You are on page 1of 20

KEMAHIRAN MENDENGAR & BERTUTUR :

KAEDAH & TEKNIK


MARDHIYAH MATSAH SHARIFAH AINI MISIRAN DAYANG NADZIRAH MOHD HATTA NUR SHAFIQAH NADHIRA AHMAD PUAD

KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR


Dalam Bahasa Melayu, terdapat empat kaedah untuk mengajar kemahiran lisan.
KAEDAH TERUS KAEDAH FONETIK

KAEDAH AUDIO-LINGUAL
KAEDAH KOMUNIKATIF

1. Kaedah Terus
Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa Jika gagal, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku Aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh Murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentukbentuk struktur yang dipelajari

Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sesuatu kemahiran.

KELEBIHAN Murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik

KELEMAHAN Bahan-bahan pengajaran yang digunakan merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Murid terlibat secara aktif dalam pertuturan

2. Kaedah Fonetik
Mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Langkah-langkah pengajaran: i. Guru perlu memastikan murid menguasai penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur. ii.Murid membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu.

iii. Guru memilih dan menyusun bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. iv. Guru perlu mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan. v. Pemilihan ayat -ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga

3. Kaedah Audio Lingual


Menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini menganggap bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid.

Mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Prinsip-prinsip:

Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan

Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman

Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa

Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif dan berbeza antara satu sama lain

Langkah-langkah pengajaran: (a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; (b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut; (c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan (d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

KELEBIHAN - Murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. - Dianggap sesuai dengan kanakkanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz

KELEMAHAN
- Murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

4. Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: i. Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. ii. Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.

iii. Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. iv. Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. v. Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.

TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR & BERTUTUR


Seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah:

Latih tubi Bersoal jawab


TEKNIK PENGAJARAN

Drama

Bercerita Main peranan

Bahas

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur


Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa proses mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.

1. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.

2. Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.

Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)

You might also like