You are on page 1of 5

Melalui Tugasan Kerja Kursus Pendek Matematik ini, saya telah lebih mengenali strategi penyelesaian yang amat

berguna dalam pembelajaran dan pengajaran kehidupan seharian kita. Menurut Model Polya (1973), Terdapat empat jenis fasa penyelesaian masalah matematik. Antaranya ialah pemahaman tentang masalah, merangka strategi, melaksanakan strategi dan mengimbas kembali atau menyemak jawapan. Dengan merujuk kepada strategi ini, kita dapat menyelesaikan masalah bukan rutin dengan betul dan tepat. . Selain itu, strategi penyelesaian masalah ini merupakan fokus penting dalam pendidikan Matematik. Saya berasa bersyukur kerana telah diberi tajuk tugasan yang berkaitan dengan tajuk ini. Hal ini telah menyebabkan saya mempunyai peluang untuk memperoleh lebih banyak maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk ini. Pelbagai strategi penyelesaian masalah ini terutamanya dalam mengatasi masalah bukan rutin merupakan cara yang paling sesuai bagi kita mengembangkan kemahiran kita dalam proses-proses Matematik. Di samping itu, saya telah mempelajari banyak nilai dan pengajaran melalui tugasan ini. Antaranya ialah nilai berkerjasama, kesabaran, toleransi dan sebagainya. Contohnya, kumpulan kita telah membuatkan perbincangan di kafe dan perpustakaan sekolah bagi menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya kerana telah banyak memberikan kerjasama supaya kerja kursus ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin. Pelbagai pengalaman telah saya lalui dalam menyiapkan kerja kursus ini termasuklah kesepakatan cabaran dan dalam bekerja di kumpulan yang memerlukan pihak harus banyak merasa

kerjasama

samping

semua

bertanggungjawab ke atas diri masing-masing dan hasil tugasan ini. Segala bebanan tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak sahaja. Oleh itu saya begitu optimis dengan melakukan tugasan ini sebaik mungkin walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kesimpulannya, banyak pengetahuan yang telah saya perolehi melalui kerja kursus pendek ini dan telah memantapkan lagi jati diri saya sebagai seorang pelajar . khususnya, kerja kursus pendek ini telah membolehkan kita memahami konsep penyelesaian masalah secara mendalam dan seterusnya membantu kita dalam

membuat pemilihan strategi yang baik dan bersesuaian. Hal ini kerana pemilihan strategi yang bersesuaian amat penting dalam menyelesaikan masalah. Semua prinsip dan kaedah yang digunakan sentiasa praktikal dan memenuhi kehendak semasa. Akhir kata, kerja kursus ini amat membantu saya dalam pelbagai aspek. Sekian, terima kasih. Kursus ini memberi saya kesempatan untuk menerokai pelbagai cara penyelesaian masalah dalam masalah matematik.Dari hari awal kursus ini saya mengumpul maklumat dari sumber yang berbeza walaupun diperlukan banyak masa dan sukar untuk melakukan analisis tentang bagaimana mengumpul maklumat yang tepat tentang cara cara penyelesaian masalah bukan rutin menggunakan banyak kaedah seperti nota kuliah ,buku rujukan dari perpustakaan,ulasan dokumentasi, perbincangan dalam kumpulan dan melayari internet. Dari sudut pandang saya

Internet adalah kemudahan besar untuk pengumpulan data, membolehkan seluruh dunia berkolaborasi untuk mendapatkan maklumat.Internet menyediakan akses

untuk mendapatkan bahan-bahan yang menarik dan saran untuk membaca tambahan yang berkaitan dengan tugasan saya. Sewaktu menjalankan tugasan ini ,saya mendapati masalah matematik berayat (word problems) ataupun masalah matematik bukan rutin merupakan

komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR. Bagaimanapun, kebanyakan murid belum berupaya menguasai kemahiran ini sedangkan mereka berupaya melaksanakan operasi asas matematik. Satu strategi atau teknik yang sesuai perlu dikenalpasti bagi membantu murid menangani kesukaran dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin.Mengikut kajian yang dilakukan sewaktu

