You are on page 1of 14

1.

0 Pendahuluan Pengenalan sistem Barat di India seperti pengenalan teknologi, pendidikan, gaya hidup dan sebagainya telah membawa kepada satu perubahan yang mendadak terhadap sosial, agama dan politik masyarakat Hindu. Perubahan yang dicetuskan oleh kuasa Barat ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Hindu yang tidak mahu tradisi dan agama yang dipegang oleh mereka selama ini hilang disebabkan kemasukan kuasa asing. Oleh yang demikian, masyarakat Hindu merasakan bahawa mereka perlu melakukan satu tindakan yang wajar dalam menghalang kemasukan idea-idea barat dalam sistem sosial dan agama mereka. Reaksi yang jelas dapat dilihat akibat daripada pengaruh Barat ini adalah seperti munculnya gerakan Brahmo Samaj dan Arya Samaj.1 Pada awalnya, kedua-dua gerakan bertumpu kepada aspek sosial dan keagamaan. Tetapi lama-kelamaan Brahmo Samaj dan Arya Samaj berubah mengikut masa dan keadaan kepada gerakan yang lebih berbentuk politik.

Sememangnya gerakan Brahmo Samaj dan Arya Samaj merupakan gerakan yang memainkan peranan yang penting dalam merangsang kesedaran politik dan keagamaan di India. Hal ini kerana melalui gerakan ini telah muncul beberapa pemimpin politik yang terkenal di India yang berjuang dalam mendapatkan kemerdekaan India. Sebagai contohnya, dalam memperjuangkan misi gerakan masing-masing secara tidak langsung telah melahirkan pemimpin politik seperti Bal Gangadhar Lokmananya Tilak, Bipin Chandra Pal, Debendrananth Tagore dan beberapa lagi pemimpin politik di India. Dari sudut agama juga, kedua-dua gerakan ini turut memainkan peranan yang penting dalam merangsang kesedaran agama contohnya melalui pemulihan Veda oleh Arya Samaj.

Azharudin Mohd Dali (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 267

2.0 Peranan Gerakan Brahmo Samaj dalam meransang kesedaran politik dan keagamaan di India 2.1 Peranan Dalam Keagamaan Brahmo Samaj adalah sebuah gerakan pembaharuan yang pertama di India yang memberikan sumbangan yang besar terutamanya dalam meransang kesedaran politik dan keagamaan di India. Disusun secara kemas oleh golongan berpendidikan sebagai usaha untuk memulihkan cara hidup masyarakat Hindu. Gerakan ini telah diasaskan oleh Raja Ram mohan Roy pada 20 Ogos 1828 di Calcutta yang mempunyai tujuannya yang tersendiri iaitu untuk membersihkan agama Hindu daripada unsur-unsur yang negatif dan juga menetapkan kepercayaan kepada tuhan yang sebenarnya.2 Persatuan ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kasta, kelas dan juga agama.

Gerakan Brahmo Samaj melalui pimpinan Raja Ram Mohan Roy, telah membawa pelbagai perubahan atau transformasi dalam keagamaan di India terutamanya dalam mengubah konsep kepercayaan yang dibawa atau diamalkan oleh penganut agama Hindu. Beliau menentang sekeras-kerasnya amalan penyembahan berhala dan juga patung dewa-dewi dalam masyarakat India. Jika sebelum ini, konsep kepercayaan yang dibawa oleh penganut agama Hindu adalah Politheism atau kepercayaan kepada banyak tuhan tetapi setelah munculnya gerakan pembaharuan ini, konsep tersebut telah berubah. Ram Mohan Roy melalui gerakannya iaitu, Brahmo Samaj telah memperjuangkan konsep kepercayaan Monotheism yang bermaksud kepercayaan kepada satu tuhan sahaja atau dengan kata lain, Unity Of god.3 Konsep tersebut telah timbul hasil daripada kegigihan beliau mempelajari
2

Ibid. Hlm 279

Mohanty D.K (1997). Indian Political Tradition From Manu to Ambedkar . New Delhi: Anmol Publications PVT. LTD. Hlm. 73.

ilmu-ilmu dalam agama Islam dan Kristian secara mendalam dan juga pengaruh daripada kitab Hindu, Upanishad.

Konsep yang diperjuangkan ini telah diterjemahkan ke dalam sebuah karyanya dalam bahasa Parsi yang berjudul, Tuhfat-ul-Muwahhidin.4 Raja Ram Mohan Roy berpendapat perlunya penganut setiap agama untuk mempercayai satu tuhan sahaja dan tidak perlu untuk menyembah banyak tuhan. Tujuan konsep tersebut diperkenalkan adalah sebagai satu usaha transformasi untuk membersihkan agama Hindu dari pengaruh tahayul yang dapat menyesatkan pemikiran penganut-penganut agama Hindu.5

Selain itu, gerakan Brahmo Samaj melalui pimpinan Raja Ram Mohan Roy telah melakukan satu lagi transformasi dalam agama Hindu iaitu, penentangan amalan sati (sutee) dan juga pembunuhan bayi perempuan dalam kalangan penganut agama Hindu. Bagi Raja Ram Mohan Roy, adat sati (sutee) merupakan adat yang tidak berperikemanusian dan kejam kerana, mengikut adat tersebut, para balu perlu melakukan pengorbanan bersama mayat suaminya yang dibakar dan mereka melakukannya kerana terpaksa akur dengan adat yang diamalkan dalam agama Hindu. Begitu juga dengan amalan pembunuhan bayi perempuan yang dirasakan adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan dan kejam. Raja Ram Mohan Roy merasakan bahawa adat dan amalan sedemikian perlu dihapuskan kerana sudah tiba masanya agama Hindu menerima suatu pembaharuan selagi pembaharuan tersebut tidak bertentangan dengan kesucian agama Hindu. Sungguhpun usaha tersebut mendapat tentangan hebat daripada golongan Hindu Ortodoks, beliau tetap terus
4

Najma Heptulla. (1991). Indo-West Asian Relations. Bombay: Allied Publishers Limited. Hlm. 33. Mohanty D.K.. Indian Political Tradition From Manu to Ambedkar. Hlm. 71.

memperjuangkannya sehinggalah perjuangan gerakan tersebut disokong oleh Gabenor Janeral British di india apabila beliau telah mengisytiharkan pengharaman adat sati (sutee) dalam cara hidup masyarakat Hindu melalui Akta XVIII pada tahun 1829.6 Di samping itu, perjuangan menentang adat sati dalam masyarakat Hindu juga dilihat sebagai memperjuangkan kedudukan serta taraf kaum wanita Hindu yang selama ini tidak terbela.

Gerakan Brahmo Samaj juga dilihat sebagai sebuah gerakan pembaharuan yang mewujudkan kesedaran mengenai sistem Kasta yang diamalkan oleh masyarakat Hindu. Sistem Kasta telah membezakan masyarakat berdasarkan tahap dalam sistem Kasta. Contohnya, Orang India dari Kasta Brahmin tidak boleh berkahwin dengan pasangan dari kasta yang berbeza dengannya. Hal ini bermakna, golongan kasta Brahmin hanya boleh berkahwin dengan pasangan dari golongan Brahmin sahaja. Penentangan terhadap sistem Kasta bertujuan untuk mewujudkan keadilan dan kesamaan dalam kalangan masyarakat India.7 Raja Ram Mohan Roy merasakan amalan membezakan setiap orang dengan tahap Kastanya harus dihapuskan supaya masyarakat tidak bersikap membeza-bezakan antara satu sama lain.

Jadi, melalui peranan-peranan yang dibawa oleh gerakan Brahmo Samaj di bawah pimpinan Raja Ram Mohan Roy, kita dapat lihat wujudnya kesedaran keagamaan dalam masyarakat India sungguhpun terdapat juga segelintir daripada mereka yang masih berpegang kuat dengan agama Hindu Ortodoks. Gerakan tersebut telah memperjuangkan pelbagai perkara yang kesemuanya bertujuan untuk melakukan transformasi dalam agama Hindu tetapi
6

Azharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm. 280. Urmila Shankar ( 1996). Indian Political Thought. New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors. Hlm. 97.

bukanlah bermaksud untuk menjejaskan kesucian agama Hindu dengan unsur-unsur moden dari luar. Segala amalan-amalan agama yang dianggap tidak harus diamalkan dihapuskan bagi memastikan masyarakat daripada mempercayai unsur-unsur agama bersifat tahayul yang akan menyesatkan minda masyarakat. Secara keseluruhannya, transformasi yang dibawa oleh gerakan ini dalam meransang kesedaran keagamaan adalah sesuatu yang baik dan tidak harus dipandang ringan kerana gerakan tersebut yang dipimpin oleh Raja Ram Mohan Roylah yang mencetuskan transformasi di India. Peranan gerakan ini bukan sahaja dilihat dari aspek agama malahan berperanan juga dalam meransang kesedaran politik di India.

2.2 Peranan Dalam Politik Selain peranan dalam meransang kesedaran dalam keagamaan di India, Brahmo Samaj juga berperanan dalam meransang kesedaran politik di India. Sebagaimana yang diketahui, Brahmo Samaj menjadi peneroka kepada kesedaran politik liberal dan nasionalisme India dengan memperkenalkan etika serta standard profesional ke dalam undang-undang India dan pentadbiran sosial.8 Kesedaran untuk melakukan pembaharuan dalam bidang politik di India muncul kerana pemimpin Brahmo Samaj iaitu, Raja Ram Mohan Roy menyukai undangundang yang diamalkan oleh kerajaan British. Beliau merupakan seorang yang berfikiran terbuka dan beliau berpendapat, masyarakat India perlu menerima perubahan selagi perubahan tersebut tidak mengganggu nilai dan budaya masyarakat India.

Gerakan Brahmo Samaj melalui pimpinan Ram Mohan Roy juga cuba untuk menerapkan cara atau undang-undang yang diamalkan oleh pihak British ke dalam politik di
8

A. R. Desai. (2005). Social Background Of Indian Nationalism. Mumbai: Popular Prakashan PVT LTD. Hlm 271.

India. Tujuannya hanyalah untuk memajukan India yang selama ini mundur dari segala aspek termasuklah juga dari segi keagamaan. Kesedaran ini wujud akibat daripada pengalamannya berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris sebelum beliau menubuhkan gerakan Brahmo Samaj.9

Senario ini secara tidak langsung memberi impak besar terhadap politik di India. Hal ini terbukti golongan yang mendapat pendidikan barat di India berpeluang menjawat jawatanjawatan penting dalam pentadbiran British di India. Bertepatan dengan konsep British yang ingin menawan hati rakyat India melalui peluang untuk menjawat jawatan awam nyata telah dipergunakan oleh gerakan Brahmo Samaj di bawah pimpinan Raja Ram Mohan Roy untuk menyusup dalam sistem pentadbiran British di India bagi memastikan orang India belajar untuk mentadbir negara sendiri. Pendirian gerakan Brahmo Samaj mengenai pendidikan golongan wanita juga telah menyebabkan pemikiran golongan wanita berkembang dan dapat menyumbang dalam memperjuangkan gerakan Brahmo Samaj yang secara tidak langsung telah mewarnai politik India dengan masyarakat tempatan. Selain itu, gerakan Brahmo Samaj melalui pimpinan Raja Ram Mohan Roy juga telah melakukan satu transfornasi yang memberikan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat India. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam usaha memisahkan badan Judisiari dengan badan Eksekutif yang selama ini digabungkan dan berfungsi bersama. Melalui pemisahan tersebut, badan Judisiari dapat berfungsi secara bebas tanpa kekangan atau bebanan tugas yang banyak daripada badan Eksekutif di samping dapat meringankan beban tugasan yang banyak di mahkamah. Walaubagaimanapun, kesedaran untuk melakukan

Mohanty D.K.. Indian Political Tradition From Manu to Ambedkar. Hlm 70.

pemisahan kedua-dua badan penting dalam politik di India ini muncul setelah Raja Ram Mohan Roy meninggal dunia.10

3. 0 Gerakan Arya Samaj Memainkan Peranan Dalam Merangsang Kesedaran Politik Dan Keagamaan Di India 3.1 Peranan dalam keagamaan Arya Samaj merupakan gerakan reformasi Hindu di India yang diasaskan oleh Swami Dayanand Saraswati pada 1875. Swami Dayanand Saraswati merupakan seorang Brahmin yang berasal dari Khatiawar yang terletak di Barat India. Pada peringkat awal, penubuhan Arya Samaj oleh Swami Dayanand dimulakan di Arrah pada 1872, tetapi percubaan ini menemui kegagalan kerana kurang mendapat sambutan daripada orang ramai. Kemudian usaha penubuhan gerakan diteruskan di Banaras pada 1874, di Rajpot dan Allahabad pada Januari 1875, dan setelah menemui beberapa kegagalan akhirnya Arya Samaj berjaya ditubuhkan di Bombay pada April 1875.11 Gerakan Arya Samaj merupakan satu pertubuhan yang memainkan peranan yang sangat penting dalam merangsang kesedaran politik dan keagamaan di India.

Hal ini kerana, gerakan ini telah membawa perubahan yang besar terhadap perkembangan agama Hindu. Menerusi Arya Samaj, Swami Dayanand cuba mempengaruhi masyarakat Hindu supaya kembali kepada tradisi Veda12 sebagai sumber yang diwahyukan
10

N. Jayapalan (2003). Indian Political Thinkers: Modern Indian Political Thought . New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors. Hlm 8.
11

R.K Pruthi (2004). Arya Samaj and Indian Civilization. New Delhi: Discovery Publishing House. Hlm 59 Azaharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm 280

12

dan juga menolak agama lain selain daripada berpandukan Veda. Doktrin yang meminta supaya masyarakat Hindu kembali kepada Veda telah menarik minat golongan professional dan ahli perniagaan yang bertindak mempertahankan asal usul Hindu seperti saranan Arya Samaj.13 Menurut Arya Samaj, Veda merupakan kunci kepada setiap permasalahan sosial dan agama masyarakat Hindu kerana Veda ditafsirkan sebagai kitab suci purba manusia yang memberikan orientasi baru dalam keyakinan terhadap agama Hindu. 14

Selain itu, Arya Samaj juga menolak penyembahan berhala, korban binatang, sistem kasta, perkahwinan kanak-kanak dan sebagainya.15 Menurut Swami Dayanand, amalanamalan ini tidak terdapat dalam kitab Veda. Walaupun terdapat tentangan daripada golongan ortodoks akibat daripada pembaharuan agama yang cuba dilakukan oleh Arya Samaj ini tetapi gerakan ini tetap berpegang bahawa agama Hindu hendaklah terbuka kepada setiap orang walaupun berbeza status kasta mereka. Keterbukaan yang ditunjukkan oleh Arya Samaj ini secara tidak langsung, bukan sahaja telah menarik minat golongan pertengahan di India tetapi juga telah menarik minat masyarakat Hindu yang tinggal di Afrika Selatan dan Fiji untuk sama-sama memulihkan tradisi Veda.16

Pada masa yang sama, dalam memulihkan tradisi Veda, beberapa institusi pendidikan yang diasaskan kepada Veda ini telah ditubuhkan. Tujuan penubuhan institusi ini adalah
13

Ninian Smart (2008). Falsafah Dunia. Kuala Lumpur: Institut Penterjemahan Negara. Hlm 459 Suresh K. Sharma dan Usha Sharma(2004). Culture and Religious Heritage of India: Culture and Religious

14

Reform. New Delhi: Krishan Mittal for Mittal Publications. Hlm 285
15

Harnik Deol (2000). Religion and Nasionalism in India: The Case of the Punjab. Londan: Taylor & Francis

Group. Hlm 68
16

Ninian Smart. Falsafah Dunia. Hlm 459

kerana ingin menunjukkan bahawa segala bentuk pendidikan yang berkaitan dengan saintifik, sosial dan kerohanian boleh diperoleh daripada ajaran Veda. Keadaan jelas memperlihatkan bahawa gerakan Arya Samaj ini menolak segala bentuk pendidikan dari luar terutamanya dari Barat. Contoh yang paling jelas adalah melalui penubuhan Dayananda Anglo Vedic College.17 Melalui penubuhan kolej ini, Arya Samaj sedaya upaya cuba memulihkan Veda dan cuba menarik perhatian masyarakat supaya kembali kepada kitab Veda yang dianggap akan membawa kesejahteraan sejagat. Penubuhan institusi-institusi yang diasaskan oleh Veda ini ternyata berkesan apabila semakin ramai masyarakat Hindu mula menerima doktrin yang dibawa oleh Arya Samaj dan melalui penubuhan institusi pendidikan ini juga Arya Samaj cuba menjadikan seluruh dunia sebagai Aryan. Oleh yang demikian jelaslah bahawa gerakan Arya Samaj turut memainkan peranan dalam merangsang kesedaran keagamaan di India.

Peranan yang dimainkan oleh Arya Samaj dalam merangsang kesedaran keagamaan juga dapat dilihat apabila gerakan ini telah mencetuskan idea Suddhi. Suddhi merupakan perkataan yang berasal dari sanskrit yang bermaksud pembersihan, permurniaan dan kebebasan dari kekotoran. Menurut Swami Dayanand, Suddhi bermaksud suatu proses menukar agama-agama rakyat India kepada satu agama iaitu Hindu.18 Idea yang dibentuk oleh Arya Samaj ini dikatakan merupakan idea yang paling penting dalam proses gerakan agama di India. Hal ini kerana, tindakan yang diambil oleh Arya Samaj telah menimbulkan konflik agama yang serius ketika itu19. Hal ini kerana pada abad ke-19, di India, misi Protestan untuk mengkristiankan penduduk Hindu samakin mengalami perkembangan apabila ramai dalam kalangan masyarakat Hindu yang bertindak menukar agama mereka kepada Kristian
17

Harnik Deol. Religion and Nasionalism in India: The Case of the Punjab. Hlm 69 Mohanty D.K. Indian Political Tradition: From Manu to Ambedkar. Hlm 116 Azaharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm 281

18

19

terutamanya golongan kasta bawahan. Selain agama Kristian, terdapat sebilangan besar masyarakat Hindu mula tertarik dengan agama Islam dan keadaan ini menimbulkan tekanan kepada masyarakat Hindu yang berpegang teguh kepada ajaran mereka. Mereka mula melihat kehancuran yang akan diterima oleh agama Hindu jika keadaan ini berterusan.

Oleh yang demikian, idea utama penubuhan Suddhi oleh Arya Samaj ini bertujuan untuk mengelakkan masyarakat Hindu terutamanya yang berkasta rendah daripada memeluk Kristian atau Islam dan ritual Suddhi ini juga adalah untuk menyucikan kembali masyarakat Hindu yang telah memeluk Islam ataupun Kristian.20 Pada pandangan Arya Samaj, salah satu kekurangan terbesar yang terdapat dalam Hindu dan alasan utama yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku kerana tidak ada satupun ritual penukaran dalam agama Hindu yang boleh mengembalikan kesucian penganut Hindu. Oleh yang demikian, pembentukan idea Suddhi ini memberikan harapan yang besar kepada Arya Samaj dalam melawan propaganda dan misi Kristian dan Islam. Melalui gerakan Suddhi ini, Arya Samaj mendesak supaya masyarakat Hindu bangun untuk menentang gerakan keagamaan yang selain daripada agama yang diasaskan oleh Veda. Hal ini kerana, jika tiada tindakan yang dilakukan, tidak mustahil untuk semua masyarakat Hindu ditukar menjadi Kristian ataupun Islam. Oleh yang demikian, jelaslah melaui suddhi iaitu idea yang dicetuskan oleh Arya Samaj telah memainkan peranan yang penting dalam merangsang kesedaran keagamaan di India kerana melalui gerakan masyarakat Hindu mula sedar akan kepentingan untuk kembali kepada kitab asal mereka iaitu Veda.

3.2 Peranan dalam Politik


20

Mohanty D.K . Indian Political Tradition: From Manu to Ambedkar. Hlm 116

10

Selepas enam bulan idea Suddhi ditubuhkan oleh Arya Samaj, maka Suddhi telah bertukar menjadi sebuah pergerakan yang berjuang untuk nasionalisme, agama dan reformasi agama.21 Objektif penubuhan Arya Samaj bukan sahaja berasaskan keagamaan tetapi juga turut merangkumi aspek sosial dan juga menjurus kepada politik secara tidak langsung. 22 Walaupun gerakan Arya Samaj ini lebih berunsurkan agama dan berkait dengan reformasi sosial, namun kesan dalam politik lebih ketara. Gerakan ini memberi sumbangan besar dalam mengubah, memperbaiki dan membina semula pertubuhan-pertubuhan lain yang berjuang demi kebebasan India daripada kuasa British. Pertubuhan Arya Samaj telah menjadi inspirasi kepada pertubuhan-pertubuhan politik selepasnya. Misi sosiokeagamaan yang diasaskan oleh Dayananda ini telah diterapkan dalam perjuangan politik yang lebih bersifat tempatan dan berkisarkan kepada tradisi India lama.23

Tahap awal kemunculan nasionalisme tempatan telah mengadaptasi elemen-elemen tradisi yang terdapat di dalam kitab Veda mesti dijadikan asas untuk memperkembangkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air.24 Misi dan visi Dayananda telah menjadi ikutan tokoh-tokoh lain yang turut menerapkan ideanya dalam perjuangan politik mereka. Sebagai contohya, antara tokoh yang menjadikan Dayanda sebagai role model ialah Bal Gangadhar Tilak, Bipin Chandral Pal, Lala Lajpat Rai dan Aurobindho Ghosh. Tetapi tokoh yang paling ketara aliran pemikirannya yang berasaskan pemikiran Dayananda ialah Bal Gangadhar Tilak yang telah berjaya mengubah pandangan orang India yang berpendidikan Barat kepada gerakan nasionalisme Arya Samaj.25
21

Mohanty D.K . Indian Political Tradition: From Manu to Ambedkar. Hlm 116 Ibid. Hlm 14 Azharudin Mohd Dali. Tamadun India. Hlm 282 Ibid. Hlm 282-283 Ibid. Hlm 283

22

23

24

25

11

Arya Samaj yang diasaskan oleh pemimpin Gujerat iaitu Dayananda Sarasvati telah berjaya menarik minat golongan professional seperti ahli-ahli perniagaan baru, golongan yang berpendidikan Barat dan parti-parti politik lain melalui pengenalan doktrinnya. Prinsip utama yang dipegang dalam doktrinnya iaitu tetap mempertahankan asal-usul agama Hindu walaupun mereka menerima kuasa Kristian iaitu British di India dan terdapat kritikan tentang perkara-perkara dalam agama tradisi itu. 26 Dayananda juga dikatakan seorang reformis sosial yang telah membela hak golongan pariah dan juga hak wanita. 27 Hal ini menyebabkan Arya Samaj menjadi sebuah pertubuhan yang boleh diterima umum kerana doktrin yang menegakkan agama Hindu dianggap sebagai tugas mulia oleh orang India pada ketika itu sekaligus menaikkan semangat kesedaran kebangsaan tentang kemerdekaan India.

Semasa di Bombay, pertubuhan Arya Samaj ini telah membuat 28 peraturan termasuk undang-undang dalam organisasi dan juga peraturan moral. Walaubagaimanapun peraturan tersebut telah telah dikaji di Lahore dan akhirnya 10 prinsip yang terpenting dalam undangundang telah diguna pakai sehingga hari ini.28 Pengasas gerakan ini juga telah memegang prinsip Swaraj iaitu kerajaan sendiri adalah yang paling baik bagi India yang seterusnya menjadi pegangan tokoh kebangsaan selepasnya seperti Tilak. Dayananda yang berjuang dengan kata India untuk India juga telah berjaya membentuk sumber inspirasi politik terhadap rakyat India sehingga mesej yang disampaikan itu memberi kesan besar ke atas diri masyarakat untuk bangkit membebaskan negara mereka daripada pengaruh asing. Dayananda juga mempertahankan budaya tempatan, bahasa dan bangsa dengan menolak budaya yang
26

Ninian Smart. Falsafah Dunia. Hlm 459 Mohanty D.K . Indian Political Tradition: From Manu to Ambedkar. hlm 459 Ibid. Hlm 115

27

28

12

dibawa oleh Barat. Beliau menyatakan bahawa mereka merupakan pewaris kepada tradisi dan kebudayaan India dan mereka harus berjuang untuk mempertahankan bangsa India dengan mewujudkan nasionalisme menentang British.

Dayananda juga mengumumkan bahawa bahasa Hindi menjadi bahasa lingua-franca di India dan ini telah mendorong lebih ramai orang untuk menyokong perjuangannya. Berkesinambungan daripada peristiwa ini, Dayananda secara tidak langsung mahu menerapkan perpaduan dalam kalangan rakyat India. Penubuhan sekolah bagi memberi pendidikan kebangsaan terhadap orang India dan juga mengelakkan kanak-kanak diKristiankan29 tanpa bantuan daripada kerajaan telah membuka mata ramai orang dan menjadikan gerakan Arya Samaj sebagai sebuah gerakan yang membela nasib rakyat dengan memberikan mereka pendidikan. Hal ini adalah kerana perempuan dan lelaki diberi pendidikan serta membela status kasta rendah. Terdapat juga institusi lain yang turut dibina oleh Arya Samaj sperti sekolah industri, tempat asuhan kanak-kanak, tempat tinggal wanita yang telah kehilangan suami, sekolah perguruan tinggi dan sebagainya.

Meskipun Arya Samaj bukan ditubuhkan untuk menjadi sebuah organisasi politik, tetapi mereka berjaya menerapkan semangat patriotisme dalam diri rakyat. Bukan sahaja rakyat yang bangkit menentang, tetapi mesej Dayananda juga berjaya membangkitkan semangat para tentera India. Dayananda sendiri juga telah menubuhkan sekolah militan dan mempelajari tentang senjata api, teknik peperangan dan kekuatan ketenteraan. Ahli-ahli dalam Arya Samaj sememangnya berani mempertaruhkan nyawa demi negara kerana sanggup bertindak agresif dan memberontak demi mendapatkan kemerdekaan India. Pengasas gerakan
29

Harold G.Coward. (1987). Modern Indian Responses to Religious Pluralism. Albany: University New York Press. hlm 49-56

13

ini menggunakan demokrasi atau sistem pemilihan dalam organisasi mereka kerana setiap ahli dalam pertubuhan ini berhak memilih ketua mereka.30 Dayananda juga menyebarkan propaganda Swadeshi ataupun juga dikenali sebagai berkerajaan sendiri.31 4. 0 Kesimpulan Kesimpulannya, gerakan Brahmo samaj dan Arya Samaj pada mulanya tertumpu dalam mempertahankan sosiokeagamaan di India iaitu agama Hindu tetapi seterusnya turut menjurus dalam politik. Namun, terdapat perbezaan antara kedua-dua gerakan ini iaitu Brahmo Samaj lebih kepada memodenkan sistem pendidikan dan sosial kerana mereka lebih terbuka untuk mencontohi pemodenan yang dilakukan oleh British. Namun berbeza pula dengan Arya Samaj yang menekankan agama hidu serta pengajaran dan pemahaman terhadap konsep Veda dan juga tidak melupakan warisan serta sejarah silam. Arya Samaj juga mengekalkan budaya tempatan dan menolak budaya Barat tetapi bagi pengasas Brahmo Samaj pula mereka terpengaruh dengan pendidikan Barat. Walaubagaimanapun, kedua-dua pertubuhan ini telah merangsang dan menjadi pemangkin nasionalisme kepada parti politik selepasnya dalam mempertahankan budaya tempatan.

30

Urmila Sharma dan S.K Sharma. Indian Political Thought. New Delhi: Atlantic Publisher. Hlm 151 Ibid. hlm 151

31

14

You might also like