You are on page 1of 8

PASARAN MONOPOLI

DEFINISI MONOPOLI
Terdiri daripada satu firma sahaja yang mengeluarkan output yang tidak mempunyai pengganti hampir dan wujud sekatan firma ke pasaran.

CIRI-CIRI MONOPOLI
BARANG YANG DIKELUARKAN TIDAK MEMPUNYAI PENGGANTI HAMPIR

TERDAPAT SATU FIRMA SAHAJA DIPASARAN

FIRMA SEBAGAI PENENTU HARGA

HALANGAN KEMASUKAN FIRMA KE PASARAN

TIDAK MENJALANKAN PERSAINGAN BUKAN HARGA

1.TERDAPAT SATU FIRMA SAHAJA DIPASARAN


Terdapat satu firma sahaja yang mengeluarkan barang atau output
Oleh itu, firma pasaran monopoli juga merupakan satu industri

Memandangkan firma monopoli merupakan pengeluar tunggal barang yang dihasilkan tidak mempunyai pengganti hampir Ini bermakna, pengguna tidak ada pilihan kerana barang yang dikeluarkan tidak boleh didapati ditempat lain. Oleh itu, tiada persaingan dalam pasaran monopoli

2. BARANG YANG DIKELUARKAN TIDAK MEMPUNYAI PENGGANTI HAMPIR

3.FIRMA SEBAGAI PENENTU HARGA


Memandangkan firma monopoli merupakan pengeluar tunggal yang menggeluarkan barang yang tidak mempunyai pengganti hampir, firma mempunyai kuasa untuk menentukan harga di pasaran Firma mengenakan harga yang tinggi apabila kuantiti output dihasilkan adalah sedikit dan menggenakan harga yang rendah apabila kuantiti output dihasilkan banyak.

4.HALANGAN KEMASUKAN FIRMA KE PASARAN


Kebebasan keluar masuk firma tidak wujud dalam pasaran monopoli Halangan seperti keperluan kewangan yang besar dan sekatan undang-undang menyebabkan firma baru sukar memasuki pasaran Firma monopoli sukar untuk keluar dari pasaran jika menggalami kerugian terutama monopoli kerajaan yang membekalkan kemudahan asas
Cth: bekalan air

5.TIDAK MENJALANKAN PERSAINGAN BUKAN HARGA


Firma monopoli menggeluarkan output yang tidak mempunyai pengganti hampir. Oleh itu, firma tidak perlu menjalankan persaingan bukan harga ~ Cth : pengiklanan utk meningkatkan jualan Pengiklanan yang dijalankan jika ada, hanya bertujuan untuk memelihara hubungan baik dengan pelanggan.