You are on page 1of 12

PEMULIHARAAN BUDAYA SENIBINA MIKRO NIAGA JALANAN DI MALAYSIA

Nur Iman binti Hamzah1, Azimin Samsul M Tazilan1+2, 1 Institut Alam Sekitar dan Pembangunan(LESTARI), 2 Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, imzh2805@gmail.com

Abstract This report analyzes the effectiveness of micro architectural planning applied to the phenomenon of street retail, from a cultural and design aspect. The simplicity and convenience of street retail has ensured its prevalence in many different forms (Azimin Tazilan, 2010). Thus, it is an indisputable fact that street vendors had formed an informal sector which plays an important role in the socio-economic relations of most city dwellers. They help to reduce high costs of living and maintenance with their low pricing on food and necessities besides providing a wide girth of selection. It also forms an integral part of Malaysian communal culture in addition to providing vendors and buyers alike with an affordable means of sustenance. However, specifically designated sites dedicated for these street vendors according to the KL Structural Plan 2020 have failed in its application due to the non-strategic locations and high rental costs, amongst other factors. These has prompted the street vendors to revert back to their former albeit more popular, unofficially charted locations. The relations and communications between the stakeholders of street retail micro architecture are poor. The failure of institutionalizing street vendors stems from a lack of research catered towards the needs of those particular street vendors. The profit seeking mentality of the vendors themselves, disregarding the environmental needs, structured plans and metropolitan image affects the citys sophistication and thereby the countrys economy in the long run. In the course of research, several issues have arisen particularly in the aspects that are unaccounted for during its application. There is a multitude of potential in a successful implementation of a systemized plan and design of urban street retail. It is thus hoped that further directives and actions be taken in an effort to improve upon the current infrastructure and the development of more of the same. Further, this research may be used as reference in future initiatives aimed at advancing Micro Architecture as a field of study, alongside efforts to enrich tourism and the citys development in an effective and efficient manner. This research will therefore discuss the issue based on various theories and according to the different micro architectural types of street vendors present throughout Malaysia. It will also then focus on the research methods used as well as the research sampling selection. The paper will then conclude with a discussion upon the results and observations taken from the research. Keywords: Street retail Microarchitecture, Street Vendor, Microarchitecture design, Street Culture Abstrak

Kajian ini akan membincangkan tentang isu keberkesanan perancangan senibina mikro, SBM dalam konteks perniagaan jalanan dari aspek budaya dan rupa bentuk peniaga jalanan. Rupa bentuknya yang kecil, ringkas dan mudah telah mendorong kehadirannya ke dalam pelbagai bentuk tipologi di muka bumi ini (Azimin Tazilan, 2010). Peniaga jalanan merupakan satu sektor tidak formal yang memainkan peranan dalam sosioekonomi penduduk bandar. Mereka membantu dalam mengurangkan kos kehidupan di bandar raya dengan menawarkan harga makanan dan barangan keperluan lain dengan harga yang berpatutan dan pilihan yang lebih meluas kepada pengguna. Di samping menjadi sumber kehidupan beribu penduduk yang terlibat dalam sektor ini, penjajaan dan perniagaan kecil juga merupakan sebahagian daripada budaya hidup masyarakat Malaysia. Namun begitu, menurut Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, beberapa pusat penjaja telah dibina untuk menempatkan semula penjaja tetapi gagal kerana tapak binaan kurang strategik, kawasan tadahan, sewa yang mahal dan sebagainya. Ini menyebabkan penjaja kembali berniaga di tempat asal mereka yang lebih mendapat sambutan orang ramai. Hubungan antara para stakeholder yang terlibat secara khusus dalam SBM niaga jalanan ini dilihat tidak berkomunikasi secara lancar. Masalah kegagalan daripada penubuhan pusat-pusat penjaja adalah hasil daripada kurangnya kajian terperinci terhadap keperluan peniaga jalanan oleh pihak berwajib. Begitu juga dengan sikap penjaja yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengendahkan perihal kebersihan, susun atur dan imej bandar ini yang lantas menjejaskan kelestarian rupa bentuk bandar dan ekonomi negara untuk jangka masa panjang. Melalui kajian yang dijalankan, pelbagai isu peniaga jalanan yang timbul terutamanya dari aspek-aspek yang telah diabaikan-seperti tapak niaga, peralatan niaga, sempadan tapak- semasa permohonan dibuat. Pelbagai potensi yang dapat kita garapkan daripada perancangan dan rekabentuk sistem ruang urban bagi penjaja jalanan sekiranya ia dilaksanakan dengan baik. Diharap tindakan susulan akan diambil dalam usaha menambahbaik infrastruktur sedia ada dan pelaksanaan elemen-elemen yang masih belum disediakan di kawasan sedia ada. Selain itu, ia dapat menjadi rujukan pada masa akan datang dalam menggalakkan perkembangan seni bina mikro dalam menaiktaraf sektor pelancongan dan peranannya dalam pembangunan semula kawasan perbandaran secara efektif dan berkesan. Kata Kunci: Senibina mikro niaga jalanan, peniaga jalanan, budaya jalanan, rupa bentuk SBM

1. Pengenalan Isu peniaga jalanan ini sering dijadikan bahan perbualan orang ramai, termasuklah media masa, peniaga dan pihak berwajib. Peniaga jalanan boleh ditemui hampir di semua bandar utama di negara-negara membangun. Ini termasuklah Old Delhi di India, Hanoi di Vietnam, Panama City di Amerika-Latin (Bromley 2005, Asiedu A.B 2008), Cartagena di Colombia dan Quito di Ecuador (Bromley 1988, Jimu 2005, Asiedu A.B 2008). Begitu juga dengan Malaysia yang juga tidak lari dari isu dan masalah peniaga jalanan ini. Perkara yang menjadi isu utama peniaga jalanan di Malaysia adalah keengganan peniaga berpindah ke pusat-pusat peniaga yang telah disediakan oleh PBT, sebagaimana yang berlaku di Pekan Rabu, Kuah, Langkawi. Permasalahan bangunan baru itu adalah kesan daripada tiadanya

kajian yang terperinci dijalankan terhadap keperluan peniaga jalanan dan PBT. Fenomena sesetengah pihak yang ingin melupuskan aktiviti peniaga jalanan telah menjadi satu isu dalam konteks perancangan urban di negara-negara membangun. Yandi Andri Yatmo (2008) menyatakan bahawa peniaga jalanan merupakan satu out of space elemen dalam perancangan urban. Ini adalah kerana peniaga jalanan yang sedia ada tidak menunjukkan ciri-ciri atau imej bandar yang baik. Namun begitu, tindakan PBT untuk menghentikan aktiviti menjaja di jalanan ini sekaligus menempatkan mereka di pusat atau kompleks peniaga adalah tidak wajar kerana ia merupakan budaya penduduk tempatan. Pembangunan moden ini telah mengancam peranan streetscape Malaysia dan merubah ciri-ciri serta identiti jalan yang sebenar (Yushi Utaka & M. Amiruddin Fawzi, 2002). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memelihara budaya setempat melalui pemeliharaan rekabentuk senibina mikro (SBM) peniaga jalanan sebagai panduan perancangan bandar oleh PBT. Peniaga jalanan boleh ditakrifkan sebagai orang yang menawarkan barang-barang dagangan untuk dijual kepada orang awam tanpa memerlukan struktur binaan yang kekal sebagai tempat berniaga (Bhowmik 2005, Asiedu A.B 2008). Justeru, kajian ini dilakukan bagi meneliti kepentingan SBM terhadap peniaga jalanan yang telah bertapak sejak ratusan tahun lamanya di negara ini yang merupakan satu keperluan sosial, fungsi dan sebahagian daripada budaya hidup masyarakat di Malaysia. Senibina mikro, SBM merujuk kepada bangunan kecil/mini yang terdapat di sepanjang jalan dan kawasan bandar seperti taman rekreasi, dataran awam, di sekitar kawasan kemudahan awam- termasuklah jejantas, tempat letak kereta, kiosk, tempat pejalan kaki dan sebagainya (Azimin Tazilan, 2008). Maka kajian terhadap SBM dan peniaga jalanan ini penting bagi mencari identiti bandar dalam mengekalkan budaya jalanan. Justeru itu permasalahan utama berkaitan SBM jalanan ini adalah dari sudut pengiktirafan dan sistem pengurusan sokongannya yang tidak menggalakkan aktiviti peniaga jalanan ini untuk diteruskan. Bagi mencapai matlamat kajian ini, beberapa persoalan kajian timbul: 1) Siapakah peniaga jalanan ini dan apakah barang yang diniagakan oleh peniaga-peniaga ini? 2) Mengapa PBT tidak memelihara semula rekabentuk SBM niaga jalanan di Malaysia? Apakah rasionalnya mereka dipindahkan ke dalam satu pusat peniaga? 3) Apakah karakter-karakter SBM peniaga jalanan ini yang dapat menunjukkan identiti sesebuah bandar? 4) Apakah cara atau rancangan terbaik yang perlu diambil PBT bagi menyelesaikan masalah berkaitan peniaga jalanan? Seterusnya, kajian ini akan dibincangkan seperti berikut. Pertama, perbincangan akan dibuat berdasarkan teori-teori dan jenis-jenis SBM yang terdapat di Malaysia. Kemudiannya, memfokuskan kepada kaedah penyelidikan yang digunakan serta pemilihan kawasan kajian. Akhir sekali, perbincangan ditumpukan kepada kesimpulan yang dapat diambil daripada kajian.

2.Kaedah Kajian Kajian ini melibatkan beberapa kaedah pengumpulan data. Pertama sekali pemerhatian diadakan di bandar-bandar utama di Malaysia bagi mengkaji corak budaya dan SBM niaga jalanan di setiap kawasan tersebut. Kedua, temubual dijalankan terhadap peniaga dan pihak berkuasa tempatan bagi mengetahui latar belakang, pendapat dan cadangan mereka tentang aktiviti peniaga jalanan ini. Selain daripada itu, analisa terhadap keratan akhbar tempatan berkenaan peniaga jalanan juga turut dilakukan bagi mengetahui isu dan masalah semasa yang dihadapi oleh peniaga jalanan tersebut. Pemerhatian ini dijalankan di empat (4) bandar utama iaitu Jonker Street, Waterfront (Kuching), George Town, dan Kuala Lumpur. Bandar-bandar ini dipilih kerana masih terdapat banyak peniaga jalanan yang masih lagi beroperasi dan bertapak di sekitar jalan utama, kaki lima dan kawasan pejalan kaki, tidak kira sama ada berlesen mahu pun tidak. Dua(2) daripada bandar tersebut merupakan bandar yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan negara iaitu Bandaraya Melaka dan George Town. Namun begitu, pengiktirafan yang diberikan itu tidak memberi makna untuk menghentikan segala aktiviti peniaga jalanan yang telah lama bertapak. Langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan tersebut adalah menetapkan garis panduan dan kawalan terhadap peniaga jalanan sedia ada supaya dapat menjaga imej bandar. Manakala dua(2) bandar lagi, Kuching dan Kuala Lumpur merupakan pusat bandar utama yang mempunyai populasi penduduk lebih daripada 600, 000 orang dan jumlah itu bertambah dari tahun ke tahun. Kuala Lumpur merupakan bandar terancang yang mempunyai pelan strukturnya yang tersendiri dalam mencapai wawasan 2020. Garis panduan untuk peniaga jalanan juga telah dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), iaitu untuk memindahkan semua peniaga jalanan ke dalam satu pusat peniaga yang dibina di setiap kawasan yang menjadi tumpuan peniaga. Namun begitu, usaha ini telah gagal dikuatkuasakan kerana peniaga jalanan enggan menurut arahan pihak berkuasa tempatan. Berlainan pula dengan Kuching, pihak pentadbiran Kuching tidak mengeluarkan pelan struktur perancangan bandar sepertimana yang dikeluarkan oleh DBKL. Walaupun begitu, peniaga jalanan di Kuching berada dalam keadaan yang terancang dan masih boleh dikawal. Cara data ini direkodkan adalah dengan menggunakan kaedah time sampling dan event sampling, di mana waktu peniaga itu mula beroperasi dicatatkan serta aktiviti peniaga itu sendiri mengikut jenis-jenis senibina mikro yang telah ditetapkan. Akhir sekali, perbezaan identiti peniaga jalanan mengikut jenis-jenis SBM akan dibuat bagi keempat-empat bandar tersebut. Identiti yang dimaksudkan adalah dari segi rupabentuk dan kedudukan kiosk tersebut dalam membentuk imej bandar. Seterusnya, kajian ini dijalankan dengan kaji selidik secara temu bual peniaga jalanan dan pihak berkuasa tempatan. Sebelum temu bual dijalankan, tinjauan ke tapak dibuat terlebih dahulu bagi membiasakan diri dengan gaya hidup dan aktiviti harian masyarakat setempat. Ekoran daripada itu, kaedah kualitatif digunakan dalam pengumpulan data ini. Persoalan yang diutarakan kepada peniaga dan pihak berkuasa tempatan bersifat tidak berstruktur atau separa berstruktur(semi-structured). Cara ini dipilih supaya responden akan berasa lebih selesa untuk menjawab soalan yang diutarakan dengan jujur dan tanpa ragu-ragu. Cara data ini direkodkan adalah dengan menggunakan purposive sampling, di mana lima(5) peniaga jalanan dan seorang wakil dari setiap pihak berkuasa tempatan bandar itu di pilih. Pemilihan dilakukan mengikut jenis SBM peniaga jalanan yang ada di bandar tersebut.

