P. 1
Sejarah Olahraga_mei Ling

Sejarah Olahraga_mei Ling

|Views: 4,556|Likes:
Published by tan mee teng

More info:

Published by: tan mee teng on May 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Sejarah Olahraga

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi, kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Maka, kekuatan ini menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula, sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenanng. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan dan keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan, mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan dan kekuatan sebenar

semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun bentuk pertandingan agak berbeza, namun matlamat dan tujuannya adalah sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di seluruh dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

Sejarah Awal

Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan pada awal bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 3000 tahun yang lalu. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut.

Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu. Hal itu berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut, mereka terus mengadakan ‘pertandingan’ sesama mereka secara kecil-kecilan. Perkembangan Pada Zaman Moden Menjelang abad ke-19, barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Pada masa itu, terdapat pula usaha negara-negara lain yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-

pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu ‘Exeter College Athletics Club’ yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini. Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh

menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke19 dan awal abad ke- 20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang

membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat. Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Walau bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, Kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan

ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlit Amerika Syarikat yang berketurunan Negro yang menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan. Di negara-negara lain juga turut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuanpersatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Selepas tahun 1960-an, barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, tetapi prestasi mereka masih belum mampu menggugat

potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masingmasing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang disertai oleh negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

Sukan Olimpik : Perjumpaan Sukan Yang Terbesar Di Dunia

Jika ditanya apa perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa raguragu kita sudah dapat memberi jawapannya, iaitu Sukan Olimpik. Dengan penglibatan lebih daripada 10000 orang peserta merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas, sememangnya Sukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Malah sejak pertama kali diadakan hingga kini, Sukan Olimpik berjaya menarik minat dan tumpuan seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama, warna kulit dan perbezaan corak hidup. Inilah keunikan sukan ini. Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Namun seperti yang dinyatakan pada awal bab ini, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek, ramai yang mengalualukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib dalam sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai acara Sukan Olimpik, tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi keutamaannya. Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu suasana tidak semeriah yang dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan empat tahun sekali di pelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur.

Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terus menjadi acara utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona Sepanyol, dengan penyertaan 135 buah negara, termasuk Malaysia. Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Motto atau cogan katanya berbunyi : Citius, Attius, Fortius (Swifter, Higher, Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahragalah menjadi tunjang kepada cogan kata ini. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik, iaitu : Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negaranegara kecil untuk turut serta dan telah mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara mereka.

Malaysia Dan Sukan Olimpik

Berbicara tentang Sukan Olimpik, tentu ada antara kita yang tertanyatanya bila negara kita mula mengambil bahagian dan pernah kita memenangi sebarang pingat sepanjang penyertaan kita. Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu diadakan di Melbourne, Australia. Pada penyertaan kali pertama itu, kita mengambil bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara kita tidak pernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauan terhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas Afghanistan ketika itu. Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu, cuma satu pingat gangsa yang mampu kita menangi, iaitu menerusi acara badminton pada tahun 1992, yang pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain, kita masih belum mampu memenangi sebarang pingat. Semangat Olimpik, pengalaman dan

persahabatan, serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita dan mungkin sebilangan besar negara lain. Sukan olahraga telah berjaya meletakkan Sukan Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta dunia. Di samping itu, Sukan Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang timbul. Secara tidak langsung, sukan ini berjaya menyelesaikan sebarang pertikaian antarabangsa.

Sukan Olimpik bejing 2008

Secara keseluruhannya, sembilan acara baru akan dipertandingkan dua daripada disiplin sukan berbasikal iaitu BMX. Wanita dapat menyertai acara lari berhalangan 3000 meter buat kali pertama. Tambahan pula, acara renang marathon untuk lelaki dan wanita melebihi jarak 10 kilometer, akan ditambah dalam disiplin renang. Acara berpasukan (lelaki dan wanita) dalam sukan ping pong akan menggantikan acara beregu. Dalam acara lawan pedang, pasukan foil wanita dan pasukan sabre wanita akan menggantikan acara pasukan foil lelaki dan pasukan wanita. Kedudukan pingat Negara dalam sukan Olimpik 2008

**Malaysia telah mendapat kedudukan 71 dalam Sukan Olimpik dengan Perolehan Pingat Perak dalam acara Badminton

Perseorangan oleh pemain Lee Chong Wei.

Persatuan Dan Organisasi Olahraga

Seperti kebanyakan sukan dunia, cara paling baik dan berkesan untuk mengembang dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan termasuk olahraga ialah menerusi persatuan. Oleh itu, adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu. Bagi olahraga, badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Keahlian badan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing. Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini. Dengan adanya IAAF, sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga di peringkat antarabangsa hendaklah mendapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF atau pun dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan. Badan ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul di kalangan negara-negara atau persatuan-persatuan gabungannya. Umpamanya, dalam menganjurkan perjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan sebagainya, badan berkenaan harus mendapat persetujuan daripada Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF.

Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhi oleh semua negara anggota. Begitu juga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta, rekod yang mendapat kelulusan IAAF akan dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Ringkasnya, IAAF sememangnya berperanan dalam semua hal yang berkaitan dengan sukan olahraga di peringkat dunia.

Peraturan 116/117/118 Refri 1. Seorang refri dikehendaki untuk setiap acara berikut • • • • Acara trek Acara padang Acara larian lain Acara jalan kaki di luar stadiu

2. Refri membantu dalam membuat keputusan bila haki m tidak dapat berbuat demikian tetapi tidak berfungsi sebagai hakim dan pengadil. 3. Refri memeriksa semua keputusan akhie 4. Dalam acara padang, refri memerhati dan menyelia semua ukuran untuk pengesahan rekod. 5. Dalam acra padang, refri membuat keputusan untuk mengubah tempat pertandingan (selepas satu pusingan).

Hakim 1. Seorang Ketua Hakim dilantik,beliau menentukan tugas hakim-hakim lain. 2. Hakim bertanggungjawab ke atas semua acara trek dan acara di jalan raya yang tamat di trek. 3. Hakim menentukan penamat mengikut turutan, bila tidak dapat membuat keputusan hakim merujuk kepada refri. 4. Hakim berada pada tangga sekurang-kurangnya 5m dari garis dalam dan segaris dengan garis tamat. 5. Untuk acara padang, hakim mengukur dan merekod semua percubaan atlit. 6. Hakim menunjukkan sah (angkat bendera putih) atau sebalik-baliknya (angkat bendera merah) bagi setiap percubaan. 7. Dalam kes rekod telah dicipta, 3 orang hakim mesti mengukur jarak yang berkenaan.

Pengadil 1. Pengadil bertanggungjawab ke atas acara trek sahaja. 2. Pengadil ialah pembantu kepada refri tetapi tidak ada hak untuk membuat keputusan, buat laporan kepada refri dan mengangkat bendera merah untuk menunjukkan kesalahan.

3. Dalam acara lari berganti-ganti, bila terdapat larian di luar lorong atau menukar baton di luar zon, hakim mesti tanda tempat kesalahan dilakukan.

Olahraga

Acara-acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu : 1. Acara-acara balapan 2. Acara-acara padang 3. Lain-lain

Acara-acara Balapan

Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di atas trek. Acara-acara balapan termasuk lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sederhana dan jauh dan berjalan kaki. Antara acara-acara yang termasuk dalam acara balapan : 1. Lari pecut a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter

2. Lari berganti-ganti a) 4 × 100 meter b) 4 × 200 meter c) 4 × 400 meter 3. Lari berpagar a) 100 meter (wanita) b) 110 meter (lelaki) c) 400 meter

4. Steeplechase : 3000 meter 5. Lari jarak sederhana dan jauh a) 800 meter b) 1500 meter c) 3000 meter d) 5000 meter e) 10000 meter

6. Berjalan kaki a) 20 km b) 50 km

Acara-acara Padang

Acara-acara padang mengandungi : 1. Acara lompatan 2. Acara Balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan : a) Untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah. b) Untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang.

Acara-acara balingan pula termasuk : a) Lempar cakera b) Rejam lembing c) Lempar tukul d) Lontar peluru

Acara-acara Lain

Selain daripada acara-acara balapan dan padang seperti yang disebutkan di atas, terdapat juga acara-acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya ialah : 1. Decathlon 2. Pentathlon 3. Marathon

4. Merentas desa

Decathlon
Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut : 1. lari 100 meter 2. lompat jauh 3. lontar peluru 4. lompat tinggi 5. lari 400 meter 6. 110 meter lari berpagar 7. lempar cakera 8. lompat bergalah 9. rejam lembing 10. lari 1500 meter Hari kedua Hari pertama

Pentathlon
Ini adalah pertandingan untuk atlet wanita. Acara-acara yang

dipertandingkan adalah seperti berikut : 1. lari pagar 100 meter 2. lontar peluru 3. lompat tinggi 4. lompat jauh

5. acara 800 meter

Marathon
Marathon ialah satu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela). Permulaan dan penamat acara ini biasanya dilakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas Desa
Acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan. Jarak yang akan dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2 – 5 km, 12 km atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan selepas larian / perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat agregat terbaik akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari terakhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir daripada pasukan lain akan diberi kedudukan yang lebih tinggi. Kadangkala, acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu

kumpulan seperti di bawah : 1. Lari pecut (sprints)

a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter d) 4 × 100 meter lari berganti-ganti e) 4 × 200 meter lari berganti-ganti f) 4 × 400 meter lari berganti-ganti

2. Lari berpagar a) 100 meter lari berpagar b) 110 meter lari berpagar c) 400 meter lari berpagar

3. Jarak sederhana a) 800 meter b) 1500 meter c) 3000 meter d) 5000 meter

4. Jarak jauh a) 10000 meter b) Marathon c) Merentas desa

5. Berjalan kaki a) 20 km b) 50 km

6. Lompatan a) Lompat jauh b) Lompat tinggi c) Lompat kijang d) Lompat bergalah

7. Balingan a) Lontar peluru b) Lempar cakera c) Rejam lembing d) Lempar tukul

8. Acara beranika a) Decathlon b) Pentathlon

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->