You are on page 1of 31

BAHASA MELAYU

PEMAHAMAN
AYAT SAMA MAKSUD
SATU PENDEKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN

AYAT SAMA MAKSUD


Salimah menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Tan dalam masa setengah jam sahaja. A. Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Tan setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Salimah. B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Salimah seperti yang diarahkan oleh Cikgu Tan. C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Tan dapat disiapkan oleh Salimah. D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Tan telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Salimah.

Jawapan C

AYAT SAMA MAKSUD


Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintasi jalan raya. A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal. B. Motosikal telah melanggar pemuda itu ketika penunggang itu hendak melintasi jalan raya. C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya , dia terlanggar motosikal. D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya , dia dilanggar motosikal.

Jawapan D

AYAT SAMA MAKSUD


Cikgu Ramli mengingatkan murid-muridnya sentiasa membaca buku demi masa depan.

A. Murid-murid sentiasa mengingatkan Cikgu Ramli agar membaca buku demi masa depan. B. Murid-murid sentiasa diingatkan oleh Cikgu Ramli agar membaca buku demi masa depan. C. Murid-murid perlu mengingatkan masa depan Cikgu Ramli agar sentiasa membaca buku. D. Murid-murid mengingatkan agar sentiasa membaca buku demi masa depan Cikgu Ramli.

Jawapan B

AYAT SAMA MAKSUD


Kelvin memukul bola itu terlalu kuat hingga melepasi pagar sekolah.
A. Bola itu dipukul terlalu kuat oleh Kelvin hingga melepasi pagar sekolah. B. Bola itu memukul hingga melepasi pagar sekolah terlalu kuat oleh Kelvin. C. Kelvin dipukul terlalu kuat hingga bola melepasi pagar sekolah. D. Kelvin melepasi pagar sekolah kerana memukul bola itu terlalu kuat.

Jawapan A

AYAT SAMA MAKSUD


Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah, kata Guru Besar semasa dalam perhimpunan.

A. Kebersihan warga sekolah semasa dalam perhimpunan adalah tanggungjawab Guru Besar. B. Guru Besar menyatakan bahawa kebersihan sekolah adalah tanggungjawab warga sekolah. C. Warga sekolah berkata bahawa kebersihan sekolah adalah tanggungjawab Guru Besar. D. Guru Besar berkata bahawa kebersihan warga sekolah adalah tanggungjawabnya.

Jawapan B

AYAT SAMA MAKSUD


Sungai sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab .

A. Manusia di negara ini tercemar kerana sungaisungai yang bertanggungjawab. B. Manusia yang bertanggungjawab di negara ini kerana sungai-sungai yang tercemar. C. Sikap manusia yang tidak bertanggunjawab menyebabkan sungai-sungai di negara ini semakin tercemar. D. Sungai-sungai di negara ini bertanggungjawab kerana tindakan manusia yang tercemar.

Jawapan C

AYAT SAMA MAKSUD


Mengapakah awak tidak hadir semalam? tanya Dila kepada Murni. A. Murni menanyakan kepada Dila sebab dia tidak hadir semalam. B. Murni memberitahu sebab Dila tidak hadir semalam. C. Dila menanyakan kepada Murni sebab dia tidak hadir semalam. D. Dila memberitahu kepada Murni sebab dia tidak hadir semalam.

Jawapan C

AYAT SAMA MAKSUD


Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.

A. Penyanyi itu akan bermula llima minit lagi kerana pertunjukan belum tiba. B. Pertunjukan belum tiba kerana penyanyi itu akan bermula lima minit lagi. C. Pertunjukan yang penyanyi belum tiba itu akan bermula lima minit lagi. D. Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan akan bermula lima minit lagi.

Jawapan D

AYAT SAMA MAKSUD


Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.

A. Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar, kata Idham. B. Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu, kata Idham kepada Azhar. C. Aku berhasrat untuk memiliki rumah itu, kata Idham kepada Azhar. D. Rumah itu akan menjadi milikku jua, tegas Idham kepada Azhar.

Jawapan C

AYAT SAMA MAKSUD


Mendermalah kepada fakir miskin, kata Ustaz Faizul kepada Izhar. A. Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberi derma kepada fakir miskin. B. Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada golongan miskin. C. Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada fakir miskin. D. Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir miskin.

Jawapan A

AYAT SAMA MAKSUD


Keindahan flora dan fauna merupakan daya penarik kepada pelancong ke Taman Negara.

A. Kecantikan Taman Negara menjadi faktor penarik kunjungan pelawat melihat flora dan fauna. B. Pelancong datang ke Taman Negara kerana keindahan flora dan fauna dan daya penarik. C. Faktor utama pelancong tertarik ke Taman Negara adalah disebabkan keindahan flora dan fauna. D. Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong.

Jawapan C

AYAT SAMA MAKSUD


Ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak sungguh, kata Aznita kepada Amira. A. Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat palas dan rendang yang dibuat oleh Nenek Tijah. B. Aznita dan Amira diberitahu tentang kepandaian Nenek Tijah membuat ketupat palas dan rendang tok yang enak. C. Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira tentang keenakan ketupat palas dan rendang tok yang dimasaknya. D. Aznita telah memberitahu Amira tentang keenakan ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah.

Jawapan D

AYAT SAMA MAKSUD


Kawasan dusun datuk kelihatan bersih kerana baru diusahakan oleh Pak Majid.

A. Pak Majid melihat kawasan dusun datuk yang bersih kerana baru diusahakan. B. Pak Majid yang mengusahakan kawasan dusun datuk yang kelihatan bersih itu. C. Kawasan dusun Pak Majid yang kelihatan bersih itu diusahakan oleh datuk. D. Pak Majid mengusahakan kawasan dusun datuk yang baru itu.

Jawapan B

AYAT SAMA MAKSUD


Baju yang akan dicuci itu telah dimasukkan ke dalam bakul oleh kakak.

A. Kakak sudah memasukkan baju yang hendak dicuci itu ke dalam bakul. B. Kakak telah memasukkan bakul dan baju yang akan dicuci itu. C. Baju itu dimasukkan ke dalam bakul oleh kakak yang telah mencucinya D. Baju yang telah dicuci itu akan dimasukkan ke dalam bakul oleh kakak.

Jawapan A

AYAT SAMA MAKSUD


Encik Faizul mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Azmi yang telah dinaikkan pangkat. A. Kata Encik Azmi Tahniah , Faizul kerana telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya. B. Kata Encik Faizul , Tahniah, Azmi kerana telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya. C. Kata Encik Faizul ,Azmi, ucapkan kepada saya tahniah dan selamat maju jaya kerana telah dinaikkan pangkat. D. Kata Encik Azmi ,Encik Faizul, tahniah saya ucapkan kerana telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya.

Jawapan B

AYAT SAMA MAKSUD


Kalau bercuti ke Terengganu ,jangan lupa singgah ke rumah saya di Marang,kata Fauziah kepada Ayu. A. Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya bercuti ke Terengganu. B. Ayu mengajak Fauziah singgah di rumahnya di Marang jika bercuti ke Terengganu. C. Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang sekiranya bercuti ke Terengganu. D. Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia bercuti ke Terengganu.

Jawapan D

AYAT SAMA MAKSUD


Kata Cikgu Siti kepada Ros, Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan. A. Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan. B. Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan. C. Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan. D. Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di perpustakaan.

Jawapan D

AYAT SAMA MAKSUD


Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan. A. Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau. B. Buah limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan. C. Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C. D. Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.

Jawapan B

AYAT SAMA MAKSUD


Hassan yang minum kopi di dalam gelas itu. A. Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hassan. B. Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hassan. C. Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hassan. D. Kopi diminum oleh Hassan di dalam gelas itu.

Jawapan C

AYAT SAMA MAKSUD


Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Makkah pada tahun ini, kata Hakim kepada Faizul. A. Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Makkah pada tahun ini. B. Hakim dan Faizul memberitahu bahawa ayah ibu mereka akan menunaikan haji di Makkah pada tahun itu. C. Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji di Makkah pada tahun itu. D. Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji di Makkah pada tahun ini.

Jawapan D

AYAT SAMA MAKSUD


Kedatangan sahabat lamanya itu disambut oleh Puan Sofea dengan tangan terbuka. A. Sahabat lamanya itu menyambut kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka. B. Puan Sofea menyambut kedatangan sahabat lamanya itu dengan tangan terbuka . C. Kedatangan sahabat Puan Sofea itu lama disambut olehnya dengan tangan terbuka. D. Kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka disambut oleh sahabat lamanya itu.

Jawapan B

AYAT SAMA MAKSUD


Saya tidak mahu murid-murid datang lambat ke kelas saya, kata Cik Punitha. A. Cikgu Punitha tidak mahu datang lambat ke kelas saya. B. Cikgu Punitha berpesan agar murid-murid datang awal ke kelasnya. C. Murid-murid meminta Cikgu Punitha datang awal ke kelas saya. D. Murid-murid meminta Cikgu Punitha jangan datang lambat ke kelas.

Jawapan B

AYAT SAMA MAKSUD


Kata datuk, Semak itu telah ditebas oleh ayah kamu. A. Datuk memberitahu bahawa ayahlah yang telah menebas semak itu. B. Datuk telah meminta ayah menebas semak itu. C. Ayah telah memberitahu datuk yang menebas semak itu. D. Ayah dan datuk telah menebas semak itu.

Jawapan A

AYAT SAMA MAKSUD


Kain songket yang diperagakan oleh peragawati itu ditenun oleh Mek Su. A. Kain Songket yang diperagakan oleh Mek Su itu ditenun oleh seorang peragawati. B. Peragawati Mek Su telah memperagakan kain songket yang ditenun itu. C. Peragawati itu telah memperagakan kain songket yang ditenun oleh Mek Su. D. Peragawati itu dan Mek Su telah memperagakan kain songket yang ditenun itu.

Jawapan C

AYAT SAMA MAKSUD


Cikgu Nadia menasihati murid muridnya supaya banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan. A. Kita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, jelas Cikgu Nadia kepada murid muridnya. B. Kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya. C. Saya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya. D. Mereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.

Jawapan

AYAT SAMA MAKSUD


Zainab , ambilkan saya pinggan itu, kata Wati. A. Zainab menyuruh Wati mengambil pinggan itu untuknya. B. Pinggan itu diambil oleh Wati dan diberikan kepada Zainab. C. Zainab diminta oleh Wati supaya meletakkan pinggan yang diberinya itu. D. Wati meminta Zainab mengambil pinggan itu untuknya.

Jawapan D

AYAT SAMA MAKSUD


Saya hendak berjumpa dengan awak esok, kata Encik Rizal kepada Zaki.
A. Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengan saya pada hari esok. B. Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengannya pada keesokan harinya. C. Encik Rizal mengingatkan Zaki supaya berjumpa dengannya saya pada keesokan harinya. D. Encik Rizal mengingatkan saya dan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya.

Jawapan B

AYAT SAMA MAKSUD


Para pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

A. Di sekolah pelajar akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dengan aktif. B. Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah perlulah aktif supaya pelajar dapat melibatkan diri. C. Pelajar perlu aktif untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. D. Pelajar perlu bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. .

Jawapan D

AYAT SAMA MAKSUD


Min, tolong berikan kad ucapan hari jadi ini kepada Moon, kata Salmi. A. Min berharap agar Moon dapat memberikan kad ucapan hari jadi kepada Salmi. B. Salmi meminta pertolongan Moon supaya menghantar kad ucapan hari jadi kepada Min. C. Salmi meminta agar Min dapat menyampaikan kad ucapan hari jadi kepada Moon.

Jawapan C

AYAT SAMA MAKSUD


Saya belajar memasak sejak berusia dua belas tahun, kata Lina kepada Ng. A. Lina memberitahu Ng bahawa dia mula belajar memasak semasa usianya dua belas tahun. B. Lina memberitahu bahawa Ng mula belajar memasak semasa usianya dua belas tahun. C. Ng memberitahu bahawa dia belajar memasak semasa Lina berusia dua belas tahun.

Jawapan A