You are on page 1of 5

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan

Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti;

a) Apakah objek itu? b) Bagaimanakah bentuk objek itu? c) Apakah kegunaan objek itu? d) Bagaimanakah menggunakan objek itu? e) Di manakah dapat memperoleh objek itu?

Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.

Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.

(a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat

Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti; i. menjana idea antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif,

mencadangkan menyumbangkan

sebab,

menyenaraikan atau

idea,

menyatakan menyatakan

cara

lain,

pendapat

pandangan,

kemungkinan,

menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya. ii. Membuat inferens antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya. iii. Menghubung kait antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya. iv. Meramal antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya. v. Membuat hipotesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya. vi. Mensintesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya. vii. Mengitlak antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya. viii. Menganalogi antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciriciri persamaan, dan sebagainya.

ix. Membuat gambaran mental antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya. x. Reka cipta antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya.

(b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti; i. Mencirikan antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya. ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya. iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya. iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya. v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya.

vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya. vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.

(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;

i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai. ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan.

(d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah;

i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep. ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.

iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.

You might also like