 1 (b).

dan kenal pasti dalam kumpulan. liat dll) Lokasi 1 tanah redup lembap Lokasi 2 Tanah berpasir Terdedah dibawah cahaya Kering Mampat Tanah liat Kurang mampat Tanah berpasir Jadual 1 : Spesimen hidup di atas tanah Order atau Kumpulan Bilangan @ lokasi 1 Makrofauna Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = 500 cm3 isipadu tanah = 500 cm3 cacing tanah kumbang busuk 3 4 Jadual 2 : Makrofauna Terbesar 2 0 Kosongkan kandungan dalam jar pengumpul ke dalam piring petri.Keputusan : Ciri-ciri Lokasi Jenis tanaman tahap naungan Kelembapan/Kekeringan Tanah pH Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir. . Kira jumlah individu dari setiap kumpulan.

Labah-labah seliter tanah/litupan bil. Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2 bilangan Makrofauna kecil seliter tanah/litupan bilangan Makrofauna besar seliter tanah/litupan bil. lipan seliter tanah/litupan 7 11 1 1 2 7 1 0 bil. kutu seliter tanah/litupan bil.Jadual 3 : makrofauna terkecil Order atau Kumpulan Makrofauna kutu lipan Labah-labah semut Semut bersayap Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = 500 cm3 1 1 4 4 1 Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = 500 cm3 1 0 0 6 0 Berdasarkan. keputusan Jadual 2 dan 3 dikira bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun. semut seliter tanah/litupan bil. dan bilangan individu dari setiap kumpulan seliter tanah dan litupan daun. Semut bersayap seliter tanah/litupan 4 4 1 0 6 0 .

. Dalam ekosistem ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembap. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu bertindak sebagai pengurai. hidupan heterotrof yang tidak mampu menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya. Contohnya. 2. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut. Pepohon di sini hidup dengan subur. habitat paus adalah di dalam laut. habitat buaya adalah perairan payau. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk menunjukkan tempat sekelompok organisma dari berbagai spesies yang membentuk suatu komuniti. Tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan bawah pepohon yang sedikit lembap. . begitu juga dengan haiwan lain yang bergantung hidup pada pokok ini misalanya kulat. menggunakan karbon yang dihasilkan oleh pokok.Perbincangan : 1. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat tanah dari sudut biologinya. habitat monyet dan harimau adalah hutan. habitat pohon bakau adalah kawasan air pasang surut dan sebagainya. mencegah hakisan tanah. tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah yang lain. Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup. membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah. Daripada keputusan yang diperolehi.

arthopoda. Ini menyebabkan struktur tanah menjadi lebih berbentuk-bentuk dan berongga. Antara peranan yang haiwan makrofauna adalah untuk mengubahsuai struktur tanah bagi membolehkan mereka bergerak dan mencari makanan. nematod). dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas rantai makanan). melindungi diri serta berkembang biak. 3. semut dan lain-lain lagi. labelkan jenis biota (contoh : kulat. apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir.Antara contoh makrofauna yang habitanya di tanah ialah cacing tanah. Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di bahagian atas mati? . Berdasarkan rantai makanan yang disediakan.

Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri. Perpindahan tenaga ekosistem berlaku dari satu aras kepada aras yang lain. setiap pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa. mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Dengan itu.Organisma-organisma dari komponen biosis berkemandiri sama ada dengan menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. pengguna dan pengurai. tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi melalui rantai makanan tersebut. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Selepas itu. . Setiap organisma ada yang menjadi pemangsa dan mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Berdasarkan rajah di atas. Jika organisma dibahagian atas seperti lembu mati. tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau organisma autotrof. ulat akan bertindak sebagai pengurai (decomposer) semulajadi. Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain. Detritivor hidup dalam tanah yang mempunyai komponen organik. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus. Dalam apa jua komuniti. Sesuatu ekosistem terdiri daripada tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar. Tenaga yang dipindahkan akan berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama.

5. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini? Mikrofauna adalah organisma uniselular yang hanya mampu dilihat melalui mikroskop. Tanah yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi pula terbaik untuk proses pertanian. Mikrofauna boleh ditemui di seluruh muka bumi. Mikrofauna berukuran lebih kecil daripada 0.4. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi tanah di dalam ekosistem. dan juga kesihatan tanah. Tanah yang mempunyai makrofauna atau kompenan biota lebih banyak akan mengahsilkan kepekatan oksigen yang tinggi. Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan biologi. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan? Biota tanah menyumbang kepada kesuburan tanah. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang adalah melalui kawalan biologi. manakala mesofauna pula berukuran diantara 0. Kawalan biologi merupakan penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang menyebabkan keburukan. arthropods dan nematode yang besar. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah. Fungsi utama kedua-dua organisma ini adalah untuk mengurai hidupan makrofauna secara semula jadi.1mm. begitu juga dengan mesofauna seperti cacing tanah.1mm dan 2mm. 6. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi. .

Lokasi 1 lebih banyak bilangan . makrofauna berbanding dengan Lokasi 2. Kesimpulan : Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah.Biota tanah ini berperanan utama pada semua peringkat dalam makanan mikro web di mana tenaga dipindahkan dari satu organisma yang lain dan sebagai nutrien akibat dikitar semula melalui persekitaran tanah.