P. 1
Isu-isu alam sekitar

Isu-isu alam sekitar

5.0

|Views: 9,959|Likes:
Published by husnamahirah

More info:

Published by: husnamahirah on May 26, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Isu-Isu Alam Sekitar

Aktiviti Perindustrian & Pembangunan
Perkembangan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat ini telah menyebabkan penambahan kepada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri ini akan menghasilkan bahan cemar yang berbeza.

Sebagai contoh:
 Industri Kimia
 Industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur dan ini akan mengakibatkan pencemaran kepada air dan udara

 Industri Perkilangan, Pembuatan dan Lain-lain

 Kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.  Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang ini juga adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi.  Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik (beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.

 Industri Pertanian

 Penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan dan memusnahkan rantai makanan tersebut.  Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia.

Kenderaan Motor
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat.

Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara.

Penjanaan Kuasa
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekapan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

 Stesen janakuasa elektrik merupakan suatu sumber pencemaran yang besar, di mana pengeluaran pencemaran sulfur dioksida daripada tenaga arang batu merangkumi 59% dan 18% nitrogen oxides.  Stesen-stesen janakuasa elektrik arang batu juga merupakan pencemar terbesar dalam menghasilkan pencemaran toksik merkuri, udara yang berbahaya dan beracun, dan menghasilkan 50% pencemaran debu.  Selain daripada itu, stesen-stesen janakuasa elektrik juga menghasilkan lebih daripada 40% daripada keseluruhan penghasilan karbon dioksida di Amerika Syarikat, dan ia merupakan faktor utama pemanasan global.

Penggunaan CFC
 Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan lain-lain sebagai bahan rejan (propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.  Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

Aktiviti Harian
 Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk.  Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.  Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Contoh Bahan-Bahan CFC

Punca Pencemaran
Pembuangan bahan sisa industri seperti bahan toksik, asap, bahan radioaktif dan haba dalam perindustrian

Bahan Pencemar Utama
Bahan toksik seperti logam berat (merkuri, nikel dan kadmium)

Kesan kepada Manusia dan Alam Sekitar
Mengancam kesihatan: Merkuri: kecacatan fetus dan ganggu sistem saraf, menyebabkan penyakit Minamata Plumbum: meninggikan tekanan darah, menjejaskan pertumbuhan dan merosakkan sistem saraf Kadmium: menyebabkan penyakit dan masalah kepada organ pembiakan Nikel: menyebabkan kanser dan penyakit kulit

Punca Pencemaran

Bahan Pencemar Utama
Bahan sisa Kelapa sawit dan getah yang mereput 

Kesan kepada Manusia dan Alam Sekitar
Menghasilkan gas berbau busuk (ammonia dan hidrogen sulfida) - Jika dibuang ke dalam sungati atau kolam, bakteria penguraiakan menguraikannya dan menggunakan oksigen daripada air. Kekurangan oksigen dalam air menyebabkan hidupan akuatik mati

Mengeluarkan sinaran radioaktif Bahan radioaktif yang berbahaya seperti sinar alfa, sinar beta dan sinar gama : - Dos tinggi menyebabkan loya, kanser, kecacatan fetus,

Punca Pencemaran

Bahan Pencemar Utama
Asap

Kesan kepada Manusia dan Alam Sekitar
Mengandungi gas berasid seperti sulfur dioksida dan Nitrogen dioksida yang menghasil hujan asid yang : Mengakis bangunan Merendahkan pH air Tanah tidak subur Kurang hasil pertanian Menaikkan suhu udara Menaikkan suhu air sungai dan kolam. Mengurangkan oksigen terlarut dalam air. Hidupan akuatik mati

Terma(haba)

Punca Pencemaran
Penggunaan bahan kimia dan pestisid dalam bidang pertanian

Bahan Pencemar Utama
Baja kimia

Kesan kepada Manusia dan Alam Sekitar
Nitrat dan fosfat menyebabkan fenomena eutrofikasi:  Nitrat dan fosfat larut dalam air kolam atau tasik menyebabkan blum alga  Apabila alga mati dan mereput, ia menggunakan dari air dan menghasilkan gas yang Berbau busuk. Hidupan air akan terbunuh akibat kekurangan oksigen.

Punca Pencemaran

Bahan Pencemar Utama
Pestisid

Kesan kepada Manusia dan Alam Sekitar
Digunakan untuk membunuh serangga, kulat dan lalang boleh mencemarkan udara dan tanah Ia akhirnya akan larut dalam air dan mengalir ke dalam sungai atau kolam Ini mencemarkan air dan menyebabkan hidupan akuatik terbunuh. Pestisid akan memasuki badan manusia sekiranya manusia termakan tumbuhan atau haiwan tercemar.

Punca Pencemaran
Kenderaan dan jentera

Bahan Pencemar Utama
Bunyi

Kesan kepada Manusia dan Alam Sekitar
Merosakkan gegendang telinga Meninggikan denyutan Jantung dan tekanan darah, Mengganggu keselesaan hidup Mengotorkan udara Menghitamkan bangunan Menyumbat salur pernafasan dan mengganggu pernafasan Menghasilkan jerebu Kadar fotosintesis kurang: Hasil tanaman merosot

Jelaga / serbuk karbon

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->