You are on page 1of 8

PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI MENGIKUT

PERSPEKTIF PENDEKATAN ISLAM HADHARI

Oleh : Norzaidan bin Hamad

Alam semulajadi merupakan satu anugerah Allah SWT yang

amat besar dan tidak ternilai kepada manusia sejagat.

Pemuliharaannya adalah merupakan tanggungjawab bersama.

Pemuliharaan alam semulajadi merupakan salah satu prinsip

Pendekatan Islam Hadhari yang ingin dilestarikan supaya ianya

berada dalam keadaan aman selesa, cantik dan indah sepertimana

yang disarankan oleh Islam

Memelihara dan mencintai alam sekitar yang dianugerahkan

oleh Allah SWT amatlah dititikberatkan oleh Islam bagi memastikan

kesinambungan kehidupan manusia sejagat. Segala sesuatu di alam

ini disusun dan diatur oleh Allah dengan sempurna demi

kepentingan manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Kemajuan

yang dicapai oleh manusia dalam pelbagai disiplin ilmu dan

kecanggihan teknologi telah membuktikan bahawa Allah benar-

benar menciptakan alam ini untuk dimanfaatkan oleh manusia.

1
Alam tabie yang dianugerahkan Allah ini adalah untuk

manusia mendapat manfaat daripadanya. Mereka yang beriman dan

menghayati nilai – nilai baik akan sentiasa mencintai alam yang

penuh dengan nikmat yang ada padanya. Keindahan flora dan fauna

telah memperlihatkan kepada kita akan hakikat kebesaran,

kekuasaan dan keagongan Allah. Firman Allah yang lain dalam

Surah Ar-Ra’d ayat 3 bermaksud :-

“ Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan

menjadikan padanya gunung-ganang ( terdiri kukuh ) serta sungai-

sungai ( yang mengalir ) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia

jadikan padanya berpasangan. Dia juga melindungi siang dengan

malam silih berganti. Sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-

tanda kekuasaan

Allah bagi kaum yang ( mahu ) berfikir ”

Firman Allah dalam surah Al-A’laa ayat 2-3 yang bermaksud :-

“Yang telah menciptakan ( sekalian makhluknya ) serta

menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai

dengan keadaannya. Dan Yang telah mengatur ( keadaan makhluk-

makhlukNya ) serta memberikan hidayah petunjuk ( ke jalan

keselamatannya dan kesempurnaannya )”

2
Mencintai alam sekitar adalah merupakan tuntutan Islam.

Dalam membincangkan kecintaan kepada alam sekitar, ianya amat

berkait rapat dengan penjagaan dan pemuliharaan. Pemuliharaan

alam sekitar merupakan tanggungjawab semua golongan,

terutamanya golongan pencinta alam atau enviromentalist yang

bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menyedarkan

masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

Pemuliharaan untuk menyelamatkan alam ini bukanlah semata-

mata untuk tujuan kegunaan manusia sahaja sebaliknya ia

merupakan tuntutan Allah SWT untuk memelihara alam yang indah

ini. Usaha untuk melestarikan alam sekitar adalah penting kerana

manusia dan hidupan lain menjadi semakin terancam akibat

perbuatan rakus pihak yang tidak bertanggungjawab.

Masyarakat perlu menghayati kepentingan mencintai alam

demi untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Memulihara alam sekitar adalah merupakan ibadah yang dituntut

oleh Islam. Ia merupakan suatu amalan kebaikan yang akan

mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT seperti firmanNya

dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 bermaksud :-

“ Maka sesiapa yang berbuat kebajikan sebesar zarah,

nescaya dilihat (dalam surat amalannya) ”

3
Umumnya kualiti alam sekitar di negara ini masih berada di

tahap yang baik. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa

kejadian yang boleh menjejaskan kualiti alam sekitar seperti

pembakaran terbuka di beberapa kawasan, pencemaran bau,

pembuangan sampah merata-rata, pelepasan asap kenderaan,

banjir kilat dan seumpamanya. Beberapa kejadian tanah runtuh

yang berlaku kebelakangan ini telah mengakibatkan gangguan

kepada eko-sistem di negara ini.

Walaupun tidak terlalu serius, pihak kerajaan dan agensi-

agensi berkenaan sentiasa memberikan perhatian dan berusaha

menanganinya dari masa ke semasa. Pelbagai program dan

mekanisme telah dilaksanakan untuk mengawal dan mengatasi

masalah pencemaran alam sekitar. Semua lapisan masyarakat perlu

berusaha secara bersepadu untuk menentukan alam sekitar

sentiasa bersih dan selamat. Tanggungjawab ini perlu dipikul

bersama oleh sektor swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan

kerajaan (NGO), institusi-institusi pendidikan dan masyarakat

umumnya.

Walaupun kita tidak berhak untuk melarang seseorang

meneroka kawasan yang merupakan haknya sendiri untuk tujuan

menambah pendapatan, tetapi perlulah diingat bahawa dalam

mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau

dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah A-

Syu’ara ayat 183 yang bermaksud :

4
“ … Dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan

kerosakan di bumi ”

Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terus dilakukan

oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan,

perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran,

promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah

bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang

ramai bagi memelihara alam sekitar.

Hutan merupakan khazanah anugerah Allah yang tidak

ternilai kepentingannya, kenyamanan dan kehijauan yang menjadi

penawar kerunsingan fikiran. Flora dan fauna ialah sumber ekonomi

negara dan rezeki rakyat. Bagi mengekalkan kelestarian hutan pihak

kerajaan telah menjalankan perusahaan hutan ladang di Malaysia

seperti kawasan lombong yang kurang subur dimajukan untuk

mengekalkan kelestarian hutan.

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha murni kerajaan untuk

menjaga alam semulajadi yang ada di Negara ini demi kebaikan

generasi akan datang, dikemukakan beberapa saranan untuk

dihayati dan diamalkan :-

i) Menghayati ajaran Islam bahawa alam ciptaan Allah ini perlu

dihargai dan dipelihara. Seluruh manusia perlu dididik agar

5
menghargai dan menilai keperluan alam sekitar untuk kehidupan

kita.

Mendalami pengetahuan mengurus dan mentadbir alam – selain

ilmu agama sebagai asas, mereka perlu pelajari sains sosial,

sains hayat, sains teknologi dan geografi. Orang yang berilmu

dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara

yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan alam persekitaran.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-

“Daripada Anas bin Malik, beliau telah berkata bahawa

Rasulullah SAW telah bersabda:” Menuntut ilmu itu wajib bagi

setiap muslim.”

( Riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi )

ii) Menjalankan kempen kesedaran mengenai undang-undang

kepada semua pihak yang melanggar peraturan atau Akta Kualiti

Alam Sekitar Malaysia.

iii) Mengadakan penyelidikan berkaitan kepelbagaian flora dan

fauna di Negara ini.

iv) Mengawal kerja pembukaan dan pembersihan hutan untuk tujuan

projek pembangunan bagi mengelakkan keruntuhan tanah, banjir

dan sebagainya.

v) Mengadakan kempen kasih sayang terhadap semua makhluk

termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh

sekiranya binatang dibunuh, sudah tentu alam sekitar akan

6
tercemar dengan bangkai binatang yang bergelimpangan. Ini

akan mencemar alam sekitar dan mengganggu kehidupan di

muka bumi terutama manusia. Begitulah juga dengan tumbuh-

tumbuhan dan pokok juga perlu dipelihara kerana ia dapat

memberi manfaat kepada manusia.

Jadilah individu yang memberi sumbangan kearah kebaikan bagi

melestarikan alam sekitar yang dicintai. Segala tindakan yang

membawa kepada kerosakan dan kemusnahan alam semulajadi

hendaklah dihentikan segera. Firman Allah dalam Surah Rum ayat

41 yang bermaksud :-

“ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di

laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;

(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka

sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka

telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat ) ”

7
8

You might also like