Secara keseluruhannya, seramai 24 responden yang di temu bual; 6 responden untuk setiap empat(4) kawasan kajian tersebut. Soalan-soalan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan ciri-ciri sosio-ekonomi peniaga jalanan, pemilihan kawasan peniaga jalanan, latar belakang perniagaan bersifatkan turun-temurun atau pun tidak, permasalahan yang dihadapi dan kelulusan lesen perniagaan. Selain daripada itu, temubual lanjutan juga turut dijalankan antara pemilik rumah kedai dan pengguna jalanan terhadap isu peniaga jalanan ini. Berikut merupakan contoh-contoh soalan separa berstruktur yang diutarakan kepada peniaga jalanan: 1) Bagaimanakah responden mula menggiatkan diri dalam perniagaan? 2) Bagaimanakah sambutan daripada pelanggan-pelanggan tempatan? 3) Berapa lamakah responden telah menceburi perniagaan ini? 4) Bagaimanakah tapak ini diperolehi? 5) Adakah hasil jualan yang diperolehi dapat menampung sewa tapak ini? 6) Apakah tentangan yang dihadapi sepanjang menceburi perniagaan ini? 7) Apakah pendapat responden terhadap reka bentuk kiosk yang digunakan? Dari segi bahan yang digunakan, dan cuaca. 8) Sekiranya hujan, apakah tindakan responden? 9) Apakah pendapat responden terhadap pusat-pusat penjaja yang dibina untuk menempatkan peniaga jalanan? Rentetan daripada soalan-soalan yang dikemukakan, akan timbul persoalan-persoalan lain secara spontan.

3. Keputusan Secara rasminya, sempadan jalan di bandar utama dikawal dan dibentuk melalui garis panduan khusus yang disediakan oleh PBT. Namun, disebabkan oleh budaya perbandaran- peniaga jalanan ini telah mengubah ruang sempadan jalan mengikut keperluan mereka (Azimin Tazilan, 2007). Sebaik-baiknya budaya jalanan ini harus dibangunkan mengikut peristiwa, di mana peristiwa yang dimaksudkan adalah peniaga jalanan yang bersifat bergerak atau pun tetap (Azimin Tazilan, 2007). Dalam konteks ini, aktiviti peniaga jalanan ini perlu diambil kira dalam merancang reka bentuk ruang jalanan awam. Bahkan perlu mentakrif semula sempadan ruang persendirian dan ruang awam. Justeru, tidak timbulnya masalah gangguan jalan atau kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama. Seperti yang kita sedia maklum, di negara maju seperti di Toronto,Canada masih lagi mengekalkan budaya jalanan ini di bandar-bandar mereka, isu seperti tiada lesen, berniaga secara haram ini jarang sekali timbul. Hal ini disebabkan oleh perancangan bandar mereka telah mengambil kira ruang yang diperlukan untuk peniaga jalanan ini beroperasi.

Gambar rajah 1(a) dan 1(b) menunjukkan perbezaan ruang kaki lima di Malaysia dan Toronto, Canada.

Rajah 1(a): Corak ruang jalan yang biasa terdapat di Malaysia yang dikongsi bersama dengan lot kedai,pejalan kaki, dan peniaga jalanan. Sumber: Dilukis semula oleh penulis dari Azimin Tazilan, 2007

Rajah 1(b): Corak ruang jalan yang biasa terdapat di Toronto, Canada yang membezakan antara laluan awam dan ruang peniaga jalanan. Sumber: Nur Iman binti Hamzah, 2011

Dalam pada itu, dapat dilihat perbezaan dari segi perancangan bandar di kedua-dua negara ini. Oleh yang demikian, Rancangan tempatan di Malaysia perlu memastikan kesemua aspek-aspek budaya seperti ini dipelihara dan dijaga bagi mewujudkan keharmonian antara peniaga jalanan, pengguna dan pihak berwajib. Sekiranya usaha membina pusat penjaja gagal memindahkan peniaga jalanan, mengapa PBT tidak mengemukakan jalan alternatif lain bagi memberi peluang peniaga jalanan ini berniaga secara berlesen dan mengikut undang-undang majlis perbandaran?

Alternatif lain adalah seperti menyediakan ruang berniaga di laluan pejalan kaki sepertimana yang telah dibuat di Toronto, Canada. Sementara itu, terdapat beberapa bandar utama yang menyedari akan kepentingan budaya niaga jalanan ini. Misalnya di Waterfront, Kuching, Sarawak telah mula menyediakan tapak dan kiosk khas untuk peniaga jalanan ini. Lebih-lebih lagi kawasan waterfront merupakan kawasan tumpuan pelancong menjadikan kawasan itu perlu dikawal dan dirancang dengan teratur supaya tidak menjejaskan imej rupa bandar. Sehubungan dengan itu, bagaimana pula rekabentuk kiosk yang disediakan? Adakah mencerminkan senibina di Malaysia, dari segi kebolehsuaian terhadap cuaca, kebersihan, bahan binaan yang digunakan dan sebagainya. Jika ditinjau dari aspek status rupa bentuk perniagaan pula, terdapat pelbagai jenis peniaga jalanan- ada yang duduk di lantai, bermeja, berbasikal, kiosk terbuka, kiosk tertutup dan sebagainya. Bersangkutan dengan hal itu, kajian yang telah dijalankan oleh Azimin Tazilan menyatakan terdapat lapan(8) jenis senibina mikro peniaga jalanan yang utama iaitu, lampiran lantai horizontal, stuktur vertikal/ singular bebas, berkanopi/ berpayung dan bermeja, pondok/ kiosk terbuka, beroda-sikal 2-3, beroda 4 ke atas dan akhir sekali struktur bumbung yang berdinding (Azimin Tazilan, 2010).

Gambar rajah 2: Jenis-jenis SBM jalanan Sumber: Azimin Tazilan, 2010 yang disusun semula oleh penulis

Seperti yang kita sedia maklum terdapat tiga status peniaga jalanan iaitu bebas, semi-tetap dan tetap (Azimin Tazilan, 2010). Kebanyakan status yang dijumpai di kawasan-kawasan kajian adalah berstatus semi-tetap dan tetap. Hal ini wujud kerana, PBT di sebahagian bandar tidak memberi lesen kepada peniaga jalanan yang bersifat bebas kerana dikhuatiri peniaga yang bersifat bebas ini akan berniaga di tempat yang dilarang berniaga serta meyukarkan pihak PBT untuk membuat peninjauan ke atas mereka kerana tiada tapak perniagaan yang tetap. Barang-barang yang diniagakan oleh peniaga berstatus semi-tetap ini adalah seperti permainan, barang-barang perhiasan, aksesori wanita, makanan dan minuman yang bersifat keringcontohnya keropok ikan, buah-buahan air tin dan sebagainya. Sementelahan itu, peniaga yang berstatus tetap ini kebanyakannya terdiri daripada peniaga makanan dan perkhidmatan-seperti mengurut, spa kaki, pembuat kunci dan lain-lain lagi. Kepelbagaian rupa bentuk kiosk dapat dilihat di setiap kawasan kajian. Reka bentuk ini dipengaruhi oleh trend semasa, kos, kemudahan mendapat bahan binaan, gaya hidup penduduk setempat, dan pihak swasta yang menaja kiosk tersebut. Berikut merupakan bilangan peniaga-peniaga jalanan yang terdapat di keempat-empat kawasan kajian dan sekitarnya. Jenis SBM Kuala Lumpur T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 Total 0 1 4 5 0 2 0 1 10

Bilangan Peniaga Jalanan Waterfront, Jonker Kuching Street 4 0 1 12 8 0 0 1 26 0 0 2 5 0 1 0 0 8

George Town 0 1 7 13 0 5 0 0 26

Gambar rajah 3: Bilangan peniaga jalanan di empat(4) kawasan kajian mengikut jenis-jenis SBM

Berdasarkan gambarajah di atas, didapati jenis SBM- T4 mempunyai bilangan peniaga yang paling tinggi di keempat-empat kawasan kajian. Hal ini bersangkut paut dengan pembangunan dan perancangan disetiap bandar. Malahan kebenaran bagi mendapatkan lesen atau permit perniagaan adalah kebanyakannya dari jenis SBM- T3 dan ke atas.

Rajah 4: SBM-T1, di Waterfront, Kuching.

Rajah 5: SBM-T2 di Jonker street dan Waterfront.

Rajah 6: SBM-T3, di Kuala Lumpur, George Town dan Waterfront.

Rajah 7: SBM-T4, di Jonker Street, George Town dan Waterfront.

Rajah 8: SBM-T5, Kuala Lumpur dan Waterfront.

Rajah 9: SBM-T6, Jonker Street, Kuala Lumpur dan George Town.

Rajah 10: SBM-T8, Kuala Lumpur dan Waterfront

Kajian menunjukkan bahawa di setiap kawasan kajian mempunyai identiti SBM yang tersendiri. Dari segi barang yang diniagakan juga terdapat sedikit perbezaannya. Namun begitu, perbezaan SBM ini tidaklah begitu ketara. Oleh yang demikian, daripada kepelbagaian jenis SBM yang terdapat di bandar-bandar kajian ini, kita dapat simpulkan bahawa setiap SBM yang wujud di setiap kawasan adalah mengikut ciri-ciri budaya setempat. Justifikasinya dapat dilihat melalui rajah 4 hingga rajah 10. 4. Perbincangan dan Penutup

Secara keseluruhannya, senibina mikro niaga jalanan ini telah menjadi satu ciri-ciri ketara yang perlu ada dalam landskap bandar-bandar di Malaysia. Sekiranya ia dihapuskan, bandar itu akan mati sepertimana yang berlaku di Putrajaya, tiada lagi peniaga jalanan yang menjual goreng pisang, mahu pun nasi lemak di tepi jalan. Dengan itu, hilangnya suasana kehidupan di bandar itu menyebabkan bandar itu menjadi suram. Oleh yang demikian, kajian yang telah dijalankan didapati SBM niaga jalanan ini hanya perlu dibaiki bukan dilupuskan. Dalam masa yang sama, diwujudkan satu garis panduan yang universal di mana boleh digunapakai oleh seluruh negeri di Malaysia. Garis panduan ini perlulah bertepatan dengan budaya dan ciri-ciri penduduk setempat. Salah satu cadangan yang boleh dilaksanakan adalah dengan menetapkan zon-zon kawasan penjaja, di mana dalam satu jalan atau kawasan itu dihadkan kepada 5-10 peniaga jalanan. Selain daripada itu, kiosk tersebut juga perlu disediakan oleh PBT supaya dapat mengawal rupa bentuk SBM jalanan ini. Sekiranya Pusat Penjaja boleh dibina bagi menempatkan peniaga jalanan ini, mengapa tidak membina kiosk khas bagi peniaga jalanan yang boleh mencerminkan imej bandar tanpa menjejaskan budaya jalanan.

5. Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Muhammad Adam bin Yazid dan Suhana binti Mohd Hanafie telah membantu dalam usaha untuk menyiapkan penulisan ini. 6. Rujukan Azimin S Tazilan. 2007. Markers, Street business and street space: Design statement paradigm. Academic Journal of PAM education and resource centre. ISBN 978-983-40493-8-6 Azimin S Tazilan & Kamarul Afizi Kosman. 2008. Eating, Architecture & Transformation. ISBN 978-983-43621-0-2 Azimin S Tazilan. 2008. Sustainable design elements for urban street microarchitecture in Malaysia, ALAM CIPTA International Journal. ISSN 1823-7231. Azimin S Tazilan. 2010. Pendifinisian semula senibina mikro jalanan: sektor retail dan fasiliti awam di Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Harris M.Cooper. 1984. The integrative research review: A systematic approach. Sage Publications. ISBN 0-8039-2061-X Azahan bin Awang. 2006. Kualiti hidup masyarakat bandar di kawasan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Asiedu, A.B. & Agyei-Mensah, S. 2008. Traders on the run: Activities of street vendors in the Accra Metropolitan Area, Ghana. Norsk Geografisk Tidsskrift- Norwegian Journal of Geography. ISSN 0029-1951. Yushi Utaka & M. Amiruddin Fawzi. 2010. The Malaysian Multicultural streetscapes: Challenges in the new millennium. Great Asians Street Symposiums (GASS) 1&2. ISBN-13 : 978-9971-69-490-6 (pbk.) Ruth Slavid. 2007. MICRO very small building. Laurence King Publishing Ltd. ISBN-13: 978-185669-594-7 Commission for Architecture and the Built Environment (CABE). 2002. Paving the way: how we achieve clean, safe and attractive streets. Thomas Telford Ltd. ISBN 07277-3140-8 Rahimah Abd. Aziz & Mohamed Yusoff Ismail. 2000. Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 967-942-500-2 Carmen Rojas. 2010. Revolutionary Urbanism: The struggle for the streets of the city. Tesis Ijazah Doktor Falsafah.

Yandi Andri Yatmo. 2008. Street Vendors as Out of Place Urban elements. Journal of Urban Design. 13:3, 387-402. Rolf Jensen & Donald M. Peppard, Jr. 2003. Hanois informal sector and the viatnamese economy: A case study of roving street vendors. Journal of Asian and African Studies. Tom van Gestel, Henriette Heezen & Nathalie Zonnenberg. 2009. NAI publishers. ISBN 978-905662-705-8

You might also like