Nota BM Kontekstual - Kertas kerja Tarrif Kertas Kerja Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi

bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri. 3.3 Jenis-Jenis Kertas Kerja [A] Terdapat pelbagai jenis kertas kerja yang dihasilkan. Namun secara umumnya, kertas kerja dapat dibahagikan kepada dua, iaitu: a. Kertas Kerja Seminar

Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak dengan tujuan untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang baharu, memberi penerangan tentang sesuatu perkara, memberi penjelasan tentang sesuatu idea, atau mencadangkan tindakan-tindakan tertentu terhadap sesuatu fenomena. Khalayaknya ialah mereka yang hadir dalam pembentangan yang dijalankan atau yang membaca kertas kerja tersebut. Khalayak biasanya mereka yang memang berminat dengan perkara/tajuk yang disampaikan ataupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan perkara yang diperkatakan. Oleh itu, mereka hadir atau membaca kertas kerja ingin mengetahui perkara tersebut dengan lebih mendalam lebih-lebih lagi jika perkara yang ingin disampaikan itu ialah penemuan baharu dalam bidang berkenaan. Biasanya kertas kerja ini bersifat formal dan menggunakan laras bahasa akademik. Kadang-kadang kertas kerja tersebut kemudiannya diterbitkan dalam jurnal untuk menjadi bahan bacaan bacaan dan rujukan. Bergantung kepada tujuan dan khalayak, kertas kerja seminar perlu ditulis menggunakan laras bahasa mengikut bidang yang diperkatakan supaya lebih jelas dan mudah difahami. b. Kertas Kerja Projek

Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan. Berbanding dengan kertas kerja seminar, kertas kerja ini juga bersifat formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami. Dengan penulisan kertas kerja ini, pembaca atau

bagaimana penyampaiannya. Walau bagaimanapun terdapat format umum yang boleh dikuti oleh penulis sebagai panduan menyediakan kertas kerja.pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran lengkap tentang bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya. kertas kerja ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Bagi penulisan sesuatu kertas kerja. Kemungkinan halangan/kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga dikemukakan untuk mendapat maklum balas bagaimana halangan / kekangan itu dapat diatasi. siapa khalayaknya.4 Format Menulis Kertas Kerja [A] Untuk menghasilkan kertas kerja terdapat pelbagai kaedah dan format yang boleh digunakan. Format Kertas Kerja Seminar • Tajuk • Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja • Nama institusi • Abstrak (Sinopsis/Ringkasan) • Pengenalan • Sorotan kajian • Metodologi • Analisis data / Dapatan • Rujukan • Lampiran b. apakah isi kandungannya dan lain-lain. • • • • • • • • • • Format Kertas Kerja Projek Tajuk Latar belakang / Rasional Objektif / Matlamat Jangka masa yang diperlukan Kumpulan sasaran Andaian-andaian halangan Anggaran belanjawan Penubuhan jawatankuasa Menentukan jadual tugas Pelaksanaannya . Bergantung kepada tujuan penulisannya. apa yang penting ialah ketekalan bentuk penulisannnya. Sebenarnya format penulisan kertas kerja bergantung kepada beberapa faktor/perkara antara lain ialah apa tujuannya. Semua perkara yang berkaitan projek itu akan dijelaskan dalam kertas kerja. antaranya ialah: Kertas kerja perniagaan Kertas kerja lawatan Kertas kerja program Kertas kerja perkhemahan Kertas kerja hari keluarga Kertas kerja sukan 3. Antara format umum penulsan kerja kerja: a.

blogspot.com/2011/01/hari-keluarga-hj-ramli-abd-hamid. sebagaimana yang telah dinyatakan. anda perlu melakukan penyesuaian supaya kertas kerja yang dihasilkan benar-benar menepati tujuan dan dapat mencapai objektifnya. Ingatlah bahawa penulisan perlu teliti dan lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan.Walaupun terdapat format umum penulisan kertas kerja yang boleh menjadi rujukan. http://literasibahasamelayu.html .