You are on page 1of 24

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep akhlak dan

perbezaannya dengan moral, kesan akhlak terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Topik ini juga turut membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah di samping itu turut dibincangkan mengenai isu-isu akhlak dalam masyarakat. Melalui isi kandungan pelajaran ini pelajar akan dapat menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian mereka..

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini pelajar akan dapat 1. Menjelaskan konsep akhlak dalam Islam. 2. Membuat perbezaan di antara akhlak dan moral 3. Mengaplikasi akhlak mahmudah dan meninggalkan akhlak mazmumah

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

KERANGKA KONSEP TAJUK

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM DEFINISI KONSEP AKHLAK

AKHLAK DAN MORAL

KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH

ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT

Para pelajar sekalian ! Anda pernah mendengar perkataan akhlak Islamiah? Adakah anda dapat membezakan di antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak?

Tunggu dulu ! Sebelum anda memberi jawapan, sediakan borang grafik banding beza dan buat catatan isi di dalam borang tersebut.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1.1
1.1.1 Definisi akhlak.

DEFINISI KONSEP AKHLAK

Dari sudut bahasa, akhlak berasal daripada perkataan bahasa Arab yang kata akarnya ialah khuluk bermaksud perangai, atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai budi pekerti,kelakuan,tabiat. Berdasarkan pengertian ini akhlak merupakan sifat semulajadi, tabiat, maruah dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang.Menurut Yalchin, seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Mohd Salleh (1997), akhlak boleh disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut; sifat semulajadi yang dimiliki individu. Sifat ini dimiliki menerusi latihan, ransangan atau sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat; dan akhlak meliputi dua dimensi iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan.

Al-Ghazali juga mentakrifkan akhlak sebagai satu gambaran daripada keadaan dalam diri yang telah sebati, daripadanya melahirkan tingkah laku yang mudah dicerna tanpa memerlukan pengulangan (Ghazali Darussalam, 1997). Sifat serta gambaran batin yang indah serta kelakuan mulia yang perlu dilahirkan ini tidak bersifat subjektif. Dalam Islam, sifat dan gambaran batin ini ditentukan secara mutlak oleh Penciptanya,iaitu Allah SWT.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Dari sudut istilah pula, akhlak membawa maksud segala tingkah laku atau perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan dan diterima oleh semua. Ia juga kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan baik atau buruk.Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang lalu melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran. Sesuatu tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama.

1.1.2 Konsep akhlak.

Menurut Mustafa Daud (1998), al-Maududi mengatakan bahawa : Nilai akhlak yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat, iaitu semua masyarakat di dunia ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap akhlak yang baik dan sama-sama mengkeji akhlak yang keji. Justeru itu al-Quran menggunakan istilah al-maruf (sesuatu yang telah diketahui oleh manusia tentang baiknya sesuatu perbuatan) dan al-mungkar (sesuatu yang telah diketahui tentang keburukannya) untuk akhlak yang buruk.

Dalam Islam, baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas, iaitu sebarang tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT dikatakan baik dan mulia, sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan kemurkaanNya dikatakan jahat dan keji.Ini kerana matlamat hidup manusia yang sebenarnya ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Individu perlu mempelajari dan mengenal pasti antara akhlak yang baik dengan yang buruk agar melakukan yang baik meninggalkan yang buruk. Segala suruhan

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Allah yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan memperolehi kebahagiaan di akhirat kelak.

Kesimpulannya, akhlak memberi maksud keperibadian, sahsiah dan tingkah laku yang telah menjadi adat kebiasaan, yang tidak memerlukan manusia berfikir panjang. Akhlak lahir dari dalam jiwa dan dapat membimbing hubungan manusia dengan Tuhannya, diri sendiri dan individu lain serta hubungannya dengan alam sekitar.Antara contoh akhlak yang bersifat baik (mahmudah) ialah amanah, jujur, sabar, menepati janji, murah hati, kasih sayang, pemaaf dan adil. Manakala akhlak yang tidak baik (mazmumah) termasuklah sifat seperti sombong, dengki, angkuh, mungkir janji, tidak amanah, mengumpat, menghina dan sebagainya.

Anda telah mengetahui makna akhlak dalam Islam. Tahukah anda perbezaannya dengan moral?

TAJUK 1.2
1.2.1 Akhlak Islam

AKHLAK DAN MORAL

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Akhlak dalam Islam bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia Saidatina Aisyah r.a. apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau menjawab dengan katanya : sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran . Walaupun akhlak suatu sifat yang tetap dalam jiwa seseorang namun ianya boleh dibentuk bagi menjadikannya suatu sifat yang tetap. Akhlak boleh dibentuk secara umumnya dengan tiga cara iaitu pertama ; dengan mengawal suatu sifat ke tahap yang sederhana seperti sifat marah. Ianya perlu dikawal agar tidak menjadi sifat tercela seperti sifat panas baran. Kedua; memandu sesuatu sifat ke jalan yang disuruh oleh Islam seperti berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. Ketiga; mengubah dan menggantikan sifat tercela dan buruk dengan sifat yang terpuji seperti bercakap bohong digantikan dengan bercakap benar. Akhlak dapat mewarnai keseluruhan kehidupan setiap orang Islam apabila setiap pelakunya adalah berlandaskan akhlak yang lahir dari berpegang dengan ajaran Islam.

1.2.1 Definisi moral.

Moral merujuk kepada standard sesuatu perlakuan baik atau buruk, keadilan, amanah dan sebagainya yang diyakini seseorang berbanding undang-undang atau standard-standard yang lain.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Menurut Bahasa Latin moral ( moralis) berasal daripada perkataan mos, moris yang bererti kebiasaan, perangai dan tingkah laku. Moral adalah tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Manakala Moraliti ialah satu set standarad peribadi atau masyarakat yang digunakan untuk mengukur perlakuan baik atau buruk atau untuk mengukur kualiti sesuatu yang betul, benar atau boleh diterima. 1.2.2 Konsep moral.

Moral mengandungi kepercayaan tentang hakikat manusia, kepercayaan atau pegangan tentang kebaikan dan keburukan yang ingin dicapai, peraturan mengenai sesuatu yang boleh dan tidak boleh dibuat dan yang seharusnya dibuat dan dorongan-dorongan yang membuat seseorang mengikut sesuatu arah yang betul atau salah. Moral berakal tunjang dalam ajaran agama kerana ia terhasil daripada kepercayaan atau agama.

Dua pandangan yang agak berbeza tentang moral terhasil daripada sikap terhadap matlamat ajaran moral. Golongan deontologist menganggap peraturanperaturan moral terdiri daripada nilai-nilai unggul (ideals) yang sememangnya baik dan perlu dipatuhi oleh semua, tetapi golongan teologis berpendapat sesuatu peraturan adalah baik jika kesannya bertujuan untuk mencapai kebaikan (iaitu kesihatan,kebahagiaan, ilmu, keindahan), dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini (iaitu penyakit,penderitaan,kejahilan,keburukan). Menurut pandangan ini kebaikan dan keburukan boleh dinilai daripada hasilnya samada sesuatu perbuatan mendorong kepada kebaikan atau sebaliknya. Dua pandangan ini juga boleh diakui untuk menilai sesuatu etika.

1.2.3 Perbezaan akhlak dan moral.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

AKHLAK Merangkumi zahir, batin dan akal.

MORAL Merangkumi zahir dan akal sematamata.

Mementingkan Allah. Bersumberkan

hubungan

dengan Hanya

mementingkan

hubungan

dengan manusia. al-Quran, Hadith & Berdasarkan budaya sesuatu bangsa.

contoh ulama salaf. Nilainya tetap/mutlak. Nilainya sentiasa berubah.

Matlamatnya ialah keredhaan Allah Matlamatnya ialah keredhaan manusia. s.w.t

TAJUK 1.3

KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT

1.2 KEPENTINGAN AKHLAK

Akhlak sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan cara hidup manusia ke arah mewujudkan keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup. Antara kepentingan akhlak dapat dilihat dari aspek-aspek berikut;

1.3.1 Individu

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Seseorang yang berakhlak akan menikmati kebaikan samada dari segi fizikal, rohani, jasmani dan mental. Orang yang bersifat dengan akhlak Islam akan sentiasa menjaga tingkah lakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Mereka akan berada dalam keadaan sihat sejahtera kerana sentiasa menjaga kebersihan fizikal dan mental dengan sempurna. Begitu juga mereka akan dapat mengawal emosi yang membantu membina sahsiah diri dengan sifatsifat terpuji seperti sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa, rajin, sederhana, jujur, baik hati, bersyukur dan sebagainya. Dalam aspek mental , orang yang berakhlak tidak suka membazirkan masa dengan memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya membuat penilaian terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil. Mereka tidak merasa bimbang kerana berbuat baik kepada semua orang dan masyarakat akan mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Dengan itu jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan sahsiah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana akhlak telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.

1.3.2 Keluarga

Dalam sebuah keluarga yang mengamalkan akhlak mulia, setiap ahli akan bertanggungjawab dan dapat memainkan peranan masing-masing serta saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ikatan yang erat dalam keluarga berjaya mewujudkan suasana mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga berasa selamat dan bahagia.

1.3.3 Masyarakat Dengan adanya individu, keluarga dan organisasi yang berakhlak mulia, masyarakat akan menjadi lebih bertanggungjawab, toleransi, serta peka terhadap

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

isu-isu sosial yang berlaku . Masyarakat akan menjadi lebih progresif, aman, damai dan harmonis sepanjang masa.

Akhlak juga memberi kesan kepada organisasi, alam sekitar dan negara. i. Organisasi

Bagi sesebuah organisasi, akhlak adalah penting kerana nilai-nilai ini dapat membendung masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual, pembaziran masa dan sebagainya. Apabila semua ahli saling hormat menghormati, tahu tanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan masing-masing, maka organisasi itu akan menjadi mantap serta lahirlah suatu budaya kerja positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan dalam organisasi dan semua tingkahlaku yang baik dan terpuji yang membawa kepada peningkatan keuntungan organisasi. Seterusnya keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja.

ii.

Alam Sekitar

Masyarakat yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran dengan mengelakkan apa jua bentuk pencemaran. Mereka sentiasa peka terhadap isu alam sekitar.Hasilnya masyarakat dapat hidup dengan sihat manfaat dari alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar.

iii.

Negara

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Rakyat yang berakhlak ialah rakyat yang hormat dan setia kepada pemimpin, taat kepada Raja dan Negara, patuh kepada peraturan dan undang-undang serta cinta kepada negara. Keamanan dan keharmonian negara akan terhasil dengan memiliki rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara. Negara akan aman, damai, maju, disegani dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa atau dunia. Demikianlah hebatnya peranan akhlak dalam kehidupan manusia. Kepentingankepentingan ini secara umumnya dapat disenaraikan seperti di bawah; 1. Membentuk tingkah laku 2. Membentuk keluarga harmonis 3. Membentuk masyarakat bermoral 4. Menangani gejala-gejala sosial 5. Memantapkan dasar-dasar negara 6. Mewujudkan kestabilan negara 7. Menjamin keamanan sejagat

TAJUK 1.4

AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH

1.4.1 AKHLAK MAHMUDAH

Akhlak mahmudah ialah akhlak terpuji seperti berkasih sayang sesama manusia, berani, ikhlas, sabar, amanah, pemaaf dan lain-lain sifat terpuji yang perlu dijadikan amalan dalam kehidupan seseorang. Berikut adalah antara sifat-sifat mahmudah yang perlu dihayati oleh setiap individu muslim :

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

1. Berkasih sayang Sifat kasih sayang perlu ada kepada setiap makhluk terutama sesama manusia dan juga haiwan. Sifat ini sangat dituntut dalam Islam. Firman Allah SWT :

Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (Surah al-Balad : ayat 17 ) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : sesiapa yang tidak berkasih sayang kepada makhluk di bumi. Dia tidak akan dikasihi oleh makhluk dilangit ( Riwayat at-Tabrani ) 2. Ikhlas

Sifat ini amat penting dihayati oleh umat Islam untuk kesempurnaan iman. Sifat ini perlu dalam semua ibadah yang kita lakukan iaitu diikhlaskan semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah SWT :

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Dan

mereka

tidak

disuruh

kecuali

menyembah

Allah

dengan

mengikhlaskan diri kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus. ( Surah al-Bayyinnah : ayat 5 ) Sifat ikhlas yang diamalkan dalam kehidupan seharian akan meninggalkan kesan positif kepada setiap individu. Orang yang ikhlas menjalankan tugas tidak mudah kecewa apabila gagal dalam sesuatu usaha sebaliknya mereka akan terus berusaha sehingga berjaya.

3. Bijaksana ( Al-Hikmah)

Bermaksud tindakan yang berasaskan kepada kebijaksaan akal dan fikiran yang waras. Rasulullah SAW menggunakan Al-Hikmah semasa menjalankan dakwahnya.

Firman Allah SWT :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

(Surah an-Nahl : ayat 25 ) Orang yang berhikmah akan mengamalkan sifat lemah lembut, menahan marah, mengawal perasaan, memberi kemaafan dan bersedia meminta fikiran dari orang lain.

4. Redha

Redha bermaksud bersedia dengan ikhlas hati untuk melakukan

sesuatu.

Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa redha menghadapi ujian Allah SWT samada secara langsung atau tidak. Orang yang memiliki sifat redha akan menerima segala musibah dengan jiwa yang tenang. Redha juga bermaksud perasaan tenang terhadap segala yang berlaku yang ditentukan oleh Allah SWT. di dunia dan di akhirat. Para sahabat Rasulullah SAW memiliki sifat redha yang tinggi sehingga firmannya : Allah SWT mengaku meredhai mereka sepertimana dalam

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya, yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. (Surah Al-Bayyinnah : ayat 8)

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

5. Ketepatan Masa Merupakan sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap manusia. Untuk mendapatkan sifat ini setiap individu perlu melatih diri supaya patuh kepada masa yang telah ditetapkan. Seseorang yang menepati masa akan berjaya dalam kehidupannya. Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menepati masa melalui ibadah solat. Firman Allah SWT : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran ( Surah Al-Asr : ayat 1-3) 1.4.2 AKHLAK MAZMUMAH Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak rugi dunia dan akhirat.. Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat Mazmumah ialah seperti berikut: 1. Marah Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang marah selalunya didorong oleh pengaruh bisikan syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya. tidak baik, keji dan tercela,Sifat

mazmumah patut dijauhi dan dihindari oleh semua umat Islam supaya mereka

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat dari api

2. Hasad dengki dan iri hati Sifat hasad dengki dan iri hati lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan daripadanya. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu. 3. Takabur Sifat takabur bermaksud bongkak dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain. Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.Sifat sedemikian amat besar dosanya dan menyebabkan orang yang memilikinya akan menjadi orang yang celaka dan sengsara di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT: nikmat itu terhapus

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan

Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

(Surah al-Mumin : ayat 60)

4. Riya Riya pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan atau menunjuk-nunjukkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan . Hukum riya adalah haram dan amat dibenci oleh Allah Taala sebab amalan yang sepatutnya dikerjakan untuk mendapat keredhaan Allah, tiba-tiba bertukar dan berubah niat semata-mata untuk dilihat oleh manusia dan mengharapkan keredhaan manusia. Firman Allah S.W.T : Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya (Surah al-Maun : ayat 4-6) Sifat riya amat merbahaya kerana ia boleh menjebakkan diri seseorang ke dalam kumpulan orang yang syirik kepada Allah.

5. Ujub Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub bererti bangga diri dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain. Ujub boleh menyebabkan tersesat dari jalan yang benar dan memasuki jalan yang salah dan tidak diredhai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :


Maka

janganlah kamu mengatakan dirimu suci (Surah an-Najm : ayat 32)

Tugasan Refleksi

Apakah akan terjadi kepada Negara Malaysia jika warganya ketandusan akhlak mahmudah?

1.4.3 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK Pembentukan akhlak seseorang menurut pandangan Islam dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya ialah : 1. Faktor Wirathah (keturunan) Iaitu suatu sifat warisan dalam keturunan seseorang. Sifat ini berpindah dari satu generasi kepada generasi dan mempengaruhi dalam pembentukan akhlak. Oleh sebab itu Islam menganjurkan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin memilih pasangan hidup yang mempunyai akhlak yang mulia, memilih pasangan yang soleh dan solehah dan menjaga kehormatan diri.

2. Faktor Alam Sekitar

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Iaitu kesemua benda yang berada di sekeliling seseorang termasuklah rumahtangga, masyarakat, tempat tinggal, keadaan geografi dan lain-lain lagi dapat mempengaruhi akhlak seseorang samada secara langsung atau tidak. Contoh, seperti ibu yang mengandung mempengaruhi keadaan anak dalam kandungan. Oleh sebab itu Islam membentuk peraturan dalam hubungan seks bertujuan membentuk akhlak anak yang akan dikandung dan dilahirkan. Di samping itu sentiasa mendoakan anak dalam kandungan. Begitu juga apabila anak dilahirkan, Islam menggariskan panduan untuk mendidik anak agar anakanak ini akan membentuk institusi keluarga yang berbudi pekerti mulia dan di redhai Allah.

3. Faktor Teman dan Sahabat Peranan teman dan sahabat memberi kesan kepada seseorang terutama pada zaman remajanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : perbandingan seseorang yang bersahabat dengan orang yang baik sepertimana seorang yang bersahabat dengan penjual minyak wangi, dia akan turut mendapat haruman pada pakaiannya atau akan dihadiahkan minyak wangi kepadanya. Manakala perumpamaan seorang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat sepertimana seorang yang bersahabat dengan tukang besi, bajunya akan terkoyak atau mendapat baungan yang tengit

4. Faktor Ilmu Iaitu ilmu tentang akhlak samada akhlak baik atau akhlak buruk dan mengikuti setiap ilmu dengan amalan perbuatan atau menjauhinya. Ilmu merupakan pemandu kepada amalan perbuatan samada di luar atau di dalam (hati) dan amalan yang tidak berpandukan ilmu tidak diterima oleh Islam. Seseorang perlu

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

menyedari akan hubungan akhlak

dengan keimanan dan ketaqwaan supaya

mereka tidak melakukan amalan yang bertentangan dengan apa yang dizahirkan dengan apa yang berada dalam hati mereka.

5. Faktor Kebudayaan Setiap garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam merupakan asas kepada budaya Islam dan akhirnya memberi kesan kepada keseluruhan anggota masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.

Sifat mazmumah

Sifat mahmudah

Guru perlu

Berdasarkan gambar di atas, dapatkan maklumat yang boleh menyokong setiap tindakan yang menjurus kepada pelakuan seseorang.

Mengamalkan TAJUK kebersihan setiap masa

1.5

ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT


Guru perlu Mengamalkan

Fikirkan sebentar! Apakah isu-isu akhlak yang sering berlaku di


kebersihan setiap masa 1

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

kalangan masyarakat di Malaysia terutama umat Islam?

Isu akhlak ialah perkara atau perilaku yang bertentangan dengan agama yang menjadi penghalang kepada kemajuan hidup seseorang. Amalan-amalan yang tidak sihat ini perlulah dihindari oleh seluruh manusia. Sebenarnya isu yang dimaksudkan itu termasuklah vandalism. homoseks, penderaan, seks bebas, pembuangan bayi dan pengabaian warga tua serta jenayah seks.

1. JENAYAH SEKS

Perlakuan mencabul maruah seseorang terutamanya ke atas kaum wanita. Kes pencabulan ini semakin berleluasa. Ia berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, di tempat kerja dan di tempat keramaian. Orang yang melakukan jenayah ini terdiri dari orang yang tidak dikenali dan terdapat juga orang yang dikenali. Lazimnya jenayah ini berlaku secara paksa namun begitu sudah terdapat kes-kes di mana perlakunya secara sukarela sanggup menggadaikan maruahnya.

Antara faktor yang menyumbang kepada jenayah seks ialah pengaruh media massa yang menayangkan filem lucah, pergaulan bebas dan eksploitasi wanita dalam pengiklanan dan pakaian yang tidak menutup aurat. Tempat-tempat hiburan yang terdapat secara berleluasa turut menyumbang perlakuan jenayah seks di kalangan remaja.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Perlakuan ini adalah salah dari segi agama, undang-undang dan norma masyarakat. Jenayah ini perlu dibendung supaya masyarakat tidak rosak dan institusi keluarga tidak tercemar.

2. PENGABAIAN WARGA TUA

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes yang melibatkan pengabaian warga tua. Di antara sebab pengabaian ini ialah kerana terdapat anak-anak yang merasa suatu beban apabila ibu bapa yang telah tua berada bersama mereka. Akibatnya mereka menghantar kedua ibu bapa ke rumah orang-orang tua yang disediakan oleh pihak kerajaan atau NGO.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ibubapa adalah insan yang bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih saying sehingga anak-anak Berjaya dalam kehidupan mereka. Anak-anak perlu ingat dan insaf bahawa syurga mereka letaknya dibawah tapak kaki ibu.

3. PENDERAAN ANAK

Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan tidak berakhlak. Penderaan terhadap mereka bermaksud tidak dijaga dengan baik, tidak diberikan keperluan mereka, dipukul atau didera emosi mereka. Konsep penderaan juga termasuk mencederakan, memperkosa dan dipaksa bekerja seperti mengemis.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Terdapat pelbagai jenis penderaan yang melibatkan kecederaan, perubahan fizikal, kecacatan, kesakitan dan lain-lain lagi terhadap kanak-kanak. Umumnya penderaan kanak-kanak dapat diklasifikasikan kepada empat jenis, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan penderaan pengabaian.

Faktor-faktor yang menyebabkan penderaan ialah keganasan ibubapa dan faktor persekitaran. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa tidak akan berterusan.

4. PENGGUGURAN

Pengguguran bererti menamatkan proses kehamilan dengan memaksa janin dalam kandungan keluar sebelum cukup tempoh masanya. Perbuatan ini samalah seperti membunuh janin tersebut. Perlakuan ini haram disisi agama Islam dan salah dari segi undang-undang Negara dan nilia-nilai kemanusiaan.

Kes-kes pengguguran biasanya berlaku kerana si ibu takut menanggung malu kerana anak yang dikandung adalah anak luar nikah atau mereka belum lagi bersedia untuk memelihara anak.

Masalah pengguguran perlulah dibenteras kerana anak adalah anugerah Allah yang di amanahkan kepada ibubapa untuk dipelihara sebaik mungkin. Mereka merupakan perhiasan hidup bagi setiap keluarga. Tanpa anak-anak kehidupan berkeluarga akan menjadi suram dan tidak ceria.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

Tugasan Pembelajaran (2 jam)

Isu-isu akhlak yang berlaku dalam masyarakat Malaysia masa kini menunjukkan bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat (( semakin tenat. Sebagai pendidik, anda diminta untuk menghuraikan cara untuk menangani isu akhlak tersebut secara berkesan.

You might also like