You are on page 1of 4

NO.

KOD : PSV 3102

Soalan 1(a) dan (b) adalah berdasarkan gambar-gambar di bawah.

(a) Bandingkan ragam hias pakaian kedua-dua budaya di atas berdasarkan prinsip rekaan harmoni, kontra dan ketegasan.

Jawapan : (a) Harmoni dari segi Susunan reka corak motif adalah secara ulangan pada pakaian dalam kedua-dua gambar. Reka susun corak yang seimbang pada kedua-dua pakaian. Kontra dari segi Tidak ada ragam hias pada selendang dalam Gambar 2. Motif corak ragam hias yang digunakan adalah berbeza iaitu pakaian dalam Gambar 1 mengaplikasikan motif flora semata-mata. Pakaian dalam Gambar 2 menggunakan motif flora dan unsur garisan. Gubahan rupa motif flora pada Gambar 1 adalah lebih relia. Gubahan motif flora pada pakaian Gambar2 lebih diperingkaskan. Tumpuan reka letak motif pada pakaian dalam Gambar 1 adalah menyeluruh. Reka letak corak pada Gambar 2 corak ditumpukan pada bahagian hujung lengan, bahagian pinggang dan bahagian kaki kain. Penegasan dari segi Dalam Gambar 1 tumpuan diberikan pada bahagian kain iaitu motif flora yang lebih besar ukurannya dan ulangannya dalam jarak ruang yang lebih jauh. - Dalam Gambar 2 penegasan ditumpukan pada corak hujung lengan dan kaki kain. *Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah

(b) Nyatakan kelebihan tentang perhiasan diri yang terdapat dalam Gambar 2 jika dibandingkan dengan Gambar 1.

Jawapan :

(c) Gambar 1 - mempunyai perhiasan diri pada bahagian kepala semata-mata iaitu sekuntum bunga. Gambar 2 - jumlah perhiasan diri budaya masyarakat India adalah jauh lebih ketara daripada masyarakat Cina - memakai sejenis perhiasan pada kepala yang sangat istimewa reka bentuknya iaitu satu set perhiasan yang mengandungi perhiasan untuk dahi dan telinga. Nama perhiasan dahi ialah nethi chuti dan mathal untuk telinga. - memakai kalong leher - memakai gelang tangan - reka bentuk perhiasan diri yang dipakai oleh masyarakat India adalah sangat decoratif * Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah.

Jelaskan bagaimanakah catan budaya China gaya spontan seperti di atas dihasilkan?

Jawapan : Peringkat 1 penyediaan bahan dan alatan seperti berus lukisan, drawing board cat air, pensel, kertas cat air dan bekas membancuh warna. Peringkat 2 penyediaan meregang kertas. Meletakkan kertas di atas drawing board kemudian basahkan dengan air dan dilekatkan dengan paper tape pada keliling kertas. Dibiarkan kering. Peringkat 3 membuat lakaran. Peringkat keempat - mewarna dengan menggunakan teknik basah atas basah. - Sapuan warna dilakukan secara spontan (tidak dilakukan berulangkali pada satu posisi). - Sapuan warna pada peringkat pertama adalah cair dan menggunakan warna yang pudar atau lembut. - Kemudian sapuan warna yang lebih gelap dikenakan pada posisi tertentu. - Mewarna boleh dilakukan samada pada objek dahulu atau pun latar belakang. - Pada bahagian yang tidak dikehendaki warnanya menyerap masuk hendaklah menggunakan teknik basah atas kering.

Peringkat kelima - sentuhan akhir (touch up) dilakukan pada masa kertas telah kering. - Menggunakan teknik basah atas kering seperti ketelitian membuat garisan pada sirip, membentuk belakang ikan dan membentuk mata ikan. * Terima mana-mana huraian lain yang munasabah.

Jawapan : 1. Huraikan perbandingan kedua-dua binaan

Seni Bina Tokong Cina

Seni Bina Makam Diraja Islam

a. Hal benda

Garisan yang digunakan adalah lurus dan tebal Garisan yang digunakan menunjukkan bangunan tersebut bertingkattingkat.

Garisan yang digunakan tebal serta lurus. Terdapat juga garisan melengkung. .Pembinaan seni bina Islam banyak berkonsepkan bentukbentuk geometri yang sama menjadi suatu motif yang berulang.

b. Fungsi

Keagamaan

Mengandungi kubur puteraputera Seljuk.

c. Pengaruh

Kefahaman ajaran Taoism dan pengaruh ajaran Buddhism

Dari sudut seni islam sebenarnya, iaitu melarangkan penggunaan ikon dalam gaya seni bina, terutamanya ikon manusia dan haiwan.

d. Rupa

Polar-polar geomatrik

Rupa geometri dan flora

diserapkan dan ikon naga digunakan Rupa organik juga dapat dilihat pada tingkap pagoda tersebut

kelihatan pada dinding dan kubah menara. Dinding-dindingnya dihias dengan motif-motif dedaun, inskripsi-inskripsi Arab.

e. Bentuk

Bentuk yang dibina seolah-olah berupa badan seekor naga. Konsep naga dapat dijelaskan melalui bumbung yang dibentuk adalah seolah-olah seperti badan seekor naga pada setiap tingkat bangunan itu. Kelihatan juga seperti sisik naga yang diaplikasi di atas setiap bumbung yang kelihatan berduri serta bersisik.

Bentuk kubah digunakan sebagai bumbung. Silinder turut diaplikasi di dalam bangunan ini. Silinder di gunakan sebagai tapak dan seterusnya dilihat berfungsi sebagai dinding utama. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam gaya berulang.

You might also like