You are on page 1of 2

PJM 3110

2. Pada pendapat anda corak pengurusan apakah yang sesuai untuk mengajar Pendidikan Jasmani berdasarkan tunjang kemahiran. Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada pengurusan seorang guru di dalam bilik darjah. Pada pendapat saya corak pengurusan yang sesuai digunakan untuk mengajar ialah demokratik. Pengurusan demokratik bermaksud dimana setiap sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti dalam kelas tersebut. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah kebanyakkannya guru harus

mengamalkan cara ini, agar murid-murid merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Dari sini diharapkan mereka akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Antara tunjang kemahiran yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani ialah pengerakan asas, permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif,kreatif, rekreasi, dan kesenggangan. Untuk mengajar subjek Pendidikan Jasmani dengan lebih berkesan berdasarkan semua tunjang di atas, guru hendaklah menggunakan corak pengurusan yang sesuai untuk melancarkan proses P&P. Hal ini kerana, setiap gerakan guru di dalam kelas akan dinilai dan dihormati oleh muridnya yang mana mereka akan ikuti. Berdasarkan hak asasi dalam kelas. pengurusan kelas adalah hak mutlak guru dalam mengatasi segala masalah yang timbul di dalam bilik darjah.Tanggungjawab peranan kepimpinan guru berfokus pada tingkah laku murid untuk membuat keputusan atau pemilihan secara positif. Sebagai seorang guru, usaha mendorong murid untuk memilih tingkah laku yang bertanggungjawab ke arah peranan kepimpinan guru yang berkesan adalah rumit. Guru harus mendorong murid supaya bertanggungjawab ke atas perlakuan dan usaha diri demi mencapai kejayaan yang diingini. Guru

harussbekerjasama dengan murid supaya murid dapat merasa bahawa guru mereka menghormati segala pandangan mereka dan menerima sebagai seorang insan dalam kelas tersebut. Keadaan ini akan memberi keselesaan kepada murid-murid untuk bebas bersuara dan bergerak dalam kelas yang mana akan melancarkan proses P&P.

PJM 3110 Selaku pengurus yang baik. sebagai pengurus guru juga berusaha untuk merancang pengurusan kelas dengan lebih teliti.uitm. guru hendaklah menggunakan corak pengurusan yang sesuai berdasarkan keadaan kelas yang diajar.my/v1/images/stories/publication/kamarol/peranan.html http://permatapemulihan. Oleh itu.blogspot.edu/edstudies/_files/edst3000/democracy%20and%20classroom%20 management.pdf http://www. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu yang mana dapat mewujudkan suatu ilklim kelas yang kondusif dan lebih berproduktif.uwyo.com/2009/06/pengurusan-bilik-darjah-dan-faktoryang.blogspot. Rujukan: http://wanmohdariffin.html http://education.pdf .edu.com/2011/02/gaya-kepimpinan-autokrasi-demokrasidan.