menjalankan tugasan ini saya mendapati bahawa terdapat berapa cara.Iaitu menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali.Ini membantu saya mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang kaedah dan teknik

penyelesaian masalah matematik bukan rutin.Ia juga merupakan proses yang menekankan pemikiran , mengklarifikasi, dan menyemak semula untuk

menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian kita. Tidak hanya menulis membantu mengatur maklumat dan prosedur penyelesaian masalah tetapi ia membantu kita untuk belajar lebih lanjut tentang proses berfikir kita sendiri.

Saya juga mendapati bahawa dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centered approach). Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai idea idea penting dalam matematik serta memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan untuk membuat matematik dan mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga dapat mengelakkan penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada memikirkan hubungan antara idea idea matematik.

Masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya.Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Strategi strategi yang biasa digunakan di sekolah rendah adalah seperti kaedah analisis, kaedah analogy, kaedah melukis gambar rajah, kaedah deduction , kaedah songsangan dan kaedah transformasi ayat(simplify the problem).

Tugasan ini memberi kesempatan kepada saya untuk mengembangkan disiplin diri, kebiasaan belajar, dan kemahiran pengurusan masa. Saya belajar bagaimana menjadi seseorang yang berdikari dan bertanggung jawab. Saya

berlatih mengambil inisiatif dengan bermula sampai menghabiskan projek pada saya sendiri.Menurut pendapat saya, dalam semua tugasan kursus matematik sangat penting sehingga kita dapat belajar bagaimana untuk berkomunikasi lengkap dan menyelesaikan masalah, dan hasilnya dapat saya membuat tugasan matematik ini. membuktikan apabila selesai

Terlebih dahulu,saya Chong Mei Jiun dari unit M1 ingin mengucapkan setinggitingginya terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Kartini yang sudi member tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya semasa menjalankan kerja kursus matematik teras ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasin kepada ahli kumpulan saya yang sudi meluangkan masa dan member kerjasama yang sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan ini iaitu Lau Poh Hua,Puva dan Wahida. Walaupun saya hanya salah seorang pelajar yang pertama kali diberi peluang belajar di institute perguruan,tetapi saya tidak akan berasa malu untuk bertanya dan mengeluarkan idea serta pandangan terhadap tugasan yang diberi jika say menghadapi masalah semasa menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Semasa menjalani tugasan ini, saya menghadapi banyak cabaran yang harus diselesaikan.Walau bagaimanapun , cabaran yang dihadapi tidak menghalang saya untuk meneruskan tugasan saya. Mula-mulanya, saya langsung tidak tahu cara memproses satu buku kerja kursus di institut . Ahli-ahli kumpulan saya juga tidak mempunyai apa-apa idea bagi memulakan tugasan ini. Selepas mendengar sedikit taklimat daripada pensyarah,saya mula memahami apa yang patut dibuat.Kami mula mengumpulkan bahan dan maklumat dari perpustakaan dan melalui internet.Kami mula membuat rangkaan kertas kerja dan carta aliran.Saya juga cuba mendapatkan bantuan tunjuk ajar daripada kawankawan unit M yang lain dan berkongsi ilmu dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas .Saya juga mengadakan berbincangan dengan ahli kumpulan bagi membahagikan tugasan masing-masing semasa menyiapkan tugasan ini.Melalui tugasan ini,hubungan antara ahli kumpulan menjadi lebih erat.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari pelbagai konsep literasi nombor termasuklah pecahan,peratus , gandaan,kuasa dua sempurna dan pola nombor dalam aplikasi hidupan harian kita dengan lebih terperinci dan mendalam.Di samping itu,saya juga telah mengetahui cara untuk membuat pelan belanjawan sesebuah jamuan dan dapat saya gunakan untuk masa yang akan datang. Akhir kata, saya berasa gembira kerana saya bersama ahli kumpulan saya dapat menghasilan kerja kursus kita dengan berjaya. Sekian , terima kasih.