You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG KURSUS MTE 3109 MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS Tarikh Mula : 13.7.2013

NAMA PELAJAR : SEMESTER 5 PPG

Tarikh Hantar:

1.10.2013

Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran matematik dalam rangka pembelajaran kanakkanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro /makro. 2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang nombor, perpuluhan dan peratusan . pecahan,

3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 Objektif Projek: Pada akhir projek, pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut topik nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. 2. Melaksanakan pengajaran mikro untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. 3. Membina bahan bantu belajar yang kreatif serta inovatif sesuai dengan konsep yang diajar. 4. Menghasilkan satu permainan matematik bagi satu topik yang diajar. 5. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Tugasan Projek 100% Kerja kursus ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar memperolehi kemahiran dan pengalaman mengajar yang kreatif dan inovatif bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. Ia meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep kanakkanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan bahan bantu belajar untuk topiktopik ini. Bagi projek ini, pelajar dikehendaki merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai beserta dengan bahan bantu belajar yang kreatif serta inovatif untuk digunakan bersama aktiviti p&p yang dirancangkan . Pelajar dikehendaki membentang tugasan mereka melalui sesi pengajaran mikro. Pelajar juga perlu membuat suatu refleksi keseluruhan berdasarkan pengalaman yang dioperolehi melalui kerja kursus ini. A. 1. Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran (40%) Rekacipta satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk setiap topik berikut: Nombor, Pecahan, Perpuluhan atau Peratus. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang direkacipta mestilah merangkumi satu permainan matematik yang menarik, hasil idea dan kreativiti sendiri untuk mana-mana satu topik nombor, pecahan, perpuluhan atau peratus . 2. Setiap aktiviti p&p perlu dihuraikan mengikut format di bawah: (i) Topik (ii) Objektif (iii) Aras Kemahiran (iv) Bahan Bantu Belajar ( konkrit dan semi-konkrit ) (v) Prosedur melaksanakan aktiviti p&p Pembinaan Bahan Bantu Belajar ( 25 %) Bagi setiap aktiviti di atas bina sekurang-kurangnya satu bahan bantu belajar, BBB (konkrit atau semi-konkrit) Huraikan bagaimana Bahan Bantu Belajar(BBB) anda memenuhi kriteria BBB yang baik. Pengajaran Mikro (25%) Laksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta permainan matematik dalam sesi pengajaran mikro dalam kelas. Bahan bantu belajar mesti mencukupi untuk penglibatan seluruh kelas. D. Penulisan refleksi (10%) Tulis refleksi berdasarkan pengalaman pengajaran mikro. Dalam refleksi, bincangkan kesesuaian, kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan permainan matematik anda. Bincangkan juga keberkesanan bahan bantu belajar anda.

B. 1. 2. C.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. 2. i. ii. iii. iv. 3. 4. Tugasan ini dilaksanakan secara individu. Format penulisan adalah seperti berikut: Muka depan hendaklah templat terkini Fon Arial, saiz 11 Langkau 1.5 baris Rujukan mesti disertakan dan dicatatkan mengikut format APA. Hantar laporan kerja kursus bersama dengan gambarfoto aktiviti dan gambarfoto bahan bantu mengajar. Tuagasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut 1. Laporan mesti mengandungi: (i) (ii) (iii) (iv) (v) 2. 3. 4. Mukasurat kandungan Biodata pelajar Pengenalan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Permainan matematik (vi) (vii) (viii) (ix) Huraian tentang BBB Refleksi Rujukan Lampiran - gambarfoto

Aktiviti adalah kreatif dan inovatif. Bahan Bantu Belajar sangat kreatif dan rekacipta asli. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren Disemak oleh :

Tugasan disediakan oleh:

(PN PARIMALARANI SIVASUBRAMANIAM ) Penyelaras Kursus MTE 3109

(CIK TAN KIM LAN) Pakar Bidang (SME) MTE3109

Jabatan Matematik IPGKPT

Jabatan Matematik IPGKPT

Disahkan oleh:

( PN WAN NOOR ADZMIN BT MOHD SABRI )

Ketua Jabatan Matematik IPGKPT