You are on page 1of 8

7/18/13

Portal Pendidikan Utusan

LA MA N UTA MA

ETUISYEN

BA NK SOA LA N

BILIK GURU

INTER@KTIF

KOMUNITI

PETA LA MA N

PMR > Geografi

Bahan Arkib 2002

Kemahiran Geografi : Kedudukan


Cara-cara Menyatakan Ketinggian dan Keratan Rentas
Bahan disediakan oleh guruguru jurulatih utama & guru cemerlang serta memenuhi format peperiksaan terkini!

Cara a. lorekan dan ton

Makna Kawasan tinggi - lorekan padat dan hitam Kawasan rendah - lorekan jarang dan cerah Tanah tinggi - warna gelap seperti coklat, hitam, merah dan ungu Tanah rendah - warna hijau Sederhana tinggi - warna kuning Tanda ini terdapat di kawasan gunung atau bukit . 300 - bermakna ketinggian gunung ialah 300 meter dari aras laut. ditunjukkan dengan satu titik dalam peta biasanya menunjukkan ketinggian bukit-bukit yang rendah 100 bermakna ketinggian tempat itu ialah 100 meter dari aras laut tanda ini dilukis dengan anak panah diletakkan di sepanjang jalan raya, jalan keretapi dan di tepi sungai. 100 bermakna ketinggian tempat itu ialah 100 meter dari aras laut. garisan-garisan yang pendek dan tebal menunjukkan cerun yang curam garisan-garisan yang panjang dan nipis menunjukkan cerun yang landai. Tidak menunjukkan ketinggian dengan tepat, hanya anggaran sahaja. Garisan-garisan yang dilukis secara berputus-putus pada peta. Tidak menunjukkan ketinggian denga tepat, hanya anggaran sahaja. Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua tempat yang mempunyai ketinggian yang sama . Menunjukkan ketinggian dengan tepat Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk muka bumi di sesuatu tempat. Garisan kontur berwarna coklat. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur

Nota Latihan P&P Tip Rancangan Mengajar Bank Soalan

b. warna

c. stesen trigonometri

d. titik ukur tinggi

e. tanda aras atau batu aras

f. hasyur

g. garisan bentuk

h. garisan kontur

www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP

1/8

7/18/13

Portal Pendidikan Utusan

Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali sebagai selang tinggi

Garisan Kontur dan Cerun Jarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan bentuk cerun. a. b. c. d. e. f. cerun curam - garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain. cerun landai - garisan garisan kontur jarang di antara satu sama lain. Cerun cembung garisan kontur jarang di atas dan rapat di bawah. Cerun cekung garisan kontur rapat di atas dan jarang di bawah Cerun sekata garisan kontur sama jarak di antara satu sama lain. Cerun bertangga garisan kontur berselang-seli di antara rapat dan jarang

Garisan Kontur dan Bentuk Muka Bumi Garisan kontur juga boleh menggambarkan pelbagai jenis bentuk muka bumi melalui keratan rentas. a. tebing tinggi - garisan kontur berhampiran tepi pantai. b. susuh bukit - garisan kontur berbentuk V dengan hujungnya menghala ke tanah rendah. c. dataran tinggi - garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian tengahnya kosong. d. rabung - garisan kontur membujur dan rapat e. lurah - garisan kontur berbentuk V dengan hujungnya menghala ke tanah tinggi. f. genting dan pelana garisan kontur bagi genting dan pelana adalah sama tetapi bagi pelana tidak ada sungai mengalir turun darinya. Latihan 1 Pilih jawapan yang betul.
1.

Garisan-garisan melintang dan menegak dalam peta topografi dikenali sebagai A. Koordinat B. Rujukan grid C. Garisan grid D. Garisan utaraan
A. titik ukur tinggi

2. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dekenali sebagai B. selang tinggi C. tanda aras D. hasyur www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP

2/8

7/18/13

Portal Pendidikan Utusan

D. hasyur 3. Antara berikut yang manakah merupakan cara untuk menyatakan ketinggian dalam peta topografi? I titik ukur tinggi II hasyur III warna IV tanda aras A. B. C. D. I,II dan III I, II dan IV I,III dan IV II,III dan IV

4. Berikut merupakan cara yang paling sesuai digunakan untuk menyatakan ketinggian dalam peta topografi, kecuali A. warna B. lorekan C. garisan kontur D. garisan grid 5. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai garisan kontur? I garisan kontur menyambungkan semua tempat yang mempunyai ketinggian yang sama

II selang tinggi merupakan perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur III dalam peta topografi, garisan kontur adalah berwarna biru IV garisan kontur dapat menggambarkan bentuk muka bumi sesuatu tempat A. B. C. D. I,II dan III I, II dan IV I,III dan IV II,III dan IV ini dinamakan

6. Simbol ketinggian A. tanda aras B. titik ukur tinggi C. stesen trigonometri D. hasyur

Dataran Tinggi

7. Antara berikut pernyataan manakah benar berkaitan bentuk muka bumi di atas? I II III IV merupakan sebuah tanah tinggi yang rata dan luas kedua-dua bahagian tepi cerunnya adalah landai garisan konturnya melingkungi satu kawasan rata yang luas mempunyai garisan kontur yang rapat dibahagian tepinya

A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV


www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP 3/8

7/18/13

C. I,III dan IV D. II,III dan IV

Portal Pendidikan Utusan

Garisan kontur berbentuk V dengan hujungnya menghala ke tanah tinggi

8. Bentuk muka bumi yang dimaksudkan dalam huraian di atas mungkin sekali A. pelana B. lurah C. rabung D. susuh bukit 9. Antara berikut yang manakah benar menerangkan ciri-ciri sebuah susuh bukit? I merupakan tanah tinggi yang menganjur ke kawasan tanah rendah II terletak di lekukan antara dua puncak bukit III merupakan tanah tinggi yang panjang dan sempit IV merupakan tanah tinggi yang landai A. B. C. D. I dan II I dan III II dan III III dan IV

10. Garisan kontur yang rapat antara satu sama lain menunjukkan jenis cerun A. cembung B. cekung C. sekata D. curam 11. Antara berikut yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah rabung? A. B. C. D. konturnya rapat dan jarang berselang-seli konturnya memanjang dan tirus konturnya membujur dan rapat-rapat garisan konturnya berbentuk V

12. Penyataan yang manakah menerangkan kepentingan garisan grid? A. B. C. D. menyatakan ketinggian kawasan untuk menentukan arah menentukan kedudukan sesuatu tempat mengira jarak sesuatu tempat

13. Apakah yang ditunjukkan oleh keratan rentas bagi sesuatu kawasan dalam peta topografi? A. keadaan bentuk muka bumi di kawasan tersebut B. jenis-jenis kegiatan pertanian di kawasan tersebut C. aktiviti ekonomi di kawasan tersebut D. pola petempatan di kawasan tersebut

Soalan 14 hingga Soalan 18 berdasarkan rajah di bawah.

www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP

4/8

7/18/13

Portal Pendidikan Utusan

14. Panduan grid empat angka bagi titik T ialah A. 2534 B. 2634 C. 2535 D. 2635 15. Panduan grid empat angka bagi titik R ialah A. 2732 B. 2731 C. 2631 D. 2632 16. Panduan grid enam angka bagi titik S ialah A. B. C. D. 270320 280320 320280 320270

17. Panduan grid enam angka bagi titik R ialah A. 265315 B. 269312 C. 312269 D. 315265 18. Panduan grid 260330 terdapat titik A. B. C. D. P R S T

19. Apakah kegunaan panduan grid empat angka? A. menentukan kedudukan sesuatu tempat B. menentukan arah sesuatu tempat
www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP 5/8

7/18/13

Portal Pendidikan Utusan

C. menentukan kedudukan sesuatu titik D. menentukan jarak sesuatu tempat 20. Apakah kegunaan panduan grid enam angka? A. B. C. D. mengukur jarak antara dua tempat menentukan kedudukan sesuatu tempat menentukan kedudukan sesuatu titik di atas peta menentukan arah sesuatu tempat di atas peta

Lampiran 1 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 1. Berikan 4 cara untuk menyatakan ketinggian dalam peta topografi. i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________ 2. Kawasan yang tinggi diwakili oleh lorekan yang ______________ 3. Warna hijau mewakili kawasan _______________ 4. Apakah maksud simbol 300 dalam peta topografi? __________________________________________ 5. Di manakah simbol tanda aras biasanya diletakkan dalam peta topografi? ___________________________________________ 6. Bagaimanakah hasyur boleh menunjukkan kecerunan sesuatu tempat? ___________________________________________ 7. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur disebut sebagai __________________________________________ 8. Garisan-garisan kontur yang rapat menunjukkan cerun _______________ 9. Garisan-garisan kontur yang jarang menunjukkan cerun ______________ 10. Nyatakan pola kontur bagi cerun seragam. ___________________________________________________________

Latihan 3

www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP

6/8

7/18/13

Portal Pendidikan Utusan

(Bukit)

(Cerun Curam dan Cerun Landai)

(Kol)

(Pelana)

(Cerun Sekata)

(Cerun Cekung)

www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP

7/8

7/18/13

Portal Pendidikan Utusan

(Cerun Cembung)

Cetak Muka Surat


TENTANG KAMI | HUBUNGI KAMI | PANDUAN | TERMA/SYARAT | CARIAN:

CARI

Portal Pendidik an Utusan 2001-2007 Hak Cipta Terpelihara


U TU S A N M E LA YU (M ) BE RH A D, KU A LA LU M P U R

Portal Pendidik an Utusan 2001-2005 Hak Cipta Terpelihara


U TU S A N M E LA YU (M ) BE RH A D, KU A LA LU M P U R

www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=JAN&m=2&t=&r=g&i=PNP

8/8

You might also like