P. 1
Esemen BM Pentaksiran

Esemen BM Pentaksiran

|Views: 2|Likes:
Published by Mohd Deen
rty
rty

More info:

Published by: Mohd Deen on Jul 26, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2014

pdf

text

original

1.

0 PENDAHULUAN

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Bagi kerjaya guru, mereka perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran pembelajaran. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Seringkali istilah ini bertukar ganti yang berlangsung untuk mencapai objektif pengajaran dan

penggunaannya. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan tersebut sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini penilaian yang

dijalankan melibatkan penentuan objektif, mengumpul maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian. Semua proses tersebut dapat membantu guru dalam menentukan dan menilai segala hal dengan lebih hikmah dan berkualiti.

1

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk

mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar. Selaku guru bahasa, kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P. Pentaksiran adalah satu proses yang sistematik membantu untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan

mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Oleh hal yang demikian, para bakal guru haruslah mengetahui dan memahami dengan jelas mengenai istilah pentaksiran, pengujian dan penilaian dan penggunaannya agar segala aktiviti yang dilakukan dapat mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

2

2.0 DEFINISI DAN KONSEP 2.1 Pentaksiran

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia, pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan sesuatu maklumat untuk dibuat penghakiman mengenai sesuatu produk di dalam proses pendidikan. Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pada tahun 2000, Lembaga Peperiksaan Malaysia menyatakan di dalam konteks pendidikan, pentaksiran ini dilihat dan dianggap sebagai sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Segala yang telah dipelajari oleh murid akan dinilai dan ditafsirkan bagi melihat tahap pencapaian dan perkembangan murid-murid itu. Menurut Bhasah Abu Bakar (2009), pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran iaitu mengintegrasi strategi pentaksiran yang baru ke dalam kurikulum dan proses pembelajaran merupakan satu lompatan konsep yang begitu praktikal sedang berlaku. Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta

pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah: i. ii. iii. iv. v. instrumen kumpulan yang ditaksir respon kumpulan yang menaksir skor

3

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Seterusnya ialah kemudahtafsiran maklumat tentang calon berdasarkan skor. kekomprehensifan iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. mengumpul. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Ciri-ciri lain ialah keobjektifan iaitu ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Selain itu ia juga boleh dipercayai dengan merujuk kepada ciri skor iaitu dari segi ketepatan seorang pentaksir itu memberikan skor murid. mendiskriminasikan calon. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran 4 . Akhir sekali. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Kemudian dilihat pula dari segi kebolehtadbiran iaitu kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Pentaksiran dikatakan sah apabila merujuk kepada ciri skor berhubung dengan keserasian dan kecukupan skor yang menggambarkan prestasi murid yang ditaksir. pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai. Tujuan Pentaksiran: • • • • • • • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. merekod. memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.Dalam konteks pendidikan.

ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Ujian ialah satu alat. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. ujian perlulah dibina sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti. 5 . Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu. Namun. atau satu sistem yang berkategori”. semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Dalam P&P bahasa. Misalnya. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. sebelum. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test. jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1. atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Menurut Cronbach (1970). Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis.2. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan. guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. “ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor.2 Pengujian Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Contohnya. Oleh itu. 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.

pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian. menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian. diikuti pelaksanaan pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. skor ujian digunakan sebagai asas bagi penggredan. dikukuhkan oleh Milagros (1981) yang dipetik dari Raminah (1991) yang menegaskan bahawa. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar. satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. penempatan. 6 .Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas. malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan. Tujuan pengujian yang lain ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku murid. menentukan pencapaian murid dalam pembelajaran tertentu. memotivasikan murid untuk mengulangkaji pelajaran dan melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat. kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting. Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran. pemilihan. “ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Kesimpulannya. yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. pengukuran dan penilaian yang tepat. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. kaunseling dan bimbingan pelajar.

Ia boleh dijalankan sebelum. Justeru. Secara menyeluruh. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Guru mengukur tahap pencapaian murid melalui ujian yang dijalankan seterusnya guru itu akan menilai ukuran pencapaian itu berdasarkan keputusan ujian dan bersama-sama dengan maklumat lain yang berkaitan. penilaian didefinisikan sebagai perihal atau perbuatan menilai. Bhasah Abu Bakar (2009) menyatakan bahawa penilaian merupakan satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum. penilaian meliputi tiga proses utama. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Terry D. iaitu menentukan ukuran. penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian. Justeru sebelum suatu keputusan dibuat perlulah menilai kesemua faktor sebab dan kemungkinan agar keputusan yang telah dibuat memberikan kepuasan dan tidak dapat disangkal oleh mana-mana sebab yang lain. penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif. 7 . kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. kualitatif atau kedua-duanya sekali. menganalisis ukuran dan menyatakan nilai atau interpretasi ukuran. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.2.3 Penilaian Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4. Secara ringkasnya.

7. Tujuan penilaian: 1. Menentukan atau dengan peringkat kelas yang sama pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Mengetahui keupayaan.Ciri-ciri penilaian pula ialah dengan mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. 10. Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.teman di sekolah. 8. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka 11. sekelasnya 9. Selain itu. Mengumpul maklumat mengenai pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2. ciri lain bagi penilaian adalah dengan menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran dan ciri yang terakhir ialah membuat sesuatu pentaksiran mengenai hasil pengukuran. Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman. 8 . Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan 5. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi membolehkan aktiviti pengayaan dan pemulihan 3. kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar. Penilaian merupakan proses pembelajaran yang penting dan dapat menggalakkan pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka dan membantu guru dalam membuat pentaksiran tentang pengajaran mereka. Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM 6. Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan strategi pengajaran yang lebih berkesan 4.

kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. pengujian dan penilaian. Pengujian dan Penilaian PENILAIAN PENTAKSIRAN PENGUJIAN Rajah 1: Perkaitan antara pentaksiran. 9 .4 Perkaitan Antara Pentaksiran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. Berdasarkan rajah-rajah di atas. PENILAIAN PENTAKSIRAN PENGUJIAN Rajah 2: Perhubungan antara pengujian. pentaksiran dan penilaian.2.

pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaannya. Melapor. Terhad pada sesuatu kemahiran atau pembelajaran. Proses menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai.. Alat pengukuran perubahan sesuatu aspek tingkah laku. Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik. Set ujian bertulis dengan markah dan gred. 1. 10 . selepas pembelajaran. Pntadbiran 3. semasa. 1. Pemeriksaan. Selepas pembelajaran.. 1. Merekod markah/gred. Bertulis. Proses penganalisisa. PENILAIAN 1. BENTUK 1. 1. 1. Tindakan. 1. Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar. Proses pengukuran. 3. 2. Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran. Persediaan Ujian. 1. Ujian lisan. 1. 1. CIRI JENIS DEFINISI PENGUJIAN PENGUKURAN/ PENTAKSIRAN 1. 3. 1.Jadual 1: Perbezaan pengujian. Selepas pembelajaran. Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Menunjukkan pencapaian secara relatif. Jadual. 5. Sesuatu peringkat pembelajaran. 1. MASA 1. 2. TUJUAN/ KEGUNAAN 1. Sebelum. Gred berdasarkan teknik perangkaan. 2. Proses pngujian. Menunjukkan pencapaian keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan seorang individu. Pemerhatian. 2. 1. Proses interprestasi. CARA/ PROSES 1. Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. LIPUTAN KEPUTUSAN 1. 1. Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke seluruh kurikulum. 4. 1. 2. kaedah mengajar dan kurikulum.

Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S.0 TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL 3. sintesis dan penilaian. Terdapat enam peringkat dalam Taksonomi Bloom iaitu peringkat pengetahuan. Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. guru perlu merujuk kepada objektif pengajaran. Tujuan utama dalam Taksonomi Bloom adalah untuk mengetahui tahap kognitif murid. 11 . aplikasi. Bloom pada tahun 1956. PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN Rajah 3: Peringkat Taksonomi Bloom. analisis. Peringkat tertinggi ialah penilaian yang bermula dengan peringkat pengetahuan. kefahaman.1 Taksonomi Bloom Untuk membuat penilaian dan pengukuran. Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan pembelajaran. Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu atau prinsip yang mendasari klasifikasi.3.

nyatakan. pemeringkatan. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini: 1. bila. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul. penjenisan. mentafsir dan ekstrapolasi. bezakan. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini antaranya jelaskan.Aras Pengetahuan Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. 2. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. dan nyatakan. Ciri-ciri soalan aras pengetahuan: • • • • Pelajar perlu menggunakan proses mental. beri definisi. terangkan. aliran. mengapakah. Contonya. siapa. Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses. 3. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.apa. Aras Kefahaman Aras ini memerlukan keupayaan pelajar memberi huraian atau makna sesuatu perkara. senaraikan. huraikan. teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 12 . Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. dan kelaskan. di mana. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu penterjemahan.

teori. apakah faktor. 2. Aras Aplikasi Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep. hukum. teori. dan gunakan. dan prosedur. untuk menyelesaikan masalah. selesaikan. susunkan.Ciri-ciri soalan aras kefahaman • Proses mental • Maklumat asas telah diajar • Perlu bahan atau alat komunikasi • Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri. Jenis-jenis aras analisis 1. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur. hukum. buatkan rumusan dan buktikan. mengapa. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan. 13 . Aras Analisis Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsurunsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. 3. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep. prinsip. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis. Ciri-ciri soalan aras aplikasi • Menggunakan proses mental aplikasi • Masalah situasi yang baru tidak sama dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah. pandangan dan pendirian.

dan apa akan berlaku. 1. memuaskan. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat. rumuskan. bukan mengulang pengetahan yang dipelajari. baik. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian. buktikan. Aras ini adalah aras yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom. nilaikan. 2. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan. Aras Penilaian Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. 3. cadangan. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan. analisis dan hubungan yang abstrak. Jenis-jenis soalan aras sintesis. 14 . Aras Sintesis Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas. kritikkan. hasilkan. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan.Ciri-ciri soalan aras analisis • Soalan menggunakan proses mental analisis • Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah. sesuatu idea atau sebagainya. dokumen perlu dianalisis • Soalan memerlukan fikiran kritik. dan huraikan. berkesan. buruk dan lain-lain. • Situasi. tuliskan.

Motif ini adalah motif ingin tahu. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. emosi dan sikap. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. organisasi dan perwatakan. Domain ini merupakan bidang berhubung dengan perasaan. gerak balas. Rajah 4: Peringkat Domain Krathwohl. Tindakan adalah terhad. Penerimaan Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. David R.3. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Gerakbalas Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. penilaian. Individu tidak akan menolak rangsangan.2 Domain Krathwohl Diasaskan oleh. 15 . Krathwohl. Terdapat lima peringkat bagi domain ini iaitu penerimaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

3. 2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya. Penerimaan semua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu. 16 . Perwatakan Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.Penilaian Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Organisasi Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Jenis penilaian: 1. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. 17 .Guru menentukan sistem penggredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan. Cara Pelaksanaan: 1. Fungsi Kontrak Pembelajaran: Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan pelajar mengenal pasti dan merekod. 2.1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. 3.4. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri dan mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. 4.Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.0 KAEDAH PENILAIAN BAHASA 4.

Nama : ......... Objektif : 1.... Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu: KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ...................................................................... 2……………………………………………… 3………………………………………………... yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas..... Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas...................... ……………………………………………...................... Tugasan : ......Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat....... Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal................................................................................................ Tahun/Tingkatan :......... 18 ..........

. Nama: 19 .Perkembang an Peringkat Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini Tempoh masa pelaksanaa n peringkat ini Bagaimana penilaian peringkat ini dibuat Catatan Tandatangan murid ……………………… Nama: Tandatangan rakan sebaya ………………………………. Nama: Tandatangan guru ……………………….

Berterusan mengikut keperluam yang dirancang.Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. .Memerhati apa yang telah dirancang secara „open ended‟. afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.2 Penilaian Melalui Pemerhatian Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P.4. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif.Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang. bahan dan persekitaran. .Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. afektif. 2. Kualiti Pemerhatian . . 2.Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. rubrik yang merangkumi aspek kognitif. 4. 3. Jenis Pemerhatian: 1. rekod anekdot. . Strategi Pemerhatian: 1.Tekal dan stabil dalam penilaiannya 20 .Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak.Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. Antaranya ialah: 1. Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. 3. psikomotor.

21 .Menjalankan Tugasan .Pendekatan.Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat. merekod dan melapor. Merekod penilaian pemerhatian .Menetukan teknik menganalisis.Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . Perlu diingatkan bahawa pemerhatian adalah mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. tutor. kognitif dan objektif pelajar. .Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor.Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai. 4.Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas .Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan dan sikap bias serta prasangka penilai. pemudah cara dan pendidik.Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi: . . .Tindakan Susulan .Cara merekodkan dapatan dan rumusan . Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai. kaedah individu atau berkumpulan . . . 3.2. Fungsi penilaian melalui pemerhatian. Bentuk perancangan . mentafsir. .

..........................Contoh Borang Rekod Anekdot Nama pelajar : Sekolah : Tarikh : Masa : Kelas : Mata Pelajaran : Sesi : Catatan: ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……….............................. Disediakan oleh guru: ……………………………… Nama: Disahkan oleh Guru Panitia: …………………………… Nama: 22 .............................................................................. ....

23 .Kandungan Tatabahasa Kata nama Kata adjektif Kata hubung Kata ganda Kata seerti Kata lawan Kata tanya Kosa kata Pengetahuan Aras Taksonomi Bloom Kefahaman Aplikasi Analisis 2 2 4 2 5.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM Sintesis Penilaian Jumlah 2 4 2 2 2 2 1 1 5 1 8 30 Petikan Tanda baca Kesalahan Ayat Jumlah 2 2 1 1 1 1 1 1 1 4 1 2 2 2 3 7 7 3 8 Jadual 2: Jadual spesifikasi ujian.

Matahari terlindung cuaca redup. Tetamu datang tiada henti. Rajin bertanya luas pengetahuan.5. Setelah lama asyik berjauhan. Sambil tersenyum melayan tetamu. Pak Lebai memakai kopiah.1 Pembinaan 30 Soalan Objektif Baca petikan di bawah. Harus dicari hingga ke mati. 24 . Kaya ada bermacam kaya. Hati gembira apabila bertemu. Asalkan rajin tak kenal jemu. Ilmu itu pelita hidup. Mencari ilmu bukannya payah. Budak bermain senangnya hati. Ilmu di dada paling bererti. Membaca itu jambatan ilmu. Gembira sungguh di hari raya. kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

D) Membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.Semua pernyataan berikut adalah benar. sikap suka bertanya boleh A) menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu. B) Ilmu itu dapat menghidupkan pelita. C) menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca. D) Ilmu yang baik dan ilmu yang jahat boleh diamalkan dan dijauhi. B) menambah pengetahuan orang yang bertanya itu. 4. C) Membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.Menurut puisi.Apakah maksud baris ‘Ilmu itu pelita hidup’? A) Ilmu akan dibawa ke mati. 5. kecuali A) kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu. C) Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.1.Perkataan „payah‟ dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan A) rahsia B) seksa C) sukar D) mudah 3. B) Kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu.Tajuk yang paling sesuai bagi puisi ini ialah A) Mari Berpuisi B) Faedah Ilmu C) Pantun Ilmu D) Ilmu Dalam Pantun 25 . 2. D) Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.

Salina telah menunjukkan bakatnya dalam penulisan_________di peringkat sekolah rendah lagi. A) hingga B) sejak C) pada D) dengan 10. A) dari………pada B) daripada………kepada C) ke……….”kata pemuda itu kepada Raja. A) Engkau B) Anda C) Tuan D) Kami 7.di D) oleh………untuk 9.”kata pramugari itu kepada para penumpang. 6.“Ampunlah_____________Tuanku.“__________diminta memakai tali pinggang keledar.. A) beta B) hamba C) tuanku D) patik 8.Badang ialah seorang pahlawan yang _________ dan berani. A) gagah B) pantas C) garang D) berkuasa 26 .Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata yang paling sesuai.Hadiah yang dibawa ____________Lisa itu adalah __________ Cikgu Ram.

“Walau apa pun yang terjadi kita mesti cari _________ yang telah merosakkan tanaman kita ini. A) gembira B) ikhlas C) sabar D) jelas 12.Ahmad mendermakan wang kepada orang miskin itu dengan hati yang_________.11. A) siapa B) bagaimana C) mana D) bila 15. tolong belikan saya pensel. A) tatasusila B) tatabahasa C) tatatertib D) tatanegara 27 . A) sambil B) tatkala C) walaupun D) malahan 14._________ kamu pergi ke kadai. A) Apabila B) Sekiranya C) Apatah D) Walaupun 13.Abang tidak mahu diganggu ___________ dia membuat kerja.” kata Cikgu Ramlan.“Murid-murid mestilah menggunakan ___________ yang betul ketika membina ayat.” kata Peter kepada kawan-kawannya.

A) Barangkali Gunalan bangun lewat sebab itu dia belum tiba lagi. Gunalan bangun lewat. C) Barangkali.Air sungai Miri kelihatan keruh akibat pencemaran yang berlaku. sebab itu dia belum tiba lagi. A) kotor B) jernih C) cemar D) berlumpur 18. A) sorakan B) jemputan C) lamunan D) pukulan 20.Hanya orang yang bersemangat jitu sahaja akan dipilih menyertai pasukan tentera. 19. A) kuat B) waja C) lemah D) lembut Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. A) mengajukan B) menyatakan C) memberitahu D) mengadukan 28 .” D) Barangkali Gunalan bangun lewat.Pengawas telah melaporkan kejadian kecurian itu kepada guru besar. sebab Itu dia belum tiba lagi. 17.16. sebab itu dia belum tiba lagi. “Gunalan bangun lewat.Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.Ketibaan Perdana Menteri disambut dengan paluan rebana ubi. B) Barangkali. Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

D) Seorang penulis yang terkenal telah menulis novel remaja itu. A) Gambar Muzium Negara Hamidun lukis.Novel remaja itu telah ditulis oleh seorang penulis yang terkenal. B) Seorang penulis novel remaja telah terlau terkenal. B) Gambar Muzium Negara dilukis oleh Hamidun. B) Perpindahan mangsa banjir itu telah diuruskan oleh ketua kampung. 24. 21.Ke manakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan? A) Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan semalam. D) Gambar Muzium Negara Hamidun melukis. C) Melukis gambar Muzium Negara oleh Hamidun. A) Remaja novel itu menulis seorang penulis terkenal. Pilih jawapan bagi ayat tanya yang bergaris. C) Remaja novel itu bila dibaca oleh seorang penulis terkenal. Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang bergaris. 23. 22.Hamidun melukis gambar Muzium Negara.Akibat kemalasannya. D) Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke balai raya. C) Bekalan makanan telah diberikan kepada mangsa banjir. A) Kenapakah Yee Hung malas? B) Bilakah Yee Hung gagal? C) Bagaimanakah Yee Hung gagal? D) Apakah yang menyebabkan Yee Hung gagal dalam peperiksaan? 29 .Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. Yee Hung gagal dalam peperiksaaan.

A) I dan II sahaja B) I.I Nenek mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkan sebidang tikar mengkuang yang dianyamnya. II Adik menangkap beberapa ekor kunang-kunang lalu memasukkannya ke dalam botol. II Sudah berkali-kali ibu mengejutkan adik tetapi adik masih lagi belum bangun daripada tidur. III dan IV sahaja 30 . III Mesyuarat itu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah ini. A) I dan II sahaja B) I dan III sahaja C) I. IV Tukang kayu itu sedang memasang kuda-kuda pada rumah yang sedang dibina itu. II dan III sahaja C) II dan IV sahaja D) I. 25. IV Ramai pemandu yang tidak berhati-hati telah terlibat dalam kemalangan di jalan raya yang bengkang-bengkok itu. III Ibu menyuruh adik menghalau ayam-ayam yang memakan padi yang dijemur itu.Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat di bawah yang membawa maksud jamak. III dan IV sahaja D) II. III dan IV sahaja 26.I Orang berduyun-duyun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

III dan IV B) II. 27. ikan digoreng di dalam kuali.II dan III sahaja D) I. 28. D) Pengarah menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu. C) Dia mempunyai sebuah cita-cita yang bersih. 29A) Kain songket itu untuk bagi makcik saya. I dan II D) IV. A) I dan II sahaja B) II dan III sahaja C) I. IV. 31 . II. II. IV) Dia tidak lalu makan kerana demam. III dan IV Susun ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul. B) Hulu keris itu bersadurkan perak. IV.I) Penjual nasi lemak itu baru saja lalu. II) Ikan digaul dengan garam dan kunyit. III) Salmah berdiri lalu menyanyi. III) Selepas itu. IV) Emak pergi ke pasar membeli ikan.III dan I C) III.Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. II) Perkara lalu jangan diungkit lagi.I) Dia menyiang ikan di dapur. II dan III Pilih ayat yang betul. A) I. I.

C) Sawah padi itu bagi anak-anaknya. Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah.0 PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA (KEMAHIRAN MEMBACA) Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. intonasi. dan jeda yang betul.30A) Dia tidak anak saya. terutama dalam bidang pendidikan. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Melalui pembacaan. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran. 6. B) Beg itu diperbuat dari kain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. D) Rumah banglo dua tingkat itu untuk ibu. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan keduadua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan. 32 .

cekap dan pantas dengan diiringi sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”. terdapat dua jenis bacaan di dalam kemahiran membaca iaitu bacaan bersuara ( bacaan mekanis) dan bacaan senyap (bacaan akaliah). 33 . Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial. sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid Bacaan akaliah atau bacaan senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengelurkan suara. Cara melaksanakannya guru haruslah memberi satu petikan dalam satu masa tertentu untuk bacaan. membaca ulat dan membaca nyaring. Bacaan bersuara bermaksud bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Ini juga untuk melatih mereka supaya dapat membaca secara senyap dan pantas. Cara melaksanakannya pula bahan-bahan yang disediakan haruslah berperingkatperingkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Jenis-jenis Kemahiran Membaca Menurut Kamarudin Hj. Selain itu. Tujuan bacaan mekanis ini diperkenalkan untuk membolehkan murid-murid membaca dengan lancar. Bacaan ini juga disebut sebagai membaca di dalam hati. Membaca senyap ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan bacaan senyap untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca sendiri dan memahami apa yang dibacanya. bacaan mekanis juga disebut sebagai membaca oral.

prabacaan. Salah satu cara penilaian kemahiran membaca yang sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah ialah menggunakan teknik kloz. Serta merta • • Membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan. Teknik Kloz Teknik kloz mula digunakan pada tahun 1950-an di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Prosedur Kloz dan diperkenalkan oleh Wilson Taylor pada tahun 1953. boleh membaca dengan serta merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk habiskan sesuatu bahan bacaan.Terdapat enam peringkat kemahiran membaca iaitu kesediaan membaca. Dalam kemahiran membaca terdapat dua tujuan iaitu serta merta dan lanjutan: i. tidak teragak-agak. Pelajar diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai mengikut maksud. Lanjutan • Membetulkan fahamannya yang salah. bacaan intensif dan bacaan ekstensif. 34 . bacaan secara mekanis. Guru boleh melakukan penilaian kemahiran membaca untuk menilai tahap bacaan murid dengan menggunakan beberapa teknik penilaian yang sesuai. Membaca cepat. Proses membaca melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti mengecam perkataan. menyusun idea dan membuat generalisasi dan penilaian. memilih makna yang sesuai. Pelajar juga perlu menggunakan isyarat linguistik dari segi sintaksis dan semantik menurut makna perkataan dalam konteks dan struktur sesuatu ayat. ii. membaca dan memahami. menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Teknik ini memerlukan seseorang pelajar memahami secara terperinci. membanding fikiran dan pengalaman orang lain untk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri.

Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan. Langkah 2: Berdasarkan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya. garam mineral dan sebagainya yang terdapat dalam makanan diperlukan oleh tubuh untuk membolehkan sistem tubuh berfungsi dengan baik. tidak berbunga-bunga. Pemakanan seimbang bermaksud makanan yang mengandungi kumpulan zat makanan yang diperlukan oleh __________.Prinsip Pembinaan Item Kloz:       Arahan hendaklah jelas sama ada perlu isi jawapan dalam kertas soalan atau kertas jawapan. Teknik pemarkahan menggunakan ujian kloz boleh digunakan sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan pelajar-pelajar. padat. mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. makanan juga dapat memudaratkan __________ seseorang sekiranya peraturan pemakanan tidak dipatuhi dan jika diambil secara berlebihan. Contoh Soalan Untuk Pemarkahan Membaca Setiap manusia memerlukan makanan untuk _________. selain berupaya _________ penyakit. _________. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan. Protein. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru dalam sesuatu keratan bacaan. vitamin. 35 . Cara Pelaksanaan: Langkah 1: Pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Teknik kloz tidak sukar dilakukan dan boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. Pernyataan jelas. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara. Walau bagaimanapun. Pengambilan __________ seimbang penting untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik. Perkataan yang dikosongkan terdiri daripada perkataan penting sahaja.

50% Peringkat bimbingan Pelajar menghadapi masalah dalam bacaan & pemahaman Memerlukan pertolongan & bimbingan 0% .25% Peringkat kecewa     Pelajar menghadapi banyak masalah dalam bacaan & pemahaman Pelajar merasa kecewa dengan situasi yang dihadapi Jadual 3: Skala dan perincian tahap bacaan pelajar. Menunjukkan kebolehan membaca Memahami bacaan dengan bersendirian tanpa bahan Penerangan Skala % Markat Pelajar memerlukan bantuan 25% . 36 .Cara memberi markah menggunakan teknik ini ialah:     3 markah untuk jawapan tepat (seperti petikan asal) 2 markah jika perkataan sendiri 1 markah jika makna logik 0 markah jika makna tidak logik atau tidak dijawab Perincian Peringkat bacaan pelajar 75 % ke atas Peringkat bersendirian         Murid telah mencapai tahap bacaan & pemahaman yang baik.

Selain itu.0 RUMUSAN Sebagai kesimpulannya. pengujian dan penilaian. penilaian melalui pemerhatian. kefahaman. aplikasi. Dan konsep akhir sekali ialah penilaian. organisasi dan perwatakan. semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Penilaian bahasa dapat membantu guru untuk mengetahui tahap pembelajaran murid dan juga untuk mengetahui dan menilai tahap pengajaran guru. Manakala dalam Domain Krathwohl pula terdapat lima aras iaitu penerimaan. guru juga haruslah mengetahui kaedah-kaedah penilaian bahasa seperti kaedah penilaian melalui portfolio. pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Manakala pengujian pula ialah satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. sistesis dan penilaian.7. Dan akhir sekali. Tujuan penilaian ialah untuk memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. kepentingan untuk mengetahui aras Taksonomi Bloom juga diberi penekanan kerana dapat membantu guru untuk membina soalan-soalan untuk penilaian murid. Sebagaimana yang telah kita ketahui. Penilaian merupakan satu proses menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai. gerakbalas. membaca dan menulis dalam kalangan murid. penilaian melalui kontrak pembelajaran dan penilaian melalui soal jawab. bolehlah guru menggunakan konsep-konsep ini dalam P&P untuk menilai kebolehan murid-murid. Guru juga mestilah melaksanakan penilaian kemahiran bahasa untuk menilai kemahiran lisan. Terdapat enam aras kognitif yang disenaraikan iaitu pengetahuan. Setelah guru memahaminya dengan betul dan tepat. Setiap soalan yang dibina untuk sesuatu ujian haruslah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang berpandukan juga dengan aras pengetahuan kognitif murid seperti yang telah disenaraikan dalam Taksonomi Bloom. 37 . kaedah mengajar dan kurikulum. Pengujian dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sebelum. penilaian. guru perlulah untuk mengetahui dan memahami konsep pentaksiran. analisis.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->