You are on page 1of 2

TUGASAN PROJEK

TAJUKPROGRAM:PISMP TAJUKKURSUS:WAJ3110(PENGAKAP) TARIKHMULA 1MAC2013 NAMAGURUPELATIH: SEMESTER:3 TARIKHHANTAR

1APRIL2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Membina generasi yang mempunyai semangat ptriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, berktrampilan diri, berdaya saing, semangat juang, kreatif serta inovatif dalam pelbagai cabaran hidup. 3. Memupuk dan mengembangkan pemahaman, kesedaran dan kepekaan pelajar terhadap isu-isu semasa. 4. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

Objektif Projek 1. Mengenal pasti kandungan sukatan pelajaran Pengakap 2. Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti Malam Pengakap.

Tajuk Projek 1. BUKU LOG (40%) Setiap pelajar dikehendaki menyediakan dan melengkapkan Buku Log mengikut garis panduan yang disediakan. Maklumat yang perlu disediakan adalah seperti berikut: a. b. c. d. Nota-nota ringkas sejarah, perkembangan, kurikulum Pengakap Bahan-bahan hasil interaksi Nota-nota hasil pembelajaran mingguan Refleksi individu

2. MELAKSANAKAN AKTIVITI MALAM PENGAKAP ( 60%) Pelajar dikehendaki menyediakan satu Kertas Kerja Aktiviti Malam Pengakap secara berkumpulan ( 1 kumpulan : 3 orang). Setiap kumpulan perlu menyediakan Kertas Kerja Aktiviti Malam Pengakap sesuai dengan aktiviti kanak-kanak sekolah rendah.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan 1 (Buku Log) perlu dilaksanakan secara individu. Bahan-bahan yang perlu ada adalah bahan nota ringkas dan bahan daripada interaksi. 2. Tugasan 2 ( Kertas Kerja Malam Aktiviti ) hendaklah dilaksanakan secara berkumpulan. Satu kumpulan dihadkan seramai 3 orang. Kertas Kerja Aktiviti Malam Pengakap hendaklah senang dilakukan dan sesuai dengan murid sekolah rendah.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Buku Log hendaklah ditulis tangan dengan catatan yang lengkap bagi setiap maklumat dan aktiviti. 2. Tugasan 2 perlu dihasilkan menggunakan idea-idea yang baru serta menarik apabila dilaksanakan sepenuhnya.

Kriteria Pemarkahan Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________ ( AZMAN ANAK ISMAIL ) Penasihat, Kadet Remaja Sekolah IPG Kampus Kent

__________________________ (WAN ABD. RAHMAN WAN ABDULLAH) Penyelaras Unit Beruniform IPG Kampus Kent

__________________________ (SIMON BIN GIHOL) Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Kent