JARINGAN STRATEGIK MALAYSIA – INDONESIA DALAM MEMPERKASAKAN PERDAGANGAN, PERKHIDMATAN DAN KEPENGGUNAAN

UKM-GUP-TKS-07-10-095 Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh Dr. Habibah Ahmad Dr. Sivapalan Selvadurai Dr. Jalaluddin Abdul Malek Prof. Madya Dr. Yahaya Ibrahim Dr. Azima Abdul Manaf Dr. Er Ah Choy Dr. Norsiah Ahmad Marsitah Mohd Radzi ABSTRAK

Projek penyelidikan ini memberi tumpuan kepada dua peringkat kerjasama iaitu kerjasama di antara firma-firma berskala sederhana dan kecil; dan kerjasama di antara pengguna. Kedua peringkat kerjasama ini masih kurang menyerlahkan ciri-ciri jaringan strategik, meskipun telah lama berlangsung. Keadaan ini semakin kritikal dalam era global pengeksploitasian sumber-sumber pembangunan yang menuntut secara lebih berkesan dan optimum bagi

memperkasakan ekonomi kedua-dua buah negara. Dalam masa yang sama, pelbagai masalah yang bersifat ‘kekeluargaan’ telah memudarkan potensi-potensi kerjasama dan jaringan strategik yang tersedia dalam pelbagai aspek pembangunan di Malaysia dan Indonesia. Ini membuatkan jaringan ini tidak begitu terserlah secara jelas, malah kadang kala terbentuk secara haram (misalnya penyeludupan). Justeru itu, projek penyelidikan ini memberi fokus kepada jaringan yang terbina di peringkat yang lebih rendah ini, dalam beberapa bidang utama, iaitu perdagangan/perindustrian, perkhidmatan dan kepenggunaan. Ini memboleh pengkaji mendapat bottom-up insight yang mendasari kewujudan jaringan sedia ada, terutama daripada segi proses

dan bentuk jaringan, serta masalah-masalah yang dipersepsikan oleh pemain-pemain dalam bidang dan sub-sektor yang dikenalpasti dan menimbulkan kekangan dalam mewujudkan satu bentuk jaringan yang strategik. Bagi menjelaskan operasi kajian ini, bidang-bidang ini difokuskan pula kepada 13 sub-sektor yang lebih khusus, iaitu; 6 sub-sektor bidang

perdagangan/perindustrian, melibatkan rangkaian pengedaran proton, perabut/perkayuan, tekstil/pakaian/batik, makanan, hartanah dan ICT; 5 sub-sektor bidang perkhidmatan melibatkan produser perkhidmatan bandar, pendidikan, karyawan/muzik/filem, penerbitan bahan ilmiah dan tenaga kerja; dan 2 sub-sektor bidang kepenggunaan melibatkan pelancongan dan peruncitan. Penyelidikan ini dilakukan bagi mencapai tiga objektif utama, iaitu pertama, mengenal pasti pola dan tahap jaringan strategik yang wujud di antara pengusaha dengan pengusaha dan di antara pengguna dengan pengguna dalam beberapa sub-sektor terpilih di Malaysia dan Indonesia. Kedua, menghuraikan bagaimana proses pembinaan jaringan semasa ini dibina oleh golongangolongan yang berkepentingan, dan ketiga, mengenal pasti peluang dan masalah yang wujud dalam pembinaan jaringan di kalangan pengusaha kecil dan sederhana, dan pengguna di antara kedua-dua buah negara ini. Projek penyelidikan ini memberi manfaat kepada negara dengan memastikan usaha-usaha pembinaan jaringan strategik ini akan meningkat peluang firma-firma sederhana dan kecil dan penduduk mendapat manfaat secara langsung dengan kelebihan sumbersumber pembangunan di kedua-dua buah negara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful