You are on page 1of 2

NADRAHTUL NASUHA BT KAMARUL HATTA Praktikum Fasa 2 (21 Januari 2013 19 April 2013) Sekolah Kebangsaan (2) Petaling

g Jaya Jurnal minggu ke- 7 (4 Mac 2013 8 Mac 2013) 1. Masalah Pada minggu ketujuh, murid-murid tahap 2 telah menjalani Ujian Bulanan. Jadi, pada minggu saya tidak dapat menjalankan PnP. Saya hanya menjalankan PnP untuk hari Jumaat sahaja kerana saya diselia oleh guru pembimbing saya iaitu Pn. Yusniza. Pada hari Isnin, saya dan rakan praktikum telah membuat majlis pelancaran warga emas. Majlis tersebut berjalan lancar. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid-murid terlibat dalam ujian bulanan. Saya dikehendaki menjaga setiap kelas saya supaya mereka tidak membuat bising semasa ujian sedang dijalankan. Saya dapat menimba pengalaman melalui majlis pelancaran ini. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Bagi memastikan kawalan kelas terkawal, saya kena sentiasa bersuara tegas dan supaya murid tidak membuat bising. 4. Tempoh masa Tempoh masa yang diambil hanyalah seminggu sahaja kerana Ujian Bulanan tamat pada hari Khamis. 5. Penilaian Kerjaya

Saya telah diberi peluang oleh pihak sekolah untuk mengendalikan majlis pelancaran warga emas dan ini memberikan saya satu pengalaman yang baru dan ilmu itu dapat saya gunakan apabila saya menjadi seorang guru. 6. Tindakan Susulan Tiada tindakan susulan yang boleh dilakukan kerana murid-murid terlibat dalam Ujian Bulanan.