You are on page 1of 17

TUGASAN 1

KOD KURSUS : HBEF2803 TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER : MEI 2013

NAMA NO. MATRIKULASI

: :

SALAHUDDIN BIN JAMHARI 810116135009001 810116135009 0138284807 udean8183@yahoo.com udean@oum.com

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MEL : :

NAMA PENSYARAH

: SIBU LEARNING CENTRE

PUSAT PEMBELAJARAN :

Adat Meminang. Muka Surat 3 4 5 5 5 6 7 8 9 10 11 11 12 14 14 15 16 17 2 . Adat Merisik.Isi Kandungan Pengenalan. Akad Nikah. Cara Diamalkan. Majlis Persandingan. Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu. Sebab-sebab Tradisi Diamalkan. Pelaksanaan Selepas Perkahwinan. Adat Berinai. Persiapan Majlis Persandingan. Upacara Berinai. Rujukan. Adat Menyambut Menantu. Mas Kahwin. Mandi Sampat. Rumusan. Pertunangan.

maka kahwinlah.W. Perkahwinan merupakan suatu perkara terpenting dalam kehidupan masyarakat Melayu. pasti melaluinya sebagai suatu syarat kea rah kehidupan yang lebih bermakna dan sempurna. perkenalan di antara pasangan teruna dan dara amat sukar berlaku. (an-Nur:32) Dan di antara hadis yang menyuruh berkahwin ialah sanda Rasulullah S. dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu lelaki dan perempuan. (Riwayat: Bukhari dan Muslim) Perkahwinan juga sebagai satu titik di mana pasangan pengantin lelaki dan perempuan akan meninggalkan zaman remajanya dan memasuki alam berumahtangga yang penuh tanggungjawab namun ianya diharapkan kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.:Sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin. Lazimnya hubungan di antara kedua belah pihak teruna dan dara hanya terjalin melalui orang perantaraan yang telah dikenalpasti mengenali hal peribadi kedua-dua teruna dan dara tersebut dan orangnya memang boleh diharap. Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Begitu juga dengan kaum lelaki 3 . Setiap orang samaada lelaki atau perempuan. biasanya di antara 16 hingga 20 tahun. kebanyakkan wanita berkahwin diwaktu umur yang masih muda.PENGENALAN. Di dalam masyarakat Melayu zaman dahulu. Ianya disebabkan kawalan ibu bapa yang ketat ditambah dengan pendidikan agama yang tinggi di kalangan mereka. antaranya:Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu. Kebebasan bergaul serta bermain dan berjalan bersama di antara teruna dan dara adalah sesuatu yang luar biasa dan akan mengaibkan ibu bapa dan keluarga mereka. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.A. Di dalam masyarakat Melayu silam. Jika mereka miskin. Agama Islam juga menuntut penganutnya berkahwin dan ianya menjadi suatu kewajipan kepada setiap insan lelaki atau perempuan apabila sudah mencukupi syaratnya. Banyak Nas Al-Quran dan hadis yang menganjurkan kahwin. miskin atau kaya.

saudara mara. ibu atau ibu saudaranya diperlukan. Semasa adat meminang. Bagi masyarakat Melayu. saudara mara terdekat pihak lelaki. akad nikah. Adat persandingan akan dilakukan di rumah pengantin perempuan dahulu kemudian pengantin lelaki. jiran dan sahabat handai akan menjalankan Berinai Curi. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. saudara mara terdekat akan menjalankan 'Berinai Curi'. Ibu bapa memainkan peranan yang paling utama dalam menentukan jodoh pertemuaan anak-anak mereka. Pihak keluarga lelaki akan menghantar satu rombongan meminang. sepiring inai. mas kahwin dan hantaran hendaklah 4 . Adat bertunang. bapa dan keluarga akan menghantar rombongan ke rumah pihak perempuan serta saksi diperlukan. adat perkahwinan begitu dititikberatkan. Bunga manggar diperlukan semasa mengarak pengantin ke pelamin. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. ibu. meminang. Adat berinai akan dilakukkan selama 6 malam di rumah pengantin perempuan. berinai dan persandingan akan diadakan semasa cuti-cuti umum. Semasa adat merisik. cuti persekolahan. Bunga pahar iaitu bunga telur diperlukan untuk diberikan kepada mereka yang menepung tawar. Semasa upacara berinai. Kebiasaannya adat merisik akan dilakukan selepas pihak lelaki dan pihak perempuan saling mengenali. Wang hantaran. terdapat beberapa peringkat penting. saudara mara pihak lelaki akan merisik di rumah keluarga pihak perempuan. Semasa majlis perkahwinan terdapat ramai pihak yang terlibat dengan adat ini.yang biasanya berkahwin pada umur 20-an. beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar untuk upacara menepung tawar. Peralatan yang digunakan semasa adat perkahwinan ialah semangkuk bertih. Tempoh pertunangan adalah selama setahun. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Adat meminang/pertunangan akan diadakan di rumah pihak perempuan. Adat meminang akan dilakukan di rumah keluarga perempuan. pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan oleh Tok Imam atau Tok Kadi. Akad nikah boleh dilakukan di masjid. semangkuk beras kunyit. ADAT RESAM PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU. Untuk upacara merisik.

diwajibkan kepada suami isteri untuk diijabkabulkan oleh imam atau kadi secara sah. adalah menjadi adat orang Melayu turun temurun mengahwinkan anakanak mereka dimulai dengan merisik. Adalah menjadi budaya untuk berkahwin secara besar-besaran dan meriah. SEBAB-SEBAB TRADISI DIAMALKAN. perkahwinan mengikut adat dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kedua-dua belah keluarga.dihantarkan kepada pengantin perempuan oleh pengantin lelaki. Tepak sireh pembuka bicara ADAT MERISIK. CARA DIAMALKAN. Selain itu. paras rupa serta pengetahuan 5 . Ini penting kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. dalam Islam. pengantin lelaki dan oleh pengantin perempuan. Dengan cara ini pengantin akan sah pertalian suami isteri menurut Islam. Adat perkahwinan diamalkan kerana dipercayai hubungan suami isteri akan berkekalan selamanya. dan dapat mengenali keluarga mentua dengan lebih mendalam. Selain daripada itu. tingkah laku. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya. Selain itu. bertunang. akad nikah dan kemudian persandingan. meminang. Adat ini juga dipanggil meninjau dan menengok. Di samping itu adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan dengan kemahiran rumahtangga. adab sopan.

Rombongan peminangan selalunya akan diwakili oleh saudara pihak lelaki yang terdekat. Keluar asap seperti bunga Bunga berbentuk kembang melati Serius benar tuan bertanya Hajat apakah di dalam hati Hisap rokok tembakau Yunnan Keluar asap berbentuk melati 6 . Biasanya gadisyang menjadi pilihan adalah mereka yang pandai memasak. Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya. pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.agamanya. Antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik.Walau bagaimanapun. bagaimanapun rupa paras bukanlah sesuatu yang dititikberatkan. Justeru itu. tahu menjahit. Pada masa dahulu. terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki. Ia akan dilakukan oleh orang lain yang mungkin jiran kepada keluarga gadis itu. Waktu dahulu pembuka bicaranya merupakan pantun. sulam-menyulam. Rombongan ini akan dilengkapi dengan sirih junjung. mereka akan terus melakukan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. ADAT MEMINANG. Bagi pihak gadis pula. wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu. merisik tidak dilakukan oleh keluarga lelaki tersebut apatah lagi yang empunya diri.

Bilangan hantaran juga agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima. PERTUNANGAN. Pada waktu itu. kuih muih. Perbincangan akan berkisar kepada perkara-perkara seperti duit hantaran dan jumlah barang iringan yang akan dibawa oleh pihak lelaki. sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin. segala wang hantaran tersebut akan dikira sebagai tebus ganti dan tidak akan dikembalikan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat untuk upacara pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pengantin perempuan. buahbuahan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkasan utama. kata putus akan diberikan beberapa hari selepas rombongan tadi datang. hantaran untuknya juga akan diberikan. 7 . sekiranya sudah bertunang pihak perempuan ingin memutuskan tali pertunangan tersebut. Mas kahwin biasanya akan ditentukan berdasarkan negeri asal atau tempat tinggal pihak perempuan. sembilan. sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai. Selepas perbincangan diadakan majlis pertunangan akan diadakan. dia akan membayar segala hanti rugi dua kali ganda sebagaimana yang diterimanya. Adat ini dipanggil langkah bendul. Apabila kata sepakat telah dicapai barulah pinangan tadi diterima secara sah.Hendak memetik bunga di taman Itulah hajat di dalam hati Walaupun pada hakikatnya kedua-dua pihak telah setuju. namun mengikut adat dahulu. Selain itu perbincangan juga berkenaan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara pertunangan supaya memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Ini kerana jumlah genap dikatakan memberikan implikasi yang tidak baik. akan ditentukan juga. Mengikut adatnya. tujuh. sebelas atau tiga belas. Tetapi jika pihak lelaki yang mungkir janji.

semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus. Namun begitu ada yang menjalankannya secara berasingan daripada adat pertunangan iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan diadakan. Walau bagaimanapun. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak.Jumlah hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.RM 80.00 8 . Adat menghantar belanja juga turut diadakan semasa adat pertunangan ini dijalankan. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut.RM 80. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. isteri tetap akan membelikan sesuatu yang boleh dijadikan kenangan seumur hidup. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang.   Selangor . MAS KAHWIN. Sekiranya pihak perempuan yang berbuat demikian. Mengikut masyarakat Melayu. tempoh pertunangan dan lain-lain hal berkaitan. Setelah pertunangan diterima secara rasmi. Ada juga yang memilih untuk memberikan Al-Quran dan barang kemas untuk dijadikan mas kahwin. Upacara itu akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan. Namun tidak semuanya mas kahwin berupakan wang. mas kahwin berbeza di antara satu negeri dengan negeri yang lain. walaupun menerima mas kahwin dalam bentuk wang. Biasanya. Ini semua mengikut kemampuan seseorang. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.00 Wilayah Persekutuan . semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. mas kahwin merupakan pemberian ikhlas suami kepada isteri sebagai tanda penghargaannya.

Akad nikah boleh dilakukan di masjid. bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki. Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rataratanya beragama Islam.00 Melaka .RM 32.RM 22. majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Walau bagaimanapun. Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan.00 AKAD NIKAH.50 Sarawak – RM 120. Di dalam upacara akad nikah. pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Ia bukan satu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. 9 . dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.00 Johor . di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan akan dijalankan oleh tok kadi atau tok imam. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanijian yang dilakanakan seperti wang belanja.RM 40. Pada hari tersebut.    Kelantan . mas perkahwinan dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

(mengikut negeri) tunai' dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi 'Aku terima nikahnya.  Diadakan tiga malam sebelum majlis persandingan berlangsung untuk saudara mara terdekat sahaja.Sebelum upacara dijalankan. Selepas itu tok Kadi atau imam akan melafazkan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok Imam menggoncangkan tangannya. Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat: Berinai Curi.. Si suami akan menarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. wang belanja.. Lafaz nikah berbunyi 'Aku nikahkan dikau dengan...  Berinai Kecil. Selepas akad nikah. Sekiranya tidak jelas. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari sudut agama.. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar ataupun di atas sebidang tikar ataupun di atas bantal di tengah-tengah majlis. pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.' Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak. ADAT BERINAI. 10 . pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang... Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu.(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi)...(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. mas kahwin dan lain-lain hantaran diperiksa oleh tok kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.

 Berinai Besar. sebaliknya akan terus pulang ke rumah ataupun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh. Selepas itu pengantin perempuan duduk di atas pelamin dan upacara berinai dijalankan. UPACARA BERINAI Diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam didahului dengan pengantin lelaki duduk di atas pelamin. jiran tetangga dan sahabat handai. pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak. Diadakan dua malam sebelum majlis persandingan untuk saudara mara. 11 . iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. Ahli keluarga bergilir-gilir menjalankan upacara berinai. pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan. PERSIAPAN MAJLIS PERSANDINGAN. Pelamin Yang Telah Siap Dihias.  Diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Selepas adat berinai besar dijalankan.

Tetapi jika majlis persandingan diadakan di hotel. bunga comel dan warna menyerikan kad. orang yang terlibat dalam penghiasan pelamin hendaklah menyiapkan pelamin di hotel atau di dewan tersebut. MAJLIS PERSANDINGAN. menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Acara ini dijalankan oleh kedua mempelai pada kemuncak majlis. khemah tetamu. Pelamin haruslah diserikan dengan bunga-bunga hidup. majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara. Selain itu kek perkahwinan perlu ditempah untuk menyerikan lagi majlis persandingan. daripada kulit asli. berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal. jiran tetangga dan sahabat 12 . Pada zaman kesultanan Melayu. kain-kain yang menarik dan lampulampu yang berwarna-warni. dihulur seluruh kampung. Tujuannya ialah supaya pengantin akan nampak lebih berseri jika duduk di atas pelamin. Hiasan reben. Kek yang bertingkat adalah pilihan kedua mempelai. sirih sekapur yang dikendong di dalam bakul. Majlis ini juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Kini masyarakat moden memilih kad pelbagai corak dan bentuk untuk mengundang tetamu. Pada hari tersebut. Adat dan seni mengundang tetamu tidak diremehkan dalam masyarakat Melayu. diberi kepada bakal tetamu. cukup sekadar jemputan lisan.Sebelum majlis ini dijalankan. Jikalau berdaya. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Golongan marhain. warkah bertinta emas. Pelamin juga turut dipanggil singgah sana di sini juga para keluarga dan tetamu yang hadir akan melaksanakan acara menepung tawar kedua dua mempelai.

Pengantin akan bersanding atas pelamin. Pada kebiasaannya pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. solekan pengantin didahului dengan daun pudina. Selepas itu pengantin dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding. pengantin lelaki terpaksa membayar tebus pintu atau tebus pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang. Kedatangan rombongan pengantin lelaki disambut dengan taburan beras kunyit. Seterusnya makan berdamai atau dipanggil makan beradab dijalankan. Selepas majlis selesai. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini adalah semangkuk bertih. Beras kunyit dan bertih ditabur di hadapan pengantin dan kepada para hadirin. daun sireh dan daun serapah ditumbuk dan digosok pada kulit untuk memutihkan kulit. 13 . semangkuk beras kunyit dan semangkuk air tepung tawar. dan di situlah pengantin akan ditepung tawar atau direnjis dengan para tetamu yang hadir. Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang disediakan. Namun adat ini tidak dilakukan oleh masyarakat Melayu hari ini.handai. Kemudian pengantin dijampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang rasa gemuruh. Bagi mak andam tradisional. Di sesetengah tempat. Majlis ini dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum persandingan bermula. Bunga telur diberikan kepada mereka yang menepung tawar. lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Semasa menjalankan adat menepung tawar inai dicalitkan dan air tepung tawar direnjis ke tapak tangan pengantin. Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin.

air kelapa dan air limau.PERLAKSANAAN SELEPAS DIAMALKAN. pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi limau. MANDI SAMPAT. Kemudian air yang berlebihan disimbah kepada kanak-kanak yang berada di situ. dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan. kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang. Di sesetengah tempat. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai suami isteri yang sah. 14 . Dalam upacara ini.

Tujuannya untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga. pasangan suami isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. 15 . Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah perempuan. Seminggu selepas itu. Di sesetengah tempat. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang dengan mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung.ADAT MENYAMBUT MENANTU. adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki. ia dipanggil majlis bertandang.

mungkin sesetengah dari kita lupa bahawa setiap apa yang dilakukan itu ada tujuannya. budi pekerti sentiasa terpelihara. Semoga ianya tidak luput di telan zaman serta arus kemodenan sains dan teknologi. di mana mereka tidak begitu mengambil berat lagi tentang adat tradusi Melayu lama. 16 . misalnya makan tidak setempat dikatakan orang itu akan berkahwin ramai. ia tidak lagi diamalkan. Oleh itu kita agar masyarakat zaman ini mengambil tahu atau tidak lupa tentang adat perkahwinan yang banyak mencerminkan adat kesopanan orang Melayu. supaya menjaga tingkah laku. Anak gadis menyanyi di dapur dikatakan akan berkahwin dengan lelaki tua. Semua ini adalah warisan zaman berzaman. Namun pada masa sekarang. takut dengan status ‘andartu’. Sememangnya ada kesopanan orang Melayu dahulu jauh lebih baik jika dibandingkan pada masa sekarang. makan sirh jampi. tetapi apa yang tersirat disebaliknya adalah ditakuti nasi yang dimakan itu bertaburan dilantai dan rumah menjadi kotor. Pada masa dahulu. banyak adat warisan tradisional seperti berasah gigi. mungkin masyarakat Melayu sekarang lebih berfikiran positif dan terbuka serta berpegang kuat pada ajaran Agama Islam di samping dipengauhi era kemodenan. mandi safat dan sebagainya diamalkan dikalangan orang-orang Melayu.RUMUSAN. Pada hakikatnya semua ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka sahaja. Mereka juga takut jika tidak dipinang orang. kerana selalunya ada sesuatu yang tersirat di sebalik apa yang tersurat untuk dijadikan pengajaran dalam penghidupan kita seharian. Namum begitu adalah tidak wajar adat-adat ini dilupakan terus oleh masyarakat masa kini. anak gadis zaman dahulu gerun sekali jika dikaitkan dengan aral yang menghalang pertemuan jodoh mereka. Manakala contoh yang dapat kita lihat adalah pantang larang prang tua memarahi anak gadis mereka makan di muka pintu.

my/malaysiana/01/01010201.htm dicapai 30 Jun 2013 jam 0830. Selangor. Adat Istiadat Perkahwinan Tradisional Melayu. 17 . Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Perlancongan Malaysia. http://melayuonline.RUJUKAN.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx= dicapai 2 Julai 2013 jam 1000. http://www. Zani Bin Ismail (2004).pnm.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai dicapai 25 Jun 2013 pada jam 2300. http://ms.