ABSTRAK Projek ini merupakan pembangunan sebuah perisian interaktif yang dinamakan sebagai Easy Jawi Courseware.

Perisian kursus ini dibangunkan bertujuan untuk mengenal pasti adakah kanak-kanak disleksia mengalami masalah dalam mengenal huruf dan membaca tulisan jawi? Berdasarkan kepada dapatan awal yang dilakukan, kanak-kanak disleksia tidak mengalami masalah untuk memahami jawi. Perisian ini mensasarkan murid sekolah rendah dan diuji dari segi kebolehan dalam mengenal huruf, mengenal suku kata, dan memahami ayat mudah dengan cara yang menyeronokkan dan ianya dapat membantu ibubapa dan guru untuk mengajar kanakkanak disleksia melalui kaedah yang menepati gaya pembelajaran mereka. Sasaran utama perisian ini adalah kepada kanak-kanak disleksia, malah ianya juga boleh digunakan kepada golongan lain yang berminat. Perisian Easy Jawi ini merupakan perisian yang mudah dan berkesan Perisian ini terbahagi kepada dua modul utama iaitu modul pembelajaran dan modul permainan. Perisian khusus ini menggunakan pendekatan “belajar sambil berhibur”, ianya menggabungkan audio dan gambar animasi ringkas yang mana merupakan kaedah paling berkesan dalam menarik minat kanak-kanak Disleksia. Perisian khusus ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan multimedia iaitu Adobe Flash CS5 sebagai platform utama dan perisian sampingan sebagai sokongan dalam menjayakan projek ini. Method ADDIE digunakan bagi menjalankan kajian ini yang mana ianya mempunyai lima fasa kajian iaitu analisis kajian, mereka bentuk kajian, proses pembangunan projek, proses perlaksanaan dan proses penilaian. Ujian keberkesanan ini telah dijalankan di ---------- buah sekolah iaitu sekolah------------,----------------,---------------, yang melibatkan -------------orang murid disleksia tahap 1 lingkungan umur 7-9 tahun. Hasil daripada ujian ini mendapati bahawa 70% daripada pelajar yang menggunakan perisian ini menunjukkan peningkatan tahap penguasaan dalam memahami jawi, Diharapkan dengan pembangunan perisian ini ianya dapat membantu kanak-kanak Disleksia dalam memahami huruf hijaiyyah dan jawi dengan lebih mendalam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful