You are on page 1of 9

Rekoder

1.0 Asal usul Rekoder Rekoder yang paling awal diwujudkan pada zaman logam dan dibuat daripada tulang kambing. Dipercayakan pada abad ke-14, rekoder telah berubah dan ditetapkan dengan lapan lubang. Banyak artifak rekoder semasa abad ke-14 telah dijumpai oleh ahli sejarah di Jerman. Pada awalnya, rekoder direka untuk dimain dengan tangan kiri di bawah dan dengan tangan kanan di bawah. Bahagian belakang dibuat dengan ada dua lubang. Lilin akan digunakan untuk tutup lubang yang tidak digunakan. Rekoder menjadi popular pada abad ke-16 dan ke-17. Pada masa itu, rekoder digunakan untuk memain muzik iringan menyanyi dan menari. Beberapa perubahan telah diadakan pada abad ke-17 terhadap rekoder. Perubahan ini telah menyebabkan rekoder mengeluarkan suara yang lebih merdu. Keruntuhan rekoder berlaku semasa abad ke-18. Antara sebab keruntuhan rekoder adalah disebabkan kewujudan seruling yang mengerluarkan suara yang lebih merdu dan terdapat jarak suara yang lebih luas. Pada zaman romantic, penggunaan rekoder hamper pupus kerana digantikan dengan seruling dan klarinet. Penggunaan rekoder dipulihkan pada abad ke-20. Rekoder selalu digunakan oleh pemain muzik di England dan di Jerman. Rekoder juga digunakan di dalam muzik pop. Pada pertengahan abad ke-20, komposer Jeman memperkenalkan rekoder dalam sekolah. Rekoder telah dibuat dengan plastik supaya dapat mengeluarkan dengan mudah dan laju serta murah. Dengan ini, rekoder sering digunakan di sekolah disebabkan harga yang murah.

2.0 Keluarga rekoder

Garklein Rekoder ialah antara yang paling kecil dalam keluarga rekoder. Rekoder ini mengeluarkan suara yang paling tinggi dalam keluarga rekoder. Panjang lebih kurang 6 inci. Jarak suara dari C ke A. Juga dipanggil piccolo rekoder dan kurang digunakan.

Ini ialah Sapranino juga dikenali sebagai nino. Jarak suara ialah dari F ke G. Rekoder ini ialah rekoder yang mempunyai suara yang paling thing dalam orkestra. Panjang lebih kurang 9-10 inci. Ditulis satu oktaf lebih rendah daripada dimain.

Soprano rekoder, paling dikenali dan digunakan dalam bilik kelas dengan panjang lebih kurang 12inci. Jarak suara dari C ke D. Ditulis satu oktaf lebih rendah daripada dimain.

Alto rekoder juga dikenali sebagai treble rekoder. Paling popular dalam suara tengah rekoder dan selalu dimain solo. Jarak suara dari F ke G. Ditulis sama dengan dimain.

Tenor rekoder sangat sesuai digunakan untuk memenuhi kord kerana mempunyai suara yang lembut. Dapat dimain dari C ke D. Rekoder ini mempunyai panjang lebih kurang 24inci dan memerlukan perebakkan jari yang besar untuk memainkan rekoder ini.

Ini ialah bass rekoder. Rekoder yang paling besar dan mempunyai suara yang paling rendah antara rekoder yang dibuat daripada plastik. Dapat dimain dari F ke G.

Greatbass rekoder tinggi lebih kurang 4 kaki. Dapat dimain dari C ke D. Hanya dibuat dengan kayu. Penting dalam orkestra rekoder untuk memenuhi kord bawah.

3.0 Penjagaan rekoder Untuk penjagaan rekoder plastik, tidak susah. Mencuci kepala rekoder selepas pakai dan simpan dalam tempat yang kering untuk mengelakkan pertumbuhan kuman-kuman serta simpan di tempat yang jauh daripada bekalan panas untuk mengelakkan rekoder daripada rosak. Untuk rekoder kayu, banyak yang perlu dititikberatkan. Masa bermain untuk rekoder yang baru mesti menyikut kadar yang ditetapkan untuk mengelakkan kerosakkan. Selain itu, semua bahagian rekoder mesti dilap selepas bermain. Rekoder mesti disapu minyak setiap bulan dengan minyak almond.

4.0 Penjarian Sistem Baroque dan Jerman Penjarian Jerman lebih mudah untuk belajar. Mudah untuk belajar bermain lagu yang mudah tetapi susah untuk memain syap dan flat. Penjarian Baroque agak susah untuk belajar tetapi mudah untuk bermain chromatic scales. Untuk membezakan rekoder penjarian sistem baroque dan Jerman, memerhatikan lubang yang keempat dan kelima. Kalau lubang keempat kecil dan lubang kelima besar, ini ialah rekoder penjarian baroque manakala lubang keempat besar dan lubang kelima kecil, ini ialah rekoder penjarian Jerman.

Perbezaan rekoder baroque dan Jeman

5.0 Teknik bermain Teknik yang betul penting untuk meguasai sesuatu. Pertama, postur badan hendaklah betul. Badan mesti tegak tidak mengira semasa berdiri atau semasa duduk. Semasa berdiri, kaki direnggang sedikit, lutut dilonggarkan, tidak kaku, belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus, dada dinaikkan, bahu ditarikkan ke belakang sedikit. Dagu selari dengan lantai dan tangan memegang rekoder dengan sudut 45 darjah condong dari badan. Untuk postur duduk, bahagian badan hingga kepala sama seperti postur berdiri, belakang badan tidak bersandar, punggung diletak di tengah kerusi, kaki diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit dan tangan memegang rekoder dengan sudut 45 darjah. Kedua, cara memegang penting untuk memberi keselesaan dan memudahkanb pergerakan jari semasa bermain rekoder. Tangan kanan memegang bahagian hujung rekoder manakala tangan kiri memegang kepala rekoder. Imbang rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Selain itu, penjarian rekoder penting untuk menguasai teknik bermain rekoder. Ibu jari tangan kiri bernombor 0 dan menutup lubang di bahagian belakang rekoder, jari terlunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama, jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua, jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder. Jari terlunjuk tangan kanan bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat, jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima, jari manis bernombor 6 menutup lubang keenam dan jari kelingking bernombor 7 menutup lubang ketujuh. Lubang yang keenam dan ketujuh terdapat dua lubang kecil. Dalam pada itu, pernafasan yang berkesan akan memudahkan permainan rekoder dan megeluarkan nada yang berkualiti dan pic yang tepat. Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Latihanpernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut, hembuskan semua udara dari paru-paru. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat. Ulang perbuatan ini beberapa kali. Pernafasan staccato, dilakukan dengan sebutan tut secara berulang-ulang sehingga dapat merasakan otot-otot di bahagian perut terlibat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengawal pernafasan. Menarik nafas secara perlahan sambil angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi hiss. Seterusnya, Untuk menghasilkan not yang jelas, seseorang harus belajar menggunakan lidah untuk mengasingkan setiap not. Hujung lidah harus menyentuh belakang gigi atas. Proses ini sama semasa mulut mengeluarkan perkataan Du. Berlatih mengeluarkan perkataan Du sehingga dapat mengeluarkan udara sahaja (tanpa suara). Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir

dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga seharusnya melengkung sedikit. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.

Rujukan
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.kurtjacob.com.au/images/RecorderFingerin g.jpg&imgrefurl=http://www.kurtjacob.com.au/Recorders.html&h=304&w=744&sz=65&tbnid=rwJ1f 9do9lv6TM:&tbnh=49&tbnw=121&zoom=1&usg=__YzVAJIHB4XsG2eLesHlzpSnqT7w=&docid=nouJP wH85xvwUM&sa=X&ei=UEjYUbJZj6usB9_jgbAO&ved=0CFYQ9QEwBw&dur=276#imgdii=rwJ1f9do9lv 6TM%3A%3BCC_47oFq3fytVM%3BrwJ1f9do9lv6TM%3A http://musiced.about.com/od/windinstruments/p/recorder.htm http://www.mpro-online.org/images/FingeringChart.jpg http://www.squeakysrecorderplayhouse.com/recordermaster.htm http://www.ehow.com/way_5278645_tips-play-recorder.html http://www.scribd.com/doc/60512356/Modul-Rekoder http://www.dolmetsch.com/musictheory29.htm#recorder http://www.aswltd.com/finger.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Recorder_(musical_instrument)

Refleksi Semasa saya mendapati perlu mebuat kajian tentang rekorder, saya berasa sangat gembira kerana saya tahu melalui kerja kursus ini, saya akan lebih memahami rekorder. Hal ini demikian kerana saya telah didedah kepada alat muzik ini semasa berada di sekolah rendah. Pada masa itu, pengetahuan saya tentang rekorder sangat cetek. Selapas habis kuliah, saya balik ke asrama dan terus saya mencari maklumat yang berkaitan dengan rekorder. Saya juga mencari lagu yang mudah untuk dimain dan bermain rekorder di bilik. Saya telah muat turun banyak maklumat dan telah membaca semua bahan yang telah saya muat turun. Pada hari yang kedua, saya telah mula membuat kerja kurus saya. Saya menggabungkan semua maklumat yang telah saya dapati. Pada hari ini, saya telah habis membuat kerja saya sampai bahagian jenis-jenis recorder. Saya mendapati bahawa rekorder pernah memainkan peranan yang pening dalam orkestra pada zaman baroque. Penggunaan rekorder meruntuh disebabkan penggunaan seruling lebih diutamakan. Penggunaan rekorder menjadi lebih kerap apabila rekorder dimasukkan dalam sukatan mata pelajaran muzik pada sekolah rendah. Saya juga dapati ada banyak jenis rekorder dalam keluarga rekorder yang ada keunikkan tersendiri. Rekorder-rekorder ini dapat mengeluarkan suara yang berbeza, jarak not yang dapat dimain yang berbeza dan juga saiz yang beza. Rekorder-rekorder memainkan peranan yang penting dalam orkestra semasa zaman baroque. Pada hari yang seterusnya, saya telah menghabiskan bahagian penjagaan rekorder dan penjarian sistem baroque dan penjarian Jerman. Saya menghadapi masalah semasa mengemaskan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kedua-dua bahagian ini. Kebanyakkan maklumat di dalam internet tidak berkesan dan sangat ringkas. Walapun maklumat yang saya dapati kurang, tetapi yang masih mampu mendapatkan beberapa isi dan gambar yang penting. Semasa membuat bahagian teknik bermain, saya berasa ragu-ragu kerana bahanbahan yang saya ada agak kompleks. Saya telah mengguanakan banyak masa untuk memahami. Selapas saya habis bahagian ini, saya juga telah mencuba menggunakan caracara ini. Saya dapat menghasilkan suara yang lebih merdu dan berkualiti. Saya harap melalui kerja kursus ini, saya dapat menambah pengetauan tentang rekorder dan menambah baik teknik saya.