P. 1
1.Program Pemantauan Kurikulum Berkualit1

1.Program Pemantauan Kurikulum Berkualit1

|Views: 1,568|Likes:
Published by ismi

More info:

Published by: ismi on May 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI

PPDBS

PROGRAM PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI 1.0 Pengenalan Penyeliaan dan pemantauan kurikulum dalam bilik darjah adalah satu proses membantu guru bagi memperbaiki keberkesanan proses P & P mengikut Glatthorn ( 1984: 2) . Penyeliaan adalah satu proses yang memudahkan perkembangan professional seseorang guru, terutamanya dengan memberikan maklum balas mengenai pengajaran di dalam bilik darjah dan membantu guru supaya menggunakan maklum balas itu untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjalankan penyeliaan dengan lebih berkesan lagi, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling 3 / 1987 yang mewajibkan semua pengetua / guru besar menjalankan penyeliaan P & P di dalam bilik darjah secara sistematik. ( Sila rujuk lampiran ) Justeru tujuan pemantauan perlulah difahami oleh guru kerana hanya dengan kerjasama dan sokongan guru, proses penyeliaan dan pemantauan oleh pihak yang bertanggungjawab dapat mencapai matlamat yang diarapkan. Menyedari hakikat tersebut, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah melaksanakan program pemantauan berkualiti mulai tahun 2001. 2.0 Rasional Pemantauan amat penting dalam sesuatu program. Walau secantik dan seindah mana sesuatu program, jika tidak dipantau sudah pasti program tersebut tidak berkesan. 3.0 Matlamat Mewujudkan kecemerlangan akademik di sekolah dalam aspek perancangan P & P. Proses P & P, prestasi pelajar dan pengurusan bilik darjah. Pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam serta mutu pendidikan dapat dipertingkatkan ke peringkat yang lebih membanggakan semua warga pendidikan di Negeri Kedah Darul Aman serta cemerlang dan melepasi peringkat nasional. 4.0 Objektif 4.1 Memantapkan suasana dan proses P & P supaya lebih dinamik, memberangsangkan dan berkesan. Menjadi pelengkap kepada program-program lain terutamanya Sekolah Lima Bintang Versi 2, Perancangan Strategik Lima Tahun Peningkatan Prestasi Akademik (2006 – 2010) serta program-program utama Kementerian Pelajaran. Mempertingkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam dari segi kuantiti dan kualiti Mempertingkatkan profesionalisme guru-guru dalam P & P melalui penekanan kursus perkembangan staf

4.2
4.3 4.4

1

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI

PPDBS

5.0

Pelaksanaan Program 5.1 5.2 Pihak sekolah menubuhkan jawatankuasa pelaksana. Pihak sekolah menyediakan takwim sekolah. Menggunakan borang instrumen pemantauan yang bersesuaian (borang PPSMI, SKPM dll) Taklimat kepada semua guru tentang program dan proses pelaksanaan. Mendedahkan kepada pemantau (Pengetua, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Penolong Kanan Petang, Guru Cemerlang, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia) mengenai ilmu dan panduan tentang pemantauan yang berkesan, objektif, matlamat, pengurusan pendidikan sesuatu mata pelajaran secara am, pendekatan, kaedah,strategi, teknik P & P dan kaedah penilaian. Melaksanakan Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti dan instrumen pemantauan direkodkan/failkan secara sistematik. Mengadakan sesi refleksi dan penilaian pelaksanaan program. Menyedikan laporan lengkap pemantauan yang dibuat.

5.3
5.4

5.5

5.6 5.7 5.8 6.0

Aspek Pemantauan

6.1

Pemantauan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP). Perancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran perlu disediakan awal tahun dan rancangan ini mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar. Bagi memudahkan pentadbir mengesan tajuk-tajuk pengajaran yang dibuat maka rancangan tahunan hendaklah disediakan dalam bentuk Carta Gantt. Rekod pengajaran hendaklah ditulis mengikut Pekeliling 3/99. Pemantauan boleh dibuat dari minggu ke minggu atau bulan ke bulan bagi memastikan rancangan yang tersedia digunakan bagi faedah pelajar. Sekiranya, apabila dibuat pemantauan, rancangan yang tersedia tidak dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan maka guru bertanggungjawab mencari masa lain agar pelajar mendapat manfaatnya. Contoh borang, jadual dan rekod pemantauan rujuk Lampiran A1, A2 dan A3) Pemantauan Kekerapan Latihan Pelajar Kekerapan latihan pelajar harus disepadukan agar tugasan yang diberi dapat dilaksanakan. Contoh jadual dan rekod pemantauan Rujuk Lampiran B1, B2 dan B3.

6.1.1

6.1.2

6.2

6.3

Pemantauan Pengajaran Guru dan Pembelajaran Pelajar ( Pencerapan ) Pemantauan ini mesti dilakukan kepada guru oleh pihak pentadbir. Jadual pencerapan perlu disediakan sebelum sesi persekolahan bermula. Pencerapan boleh menggunakan instrumen yang sediada seperti Elemen 9 dalam SKPM. Selepas pencerapan dibuat, tindak ikut seterusnya mestilah dilakukan. Contoh jadual pencerapan dan instrumen rujuk Lampiran C1, C2, C3 dan C4.

2

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI

PPDBS

6.4

Pemantauan Prestasi Pelajar Disamping menggunakan kad kemajuan pelajar, borang pengesanan seperti lampiran D1 boleh digunakan untuk tujuan rekod dan pemantauan. Berdasarkan borang ini pemantauan secara berterusan sejak daripada pelajar memasuki sekolah hingga tamat persekolahan dapat dilakukan. Setiap kali ujian dibuat, borang akan diisi bagi dan bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan yang diharapkan, pelajar ini harus dipanggil untuk pemulihan dan kaunseling. Rujuk Lampiran D1, D2 dan D3.

6.5

Pemantauan Bilik Darjah Bilik darjah yang bersih, tersusun rapi, canti dan ceria mampu merangsang pembelajaran pelajar di samping menyediakan suasana yang kondusif kepada pelajar. Oleh itu keseronokan belajar perlu juga diberi keutamaan dan manual prosedur pengurusan bilik darjah yang tersedia seperti Lampiran E1 boleh digunapakai bagi tujuan ini. Untul jadual dan rekod sila rujuk Lampiran E2 dan E3.

7.0

Penutup Pelaksanaan program ini terbukti dapat membantu dalam aspek penyeliaan kurikulum sekolah. Dengan adanya instrumen khas dan panduan pemantauan sudah tentu pelanksanaan pemantauan P & P akan menjadi lebih efisyen dan efektif.

3

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI

PPDBS

4

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->