MEDIA LITERACY: ACCESSING AND INTERPRETING OF MEDIA MESSAGES AMONG MALAYSIAN SECONDARY SCHOOL STUDENTS

04-01-02-SF0212 Prof. Madya Dr. Mus Chairil Samani, Prof. Madya Dr. Latiffah Pawanteh, Prof. Madya Dr. Faridah Ibrahim, Dr. Normah Mustaffa, En. Mohd. Azul Mohamad Salleh

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengukur tahap literasi media di kalangan pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan model literasi media yang dikembangkan oleh James Potter. Sebuah perisian pribumi telah dibangunkan bagi mengukur tahap literasi media di kalangan para pelajar sekolah menengah. Perisian perintis ini dibangunkan supaya ia dapat diperkembangkan serta diaplikasikan kepada kelompok masyarakat lain. Tiga kaedah penyelidikan yang berupa gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk menentukan tahap literasi media di kalangan kelompok kajian. Pertama, kaedah kumpulan fokus yang melibatkan 26 kumpulan dari seluruh negara. Berdasarkan maklumat yang diekstrak menggunakan kaedah pertama, satu set borang soal selidik telah dibina bagi mengukur tahap literasi media. Kedua, kaedah tinjauan lapangan melibatkan 1800 orang responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah seluruh negara. Kaedah ketiga ialah eksperimen untuk mengukur bagaimana pelajar mentafsir maklumat dalam media massa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa literasi media di kalangan pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya adalah sederhana. Mereka didapati tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengguna media massa dengan bijak. Dari segi pembacaan bahan media massa, mereka tidak banyak mentafsir maklumat yang diterima. Mereka lebih banyak menggunakan media massa untuk tujuan hiburan. Program untuk meningkatkan

literasi media di kalangan para pelajar wajar diperkenalkan agar golongan ini mampu menjadi pengguna media yang cekap apabila meninggalkan alam persekolahan kelak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful