You are on page 1of 6

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


GGGB 5023

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN

OLEH

HAMIZAH LIYANA BT ANWAR P48579


LEE SOK LENG P48614
MOHD LATIFFI B LATIN P48701
NIK HIDAYATUL NURSAADAH BT HUSIN P48637
SITI RAFEQAH BT SAMSUNANWAR P48667

UNTUK
HAJAH HALIMAH HARUN

PROGRAM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

TARIKH
28 MAY 2009
1. Tajuk
Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam
Subjek Sejarah melalui Penggunaan Komik.

2. Nama Penyelidik
Hamizah Liyana Binti Anwar
Lee Sok Leng
Mohd Latiffi Bin Latin
Nik Hidayatul Nursaadah Binti Husin
Siti Rafeqah Binti Samsunanwar

3. Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Kajang Utama, Selangor.

4. Latar Belakang Kajian


Kebiasaannya pelajar kurang berminat untuk
mempelajari subjek Sejarah kerana
melibatkan banyak fakta. Selain itu subjek
Sejarah yang berteraskan kepada peristiwa
lepas membuatkan pelajar sukar untuk

2
menggambarkan dan menghayati sesuatu
peristiwa tersebut.

5. Masalah dan Fokus Kajian


Kajian kali ini memfokuskan kepada masalah
yang sering dihadapi oleh pelajar iaitu
kesukaran untuk mengingati fakta dan
kronologi peristiwa meliputi tarikh, nama dan
tempat. Tambahan pula kebanyakan fakta
dipersembahkan adalah berbentuk ayat
semata-mata.

6. Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana
pencapaian pelajar dalam subjek Sejarah di
Sekolah Menengah Kajang Utama adalah
kurang memuaskan berbanding pencapaian
subjek-subjek lain.

3
7. Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan
kefahaman dan penghayatan pelajar-pelajar
seterusnya menyemai minat mereka dalam
subjek Sejarah.

8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran ialah seramai 60 orang
pelajar dari kelas Tingkatan Dua yang
mempunyai pencapaian paling rendah dalam
subjek Sejarah.

9. Pelaksanaan Kajian
9.1 Membuat perancangan dari segi sampel,
setting, prosedur,
pengumpulan dan penganalisisan data,
refleksi dan kesimpulan.

4
9.2 Ujian Saringan dilakukan untuk
menentukan tahap pencapaian pelajar
dalam subjek Sejarah seterusnya memilih
peserta kajian.
9.3 Kelas intensif dijalankan di luar waktu
persekolahan terhadap sampel yang telah
dipilih.
9.4 Proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dengan menggunakan
komik sebagai alat bantu mengajar
(ABM). Setiap pelajar disediakan sebuah
komik mengikut topik.
9.5 Guru menjelaskan sesuatu topik
pengajaran yang melibatkan peristiwa
berbantukan komik.

5
9.6 Penilaian dibuat selepas proses
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
kualitatif menggunakan kaedah soal jawab
dan penilaian kuantitatif seperti ujian
formatif dan sumatif.
9.7 Refleksi
Kaedah ini mampu untuk membangkitkan
minat pelajar dalam subjek Sejarah.

10. Kesimpulan
Secaranya amnya bahan yang berbentuk
ilustrasi dapat menarik minat pelajar untuk
memahami subjek Sejarah dengan lebih
mendalam. Maka penggunaan komik dilihat
satu pendekatan yang efektif.

You might also like