You are on page 1of 1

KAD KUNING DAN KAD MERAH

a) Para peserta akan diberi kad kuning jika; pemain simpanan memasuki gelanggang melalui posisi yang salah atau; sebelum peserta yang digantikan itu telah meninggalkan gelanggang atau peserta itu melanggar undang-undang permainan Futsal; atau peserta itu membangkang keputusan pengadil; atau peserta itu berkelakuan tidak adil.

b) Jika peserta mendapat kad kuning dalam dua perlawanan, peserta itu akan di gantung dari Kejohanan untuk satu perlawanan.

c) Kad kuning pertama dan kad kuning kedua dari pusingan kelayakan akan di bawa terus ke pusingan perlawanan semula. Bagaimanapun kad kuning itu akan dibatalkan setelah pusingan perlawanan semula selesai.

d) Pemain akan menerima kad merah untuk kelakuan curang; kelakuan ganas; penggunaan bahasa cabul; menerima dua kad kuning; menghalang peluang jaringan gol dengan sengaja dan menghalang peluang jaringan gol dengan menggunakan tangan di kawasan penalti.

e) Pemain yang ditunjukkan kad merah akan digantung dari Kejohanan untuk satu perlawanan.

f) Penggantungan pemain yang menerima kad merah dari peringkat pasukan akan di bawa terus ke peringkat kalah mati. Bagaimanapun penggantungan ini akan dibatalkan setelah pusingan kalah mati itu selesai.