You are on page 1of 3

Makanan Seimbang

Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita memerlukan makanan seimbang agar tubuh badan kita sentiasa sihat. Makanan seimbang terdiri daripada zat makanan seperti karbohidrat, vitamin, protein, kalsium dan lemak. Jagung, beras, gandum, roti dan kentang adalah contoh makanan yang mengandungi karbohidrat. Karbohidrat membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Tanpa karbohidrat, kita akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Vitamin pula dapat menjadikan badan kita lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Sumber vitamin terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Contoh makanan yang mengandungi protein adalah seperti ayam, daging, ikan, telur dan kekacang. Protein amat penting untuk tumbesaran badan kita. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang. Kalsium juga merupakan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Susu, yogurt, dan keju adalah antara makanan yang mengandungi kalsium. Kalsium penting untuk menguatkan tulang dan gigi. Lemak pula penting kepada manusia kerana ia merupakan tenaga yang tersimpan dalam tubuh untuk menjalankan sebarang aktiviti. Lemak membantu memanaskan badan apabila kita terdedah kepada persekitaran yang sejuk. Pengambilan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan badan kita menjadi gemuk. Contoh makan berlemak adalah seperti minyak, mentega, gula-gula, coklat dan kek. Piramid Makanan

.. Karbohidrat Vitamin Protein Lemak 1. 4. 2. Kelaskan makanan di bawah mengikut zat makanan yang betul. 5. nasi tomato ikan ais krim roti anggur ayam coklat ubi kentang kangkung telur gula-gula mihun tembikai daging kek jagung pisang kekacang marjerin Bil. 3.Nama :………………………………………… Kelas : …………….