SAINS

Pembangunan Domain Kreativiti (PDK)

Kaedah Membuat Keputusan
Murid Tema Bidang Pembelajaran Masa Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran : Tingkatan 4 : Tenaga dalam kehidupan : Tenaga Nuklear : 4 waktu (160 minit) : Menyedari kepentingan untuk mengendalikan bahan radioaktif dengan cara yang betul. : Murid-murid dapat • Menyatakan kesan sinaran radioaktif terhadap benda hidup • Menyatakan cara yang betul untuk mengendalikan bahan radioaktif dan bahan buangan radioaktif • Menerangkan kepentingan untuk mengendalikan bahan radioaktif dan bahan buangan radioaktif dengan cara yang betul.

Fasa 1. Persediaan (40 minit) • • • • Mengumpul maklumat Mengenal pasti matlamat Mengenal pasti alternatif Menganalisis alternatif

Cadangan Aktiviti ** Aktiviti untuk 80 minit yang pertama dijalankan di makmal komputer 1. Murid-murid berbincang dengan guru tentang masalah letupan stesen tenaga nuklear di Jepun. 2. Murid-murid berbicang dengan guru tentang kesesuaian pembinaan stesen tenaga nuklear di negara kita. 3. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan: Kumpulan A untuk menyokong pembinaan stesen tenaga nuklear di negara kita dan kumpulan B untuk membangkang cadangan tersebut.

Cadangan Komunikasi

a. Selain daripada menghadapi masalah gempa bumi dan tsunami, apakah masalah lain yang dihadapi oleh negara Jepun pada 11hb Mac 2011? b. Adakah anda rasa sesuai untuk negara kita membina stesen tenaga nuklear ? c. Sekarang anda akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A akan menyokong cadangan untuk membina stesen tenaga nuklear di negara kita dan kumpulan B akan membangkang cadangan itu. Satu Perbahasan akan diadakan pada dua waktu yang akan datang.

4. Murid-murid melayari internet dan ketua kumpulan dari kedua-dua kumpulan akan mencetak bahan-bahan yang berkaitan. (Untuk sekolah yang tiada capaian internet, guru boleh menyediakan sumber bahan bercetak sebagai rujukan.)

d. Sekarang anda boleh melayari internet untuk mengumpul maklumat tentang • Kesan sinaran radioaktif terhadap benda hidup • Cara yang betul untuk mengendalikan bahan radioaktif dan bahan buangan radioaktif • Kepentingan untuk mengendalikan bahan radioaktif dan bahan buangan radioaktif dengan cara yang betul a. Sekarang anda akan berada dalam kumpulan masingmasing dan bincang fakta-fakta yang dapat menyokong atau membantah pembinaan stesen tenaga nuklear di negara kita. b. Anda boleh melayari internet untuk mendapat maklumat baharu jika perlu. c. Pilih tiga orang wakil untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan yang akan diadakan pada dua waktu yang akan datang. Setiap wakil akan diberi 5 minit untuk berhujah. d. Pilih seorang murid dari kumpulan A untuk menjadi pengerusi perbahasan dan seorang murid dari kumpulan B untuk menjadi penjaga masa.

2. Imaginasi (40 minit) • • Menyusun alternatif Memilih alternatif

1. Murid-murid berada dalam kumpulan untuk berbincang mengenai fakta-fakta yang dapat menyokong atau membantah pembinaan stesen tenaga nuklear di negara kita. 2. Selaku fasilitator, guru menyelia proses perbincangan ini dan memberi bantuan di mana perlu. 3. Murid-murid juga dibenarkan melayari internet untuk mendapat maklumat baharu jika perlu. 4. Murid-murid memilih wakil untuk mewakili mereka dalam perbahasan yang akan datang. 5. Murid-murid memilih pengerusi dan penjaga masa untuk perbahasan.

3. Perkembangan (60 minit) • Menilai alternatif yang dipilih

1.. Guru bertindak sebagai hakim. 2. Debat bermula dengan pengerusi memperkenalkan tiga orang wakil dari setiap kumpulan. Tajuk perbahasan: Stesen tenaga nuklear patut dibina di negara kita. 3. Setiap wakil mula membentang dalam turutan berikut: A1 B2 B1 A3 A2 B3

a. Mari kita mulakan perbahasan antara kumpulan A dan kumpulan B.

A: Kumpulan A B: Kumpulan B 1: Wakil 1 2: Wakil 2 3: Wakil 3 4. Selepas semua wakil dari kedua-dua kumpulan telah mengemukakan hujah mereka, 10 minit diberi kepada murid-murid lain untuk memberi pendapat mereka. 4. Tindakan (20 minit) • Membuat keputusan • Membuat rumusan 1. Ketua kumpulan dari pihak penyokong dan pihak pembangkang membuat rumusan. 2. Guru membuat ulasan. a. Sekarang mari kita dengar rumusan dari kedua-dua ketua kumpulan tentang kebaikan dan keburukan yang akan dihadapi jika stesen tenaga nuklear dibina di negara kita b. Sekarang mari kita dengar rumusan dari guru tentang kebaikan dan keburukan yang akan dihadapi jika stesen tenaga nuklear dibina di negara kita

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid memberi hujah tentang kebaikan dan keburukan yang akan dihadapi jika stesen tenaga nuklear dibina di negara kita.

Nilai dan Sikap

i. Terapkan sifat berkerjasama terutama semasa melakukan perbincangan dalam kumpulan. ii. Menyedari kepentingan untuk mengendalikan bahan radioaktif dengan cara yang betul.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful