CATATAN HARIAN MINGGU PERTAMA / MINGGU SUAI-KENAL MURID 15 – 19 JULAI 2013

ISNIN, 15 JULAI 2013 Pada hari pertama, saya ada masuk ke beberapa buah kelas seperti kelas Tahun 4 dan Tahun 5 di sekolah ini untuk sesi suai-kenal bersama murid dan memberikan mereka pengenalan ringkas mengenai diri dan keperibadian seorang guru. Pada hari pertama juga, saya membantu guru untuk menggantikan kelas mereka selama sejam dan semasa itulah saya berkenalan dengan beberapa orang murid dimana majoriti bilangan murid di dalam sebuah kelas adalah melebihi 45 orang. Pada hari pertama ini juga saya berhasrat untuk menilai pengetahuan murid-murid di sekolah ini dan mengenali budaya belajar mereka serta latar belakang mereka untuk penyesuaian kaedah pengajaran di dalam kelas kelak. SELASA, 16 JULAI 2013 Pada hari kedua berada di sekolah ini, guru bahagian maklumat dan perekodan (data) murid telah membahagikan waktu mengajar kami berempat dalam seminggu. Pengaturan jadual waktu mengajar telah disediakan dan diberikan kepada kami berempat. Saya telah diberikan tugas untuk mengambil kelas Tahun 5 iaitu Tahun 5 Aspirasi dan Tahun 5 Aplikasi untuk mengajar subjek Sains manakala bagi subjek minor, iaitu Pendidikan Jasmani saya mengambil kelas 4 Dedikasi. Pembahagian ini sememangnya memberikan makna kepada saya kerana sebelum ini saya tidak berpeluang mendapat kelas tahap dua. RABU, 17 JULAI 2013 Bermula hari ketiga kami berada di sekolah itu, kebanyakan murid sudah boleh mengenali kami sebagai guru baru yang mengajar di sekolah itu dan sebilangan antara mereka pernah berjumpa dengan kami di dalam kelas. Pada hari ketiga ini, kami mula berjumpa dengan Ketua Panitia Sains di sekolah ini untuk berbincang mengenai guru pembimbing sepanjang kami menjalankan praktikum selama 2 bulan di sekolah ini.

JUMAAT. saya hanya menjalankan beberapa aktiviti dan bertanyakan beberapa soalan Sains kepada muridmurid untuk mengetahui minat mereka terhadap Sains. Makanya. saya masuk ke kelas seperti di dalam jadual dan masih belum bersedia untuk mengajar kerana masanya masih belum sesuai. 19 JULAI 2013 Pada hari kelima dalam minggu yang pertama ini. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani pula. guru Sains di sekolah itu sangat prihatin dan tanpa segan-silu menunjukkan kepada kami bagaimana untuk mengakses bahan Sains.KHAMIS. 18 JULAI 2013 Kami berdua iaitu saya sendiri bersama Alexandra Lorraine dari PISMP SN juga telah berkongsi seorang guru pembimbing perempuan iaitu Puan Maurine Peter Limpas yang mengajar Sains Tahun 6. Sebarang permasalahan atau sekiranya kami ingin menggunakan akses bahan untuk mengajar. . guru pembimbing kami ialah Ketua Panitia Pendidikan Jasmani di sekolah itu iaitu Puan Sharmani.