KERASULAN

MUHAMMAD
DALAM BIBLE

j

MUHAMMAD ABDULLAH LUJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN © AJK MASJID AT-TARBIAH 09/10

Penganut agama Kristian hari ini tidak mengakui selepas Nabi Isa akan
lahir seorang lagi nabi dan nabi itu bernama Muhammad. Perkara ini sebenarnya sudah dinyatakan oleh Bible berdasarkan bukti-bukti yang nyata.

BUKTI SATU: Perkataan Mahamuddim di dalam Bible
Di dalam Holy Bible pada buku Song of Solomon (Kidung Agung) bab 5 ayat 16 disebut: His voice and speech are exceedingly sweet; yes, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem! Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah: Kata-katanya manis semata-mata, segala sesuatu padanya menarik. Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku, hai puteri-puteri Yerusalem!
Kidung Agung 5:16

Perkataan “he is altogether lovely” yang terdapat di dalam Bible merupakan terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Perkataan asalnya; “Hikko mamittakim kami kullo mahamuddim zehdodeh wa zahrae bayna Yurusalem”. Perkataan “im” dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya, perkataan Elohim, Eloh yang membawa erti “Tuhan” manakala im bererti “Yang Maha Mulia”. Justeru, Elohim bererti Tuhan Yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan terhadap perkataan Mahamuddim, ia membawa erti “Mahamadd yang mulia” atau “Mahamadd yang terpuji”. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana perkataan Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

BUKTI DUA: Istilah Himdah, Shalom dan Periclytos
Di dalam kitab Perjajian Lama buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 disebut: For thus says the Lord of hosts: Yet once more, in a little while, I will shake and make tremble the [starry] heavens, the earth, the sea, and the dry land; And I will shake all nations and the desire and the precious things of all nations shall come in, and I will fill this house with splendor, says the Lord of hosts. The silver is Mine and the gold is Mine, says the Lord of hosts. The latter glory of this house shall be greater than the former, says the Lord of hosts; and in this place will I give peace and prosperity, says the Lord of hosts. Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah: Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam. Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam. Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN semesta alam."
Hagai 2:7-10

Di dalam Bible versi terjemahan Inggeris, perkataan desire dan peace berasal daripada perkataan-perkataan asal bahasa Yahudi iaitu Himdah dan Shalom. Manakala terjemahan Bible versi Indinesia pula

menterjemahkannya sebagai “barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang” dan “damai sejahtera”. Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf Ha-Ma-Da (‫ )ح-م-د‬dan ini selari dengan huruf-huruf asal abagi nama Ahmad ( ‫ )ا‬dan Muhammad ( ). Shalom pula selari dengan perkataan Arab Salama ( ) yang melahirkan perkataan Islam (‫ .)إ م‬Islam membawa maksud damai dan sejahtera. Bible Indonesia, Al-Kitab menggunakan kedua-dua perkataan ini bagi menterjemahkan perkataan Shalom. Sebagai contoh, perkataan Shalom juga digunakan oleh nabi Isa as ketika bertemu dengan sahabat baginda sebagaimana dirakamkan di dalam Perjanjian Baru, Injil Lukas bab 24 ayat 36: Dan sementara mereka bercakap-cakap tentang hal-hal itu, Yesus tiba-tiba berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata kepada mereka:” Shalom alaykum!” (Damai sejahtera bagi kamu!) Shalom alaykum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”. Perkataan nabi Isa as ini sama sebagaimana yang diajarkan oleh nabi Muhammad saw iaitu Assalamu alaikum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”. Perlulah diketahui bahawa ayat ini menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa dan kepadanya dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan kepada umat manusia. Kisah ini selari dengan kisah riwayat hidup Ahmad atau Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh alam. Di dalam Perjanjian Baru, perkataan yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Perkataan Paracletos perlu difahami mengikut bahasa asalnya iaitu bahasa Yunani kuno. Perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Periclytos dalam bahasa Inggeris bermaksud illustrious, glorious dan praised atau bererti “dia yang terpuji”. Perkataan ini selari dengan perkataan Himdah, Ahmad dan Muhammad yang bermaksud “dia yang terpuji”.

