Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan

Pada Kanak-Kanak menunjukkan bahawa pelajaran mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, misalnya pelajaran Sains. Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang mundur. Melalui media muzik, guru akan menjadi mudah mengajar pelajaran tersebut. Kanak-kanak akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran itu dengan mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanakkanak. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak yang menunjukkan bahawa pelajaran akan mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, khasnya mata pelajaran Sains. Melalui penggunaan kaedah nyanyian, ia akan memudahkan guru untuk mengajar pelajaran tersebut, manakala murid akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak-kanak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful