You are on page 1of 7

AYAT MAJMUK Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan

menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, malahan, sambil serta tetapi bagi, seraya, kecuali, melainkan, manakala, bahkan, kemudian dan kata hubung gabungan lain. Contoh: a. Awak boleh memakai kasut putih atau kasut hitam. - Awak boleh memakai kasut putih. - Awak boleh memakai kasut hitam. b. Halim memelihara ikan sepat dan ikan keli. - Halim memelihara ikan keli. - Halim memelihara ikan sepat. c. Ramli menyanyi sambil menari. - Ramli menyanyi. - Ramli menari. 2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, jika, untuk, ketika, semasa, setelah, semenjak, selagi, selama, supaya, hingga, walaupun... Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu pancangan relatif, pancangan komplemen dan pancangan keterangan i)Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata hubung yang. Contoh: a. Wanita yang menjadi calon ibu misali itu ibu saya. - Wanita itu menjadi calon ibu misali. - Wanita itu ibu saya. ii) Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan kata hubungan bahawa dan untuk. a. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji tidak lama lagi.

b. Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti membuli pelajar lain di sekolah. iii)Ayat majmuk pancangan keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja induk. Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat majmuk keterangan musabab, waktu, syarat, cara, tujuan, perbandingan, pertentangan dan akibat. Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab: a. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak diundang. b. Oleh sebab mereka tidak menjelaskan yuran tahunan persatuan, keahlian mereka dalam persatuan itu akan digantung. Contoh ayat majmuk pancangan keterangan waktu. a. Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu setelah menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri. b. Sementara menunggu anak saya pulang dari sekolah, saya mengemas rumah. Contoh ayat majmuk pancangan keterangan syarat: a. Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini saya akan menghadiahi awak sebuah motosikal. b. Kita akan dapat melaksanakan Program Pendidikan Alam Sekitar ini seandainya kita mendapat kerjasama daripada semua pihak. Contoh ayat majmuk keterangan cara: a. Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke sekolah dengan menaiki perahu. b. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi serta usaha yang gigih, Hazreen berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Contoh ayat majmuk keterangan tujuan: a. Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha mereka untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja. b. Demi menjaga nama baik dan imej sekolah, semua pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga peringkat daerah itu dinasihati agar mematuhi peraturan pertandingan. Contoh ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan:

a. Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain, samalah ibaratkera mendapat bunga. b. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni lantaran mereka saling membantubagaikan aur dengan tebing. Contoh ayat majmuk keterangan pertentangan: a. Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji pelajarannya. b. Meskipun ayah saya sudah berumur, dia masih ingin menguruskan kebun buah-buahannya. Contoh ayat majmuk keterangan akibat: a. Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya. b. Pelajar yang cacat penglihatan itu amat gigih dan berusaha bersungguh-sungguh sehinggadia berjaya. 3.Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat , yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Contoh: a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia. * Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas , iaitu: 1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia. 2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut. 3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia. Posted by NORAZA AZIZ at 2:55 AM

Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk ) PEMAJMUKAN Kata Majmuk 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. 3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendirisendiri. 4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku

mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan. 5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza

tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi. 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk

menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi. Bentuknya 7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. 8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda

yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya. 9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun. 10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta. 11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut: (a) kata nama majmuk; (b) kata bilangan majmuk; (c) kata adjektif majmuk; (d) kata kerja majmuk; (e) kata sendi majmuk; (f) kata keterangan majmuk; (g) Kata hubung majmuk.

12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta. 13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh. 14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. 15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar. 16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus. 17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari. 18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala. 19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun. Tugasnya 20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut: (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya. air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama) lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif) mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja) dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi) (b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya: apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan apabila (kata nama) tanya) alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama) gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja) tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama) cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama) lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama) banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif) lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan) Maknanya 21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut: (a) kata majmuk wajar; (b) kata majmuk kiasan 22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.

23.

Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna

yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati. 24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar. adat istiadat gunung api kongsi gelap alih bahasa hancurlebur lampu duduk bahasa pasar harga borong lipat ganda bakul sampah hitam manis lubang hidung batang hidung ikan parang mabuk taut cakera padat inti sari merah jambu cantik jelita isi perut minyak makan daya cipta juling air naik takhta dengki hati kaca mata nenek moyang emas putih kerak bumi orang gaji esok hari otak depan tuan rumah gagah berani olah raga udang galah galah canggah pagar duri uji kaji rendah hati pindah tangan wang saku sabun mandi rabun jauh warta berita sihat akal tahan lasak zat air 24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan. akal kancil darah daging hajat besar anak angkat datang bulan harga diri anak baju daun pintu ibu ayam anak emas emas kahwin isi hati anak kunci embun jantan jalan bahasa batu loncatan filem bisu jauh hati banyak mulut gaji buta kaki tangan buah mulut gantung kemudi karat hati bulan madu gatal mulut kata dua cahaya mata gunung payung kecil hati cakap angin habis akal kereta api campur tangan lalat hijau papas hati cekak musang lebar mulut panjang tangan dapur susu lemah semangat pasar gelap mata hari lepas tangan patah hati naik darah main angin rendah hati nyawa ikan malam buta sagu hati otak udang sampai hati sakit hati tangan besi tali barut tumbuk rusuk timbang rasa tanah air

Oleh SUHAIMI MOHD SALLEH Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut

cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung. 1.(a) Dia sangat kaya. 1.(b) Dia tidak sombong. Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Apabila kedua-dua ayat itu dicantumkan, akan terhasillah ayat majmuk yang berikut: 1.(c) Dia sangat kaya tetapi dia tidak sombong. Ayat baharu ini dipanggil ayat majmuk kerana mengandungi dua ayat tunggal yang dicantum dengan menggunakan kata hubung tetapi. Ayat tunggal (1.a) mengandungi satu maklumat sahaja, iaitu kaya. Setelah dicantumkan dengan ayat tunggal (1.b) yang mengandungi satu maklumat lain, iaitu tidak sombong, ayat yang baharu terbentuk 1.(c) itu kini mempunyai dua maklumat. Dengan hal yang demikian, ayat 1.(c) telah mengalami peluasan. ___ Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Mac 2012.