Sekiranya kita membaca buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 dengan menafsirkan ayat ini, ia akan dibaca dengan; Kerana inilah TUHAN semesta alam telah berfirman: Tidak lama lagi, Aku akan mengggegarkan langit dan bumi, laut dan darat, serta semua bangsa manusia dengan mengutuskan seorang nabi bernama Muhammad sehingga semua manusia datang kepadanya. Maka melalui dia, Aku memenuhi Rumah Tuhan (Kaabah) ini dengan kemegahan. Firman TUHAN semesta alam: Akulah penguasa perak dan emas. Firman TUHAN semesta alam: Adapun Rumah Tuhan (Kaabah) ini, kemegahannya di zaman nabi Muhammad akan melebihi berbanding zaman nabi sebelumnya, dan di tempat ini Aku akan memberikan Islam.
Hagai 2:7-10

Di dalam ayat tersebut beberapa perkara penting yang perlu diketahui iaitu bagaimana Allah telah mengkhabarkan tentang kedatangan seorang rasul yang amat diberkati dan dipuji oleh umat manusia. Malah, Allah juga dengan jelas menyebut Rumah Tuhan akan dimegahkan dengan pujian dan nyanyian berupa zikir-zikir memuji Allah. Tidak syak lagi kedatangan Nabi Muhammad saw telah mengubah lanskap masyarakat Arab yang menyembah berhala kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Pujian dan zikir-zikir dilaungkan tidak henti-henti sejak zaman Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sehingga sekarang. Bahkan, setelah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad telah membuka lembaran baru kepada agama Allah iaitu Islam. Seluruh masyarakat dunia datang mengunjungi Rumah Tuhan iaitu Kaabah dan memuji Allah lebih daripada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kerana terdapat seramai 1.4 bilion umat Nabi Muhammad di seluruh dunia.

BUKTI TIGA: Datang 10 000 Pengikut

dari

Paran

Bersama

Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab pada buku Deuteronomy (Ulangan) bab 33 ayat 2 : Berkatalah ia: "TUHAN datang dari Sinai dan terbit kepada mereka dari Seir; Ia tampak bersinar dari pegunungan Paran dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus; di sebelah kananNya tampak kepada mereka api yang menyala.
Ulangan 33:2

Berkaitan dengan ini, Reverend David Benjamin Keldani menyebut, “Dalam konteks ini, dia yang terpilih dikiaskan dengan matahari. Dia bakal datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudiaan bercahaya dengan sempurnanya dari Paran. Dia kemudiannya muncul bersama-sama dengan sepuluh ribu orang suci dengan membawa undang-undang tegas seperti api di tangan kanannya” Di dalam ayat di atas, perkataan Paran merujuk kepada suatu tempat yang terletak di Semenanjung Tanah Arab. Golongan Bani Israel termasuk Nabi Isa as sendiri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dengan tempat yang dinamakan Paran. Tetapi Siti Hajar dan Nabi Ismail merantau ke pergunungan Bersyeba kemudian menetap di bumi Paran seperti mana yang dicatatkan di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 14 hingga 21. Keesokan harinya pagi-pagi Abraham mengambil roti serta sekirbat air dan memberikannya kepada Hagar. Ia meletakkan itu beserta anaknya di atas bahu Hagar, kemudian disuruhnyalah perempuan itu pergi. Maka pergilah Hagar dan mengembara di padang gurun Bersyeba. Ketika air yang dikirbat itu habis, dibuangnyalah anak itu ke bawah semak-semak, dan ia duduk agak jauh, kira-kira sepemanah jauhnya, sebab katanya: "Tidak tahan aku melihat anak itu mati." Sedang ia duduk di situ, menangislah ia dengan suara nyaring. Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: "Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring.

Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar." Lalu Allah membuka mata Hagar, sehingga ia melihat sebuah sumur; ia pergi mengisi kirbatnya dengan air, kemudian diberinya anak itu minum. Allah menyertai anak itu, sehingga ia bertambah besar; ia menetap di padang gurun dan menjadi seorang pemanah. Maka tinggallah ia di padang gurun Paran, dan ibunya mengambil seorang isteri baginya dari tanah Mesir.
Kejadian 21:14-21

Melalui keturunan Kedar anak Nabi Ismail, Nabi Muhammad dilahirkan dan kemudian dilantik menjadi rasul. Pada tahun ke 11 hijrah, baginda bersama 10 ribu pengikut setia memasuki bumi Mekah dengan membawa undangundang kepada seluruh umat manusia. Di dalam buku Muhammad in the Bible disebutkan, Paran merupakan bumi Mekah dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali dengan Perigi Zam-Zam. Perigi itu dikurniakan Allah kepada Hajar dan anaknya, Nabi Ismail as. Perigi ini masih wujud sehingga hari ini. Nabi Muhammad saw juga berasal dari bumi yang sama. Selepas 13 tahun menyebarkan dakwah di Mekah, beliau berhijrah ke kota Madinah. Selepas lapan tahun kemudian, baginda kembali dan menguasai kota Mekah dengan diiringi 10 000 orang para sahabat. Nabi Muhammad saw menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah negara Islam di kota Madinah. Sebaliknya perlu diketahui bahawa ayat ini tidak menceritakan tentang kenabian Nabi Isa. Terdapat beberapa perkara yang menyentuh rasionalnya ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad. 1. Nabi Isa tidak berasal dari bumi Paran tetapi Nabi Muhammad berasal dari bumi Paran melalui susur galur keturunan Nabi Ismail yang tingal di Paran. 2. Nabi Isa tidak dijanjikan mempunyai umat yang besar dari kalangan kaumnya iaitu Yahudi tetapi Nabi Muhammad saw dijanjikan mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan kaumnya iaitu bangsa Arab. 3. Nabi Isa tidak membawa undang-undang baru tetapi Nabi Muhammad membawa undang-undang baru. Ini dijelaskan di dalam Injil Markus ayat 17. 4. Nabi Isa tidak mempunyai pengikut seramai ribuan orang bahkan hanya seramai 12 orang sahaja yang dikenali sebagai apostles

berbanding Nabi Muhammad, baginda mempunyai ribuan pengikut setia yang dikenali sebagai sahabat. Kisah ini dipaparkan dengan jelas di dalam Bible Indonesia, al-Kitab buku Jude (Surat Yudas) ayat 14 hingga 16 yang bermaksud: Juga tentang mereka Henokh, keturunan ketujuh dari Adam, telah bernubuat, katanya: "Sesungguhnya Tuhan datang dengan beribu-ribu orang kudus-Nya, Hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan hukuman atas orang-orang fasik karena semua perbuatan fasik, yang mereka lakukan dan karena semua kata-kata nista, yang diucapkan orang-orang berdosa yang fasik itu terhadap Tuhan." Mereka itu orang-orang yang menggerutu dan mengeluh tentang nasibnya, hidup menuruti hawa nafsunya, tetapi mulut mereka mengeluarkan perkataan-perkataan yang bukan-bukan dan mereka menjilat orang untuk mendapat keuntungan.
Surat Yudas 14-16

Perkataan “beribu-ribu orang kudus-Nya” digunakan kembali di dalam ayat ini. Sesiapa yang mengkaji dengan objektif dan rasional mengenai sejarah Nabi Muhammad saw akan menyedari bahawa kisah yang dipaparkan adalah selari dengan dengan kisah beliau bersama para sahabat yang berjumlah ribuan orang semasa meguasai kota Mekah demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan serta kefasikan. Setelah penaklukan tersebut, golongan kafir Quraisy berasa gelisah menantikan hukuman yang bakal dikenakan ke atas mereka oleh Nabi Muhammad. Akan tetapi dengan penuh kasih sayang, baginda mengampunkan kesalahan mereka ketika jahiliyyah. Pada hari pembukaan kota Mekah, kaum kafir Mekah akhirnya menerima Islam sebagai pegangan hidup. Kisah di dalam ayat ini sedikit pun tidak menceritakan tentang riwayat hidup Nabi Isa.

BUKTI EMPAT: Datang dari Paran dan Terpuji di Dunia.
Di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3 disebut: Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya.
Habakuk 3:3

Sudah dimaklumi bahawa Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail sepert yang disebut di dalam buku Genesis bab 21 ayat 20 dan ia juga tempat kelahiran Nabi Muhammad. Allah berjanji menganugerahkan satu kemulian dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan beliau. Di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 17 disebut mengenai kisah Nabi Ismail yang bermaksud; Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: "Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring. Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar."
Kejadian 21:17

Nabi Muhammad adalah keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi Isa adalah keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi. Ayat ini jelas memaparkan kebesaran dan kemuliaan yang bakal diberikan kepada bangsa Arab daripada susur keturunan Nabi Ismail. Ayat ini diperkukuhkan dengan ayat lain dalan buku Isaiah (Yesaya) ayat 6 dan 7 yang bermaksud; Sejumlah besar unta bakal menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Madain dan Efa. Mereka semua datang dari Syeba, membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur Tuhan.

Segala kambing domba Kedar bakal berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot tersedia untuk ibadahmu; semua dipersembahkan di atas mezbahku, dan aku menyemarakkan rumah keagunganku.
Yesaya 6-7

Perkataan penting yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini adalah unta, Kedar dan rumah keagungan Tuhan. Unta adalah kenderaan penting bagi masyarakat Arab khususnya di padang pasir. Kedar adalah anak Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya Bani Quraisy yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. Di bumi Mekah inilah berdirinya Kaabah, rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Ayat ini sekali lagi menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman diberikan kepada keturunan Nabi Ismail daripada bangsa Arab dan ini selari dengan pengutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman. Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan kemuliaan dan kesucian akan datang daripada pergunungan Paran, seperti mana yang terdapat di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3, ia sebenarnya menceritakan kemuliaan seorang nabi yang bakal dianugerahkan kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail seperti yang dijelaskan di dalam buku Genesis ayat 20. Bukti-bukti ini diperkukuhkan dengan perkataan “pujian” yang terdapat di dalam buku Habakkuk yang bermaksud “Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya”. Ini kerana nama Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

BUKTI LIMA

: Peristiwa di bumi Arab dan Penghijrahan ke Tema

Di dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 13 hingga 15 disebut bahawa sampai satu masa bumi Arab akan dikunjungi oleh orang yang melarikan diri dari peperangan dan meminta pertolongan. Mengikut terjemahan Bible Indonesia; Al-Kitab (1993) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia disebutkan; Ucapan Ilahi terhadap Arabia, Di belukar di Arabia kamu akan bermalam, Hai kafilah-kafilah orang Dedan! Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang.
Yesaya 13-15

Sebenarnya, ayat ini menceritakan kejadian yang berlaku di bumi Arab di mana golongan manusia ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah bagi mendapatkan pertolongan di bumi Tema. Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible pada halaman 897, Tema adalah salah satu seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah ini yang wujud di dalam Bible berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail di bumi Arab. Beliau menyebut, Tema juga merupakan nama sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian barat bumi Arab. Ayat ini juga sesuai dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya ke Madinah selepas ditindas dengan kejam oleh golongan Quraisy di bumi Mekah selama 13 tahun. Manakala kehidupan di Madinah, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya mendapat bantuan dan pembelaan sehingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam yang berdaulat di sana. Kajian yang dilakukan oleh J. Hastings ini menampakkan kaitan antara ayat ini dengan penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah. Sekiranya cerita ini disandarkan kepada kisah Nabi Isa, ia adalah tidak benar kerana Nabi Isa tidak pernah berhijrah keluar ke tanah Arab terutamanya di utara Madinah. Justeru, ayat ini amat bertepatan dengan dengan sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad yang berhijrah meminta pertolongan penduduk Madinah.

BUKTI ENAM

:Keturunan Kedar Bakal Dikalahkan

Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab (2002) buku Isaiah (Yesaya) ayat 14 hingga 17 disebut: Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang. Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku:Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis. Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa, Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja, Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.
Yesaya 14-17

Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak Nabi Ismail. A.S. Fulton di dalam The International Standard Bible Encyclopedia berkata, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan Ismail, Kedar dapat dianggap sebagai kabilah yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail”. Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad sehingga akhirnya berlaku hijrah dan perang Badar. Perkataan-perkataan Bible yang bermaksud “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan” begitu signifikas dengan sejarah Perang Badar kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah setelah setahun hijrah Nabi Muhammad. Peperangan ini dimenangi oleh Nabi Muhammad dan pemukapemuka kafir Quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang. Kisah ini selari dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa perang Badar. Kisah ini tidak berkait langsung dengan Nabi Isa kerana Nabi Isa bukan

dari keturunan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar dan beliau juga tidak pernah keluar berperang dengan keturunan Kedar.

BUKTI TUJUH

:Nabi Yang Ummi

Di dalam Holy Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut; And when the book is given to him who is not learned, saying, Read this, I pray you, he says, I cannot read. Manakala terjemahan Al-Kitab pula disebut; Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat membaca."
Yesaya 29:12

Nabi Muhammad adalah seorang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, beliau telah bermunajat di Gua Hira. Di situlah beliau disuruh oleh malaikat Jibril supaya membaca. Beliau menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Selepas itu turun wahyu pertama dari surah al-‘Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah : “Tiba saat turunnya Jibril di Gua Hira’, Jibril menemui baginda dan memerintahkan baginda membaca dengan berkata: Bacalah!. Jawab baginda: Aku tidak tahu membaca”. Hadis ini amat bertepatan dengan ayat dari buku Isaiah tersebut. Justeru, ayat-ayat yang dipaparkan selari dengan apa yang terjadi keatas diri Nabi Muhammad semasa di Gua Hira ketika kali pertama menerima wahyu. Maka, Nabi Isa bukanlah orang yang disebut di dalam ayat tersebut kerana beliau bukan nabi yang digelar sebagai ummi.

BUKTI LAPAN

:Bercakap dengan Nama Allah

Mengikut Bible Indonesia, Al-Kitab disebut dalam buku Deuteronomy (Ulangan) bab 18 ayat 18 hingga 19 iaitu; Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka daripada saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, daripadanya akan Ku-tuntut pertanggungjawaban.
Ulangan 18:18-19

Ayat-ayat ini menceritakan kisah seorang nabi yang bakal dibangkitkan daripada saudara kepada bangsa Yahudi iaitu bangsa Arab. Bangsa Arab adalah saudara kepada bangsa Yahudi. Kita telah membincangkan sebelum ini asal usul keturunan bangsa Arab iaitu daripada Kader anak Nabi Ismail. Buku Ulangan dipercayai oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai “Kalam Tuhan” yang diwahyukan kepada Nabi Musa. Maka, ayat “seperti engkau ini” membawa maksud seseorang nabi yang diutuskan adalah mempunyai perwatakan dan cirri-ciri yang sama seperti Nabi Musa. Ayat ini tidak sedikit pun menceritakan janji tuhan mengenai kedatangan Nabi Isa kerana Nabi Isa bukan berbangsa Arab, iaitu saudara kepada bangsa Yahudi. Begitu juga dari segi perwatakan dan kehidupan Nabi Isa tidak sama dengan Nabi Musa. Tetapi Nabi Muhammad adalah tepat mempunyai persamaan dengan Nabi Musa. Ayat ini juga menyebut sifat nabi itu iaitu Tuhan memasukkan katakata daripada-Nya ke dalam mulut nabi itu supaya disampaikan kepada manusia dengan tepat seperti yang diwahyukan. Nabi itu menyampaikan kata-kata Tuhan dengan menggunakan nama Tuhan. Bible yang ada pada hari ini bukanlah kata-kata Allah yang tepat seperti yang diberitakan oleh Allah kepada Nabi Isa. Ia hanya kata-kata yang diolah oleh manusia mengikut cita rasa mereka masing-masing. Justeru, banyak semakan semula dan tokok tambah dilakukan keatas Bible.

Berbeza daripada Bible, Al-Quran adalah kata-kata Allah sepenuhnya yang disampaikan melalui mulut Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok tambah, semakan semula atau pun pembetulan bahasa oleh manusia. Disamping itu, setiap surah di dalam Al-Quran bermula dengan “Bismillahirrahmanirrahim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. Perkara ini selari dengan apa yang disebut oleh buku Deuteronomy ayat 18 tersebut yang bermaksud “Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya”. Bab-bab di dalam Bible tidak dimulakan dengan nama Tuhan secara khusus. Maka, ayat-ayat Bible tersebut secara jelas menceritakan kisah Nabi Muhammad yang dikurniakan “Kalam Tuhan”. Kalam Tuhan ini pula dipanggil Al-Quran, yang dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengayang.

BUKTI SEMBILAN: Paracletos selepas Nabi Isa
Di dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 7 disebutkan mengenai perkataan Nabi Isa mengikut terjemahan Al-Kitab ; Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.
Yohanes 16:7

Manakala di dalam buku John (Yohanes) bab 14 ayat 16 dan 17 disebutkan; Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.
Yohanes 14:16-17

Di dalam Injil Yohanes sahaja kita akan menemui perkataan Paracletos. Kadang-kadang perkataan Paracletos ditulis juga Paraclete. Namun kedua-dua perkataan ini mempunyai tujuan dan maksud yang sama. Apa yang jelas perkataan ini disebut oleh Nabi Isa yang menyatakan bahawa akan datang seorang nabi selepas beliau dan dia hidup bersama-sama dengan umat manusia selama-lamanya. Di dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris menggantikan perkataan Paracletos ini dalam ayat diatas dengan Comforter dan Consoler. Terdapat juga tokoh-tokoh Kristian menafsirkan Paracletos ini sebagai Holy Spirit atau Roh Suci. Di dalam Al-Kitab (2002) menterjemahkan perkataan Paracletos kepada dua perkataan yang berlainan iaitu Penghibur dan Penolong tetapi ayat ini menjelaskan tujuan yang sama iaitu akan datang seseorang selepas Nabi Isa yang akan menyampaikan risalah kebenaran.

Perlu diketahui bahawa penafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas bertentangan dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci sudah sedia ada kerana dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal atau Trinity. Justeru, mustahil Roh Suci yang sedia ada akan datang hanya selepas pemergian Nabi Isa. Di dalam buku agama Kristian bertajuk Anchor Bible di halaman 1135 disebutkan; “Perkataan Paracletos hanya dapat ditemui di dalam tulisan-tulisan St. John sahaja. Secara tradisinya pula, Paracletos dikaitkan dengan Roh Suci tetapi tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultman dan Betz mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Paracletos pada asalnya adalah seorang manusia penyelamat yang kemudiannya disalah tafsir sebagai Roh Suci” Perkataan Paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani Kuno iaitu bahasa bagi Gospel of John dan kalimah yang lebih tepat dalam Yunani Kuno adalah Periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire GrecFrancais menjelaskan, perkataan Periclytos berasal daripada suku kata peri dan cleotis. Apabila dicantumkan ia membawa maksud “yang terpuji”. Semua ini selari dengan nama Ahmad dan Muhammad. Justeru, dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, perkataan Paracletos digantikan dengan perkataan Ahmad. Terdapat juga tokoh-tokoh Krsitian mengatakan paracletos akhir zaman adalah Nabi Isa dan bukannya Nabi Muhammad. Pendapat ini tidak boleh diterima pakai kerana: 1. Di dalam buku John (Yohanes) bab 4 ayat 16 dengan jelas menyebut “Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selamalamanya”. Ayat ini menjelaskan, paracletos yang akan datang selepas Nabi Isa adalah “penolong yang lain” dan bukan beliau sendiri. 2. Paracletos menjadi saksi mengenai Nabi Isa dan hal ini disebut dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 13 hingga 15 yang bermaksud; “Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku. Segala sesuatu yang Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan

memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku." Begitu juga disebut dalam John ayat 26 bermaksud “Sekiranya Penghibur yang akan aku utus daripada Bapa datang...Ia akan bersaksi mengenai aku”. Justeru, dia adalah identiti berlainan yang menjadi saksi mengenai Nabi Isa. 3. Paracletos ini mengingatkan manusia mengenai perkara yang pernah disebut oleh Nabi Isa berpandukan buku John (Yohanes) ayat 26 bermaksud; “Dia bakal mengingatkan kamu semua yang aku katakana kepadamu”. Sekali lagi ayat inimenjelaskan mengenai orang yang lain daripada Nabi Isa mengingatkan manusia kepada ajaran sebenar beliau. 4. Paracletos ini membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 9 hingga 12 terjemahan Al-Kitab Malaysia (1996) bermaksud: “….Sekarang aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia…” Al-Quran adalah “nyanyian baru” daripada Allah. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul da;am bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan yang baru dan bersesuaian hingga akhir zaman. Bahasanya adalah baru dan berseni tinggi tanpa tandingan bahkan manusia dan jin tidak dapat mencipta seindah bahasa AlQuran.

“Daripada tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan, ajaran Islam yang berkaitan aspek-aspek ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah benar. Saya kasihkan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sebagaimana saya mengasihi Nabi Muhammad dan semua rasul-rasul yang lain”
Reverend David Benjamin Keldani, Bekas paderi Roman Katholik: Muhammad in the Bible

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful