Bab 4: Morfologi

BAB 4: MORFOLOGI

Kandungan Morfologi: 1) Definisi Morfologi. 2) Bidang Morfologi

Hasil pembelajaran Pada akhir pembelajaran, anda dapat: 1. memahami konsep dan definisi morfologi 2. mengenalpasti dan memahami bidang morfologi. 3. Menerangkan empat golongan kata dalam Bahasa Melayu. 4. Menganalisis keempat-empat golongan kata dalam Bahasa Melayu. 5. Menunjukkan penulisan yang betul dalam ayat tentang penggunaan kata tugas.

4.0

PENGENALAN

Para pelajar dikenalkan dengan definisi atau konsep morfologi serta bidang morfologi yang meliputi aspek bentuk kata, proses pembentukan kata dan golongan kata.

4.1

DEFINISI MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses

1

Bab 4: Morfologi

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

4.2

BIDANG MORFOLOGI

Bidang morfologi meliputi aspek : a) Bentuk kata b) Proses pembentukan kata c) Golongan kata

4.3

BENTUK KATA

4.3.1 KATA TUNGGAL
Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.

Kata tunggal satu suku kata Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad, iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut :

1. KV 2. VK 3. KVK

2

dram. KKKVK skrip. gred. 5. seks. KVK cat. trak. dan. tin. KKVK 5. draf. lap. Kata tunggal dua suku kata Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. 7. straw. ya 2. volt. roh. bah. harp. bank. sen. KKKV skru. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut : 3 . krim. VK Am 3.Bab 4: Morfologi 4. KVKK teks. 4. ru. KKKV 7. skel. golf 6. bin. pruf. strok. brek. KV yu. skop. KVKK 6. dril. KKVK stor. zink. skrin. KKKVK Contohnya : 1. kord. skor.

rata. buah. umpan. KV + VK Jauh. kuil. ekor. KVK + KVK Contoh : 1. 4 . bau. KV + VK + KV + KVK 4. KV 8. itu (i+tu). erti. KV + V Dua. 4. unta. VK + KVK 6. V + KV + VK + KVK 7. VK + KV 5. V 2. V + KV aku (a+ku). ubi (u+bi). abdi. dia. pukul. inti. ubat. V + KVK adik. KV 9. indah. ais. asli. KVK + KV 11. tua. mulut. 9. jarum. kita. 2. VK + KVK ambil. 5. pasu. KV + KV Jala. kuih. 8. 3. buih. aur. VK + KV undi. buku. 6. embun. KV + V 10. apa (a+pa). saya. telur. KV + KVK Kapal. 7. izin. bakul. V 3. guru. emas.Bab 4: Morfologi 1. sikat. diam. ombak. hiris. ulat. iblis. empat. V + VK air. doa. liar. ikan.

a) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan. KVK + KV + KV 13. keseluruhannya ditulis dengan huruf besar. pintu. janji. KV 2. VK + KV + KV + KV + KVK + KV + KV 18. suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. V 15. VK 14. tentu.Bab 4: Morfologi 10. KVK + KVK Jemput. KVK + KV + V 6. bandar. Antara pola-polanya ialah : 1. 11. sendi. KV + KV + KV 12. KVK + KV lampu. Akronim boleh ditulis dengan tiga cara. V 4. KV + KV + VK + KV + VK + KV + KVK + KV + V + KV + V 5. V 9. bantal. KV 3. KVK + KV + KVK 17. 5 . KV + KVK+ KV 7. jambu. sandar. Perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. KVK + KV + VK 8. jumpa. KV + V + V + KV + KVK 11. pintal. V 10. KV + KVK+ KVK Kata tunggal (akronim) Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal. KV + KV + VK 16. KVK + KVK+ KV 19. Kata tunggal tiga suku kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit. dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.2 BENTUK KATA TERBITAN Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.Bab 4: Morfologi Contoh : LUTH ABIM - (Lembaga Urusan dan Tabung Haji) ( Angkatan Belia Islam Malaysia) b) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan berawalan Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan. a) awalan kata nama b) awalan kata kerja c) awalan kata adjektif 6 .3. Contoh : Bernama Pernas Intan (Berita Nasional Malaysia) (Perbadanan Nasional) (Institut Tadbiran Awam Negara) 3.(jika bukan nama khas) Contoh : tabika cerpen - (taman bimbingan kanak-kanak) (cerita pendek) c) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi nama khas. kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.

tersepak. mengecat. tertinggi. mahaguru. mahasiswa. memperhamba. juruwang.Bab 4: Morfologi Contoh awalan kata nama: pe pem pen peng penge ke juru maha tata pra eka dwi - pekebun. terminum. setebal. pembajak. pesawah. sehodoh. pengurus. pengkaji. membilang. mempersuami. pekedai. penggali. senipis. dwifungsi. pentafsir. prasekolah. bertanya. bekerja. mendaki. prakata. pembelot. ekawarna. terkurus. terbesar. merebus. pelaut. tatacara. berfikir. mencuri. berasa. membaca. membawa. terambil. maharaja. melompat. pentadbir. kekanda. mengkritik. mengelap. melawat. mendayung. pengecat. memperlebar. membesar. pengasuh. memperisteri. pencuri. kekasih. Contoh awalan kata adjektif ter se terkecil. beraja. penghantar. dwibahasa. mengkaji. pengebom. prasyarat. penjaja. juruterbang. merawat. Contoh awalan kata kerja: me mem men meng menge memper ber be ter melihat. pemburu. melombong. jurubahasa. pembaca. pengetin. ketua. 7 . pembesar. berbuah. bersuara. secantik. mengambil. tatabahasa. menghijau. bercukur. prasejarah. mengetin. mencari. termakan. berlari. prauniversiti. mengebom. jururawat. peladang. pendengar. ekabahasa.

pelajaran. hati batu. kertas kerja. urus niaga Maksud kiasan Buah hati. dan mewujudkan makna tertentu. Duit kopi kaki judi. Contoh penulisan adala seperti berikut: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya 8 .Bab 4: Morfologi 4. ketua menteri. kaki ayam Kata majmuk yang telah mantap boleh ditulis sebagai satu perkataan. naib cancelor Istilah khusus reka bentuk. jalan raya. janji temu. uji kaji. menteri besar. bulan madu.3. kaji selidik. alat tulis. terima kasih. atur cara. Pilih kasih. Kaki bangku. iaitu : a) rangkai kata bebas b) istilah khusus c) maksud kiasan Kelompok Kata Majmuk Rangkai kata bebas Contoh penggunaan cita rasa. reka cipta. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok. pegawai tadbir.3 KATA MAJMUK Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih. meja tulis.

Bab 4: Morfologi Penggandaan kata majmuk Penggandaan Kata Majmuk boleh dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu: a) Gandaan unsur pertama b) Gandaan seluruh kata c) Imbuhan awalan dan akhiran d) Imbuhan apitan a) gandaan unsur pertama: kertas-kertas kerja mata-mata pelajaran perdana-perdana menteri pegawai-pegawai tadbir timbalan-timbalan menteri naib-naib canselor b) gandaan seluruh kata: kakitangan-kakitangan suruhanjaya-suruhanjaya setiausaha-setiausaha pesuruhjaya-pesuruhjaya c) imbuhan awalan dan akhiran ambil kira uji bakat mengambil kira menguji bakat d) imbuhan apitan ubah suai kemas kini mengubahsuaikan .3. penggandaan separa seperti negeri-negeri. 9 . jejari.4 KATA GANDA Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar yang disebut penggandaan penuh. lelaki. kekura. pensyarah-pensyarah. buku-buku.mengemaskinikan 4.

kata adjektif.boleh diimbuhkan dengan bentuk dasar golongan kata nama.4. peng-. kata kerja. pem-. Contoh pe. dan kata tugas untuk membentuk nama terbitan tertentu.1 PENGIMBUHAN 4. Awalan yang boleh membentuk kata nama ialah : i) ii) iii) iv) i) awalan peawalan keawalan seawalan juru awalan pe- Awalan peSemua perkataan yang diimbuhkan dengan awalan pe.4 PROSES PEMBENTUKAN KATA 4.dengan kata nama : pekebun pekedai pesawah pekilang 10 .Bab 4: Morfologi 4. dan penge-. Imbuhan-imbuhan ini dibantu fungsinya melalui kedudukan perkataan terbitannya pada kedudukan namanya dalam ayat bahasa Melayu.1 Imbuhan kata nama Imbuhan kata nama ialah imbuhan yang menerbitkan perkataan tertentu golongan nama.4. Fungsinya: Awalan pe. Awalan pe.mempunyai enam bentuk iaitu pe-.1. peny-. pen-.termasuk dalam golongan nama. Biasanya perkataan ini berfungsi sebagai subjek atau objek dalam ayat-ayat aktif transitif.

adalah awalan yang menerbitkan kata nama. Contoh : ketua kekasih kekanda kerangka ( orang yang menjadi pemimpin ) ( orang yang dikasihi ) ( kakak atau abang ) ( benda yang berangka ) Awalan seAwalan se.dengan kata tugas : penyebab penyatu Awalan keAwalan ke.Bab 4: Morfologi Contoh pe. Awalan se biasanya diimbuhkan dengan penjodoh bilangan.dengan kata kerja : pembawa pemukul pembaca petunjuk Contoh pe.khusus berupa perkataan kata nama.dengan kata keterangan : penyudah pengurang Contoh pe.dengan kata adjektif : pemurah pesakit pemutih Contoh pe. Awalan se.berasal dari perkataan satu yang telah dipendekkan menjadi awalan yang membawa maksud satu kepada kata dasar yang diimbuhkannya.adalah awalan kata nama kerana perkataan-perkataan yang diterbitkan dengan ke. 11 .

12 .2 Pemajmukan Pemajmukan adalah cantuman dua atau lebih perkataan yang bebas dalam satu binaan dengan mempunyai makna yang khas dan tertentu iaitu makna yang tidak berkaitan antara perkataan-perkataan yang membinanya. kata kerja dan kata akar. Contoh awalan juru dengan kata nama : Juruwang Jurubahasa Contoh awalan juru dengan kata kerja : jurukira jurucakap jurujual juruterbang juruselam Contoh awalan juru dengan akar kata : jurutera jurumudi 4.1.Bab 4: Morfologi Contoh : sebuah sebatang seekor sebutir sepucuk Awalan juru Awalan juru dapat berfungsi sebagai awalan kata nama.4. Juru bermaksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar golongan kata nama.

Bab 4: Morfologi Contoh : kapal terbang balai raya air batu bulan madu Rangkaikata berbeza dengan kata majmuk kerana rangkaikata tidak mempunyai makna yang khas dan maknanya berkaitan antara satu dengan yang lain.4. Contohnya : budak-budak sekolah-sekolah rumah-rumah kereta-kereta 13 . Tiga jenis penggandaan ialah : a) penggandaan penuh b) penggandaan separa c) penggandaan berentak Penggandaan penuh Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar tanpa sebarang perubahan termasuk yang mengandungi imbuhan. Contoh : air sungai tahi lalat rumah putih ( air yang terdapat di sungai ) ( tahi yang dikeluarkan oleh lalat ) ( rumah yang berwarna putih ) 4. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar boleh juga digandakan secara berentak.3 Penggandaan Proses yang menggandakan kata dasar atau sebahagian diulang ialah proses penggandaan dalam bahasa Melayu.1.

Contohnya : sesemut lelabi lelangit sesungut lelaki jejari Contoh penggandaan sukukata akhir : segala-gala berlari-lari mencari-cari sepandai-pandai Penggandaan berentak Proses penggandaan yang boleh jadi berentak suku atau berentak bunyi.Bab 4: Morfologi Penggandaan separa Proses yang menggandakan sebahagian dari kata dasarnya biasanya sukukata dan bentuknya ditentukan oleh sukukata awal atau sukukata akhir kata dasar yang diulang itu. yang diulang. Penggandaan berentak suku bermaksud hanya sukukata sahaja sama ada sukukata awal atau sukukata akhir yang diulang. Contoh : batu-batan bukit-bukau sampah-sarap kayu-kayan mandi-manda 14 .

yang diulang ialah bunyi-bunyi konsonan yang ada pada kata dasar tetapi bunyi-bunyi vokalnya berubah dalam bentuk ulangan.Bab 4: Morfologi Contoh sukukata akhir yang diulang : anak-pinak hutang-piutang kuih-muih suka-duka selok-belok sayur-mayur saudara-mara Dalam penggandaan berentak bunyi. Contoh : gunung-ganang gopoh-gapah suku-sakat cucu-cicit ( u kepada a ) ( o kepada a ) ( u kepada a ) ( u kepada i ) 15 .

5 GOLONGAN KATA Frasa nama . benda . bukan frasa endosentrik tetapi ekosentrik kerana tidak terdapat satu unsure inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya. frasa kerja . iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsur-unsur inti itu. Frasa sendi nama . 4.Bab 4: Morfologi 4.atau konsep.sebaliknya. Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama . iaitu seperti berikut: 16 . tempat . tiap-tiap frasa ini boleh mengandungi satu unsure inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik. terdapat juga unsure pilihan . malah frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib iaitu kata sendi dan frasa nama. frasa kerja. dan frasa adjektif.6 GOLONGAN KATA NAMA Golongan kata nama . Golongan kata nama pula dipecahkan kepada 3 subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantic perkataannya.merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang haiwan.

Pasir Mas Ahli Mangku Negara Manusia Contoh perkataan.Jamil dan P. Tompok.7 KATA NAMA KHAS Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kuala Lumpur.Si Belang Sang Lamri.Hani Hamid. didukung oleh setiap 4. KATA NAMA KHAS Hidup Tidak hidup Contoh perkataan. Kata nama khas terbahagi mengikut rajah di bawah.Bab 4: Morfologi Kata Nama Khas KATA NAMA Kata Nama Am Kata Ganti Nama Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang perkataan yang tergolong dalam kata nama.Lassie dan Ananas cosmosus(nanas hijau) 17 .Rubi.Ramlee Bukan Manusia Contoh perkataan. Nina.

bila (bagi masa).Kata nama am terbahagi mengikut rajah dibawah.rumah. c) Kata ganti nama umum adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti nama umum yang tidak tentu seperti apa (bagi benda atau barang). pekerja.8 KATA NAMA AM Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifat nya .Bab 4: Morfologi 4. mana (bagi keupayaan atau perolehan). kambing. Jenis Konkrit Maksud Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. kedaimaian. Kata ganti nama dalam bahasa Melayu ialah yang. siapa. dia. Kata ganti nama penunjuk dalam bahasa Melayu ialah perkataan itu dan ini.roh. siapa (bagi orang).demokrasi 4. mereka. e) Kata ganti nama hubungan adalah perkataan yang menggantikan perkataan nama dalam rangkaikata atau ayat. kami.sungai. dan lain-lain. lautan.kehendak. Kata nama amabstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarab atau bukan kebendaan Contoh tangan. b) Kata ganti nama pertanyaan adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti perkataan nama dalam ayat tanya seperti apa. d) Kata ganti nama penunjuk adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti nama benda yang ditunjuk atau yang dirujukkan itu. dan mana. Abstrak mimpi.pelabuhan dan pelabuhan. 18 .idaman. awak.9 KATA GANTI NAMA Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis iaitu: a) b) c) d) e) kata ganti nama orang kata ganti nama pertanyaan kata ganti nama umum kata ganti nama penunjuk kata ganti nama hubungan a) Kata ganti nama orang adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti nama orang seperti saya.serapan. bagaimana (bagi hal atau cara).

Pemuda itu sedang berbual. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. 19 . dan bersendirian.Bab 4: Morfologi 4. Pengarang itu menulis buku. Gadis itu tersenyum. Padi sedang menguning.10 KATA KERJA Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis. iaitu : a) Kata kerja aktif transitif b) Kata kerja aktif tak transitif c) Kata kerja pasif 4. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. duduk. Contoh: a) b) c) d) Samad membacakan ayahnya surat. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.2 KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja.1 KATA KERJA AKTIF TRANSITIF Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. memper-…kan. Aminah sedang mencuci pakaian. Contoh : a) b) c) d) e) f) Pegawai itu berkereta ke pejabat. sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me…kan.10. kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-. datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhanimbuhan : me-. 4. terjatuh. me-…i. jatuh. memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur. Dalam ayat transitif ini. ber-.10. berkereta. ber-…an dan ter seperti perkataan menangis.

seperti berasah. biru. Bilik kecil mudah diurus Warna merah. 3.seperti terangkat. hitam 1.11 KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. 20 . besar. Warna biru kegemaraan ibu. sungguh dan sangat. kelabu. terbunuh. bertulis dan sebagainya. b) Kata kerja pasif berawalan ter.berani . kehujanan dan sebagainya. Anak guru itu amat cerdik. kasar. tercapai dan sebagainya. gopoh. c) Kata kerja pasif ke …. Jambatan panjang itu baru didirikan.1 JENIS –JENIS KATA ADJEKTIF. berlipat. a) Kata kerja pasif berawalan ber. perkataan yang membawa pegertian warna sebagai unsur keterangan CONTOH PENGGUNAAN baik . 4. pendek. Budak baik itu selalu dipuji.10.Bab 4: Morfologi 4.an seperti kecurian. lemah.3 KATA KERJA PASIF Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. kedinginan. putih. 2. renek. tinggi. 2. Baju merah itu kepunyaanku.. a) b) c) d) e) f) g) h) Sifat atau keadaan Ukuran Warna Bentuk Waktu Jarak Cara Perasaan MAKSUD perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama perkataan yang mebawa pegertian ukuran sebagai unsure keterangan . sihat.curiga. 1.11. ungu. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. .cerdik. tebal. 2. 4. pandai 1. Ayam jantan itu berbulu hitam. nipis. JENIS Sifat atau keadaan Ukuran panjang.takut.

2. 2. hampir. kempis 1. segan. berahi. lincah. Kanak-kanak suka makan makanan segera. 2. lambat. rapat. Pembaris itu sangat panjang. Perasaan rindu. bujur buncit bundar. Rumah yang dituju itu sangat jauh. li sering lambat ke sekolah. cinta. Jalan lama ke kampong itu telah dibaiki.+ kata adjektif paling + kata adjektif kata adjektif + sekali yang + ter + amat atau sangat amat atau sungguh atau sangat + adjektif + sekali 21 . sering. Waktu cepat. lewat. adis itu sangat lincah menari. perkataan yang membawa penfertian konsep masa sebagai keterangan. 1. 2.sebagai penerangan kata nama dan diikuti oleh kata sendi Jauh. Cara cepat. awal. Jarak perkataan yang mebawa pegertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerangan kata nama. benci. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya. perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuaan atau ragam .Bab 4: Morfologi Bentuk perkataan yang membawa pergertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. suka. kasih. Rumahnya paling hampir dengan sekolah. 1.12 DARJAH PENGHABISAN Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dinyatakan dengan menggunakan caracara berikut: a) b) c) d) e) f) se + kata adjektif + gandaan + kata nama yang + ter. gopoh. Dia amat rindu akan emaknya. bulat bengkok lonjong lurus. dekat . sebagai penerangan kata nama perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan. Bola itu berbentuk bulat. 1. 4. ragu. 1. 2. jelas.

Bab 4: Morfologi a) se + kata adjektif + gandaan + kata nama sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung sekeras-keras batu sebaik-baik manusia secantik-cantik bunga b) yang + ter.+ kata adjektif yang terbesar yang terpandai yang tertinggi c) paling + kata adjektif paling besar paling pandai paling tinggi paling lemah paling baik d) kata adjektif + sekali besar sekali pandai sekali tinggi sekali lemah sekali baik sekali e) yang + ter.+ amat atau sangat yang teramat pandai yang teramat mulia yang teramat tinggi yang tersangat lemah yang tersangat cantik 22 .

Bab 4: Morfologi f) amat atau sangat atau sungguh + adjektif + sekali amat cantik sekali sangat cantik sekali sungguh cantik sekali amat pandai sekali sangat pandai sekali sungguh pandai sekali 4.13. penerang. penentu. 23 . atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung. klausa. pembenar. Jenis-jenis kata tugas ialah:               kata hubung kata seru kata tanya kata perintah kata pangkal ayat kata bantu kata penguat kata penegas kata nafi kata pemeri kata sendi nama kata pembenar kata arah kata bilangan Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok iaitu: a) kata penyambung ayat b) kata praklausa c) kata prafrasa 4. pendepan. pembantu.13 KATA TUGAS Kata tugas hadir dalam ayat. pemeri dan tugas-tugas lain. penegas.1 Kata Penyambung Ayat Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis iaitu ayat majmuk. penafi. penguat.

pun. sambil. akan. kata pembenar. lalu. usah.      Kata Seru: aduh. dapat. jemput. pernah. arakian. hendak. mahu.13. 4. masih. terlalu.2 Kata Praklausa Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa. menegaskan. menunjukkan arah. belum. tidak. andai kata. dan kata pangkal ayat. tah. ketika. 3. boleh. sementara. menguatkan. Pasu bunga itu jatuh ke lantai _________ pecah. kah. lalu. Pilih kata hubung yang sesuai. sahaja. frasa kerja atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu. dan membilang. walaupun. Basuhlah kaki kamu _____________ masuk tidur. sedang. Saya akan berusaha ____________ cita-cita saya tercapai. wah. mana. hingga. setelah. Kata Perintah: jangan. hingga. wahai. sebelum. pengayaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa. cis. harus. sungguh. agar. sekali. juga. iaitu yang terdiri daripada kata seru. lah. bila. tolong. 4. 2. Berikut diberikan beberapa contoh. kemudian. minta. kata perintah. sungguhpun. menafikan. semasa. atau. eh. Berikut diberikan beberapa contoh.13. kata tanya. ialah. hatta. iaitu frasa nama. adalah. serta. sekiranya. semoga. sangat. pertanyaan. alkisah. jikalau. benar.3 Kata Prafrasa Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa. bahawa. amboi. menyendikan. sila. dan. 24 . adapun. amat. Kata Pangkal Ayat: maka. aduhai. tetapi. apabila) 1. agar. manakala. bagaimana. oh.Bab 4: Morfologi Berikut diberikan beberapa contoh: dan. (maka. paling. siapa. bukan. Kata Tanya: berapa. betul. mesti. Kata Pembenar: ya. telah. Makanlah ubat ini ____________ anda lekas sembuh. kerana. memerikan. Tugas perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan. apa. agak. harap. 4. kalau. atau. sudah. sewaktu. supaya. malahan.

dan 7. 8. lalu 2. apabila 9. Mak Yam menganyam tikar ______________ Pak Ali menyirat jala. agar 5. Adakah yang ini ___________ yang itu nenek kamu ? JAWAPAN 1. 10. Suri rumah itu membeli sayur. hingga 4. Dia terkejut _____________ mendengar berita itu. ___________ ikan di pasar. Budak itu kehilangan wang ____________ dia menangis. sebelum 3. 6. maka 10.Bab 4: Morfologi 5. manakala 6. Kami yakin ____________ murid itu tidak bersalah. bahawa 8. atau 25 . daging. 9. 7.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful