2.

4 ASAS KEJURULATIHAN

Minat

Sesungguhnya sebagai seorang jurulatih yang efektif sewajarnya mempunyai minat yang mendalam tentang bidang yang diceburi. Hal ini penting kerana motivasi intrinsik ini dapat menjadi pendorong kepada kesungguhan dalam menjalankan tanggungjawab serta supaya berkekalan. Todd dan Kent (2004) telah menyatakan bahawa sekiranya pemimpin tersebut dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan berkesan. Sebaliknya jika pemimpin tidak mempunyai minat terhadap jawatan yang disandangnya tetapi atas desakan oleh individu atau faktor extrinsik seperti ganjaran maka pemimpin tersebut tidak dapat menjadi pemimpin yang efektif. Di Malaysia, jurulatih yang dilantik di sekolah sebahagiannya adalah atas dasar 'paksa rela' untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai jurulatih. Ini disebabkan oleh tiada motivasi intrinsik dalam hati, maka jurulatih tersebut melaksanakan tugas sambil lewa sahaja semata-mata untuk melengkapkan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. • Pendidikan formal

Seorang jurulatih yang berkesan pada asasnya perlu mempunyai kriteria asas iaitu pendidikan formal yang baik. Ini kerana orang yang mempunyai pelajaran mempunyai nilai dan pengetahuan yang luas tentang sesuatu bidang agar dapat menilai sesuatu perkara dengan baik dan tindakan yang diambilnya juga sesuai dengan masalah yang dihadapinya (Aron & Aron, 1995 ; Bercheid, 1995 ; Fincham, 1995). Sebagai pemimpin atau jurulatih secara asasnya juga perlu memahami tentang peraturan permainan dan cara mengisi borang penyertaan serta arif akan prosedur untuk membuat bantahan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak adil bagi pasukannya. Semua ini memerlukan pendedahan dari segi pendidikan. Di Malaysia, setiap jurulatih telah diwajibkan mengikuti kursus asas sains sukan untuk memastikan jurulatih ini didedahkan kepada pengetahuan yang baru tentang sesuatu permainan sekiranya berubah. Kursus asas sains sukan ini biasanya dikendalikan oleh ahli akademik yang mempunyai iktisas dalam bidang sukan. Hal ini perlu agar pemimpin atau jurulatih tahu menggunakan kemahiran yang baru dalam bidang psikologi, biomekanik, pemakanan yang sesuai dalam sukan sebelum ataupun selepas pertandingan (Malete & Feltz,2000). Kemahiran ini amat

pemimpin yang berpengalaman lebih mudah untuk mengawal atlet di bawah bimbingannya dan seterusnya menaikkan prestasi dan motivasi atlet di bawah jagaannya. Lazimnya. Jalani Sidek. jurulatih yang merupakan bekas pemain akan lebih dipandang mulia dan disanjung kerana pengalaman beliau dalam bermain sehinggalah menjadi jurulatih untuk membimbing atlet yang baru (Mageau&Vallerand. Penilaian ini sepatutnya dinilai dari semasa ke semasa dan bukannya diukur dari segi pencapaian atau output iaitu . • Tanggungjawab Seorang jurulatih juga perlu cekap dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan fleksibel dalam melaksanakan program serta membuat keputusan. Atas signifikan. • Bermatlamat Di samping itu. Mereka terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat sesuatu keputusan. Dalam erti kata lain keadaan sosial persekitaran dan tren terkini seiring dengan pemimpin agar tidak bercanggah yang boleh membawa kepada ketidakselesaan diri sendiri dan atlit bimbingannya. • Keyakinan diri Selain itu. jurulatih badminton kebangsaan negara kita yang terdiri daripada bekas pemain kebangsaan seperti Misbun Sidek. 2000) . pengalaman lepas yang ada pada pemimpin juga banyak memberi keyakinan kepada dirinya untuk membuat sebarang keputusan berbanding dengan pemimpin yang kurang berpengalaman.penting untuk membantu jurulatih dalam meningkatkan prestasi pemain-pemainnya dan membawa kepada kecemerlangan pasukan yang dilatih. pemimpin atau jurulatih yang efektif sepatutnya jelas tentang matlamat asal yang dibuat. Di samping itu. Matlamat asal ini sepatutnya boleh diukur dan dinilai. pengalaman ini penting kerana dapat mambantu dalam membentuk program latihan yang efektif.Pemimpin juga perlu berubah mengikut keadaan tertentu dan mengikut arus perkembangan masa. Hasil dari pengalaman lepas sebagai seorang pemain profesional telah banyak membantu dan memudahkan mereka serta menaikkan semangat keyakinan mereka untuk melatih pemainpemain di bawah bimbingannya.2003) . Pemimpin ini perlulah peka tentang faktor situasi dan faktor personal seseorang (Kozlowski & Klein. Yap Kim Hock dan sebagainya. Sebagai contoh.

Kritikan dan teguran ini dijadikan satu cabaran hidup untuk terus berjaya pada masa akan datang. Matlamat yang diletakkan perlulah realistik dan tidak terlalu sukar yang mungkin mustahil bagi atlet untuk mencapainya. Ini kerana setiap orang mempunyai personaliti dan ragam yang berbeza-beza.. Matlamat yang dibentuk perlulah selari dengan visi dan misi pasukannya supaya pencapaian matlamat tidak terpesong jauh.menang. Sesungguhnya. semasa pertandingan bola jaring dijalankan. kritikan dan teguran tersebut dapat dijadikan motivasi. jurulatih mendapati keputusan pengadil adalah berat sebelah. Dalam erti kata lain. Hal ini kerana disiplin kendiri merupakan antara aspek yang sangat penting untuk mengecapi kejayaan yang cemerlang. Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk . 2005) . Beliau perlu meletakkan satu garis untuk membezakan sebagai jurulatih boleh berbuat apa sahaja tetapi atlet bimbingannya tidak boleh berbuat demikian. pemimpin atau jurulatih perlu menjadi 'role model' kepada atlet di bawah bimbingannya supaya patuh dan taat kepada setiap peraturan yang ditetapkan pada awal perjumpaan. Ia bukan sekadar untuk ditunjukkan kepada atlet di bawah bimbingannya sahaja tetapi sebagai satu garis panduan untuk menghalang pemimpin tersebut untuk bertindak di luar garisan yang sepatutnya (Jowett. Sifat sabar juga perlu ada pada diri pemimpin kerana bukan mudah untuk kita mendidik seseorang atlet mahupun satu pasukan. Sebagai contohnya. 2006). Adanya kawalan diri yang baik dari pemimpin tersebut membolehkannya menerima tekanan kerja dan sedia menerima kegagalan dan kritikan dari mana-mana pihak. Ini supaya tidak mendatangkan kekecohan dan pergaduhan sekiranya tindakan seperti memarahi pengadil dan sebagainya. Penetapan matlamat jangka masa panjang dan jangka masa pendek perlu digariskan supaya senang untuk menilai prestasi individu dan pasukannya (Loughead et al. pemimpin harus meletakkan kepentingan matlamat dasar pasukannya supaya mesti dicapai dan sentiasa menganggap dirinya sebahagian daripada ahli pasukan dalam pasukan tersebut. Pemimpin juga harus dapat memisahkan antara tugas rasmi dan tugas peribadi dan tidak bercampur aduk kedua-dua tugas tersebut. pemimpin harus mempunyai keadaan emosi dan mental yang terkawal di mana beliau bertindak atas kerasionalan dan tidak membabi buta. • Sahsiah diri Seorang jurulatih yang efektif juga perlu mempunyai sahsiah diri yang baik. Jurulatih harus mengambil pendekatan rasional dengan membuat bantahan mengikut saluran yang betul. Sebagai contohnya. Oleh itu.

Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti perbalahan sesama atlet dalam pasukan. Ini kerana pemimpin bertindak seperti 'role model' kepada atlet di bawah jagaannya (Poczwardowski. kebolehan berhubung dengan penjaga atlet serta masyarakat setempat juga merupakan satu peluang kepada pemimpin untuk mendapat kepercayaan daripada atlet di bawah bimbingannya. Komunikasi yang jelas dan tepat serta mudah difahami memudahkan latihan diberi kepada atlet di bawah bimbingannya agar melicinkan latihan.. 2002). Di samping itu. 1997) . Manakala kemahiran bertulis juga penting dan perlu ada pada jurulatih. 2002) . Terdapat tiga corak kepimpinan jurulatih iaitu kepimpinan jenis autokratik..memahami setiap atlet di bawah bimbingannya agar setiap permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat tanpa mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan atlet dan jurulatih. Contohnya menggunakan teknik kaunseling dan nasihat. Oleh itu. jurulatih dapat meleraikan persengketaan tersebut dengan baik sekiranya mahir dalam komunikasi. 2003) . • Tahap kesihatan yang baik Turut tidak dapat dipisahkan tahap kesihatan pemimpin sepatutnya baik dari segi fizikal dan kesihatan.2003) . untuk menjadi jurulatih atau pemimpin yang efektif.. kepimpinan demokratik dan mengamalkan corak kepimpinan secara bebas.Situasi ini akan menambahkan keyakinan jurulatih kerana sepanjang masa latihan dan pertandingan. tahap kesihatan yang baik pada pemimpin atau jurulatih memberi satu jaminan kepada mereka agar tugas seharian dapat dilaksanakan dengan penuh semangat dan dengan penuh berkesan (Poczwardowski et al. seseorang itu . • Komunikasi yang berkesan Pemimpin yang efektif juga mampu mewujudkan hubungan erat dengan atlet melalui berkomunikasi. Hal ini perlu bagi tujuan untuk memohon mendapatkan tajaan atau sumbangan dari pihak tertentu untuk menyokong pasukannya dari segi kewangan (Carron et al. Pemimpin yang efektif dapat berkomunikasi dan menulis dengan baik (Carron et al. • Pendekatan holistik Menurut Kallusky(2000). jurulatih atau pemimpin sentiasa hadir bersama untuk sama-sama menempuhi segala cabaran yang bakal mereka hadapi (Poczwardowski.

beliau perlu mempunyai idea untuk membangunkan pasukannya dan menetapkan sasaran untuk dicapai. apabila jurulatih dipilih untuk melatih sesuatu pasukan.perlu menggunakan satu pendekatan holistik iaitu membangunkan keperibadian atlet secara menyeluruh. Sebagai contohnya. mempunyai kemahiran mendengar. empati. PERANAN JURULATIH • Mengenali sukan Jurulatih perlu memahami secara mendalam tentanf sukan dari kemahiran asas supaya dapat mengajar dengan berkesan. Selain itu. Jurulatih-jurulatih mungkin mempunyai pengalaman bermain. teknik-teknik konfrontasi dan sebagainya dalam melatih atlet. Sebagai contohnya. jurulatih mesti mempunyai wawasan untuk membangunkan kualiti kepimpinan yang efektif. tetapi bukan semua bekas pemain boleh menjadi jurulatih yang baik. Sebagai contoh. Jurulatih juga harus menggalakkan pembelajaran dan pemahaman tentang kebijaksanaan dalam bentuk peribadi dan sosial untuk memimpin dan melatih. bukan sahaja kemahiran fizikal dalam sukan tetapi jurulatih juga perlu peka untuk menggalakkan perkembangan psikologi positif untuk atlet-atlet mereka. Keadaan ini dapat memberikan kejayaan kepada pasukan sekiranya kesepaduan pasukan tersebut adalah tinggi. Hal ini bertujuan merapatkan lagi hubungan antara jurulatih dengan atlet. di sekolah. Sekiranya hubungan menjadi erat maka semangat berpasukan akan menjadi kuat dan bersepaduan pasukan akan menjadi mantap. atlet bukan sahaja dilatih dari segi fizikal iaitu melalui program latihan yang berkesan tetapi tidak lupa menggunakan pendekatan psikologi untuk melatih mental atlet supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan boleh untuk melakukan yang terbaik. jurulatih perlu bekerjasama atau berupaya bekerja dengan baik. Jurulatih perlu . jurulatih perlu menggunakan kemahiran-kemahiran komunikasi yang efektif dan bijak membuat keputusan dan strategi semasa melatih atlet dan semasa pertandingan dijalankan. Sebagai contoh. • Karisma dan berwawasan Pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri karisma dan berwawasan serta sebagai model sesuai dengan kualiti kepimpinan mereka sendiri.

Selain daripada itu. Ini kerana jurulatih yang boleh memotivasi mampu menjana keinginan untuk berjaya dalam kalangan atlet. Apabila memotivasi seseorang pemain. jurulatih boleh menonton video. perkembangan adaptasi dan ansur maju dalam latihan atau kemahiran perlu untuk meningkatkan pencapaian atlet. atlet mudah untuk tidak meneruskan latihan atau berlatih sambil lewa. khemah-khemah dan mencari tips-tips daripada jurulatih dan atlet elit. Ini supaya perancangan tentang latihan mengikut musim permainan adalah perlu untuk menyediakan atlet dari segi kecergasan fizikal dan mental. seseorang jurulatih perlu belajar dan membangunkan teknikteknik latihan baru mengemaskinikan diri dengan kajian yang terkini. iaitu atlet yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan tersebut. Keadaan ini dapat memberi pengetahuan baru untuk melatih ataupun menyediakan tahap persediaan atlet dari segi fizikal dan mental sebelum musim pertandingan. mengetahui peraturan dan menyediakan persekitaran yang ringkas dan berstruktur untuk atlet. fisiologi pemakanan dan senaman di universiti adalah idea yang baik untuk jurulatih membangun dan memajukan diri. Motivasi bermaksud memastikan latihan seronok. • Mencari maklumat baru secara berterusan. mengkaji terbitan berkala serta menghadiri kelaskelas psikologi sukan. Ini supaya atlet dapat berjaya mencapai matlamat asal yang digaris atau disasarkan oleh jurulatih. Seseorang jurulatih yang bagus sentiasa Sementara mengenali sukan. segar dan mencabar supaya atlet tersebut tidak berasa bosan semasa menjalani latihan. Keupayaan untuk memotivasi dan memberi ilham adalah sebahagian daripada formula untuk berjaya. bukan hasil matlamat. membaca buku. mengetahui perkembangan adaptasi latihan. Jika atlet berasa bosan. menghadiri klinik-klinik kejurulatihan. • Memahami atlet . jurulatih yang baik menekankan cubaan untuk mencapai persembahan matlamat. • Seorang pemberi motivasi Seorang jurulatih yang berjaya adalah seorang pemberi motivasi yang bersikap positif dan berminat terhadap permainan dan juga pemain-pemainnya.merancang musim permainan. Dengan itu. maklumat latihan.

• Berdisiplin keganasan berlaku. Bukti menunjukkan untuk Jurulatih yang efektif menyatakan dengan jelas peraturan kelakuan dan mengikutinya. disiplin perlu ditekankan. Penghargaan terhadap kejayaan juga perlu diberikan motivasi yang baik iaitu kata-kata rangsangan dan puji-pujian jika atlet berjaya dalam sesuatu pertandingan . memberi maklum balas secara langsung dan memperkukuh pesanan penting. penghormatan dan kewibawaan. persaingan. Semasa dalam memberi arahan dalam latihan jurulatih perlulah jelas dan atlet dapat memahami dengan jelas dan tepat. Jurulatih yang efektif akan mencari maklumat daripada pemain-pemainnya. Luahan ini sekurang-kurangnya dapat membantu dalam pertandingan akan datang kerana kelemahan ada dibincangkan setiap kali selepas latihan dan pertandingan. soalan dan input daripada atlet. jurulatih dapat menumpukan perhatian kepada setiap karakteristik yang ada pada atlet. • Seorang pendengar Seorang jurulatih perlu mendengar dengan penuh perhatian dan mengalu-alukan komen. Komunikasi dan motivasi secara individu kepada pemain spesifik adalah penting kepada kejayaan pasukan. Komen.Menyedari perbezaan pada atlet-atlet juga merupakan ramuan penting dalam kecemerlangan kejurulatihan. Jurulatih yang baik juga adalah fleksibel dan akan mengunakan maklumbalas untuk mengubah suai rancangan latihan jika perlu. • Seorang penghubung yang efektif Seorang jurulatih yang bagus ialah seorang yang berkomunikasi dengan baik dan menampilkan kebolehpercayaan. Hal ini dapat membantu untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri atlet tersebut apabila atlet tersebut menyedari terdapat seorang jurulatih yang memahami hati mereka.Dengan memahami setiap personaliti ataupun intrinsik atlet. soalan dan input selepas sesuatu latihan atau pertandingan adalah perlu untuk membantu jurulatih memahami luahan dari hati atlet. kekuatan dan kelemahan pemain. Hal ini kerana tanggungjawab seorang jurulatih yang baik adalah memberi perhatian kepada emosi. Komunikasi yang jelas bermaksud menetapkan matlamat yang jelas. Apabila . Seorang jurulatih perlu berkeupayaan untuk menjelaskan idea dengan jelas.

segera dan konsisten. Sekiranya berlaku masalah disiplin pemain. mengikut peraturan yang sama dengan apa yang beliau harapkan dari pemain-pemain. Selain itu. FALSAFAH KEJURULATIHAN Falsafah kejurulatihan adalah satu pegangan dan kepercayaan tentang manusia dan sukan. Jurulatih yang inginkan mendapat penghormatan juga perlu menunjukkan rasa hormat terhadap pemainnya. semasa dan selepas pertandingan >mengawal dan mengendalikan program latihan >memberi nasihat mengenai latihan >mengelola latihan seimbang >menyimpan rekod atlet >mengendalikan kursus-kursus teknikal >mempengaruhi cara hidup pemain yang berkesan Untuk menjadikan seseorang jurulatih berjaya menyampaikan segala teknik dan taktik . jurulatih memainkan peranan untuk menyelesaikannya dengan cepat supaya ia tidak berlanjutan dan tidak membawa kepada kemudaratan kepada pasukan sendiri dan pihak lawan. Jurulatih yang baik. • Menjadi contoh Jurulatih yang efektif juga adalah contoh kepada atlet. Jurulatih yang baik juga harus menjalankan tugas yang tertentu dan di antaranya adalah: >menyediakan program sebelum.membolehkan disiplin mengubah tingkah laku dengan berkesan. ia perlu lembut. Seorang jurulatih yang mengharapkan pemain-pemainnya kekal positif perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap dirinya dan pemain-pemain di bawah bimbingannya supaya sentiasa berfikiran positif semasa latihan dan pertandingan dijalankan. falsafah membolehkan seseorang individu itu berfikir secara kritis dan kreatif bagi mengatasi sebarang cabaran.

teknik. • Sifat-sifat jurulatih yang baik  Berpersonaliti  Stabil emosi  Tegas & berani  Yakin diri  Berobjektif  Demokratik  Berfikiran terbuka dan jujur  Fleksibel  Futuristik  Rasional  Kreatif  Boleh menyesuaikan diri .  Mengenalpasti bakat dan mengasah bakat  Membataskan hubungan jurutatih-atlet • Pengetahuan tentang sukan yang diceburi  Meningkatkan pengetahuan tentang permainan. jurulatih perlu: • Mengenali diri sendiri tentang  Kekuatan dan kelemahan diri  Kejayaan yang diperolehi  Kekecewaan yang dialami  Ilmu pengetahuan dan pengalaman • Mengenali atlet sendiri  Perlu mengenali atlet dari segi pencapaian. rakan dan keluarga. kecerdasan dan emosi. Pemakanan.kesihatan dan masalah diri. pemikiran. objektif. komitmen. tektik dan strategi sukan yang diceburi.permainan sesuatu sukan.

Antara gaya-gaya yang biasa dikenalpasti: > Autoratik – kepimpinan yang berpusat kepada jurulatih > Demokratik – kepimpinan yang menekankan kepada proses dua hala > Laisser-faire – kepimpinan yang banyak memberi kebebasan kepada pemain untuk membuat keputusan . menganalisis dan menilai permainan  fungsi kesan tubuh manusia (fisiologi)  kesan pemakanan terhadap attet  pencegahan dan rawatan kecederaan  proses dan reaksi pembelajaran motor  psikologi kemanusiaan dan sosial GAYA-GAYA KEJURULATIHAN Setiap jurulatih mempunyai daya kepimpinan tersendiri. Ia berbeza di antara seorang jurulatih dengan jurulatih yang lain. Gaya-gaya ini juga biasanya dipengaruhi oleh falsafah yang dipegang oleh jurulatih itu sendiri. Terdapat beberapa jenis sifat kepimpinan yang menonjolkan gaya seorang jurulatih. Berfalsafah  Komited Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang  teknik dan taktik permainan  pembinaan program latihan  struktur dan organ badan (anatomi)  kaedah pengajaran.

Related Interests