You are on page 1of 13

Kod Minat Kerjaya Saya

1.0 Pengenalan

Pentadbiran Kenali Kod Minat Kerjaya Saya (KKMKS) telah dilaksanakan di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Seramai 30 orang guru pelatih secara sukarela telah melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Saya telah mentadbir sendiri inventori ini kepada responden. Responden yang terdiri daripada guru pelatih IPTI telah memberi kerjasama yang baik. Kehadiran saya bersama ketika instrument ditadbirkan adalah untuk membolehkan saya memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. KKMKS adalah satu inventori yang amat berguna kepada pendidik dan pelajar. Ia dapat memberi gambaran kepada pendidik dan murid mengenai maklumat yang tepat mengenai minat kerjaya murid. Kepada guru bimbingan , ini akan memudahkannya apabila ingin melaksanakan bimbingan kerjaya. Bagi pelajar pula, setelah mengetahui minat kerjaya masing-masing, mereka akan lebih memahami diri dan boleh memberi tumpuan yang lebih dalam rangka untuk mengoptimumkan potensi yang ada.

1

33 %) dan Cina (6.00 60. 2 .33 10.33 6.0 Data Responden Responden terdiri daripada guru pelatih Institut Perguruan Temenggong Ibrahim.00 %).00 Data menunjukkan majoriti responden adalah perempuan (66. Jadual 1 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Gender dan Bangsa Pembolehubah Kekerapan (n=30) % Gender Lelaki Perempuan Bangsa Melayu Cina India 28 2 0 93. Responden terdiri daripada guru pelatih Melayu (93.33 %). Jadual 1 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus responden mengikut gender dan bangsa.2. 30 orang responden telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.00 12 18 40.

Bertanggung. Kecekapan dan kebolehan mereka ialah memanipulasi orang lain dengan tujuan untuk memberitahu. memberi kerjasama murah hati. pegawai kebajikan atau menjadi sukarelawan. pusat jagaan kanak-kanak atau orang tua. melatih. idealistik. Bentuk persekitaran pekerjaan ialah sekolah.Jadual 2 : Kod Minat Kerjaya Saya Ciri-ciri Persekitaran Pilihan Pertama Persekitaran Realistik Persekitaran Investigatif Persekitaran Artistik Persekitaran Sosial Persekitaran Enterprising Persekitaran Konvensional R I A S E 6 6 1 16 3 Kekerapan Pilihan Ke-2 3 6 3 8 8 Pilihan Ke-3 4 7 5 2 7 Jumlah Keseluruhan 13 19 9 26 18 C 2 4 6 12 Keputusan Daripada ujian inventori yang dilaksanakan. menyembuh atau memberi ilham. suka membantu berkawan.atau pusat jagaan kanak-kanak cacat. Ciri-ciri personaliti dalam persekitaran sosial ialah suka bersosial. didapati guru pelatih majoritinya mempunyai persekitaran sosial yang tinggi iaitu seramai 53.33 % daripada mereka. kaunselor. ahli psikologi klinikal. Oleh itu jenis pekerjaan yang sesuai ialah guru sekolah. baik hati dan mempunyai ciri-ciri kemanusiaan. 3 .

bersistem dan kreatif dengan menggunakan kebolehan intelek bagi memahami sesuatu fenomena. syarikat insuran. 20 % pilihan ke-2. 4 . Bentuk persekitaran pekerjaan ialah di syarikat perniagaan. perpustakaan. Oleh itu jenis pekerjaan yang sesuai ialah mekanik kenderaan. penyelidik. bcrtanggung dan memimpin diri dan membentuk kecekapan Kecekapan dan kebolehan yang ada ialah mampu memanipulasi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi. melihat dan segi status.33 % telah memilihnya sebagai pilihan yang pertama hingga ke-3. ahli sains.natural. Bentuk persekitaran yang sesuai ialah makmalmakmal. Ciri persekitaran enterprising juga kerap menjadi antara markah yang tinggi yang diperolehi responden. Kecekapan dan kebolehan mereka dalam kegiatan yang melibatkan manipulasi objek. bebas. tempat menjual kereta . introvert dan berhati-hati. mesin-mesin dan haiwan secara bersistem dan kurang berinteraksi. kritikal. kelelakian. ingin tahu. astronomi. penyunting. rasional. ahli kaji hayat.materialistik. bebas. ahli kimia.Persekitaran investigatif juga menjadi tumpuan minat guru pelatih. Jenis pekerjaannya pula ialah Pegawai penilai. Jenis pekerjaan yang sesuai ialah ahil falak. mempunyai keyakinan yang tinggi. kapal terbang. ahli fizik. tukang kayu. juruelekterik. suka bercakap dan bersosial. suka rnenonjol diri. kepuasan. 20 % dan pilihan yang ke-3.ialah 23.33. projek-projek pembinaan. teliti. pusat-pusat penyelidikan. jurutera. bengkel-bengkel. bercita-cita tinggi. alat-alat. juruteknik. Ciri-ciri persekitaran realistik mempunyai ciri-ciri personaliti yang praktikal. ladang-ladang. Ciri personaliti investigatif ini ialah analitikal. Ciri-ciri personaliti mereka ialah bersungguh-sungguh. iaitu pilihan pertama. Pengurus dan pegawai pemasaran. Bentuk persekitaran pekerjaan yang sesuai adalah di stesen minyak. cergas. kapal. ahli geologi. Mereka mempunyai kecekapan dan kebolehan iaitu menjalankan kajian-kajian secara pemerhatian.tekun. berterus terang. Seramai 63.

Mereka juga mempunyai ciri-ciri enterprising dan realistik yang tinggi. pementasan. bahasa atau kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan karya-karya seni. 5 . emosional. penyanyi. tulen. Jenis pekerjaan ialah penyanyi. kartunis.Ciri-ciri persekitaran artistik adalah yang terendah sekali menjadi pilihan guru pelatih iaitu hannya 3. arkitek. Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai ciri personaliti seperti imaginatif. pelakon. Ini sudah tentu memberi kelebihan mereka sebagai bakal seorang guru yang cemerlang.33 % sahaja yang menjadikannya pilihan pertama mereka. Kecekapan dan kebolehan mereka yang mempunyai ciri artistik ialah kegiatan-kegiatan yang bebas. dramatis. Keputusan 3 kod minat kerjaya yang popular ialah S E I dan S E C. teater. keperempuanan dan introspektif. bebas. tidak bersistem. intuitif. Bentuk persekitaran yang selesa bagi mereka ialah studio.pengarang. Kesimpulan Sebagai bakal guru sewajarnya mereka mempunyai markah yang tinggi pada persekitaran Sosial dan Investigatif. galeri seni. yang memanipulasi bahan-bahan fizikal.

Jadual 3 : Skor Akhir Responden Terhadap Kod Kerjaya Saya. Jumlah Jumlah RESPON DEN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Besar Realistik 17 5 30 16 30 10 9 6 16 13 33 15 35 8 17 30 26 25 4 31 29 32 14 28 29 34 33 8 11 39 Jumlah Besar Invetigatif 34 39 40 17 18 25 29 23 22 33 30 17 16 12 23 40 20 29 7 30 17 22 17 26 38 24 36 13 12 27 Jumlah Besar Artistik 28 28 12 30 25 20 17 33 18 30 14 18 7 10 24 14 16 8 6 28 11 17 30 38 24 18 6 7 6 19 Jumlah Besar Sosial 40 38 36 36 29 25 36 43 37 21 34 33 21 21 36 34 34 27 20 26 30 25 38 32 40 15 30 30 42 30 Besar Enter prising 35 24 23 33 19 16 21 36 30 6 33 34 14 21 29 33 23 6 10 21 10 22 28 22 40 15 38 18 33 32 Jumlah Besar Conven tional 32 29 36 29 12 14 22 9 18 27 28 35 13 11 32 35 34 9 14 22 13 12 25 23 37 4 32 10 39 12 Kod Paling Tinggi S I I S R IS S S S I S C R SE S I S:C I S R S R S A SE R E S S R Kedua E S SC E S A I E E A RE E S I C S R S C I R S A S I I I E C E Ketiga I C R A A E C A I C I S I C E E E R E A I IE C R C A R I E S Jum Bil Bil Bil Bil Bil Bil R I A S E C 6 6 1 16 3 2 3 6 3 8 8 4 4 7 5 2 7 6 13 19 9 26 18 12 LAMPIRAN KERJAYA SEBAB-SEBAB MEMILIH PEKERJAAN 6 .

keibuan dan bersikap memujuk. mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor. Malah sejak kanak-kanak lagi. berdasarkan teori Holland. Justeru katanya. dia pandai berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama. menyebabkan berlakunya 'penghijrahan' dalam kerjaya. tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan. Namun tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran. kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. "Memang mulanya minat itu kekal.' katanya kepada Utusan. Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial. dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri. Hushim Salleh berkata.'' jelasnya. Perubahan kecenderungan tersebut. bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar.'' ujarnya. "Asalnya dia suka kepada manusia. Tetapi ia boleh berubah. Kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya. suasana tempat kerja dan motivasi kerja. bijak memanipulasi. lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga. "Umpamanya. iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas. Beliau juga menjelaskan. orang yang bercita-cita menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam kanak-kanak. yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut. Jika tidak. Sementara kerjaya guru.LAZIM remaja mempunyai kerjaya idaman. Kaum wanita katanya. ujarnya lagi. ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat. 7 . apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan. mungkin kerana faktor pulangan ekonomi. kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu: realistik (realistic) penyelidikan (investigative) artistik (artistic) sosial (social) keusahawanan (enterprising) konvensional (conventional) Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial. Beliau menjelaskan. penyanyi atau pelakon. kombinasi minat.

terangnya. ini kerana selepas PMR. sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka. pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen. dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru. bakti dan gaji yang diterima. kerana dipengaruhi media massa. katanya. merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon.'' tegasnya. tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media. Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat. sedangkan jika berlaku kematian. Mengapa ia tidak diketengahkan. Oleh itu. Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar. 8 . ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh. "Sayangnya. Sambungnya. Tetapi selepas melewati usia tersebut. Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia. Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun. mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman. imam orang pertama yang dicari. Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional. Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak. Hushim berkata. kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami 'gangguan'. tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media.Seorang akauntan wanita umpamanya. Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat.

Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang. remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Bidang perkeranian dan pentadbiran 5. perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah 2. Memahami Jenis-Jenis Kerjaya Secara umum. Bidang perkhidmatan Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan: 1.Beliau berkata. suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai) Pentadbiran dan pengurus bank Perancang dan pengurus kewangan Pengurus dan agen insurans Eksekutif jualan dan pemasaran Pengurus pengiklanan 9 . Bidang saintifik/perubatan 4. Kewangan/Perniagaan (Berminat dengan kerja-kerja jualan. cenderung ke arah kewangan dan perniagaan. kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama: 1. ujarnya. Bidang seni reka dan kreatif 6. Bidang teknikal 7. Bidang penulisan dan komunikasi 3. Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini. Bidang keusahawanan 8.

Eksekutif akaun Akauntan/juruaudit Aktuari Pegawai bank Pemerosesan data Penganalisis data dan lain-lain 2. Penulisan dan Komunikasi (Bagi yang berminat dalam bidang penulisan. sastera dan seni ) Wartawan Editor Jurubahasa Penterjemah Penerbit rancangan radio/televisyen Pengacara radio/televisyen Penulis skrip Perunding komunikasi dan lain-lain 3. Perubatan/Sains (Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat) Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar) Doktor haiwan Jururawat 10 .

Perkeranian dan Pentadbiran (Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran. mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif ) Pelukis Pelukis grafik/batik Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya 11 . kesetiausahaan dan merekod maklumat ) Pengurus perjawatan Pegawai sumber manusia Pegawai tadbir Pembantu undang-undang Kerani Setiausaha dan lain-lain 5.Pembantu makmal/pembantu perubatan Juru radiologi Ahli farmasi Juru terapi Saintis Ahli biologi/kimia Pakar nuklear Ahli geologi/geofizik dan lain-lain 4. Seni Reka dan Kreativiti (Bagi yang minat melukis.

Teknikal (Berminat mengendali.Pereka bentuk dalaman Jurugambar Juru solek dan lain-lain 6. membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain ) Arkitek Perancang Bandar dan Wilayah Juruteknik Juruukur Mekanik Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain) Pakar runding ( Dan lain-lain 7. Keusahawanan (Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan) Perniagaan runcit Perusahaan Kilang Pemborong Kontraktor Pengusaha hotel Perusahaan bengkel 12 . mereka bentuk. mereka cipta.

Perkhidmatan (Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai ) pensyarah/guru Pustakawan Pegawai Perhubungan Awam Peguam/pendakwaraya/hakim Polis/askar Pemandu pelancong Kaunselor Pramugari/pramugara Tukang masak profesional dan lain-lain 13 .Perusahaan butik dan lain-lain 8.