You are on page 1of 7

Peranan Kerajaan dan Masyarakat dalam Memebentuk Hubungan Etnik

Peranan Kerajaan Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu. Usaha-usaha ini diteruskan dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Disamping itu konsep ini juga bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai etnik di negara ini. Pelbagai agensi kerajaan juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini dilaksanakan dengan berkesan.

Penubuhan Jabatan Perpaduan negara dan integrasi nasional (JPnin) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik mempunyai latar belakang budaya, agama, bahasa dan adat resam yang berbeza. Walaupun etnik yang berlainan ini berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama namun kehidupan mereka adalah berasingan. Interaksi dalam kalangan mereka juga kurang dan hubungan antara mereka hanya terbatas kepada perkara tertentu terutama yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi. Pembahagian buruh dalam sistem ekonomi dibuat berdasarkan pemisahan etnik dalam masyarakat dengan setiap etnik mempunyai fungsi ekonomi yang tersendiri. Bagaimanapun suasana ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan suasana sewaktu Tanah Melayu baru mencapai kemerdekaan. Masyarakat pada waktu itu menepati ciri-ciri masyarakat majmuk seperti yang diutarakan Furnivall (1948), kesan daripada pelaksanaan dasar pecah dan perintah oleh British. Dalam hal ini isu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Generasi kini yang mewarisi konsep masyarakat majmuk sejak merdeka masih menghadapi persoalan dan dilema akibat masalah segregasi antara kaum. Keadaan ini secara tidak langsung menggambarkan konflik antara kaum yang wujud akibat perbezaan persepsi dalam kalangan kaum. Masyarakat kini masih belum sepenuhnya menjiwai nilai dan konsep satu bangsa Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam cabaran pertama Wawasan 2020 yang menekankan perpaduan masyarakat. Integrasi

Pelan tindakan JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 – 2010 telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional melalui pelbagai strategi seperti berikut: Strategi Persefahaman Politik Strategi Keseimbangan ekonomi Strategi Sistem Pendidikan Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan Strategi Kepercayaan agama Strategi integrasi Wilayah Strategi Keselamatan Strategi Pembangunan Kawasan Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Strategi Media Massa Strategi Kesukanan Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan Strategi Pemantauan isu-isu Semasa dan Konflik . Antara tahun. Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Februari 1971 bagi memupuk dan memelihara perpaduan kaum. Pada 1 Julai 1969. Selepas MAGERAN dibubarkan. MAGERAN mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 2006). Di samping itu.1990 – 2004.nasional penting kerana dapat mengikis sentimen perkauman. Majlis Penasihat Perpaduan Negara diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara (JPN). Nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum harus dipertahankan agar keharmonian dapat dikekalkan. JPN diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan seterusnya diletakkan semula di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). kerajaan telah menjadikan Rukun Negara sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap kepemimpinan negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan antara kaum kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Lantaran itu. memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat sekolah. Memperkenalkan Program latihan Khidmat negara (PLKN) Program latihan Khidmat Negara (PlKN) mula dilaksanakan pada 2004 sebagai kursus wajib selama tiga bulan di kem latihan bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). tidak mengetepikan penguasaan bahasa ibunda masing-masing seperti bahasa Mandarin. Sekolah Wawasan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberikan peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai etnik untuk bergaul dan berinteraksi melalui pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan sekolahnya. tetapi juga orang bukan Melayu menghantar anak mereka belajar di sekolah tersebut. pentadbiran terletak dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan dan dewan. Antaranya. Iban dan Kadazan Dusun. Namun. mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik. iaitu sekolah kebangsaan perlu ditadbir sebaik.Strategi Program dan aktiviti Perpaduan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran. kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2012 supaya sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan. Tamil. tetapi juga di peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan beberapa pendekatan. PlKN yang .baiknya supaya bukan sahaja boleh menarik orang Melayu. Memperkasakan Sekolah Wawasan Kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan sebagai satu daripada pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan etnik dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar. dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

Modul Kenegaraan yang memberi penekanan terhadap aspek pengetahuan tentang pembinaan negara bangsa. ii. iv. ii. Modul Pembinaan Karektor mencakupi penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal. merempuh halangan. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Peranan Masyarakat dalam Konteks hubungan etnik Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga. Antara aktiviti itu adalah seperti berikut: Rukun Tetangga Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan penguatkuasaan PeraturanPeraturan Perlu mengenai Rukun Tetangga 1975. Pada mulanya Rukun Tetangga bertujuan untuk membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing dengan mewajibkan masyarakat setempat berumur 18 hingga 55 tahun menjalankan tugas rondaan pada waktu malam. iii. merentas desa dan kembara hutan. iii. Memupuk perpaduan etnik serta integrasi nasional. Mulai 1 Januari 1983. Modul Fizikal yang merangkumi aktiviti kawad. Menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Antaranya: i. Antara objektif utama PLKN adalah untuk: i. kerajaan telah membuat pindaan terhadap Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat . Modul Khidmat Komuniti yang menyentuh antara lain aktiviti gotong-royong seperti membersihkan. mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.berteraskan Rukun Negara mempunyai kurikulum berbentuk multidisiplin yang mengandungi beberapa modul.

ahli Rukun Tetangga melakukan amalan kunjung. Dari segi pendidikan. tuisyen dan ceramah dalam pelbagai bidang. permainan bola sepak. mereka juga mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka. bola baling. Ceramah dan forum berkaitan dengan keagamaan juga diadakan. kraf tangan. Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai langkah untuk membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka dengan penekanan terhadap konsep kejiranan serta falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. tarian tradisional. kursus kepemimpinan. Mereka juga mengadakan aktiviti rekreasi seperti tai chi. meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Objektifnya ialah memelihara. memberikan sumbangan kepada orang miskin. membantu mangsa banjir. kembara mendaki gunung dan khemah kerja. ternak ikan air tawar dan membuat air lada manakala dalam aspek keselamatan. sukan tradisional dan sukan rakyat. mengesan dan melaporkan isu hubungan etnik dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik. Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah.setempat. Aktiviti tersebut bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan. berinteraksi dan . kanser. permainan tradisional. bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama. Peranannya diperluaskan lagi kepada pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan berterusan dan berkekalan. Jawatankuasa Rukun Tetangga juga mengadakan kelas seni tari. Aktiviti melawat ke rumah warga tua. ekspedisi mendaki bukit. bola jaring. larian amal. Pada tahun 2000. mereka mengadakan sistem pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran wanita. kursus motivasi. dan menjaga harta awam juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga. mereka mengadakan rondaan sukarela. tarian singa. Visi dan misi Rukun Tetangga adalah untuk membantu memupuk persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai identiti sendiri dengan motonya “Bersatu Terus Maju” dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. membuat kerja amal. pertunjukan pentas dan lain-lain. Dari aspek sosial. Selain itu. kelas gamelan. Dalam aspek ekonomi pula mereka mengadakan projek tanaman secara hidroponik. ribut dan bencana alam juga dilaksanakan. kempen kebersihan.mengunjung semasa musim perayaan. AIDS. peraturan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi ruang yang lebih luas untuk pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional. Dengan kata lain. kompang. sukan air.

adat dan budaya. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka. Hal ini menunjukkan etnik Cina. Sebagai contoh. dan Kadazan Dusun begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu dan etnik Melayu pula tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. India. akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah mereka sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Kadazan Dusun. tetapi turut . Penerimaan Budaya Pada masa ini. Rumah Terbuka Rumah terbuka diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Iban.merapatkan hubungan di peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan. Demikian juga semasa perayaan Krismas atau Deepavali. Malah. Amalan ini membuktikan kesepaduan sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama. orang bukan Melayu seperti Cina. Iban dan pelbagai lagi akan berkunjung ke rumah etnik Melayu dan begitulah sebaliknya apabila tiba perayaan etnik lain. trend berpakaian dan menikmati juadah makanan Melayu sudah menjadi lumrah bagi etnik bukan Melayu. Contohnya. Program di institusi Pengajian Tinggi (iPT) Di IPT bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan dan kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Etnik Cina. etnik Cina. aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India. dan Kadazan Dusun telah memakai baju kurung dan baju Melayu. India. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami keharmonian budaya masing-masing. semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri. India. misalnya. masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan. mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam golongan orang Cina. Sebagai contoh. Bagi orang Melayu pula. etnik dan budaya.

ternyata tidak didominasi oleh sesuatu etnik sahaja. malah dianggotai oleh pelbagai etnik seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tamadun Islam dan Asia khususnya menerusi kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan peribadi dan sahsiah pelajar 188 Hubungan Etnik Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan.disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan pelajar. Nilai rohani dan budaya diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan. . Kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik.