You are on page 1of 10

KRITERIA-KRITERIA YANG PERLU DIAMBIL KIRA UNTUK PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA.

1. AKTIVITI BERKUMPULAN Seperti pelan lantai yang telah saya sediakan, terdapat kemudahan asas yang mencukupi seperti jumlah kerusi dan meja yang mencukupi. Keceriaan dan kebersihan amatlah diutamakan. Merujuk kepada susunan meja pada pelan lantai yang telah saya bina, terdapat empat jenis susunan meja. Jenis yang pertama adalah susunan meja yang terdiri daripada meja berbentuk ladam kuda di hadapan kelas sebelah kanan. Meja tersebut disusun sedemikian adalah sebagai tempat untuk pembelajaran berkumpulan. Terdapat juga sebuah meja dan kerusi guru di tengah hadapan meja murid. Kedudukan meja danmeja guru di tengah adalah untuk memudahkan guru mengawasi dan memberi tumpuan kepada kumpulan murid-murid yang ada di sekeliling meja. Gaya pembelajaran murid yang suka berbincang sangat sesuai menggunakan ruang meja tersebut.mereka juga dapat melihat satu sama lain dan membolehkan mereka berbincang,memberi pendapat, bersoal jawab dan sebagainya.

2. PERSONALITI MURID Jenis yang kedua adalah kumpulan meja yang dinamakan Kumpulan Berlian . sebab kumpulan meja ini dinamakan berlian kerana sifat murid-murid yang ditempatkan di kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pendiam dan sukar untuk memberikan pendapat. Sepatah perkataan yang keluar dari mulut mereka sangat berharga seperti mengeluarkan sebutir berlian. Satu juhung berlian yang Tajam mewakili seorang murid yang cerda IQ yang berada di meja A. Kedudukan dua kumpulan meja di hadapan kelas yang terdiri daripada lima orang dalam setiap kumpulan.empat murid mengadap satu sama lain, manakala seoarang lagi mengadap ke hadapan dan dapat melihat keempat-empat rakannya. Kedudukan tersebut sangat
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106] Muka Surat 1

sesuai kerana murid masih Ini kerana murid tersebut kedudukannya seperti pengerusi jika mesyuarat diadakan. Murid-murid hendaklah ditempatkan mengikut perbezaan budaya dan dari kaum etnik yang berbeza.Kedudukan meja A yang adalah sesuai untuk ketua-ketua kumpulan. Ketua-ketua kumpulan hendaklah terdiri daripada murid yang berbilang kaum. Ini akan menambahkan rasa penghargaan kepada semua murid tidak kira bangsa akau agama.walaupun demikian, kedudukan tersebut hendaklah ditempatkan dengan murid yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan yang bersikap adil apabila aktiviti perbincangan, dan apabiala berlaku perbalahan ,murid tersebut dapat menyelesaikan perbalahan tersebut.Ketua kumpulan yang lebih cerdas ditempatkan dengan murid yang agak lemah disamping guru dapat memberikan perhatian yang lebih kerana kedudukan mereka di hadapan. Murid-murid yang dipilih menempati kumpulan ini adalah murid yang memerlukan perhatian guru. Mereka perlu didekati sekerap yang mungkin. Murid yang mudah hilang perhatian dan lambat memahami isi pelajaran perlu diletakkan di hadapan kelas berdekatan dengan meja guru dan papan tulis. Bagi jenis meja yang ketiga adalah susunan meja huruf L dibuat secara bersudut ,yang menempatkan di kiri dan kanan bilik darjah. Murid-murid yang sesuai ditempatkan dimeja tersebut adalah murid berdikari, yang suka bercakap, aktif dan yang bersuara nyaring. Ini kerana jarak yang agak jauh memerlukan suara yang agak nyaring untuk bertanya guru dan murid tersebut kurang perasaan malu bertanya. Ini akan dapat mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan menarik.Susunan meja di belakang kiri dan kanan memberi keseimbangan bagi murid yang suka bertanya. Kedudukan meja sebegitu juga memudahkan guru memerhati setiap murid dan memberi perhatian kepada mereka tidak kira siapa murid tersebut , sama ada melayu, india , cina, dan lain-lain kaum lagi. Pada hadapan terdapan meja A untuk ketua kumpulan. Ia sangat sesuai kerana kedudukannya memberi peluang kepada beliau untuk meninjau bahagian sayap kiri dan sayap kanan kumpulannya, sama ada beliau perlu bangun atau pun tidak. Raka-rakan dalam kumpulan tersebut juga dengan mudah bertanya kepada ketua kumpulan mereka.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106]

Muka Surat 2

Bagi jenis meja yang ketiga adalah di bahagian belakang dan di tengahtengah antara jenis yang kedua.Kumpulan diberi nama meja Kumpulan Bintang. Kedudukannya sesuai untuk murid-murid yang cerdas aktif. Kumpulan fleksibel,muridmurid ini akan ditukar mengikut kesesuaian dengan kedudukan murid yang berada di meja A. kumpulan Bintang ini bagi murid-murid yang menunjukkan kemajuan dan prestasi yang baik dalam akademik ,mahupun sahsiah.kedudukan mereka tidak tetap.akan diubah dari semasa kesemasa melihat kepada pencapaian mereka. Kedudukan murid seramai empat orang, sama ada terdiri daripada murid yang semuanya cerdas dan aktif ataupun, dua orang murid yang cerdas aktif di meja tengah, dan dua orang lagi murid terdiri daripada murid yang selalu mendapat markah hampir cemerlang. Tujuannya adalah supaya, dua murid yang cemerlang yang merupakan bintang dlam kelas dapat membantu murid yang hampir cemerlang untuk mendapat markah yang cemerlang. Kedudukan murid dalam satu-satu kumpulan ini juga hendaklah terdiri dari murid yang tidak mengira bangsa .kaum dan agama.keseluruhannya, 3. Ruang pergerakan yang selesa Meja-meja diletakkan secara berkumpulan kerana kewajaranya dari segi membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi serta mewujudkan suasana mesra dikalangan murid tanpa mengira etnik. Murid-murid dapat bertanya rakan-rakan berhubung kepelbagaian budaya rakan yang lain anutan budaya. Murid juga dapat membina nilai menghargai perbezaan antara etnik dan menggalakkan murid berkongsi pengetahuan dan idea daripada perspektif budaya yang berbeza. Kemahiran bersosaial juga dapat dibina iaitu mereka akan dapat menerima nilai-nilai persamaan dan perbezaan yang turut mendorong kepada pemuafakatan sewaktu bekerja dalam kumpulan. Semangat setia kawan yang tinggi juga dapat dipupuk sewaktu menjalani aktiviti berkumpulan atas dorongan demi mendapatkan pengiktirafan guru dan rakan. Kedudukan setiap kumpulan meja hendaklah mempunyai ruang atau lalauan yang selesa dia antara kumpulan-kumpulan meja. Ruang dan pergerakan .meja dan kerusi serta perabut yang lain disusun dengan terdapatnya ruang yang sesuai.
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106] Muka Surat 3

Ruang-ruang ini hendaklah fleksibel dan memberi keselesaan kepada murid ketika belajar. Bayangkan jika murid berada dalam keadaan yang terlalau sesak dan rapat, tentu akan menyusahkan mereka untuk bergerak ke tandas, berjalan ke hadapan untuk bertanya guru dan sebagainya. Ruang yang sesuai itu juga sebenarnya dapat memberi keselesaan kepada guru untuk lebih mendekati murid-murid dengan adil.di mana guru dapat mendampingi murid-dari seorang kepada seoramg yang lain sewaktu memberi bimbingan.jika guru hanya menerangkan di hadapan kelas, tampa mendampingi murid-murid, guru tidak dapat mengesan dan melihat sendiri hasil kerja yang murid telah jalankan. Ruang yang sesuai juga memberi kemudahan kepada guru menjalankan aktiviti yang melibatkan pergerakan .Kedudukan dan susunan meja yang telah dibuat menunjukkan bahawa guru dapat melihat kesemua murid, dan murid dapat melihat guru dengan jelas tanpa terlindung oleh rakan-rakan.

4. Gaya belajar murid Terdapat juga meja karel, iaitu jenis meja yang mempunyai penghadang di depan kiri dan kanan. Meja tersebut yang ditempatkan pada belakang penjuru sebelah kiri. Kedudukan meja tersebut sesuai berada disitu kerana terdapatnya kemudahan teknolgi seperti earphonesudut tersebut berdekatan dengan komputer, printer dan alat-alat teknolgi yang lain.jika murid menggunakan komputer riba, mereka sesuai meggunakan meja karel dan boleh menggunakan earphone sama ada belajar atau pun mendengar muzik. meja tersebut adalah sangat sesuai untuk murid yang mempunyai gaya belajar secara sendiri, suka mengulangkaji seorang diri dan tidak suka pada pembelajaran berkumpulan. Murid boleh belajar, membaca sambil mendengar muzik. Gaya belajar sesorang juga dipengaruhi kumpulan etnik oleh budaya yang diamalkan. Contohnya murid yang merupakan kumpulan minorit, bilangan yang sedikit atau tiada langsung kaumnya di dalam kelas tersebut, sikap untuk belajar berkumpulan agak rendah. Oleh yang demikian, murid tersebut lebih sesuai belajar secara individu.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106]

Muka Surat 4

5. Kebudayaan murid yang pelbagai Terdapat juga meja smuff ( meja rendah) di sudut hadapan kiri kelas. Meja tersebut sesuai diletakkan pada lokasi tersebut kerana murid-murid boleh duduk sambil membaca atau melihat bahan-bahan pameran yang diletakkan dibahagian tersebut seperti jurnal tentang masyarakat majmuk di Malaysia, albumalbum,Globe, risalah, surat khabar, majalah dan sebagainya. Murid juga boleh melakukan aktiviti di meja tersebut seperti membuat buku skrap, menbaca surat kabar dan sebagainya di sudut tersebut.Meja tersebut sesuai jika dilatakkan alas meja gambar Smuff supaya menarik minat murid.Murid yang berbagai kaum juga digalakkan mempamerkan alatan budaya masing-masing diruangan pameran ini supaya kaum-kaum lain lebih memahami dan mengenali budaya kaum-kaum lain. Papan pameran disudut ini juga mempamerkan tajuk-tajuk perayaan mengikut tema. Contohnya apabila musim hari raya puasa ditampal risalah, kad raya, contohcontoh pakaian orang Melayu, Manakala apabila Musim tahun bariu cina dipamerkan atau digantung dengan peket angpaw, tanglong dan sebagainya, begitu juga dengan perayaan-perayaan yang lain.Dengan demikian, murid-murid yang berbagai etnik dan budaya tidak rasa terpinggir.perasaan hormatmenghormati terhadap budaya kaum lain dapat ditanam dalam diri murid-murid di peringkat awal lagi. 6. Kecenderungan minat murid yang pelbagai Pelan lantai yang dicadangkan juga mempunyai susut-sudut tertentu di antaranya sudut atau ruang rekreasi. Pada ruang tersebut, terdapat sudut puppet. Guru boleh menempatkan pelbagai jenis puppet berbilang budaya, contohnya seperti puppet yang memakai pelbagai jenis pakaian seperti sari, chengsam, baju kurung dan sebagainya. Secara tidask langsung, kefahaman tentang budaya pelbagai etnik dapat diserap ke dalam diri murid-murid. Murid boleh melakonkan watak-watak puppet mengikut budaya yang tertentu. Di samping itu, murid boleh menjalankan aktiviti tarian di atas karpet. Dan membuat persembahan di pentas khas yang disediakan yang berlatarbelakangkan murul. Tardapat almari alatan yang menyimpan bahan permaianan dan alat muzik serta aksesori pakaian dan
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106] Muka Surat 5

alatan muzik di ruang rekreasi tersebut. Radio dan Tv diletakkan dibahagian raung rekresi ini. Murid berpeluang menonton. Murid merasa seronok dan gembira dapat menonton, menari, menyanyi dan bermain sambil belajar di dalam kelas Di belakang kelas, terdapat ruang pamerah hasil seni murid-murid.. murid yang mempunyai gaya belajar kinestatik sesuai berada di ruang rekreasi dan seni ini.mereka labih sukakan aktiviti hands-on. Terdapat juga rak alataan lukisan. Ini dapat memberi peluang kepada murid yang berjiwa seni dang gemar melukis. Terdapat juga sinki di tepi rak tersebut. Ini dapat memberi kemudahan kepada murid untuk membersihkan alatan lukisan. Di samping itu, murid dapat menghasilkan barangan kraftangan apabila terdapat masa terluang di dalam kelas, kerana pada bahagian tersebut juga disediakan barang atau alatan untuk kraf tangan seperti jarum, benang , manik, dan sebagainya. Murid -murid yang berlainan kaum boleh mengajar kraftangan kaum masing-masing, contohnya kaum Iban mengajar kaum melayu menghasilkan gelang atau rantai yang diperbuat daripada manik dan kaum melayu boleh mengajar kaum lain seperti india dan cina menyulam dan mengait benang bulu kambing, manakala kaum cina pula boleh menunjukkan cara-cara membuat tanglong dan sebagainya. Keadaan sedemikian akan mewujudkan rasa gembira dikalangan murid-murid kerana dapat belajar menghasilkan kraftangan kaum-kaum lain. Di belakang kelas juga juga terdapat sudut mata pelajaran. Ruang ini sesuai diletakkan dengan maklumat-maklumat pelajaran yang berguna untuk rujukan murid Bahan-bahan yang dipaparkan juga di tukar mengikut kesesuaian. Ruang tersebut juga hendaklah di pamerkan bahan-bahan yang dapat menyatupadukan murid-murid yang berbilang kaum seperti senikata lagu NegaraKu, pelbagai senikata lagu patriotic yang lain, Rukunegara, Cogankata kemerdekaan , maklumat kemerdekaan, makna Jalur Gemilang dan sebagainya. Oleh yang demikian murid-murid akan lebih mendekati dan menghayati makna hidup bersatupadu di bawah satu Negara. Mereka akan lebih memahami makna Satu Malaysia yang disebut-sebut oleh pemimpin negara dan seluruh warga Malaysia. Di bawah ruang mata pelajaran ini pula diletakkan rak fail maklumat
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106] Muka Surat 6

murid-murid ini memudahkan guru dan juga murid untuk merujuk maklumat peribadi, prestasi, kemajuan dan sebagainya.

7. Menepati kemajuan sains dan teknolagi dan ICT masa kini Dihadapan kelas sebelah kanan terdapat rak individu murid. Murid-murid boleh menyimpan apa sahaja bahan-bahan , buku, latihan mereka masing-masing. Pada sebelah hadapan penjuru kanan terdapat didding yang dibuat mural.Ini dapat memberikan keceriaan di dalam kelas. Di sebelahnya pula diletakkan papan putih mudah alih. Kegunaannya adalah sebagai media untuk guru menulis maklumatmaklumat penting semasa perbincangan dalam kumpulan. Di sebelah nya pula diletakkan meja guru dan meja satu set computer dan LCD untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bersasakan TMK secara kelas. Papan putih yang lebih besar diletakkan di hadapan kelas untuk guru mudah menulis maklumat-maklumat penting tentang isi pelajaran dan ia juga dijadikan sebagai layarskrin apabila menggunakan tayangan LCD. Di bahagian penjuru belakang sebelah kiri adalah ruang teknologi . terdapat empat buat komputer yang dilengkapi dengan printer dan jug arak CD dan DVD. Ia dapat memudahkan murid-murid yang berminat belajar menggunakan komputer.memudahkan murid mengakses maklumat dan mencari bahan-bahan pelajaran melalui internet. Di tepi dinding sebelah kiri pula terdapat rak buku-buku rujukan. Murid-murid boleh membuat rujukan atau membaca menggunakan ruang meja karel. Di sebelahnya pula terdapat papan atau ruang pameran sains. Teknologi dan sains amat berkaiatan di antara satu sama lain. Ia amat sesuai diletakkan pada sudut tersebut.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106]

Muka Surat 7

8. Membentuk disiplin dan sahsiah Papan kenyataan diletakkan di hapapan kelas kerana dapat memudahkan murid-murid untuk melihat nmaklumat- maklumat penting seperti jadual peperiksaan, jadual bertugas, jadual kelas, peraturan-peraturan kelas dan sekolah dan sebagainya. Papan kenyataan tersebut juga amat penting dalam memastikan keselamatan murid-murid. Peraturan peraturan sekolah dan bilik darjah yang dibuat berpandukan pekeliling dan peraturan sekolah. Antara yang terkandung adalah amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersuhan, hormat menghormati, bertolak ansur dan bekerjawama. serta amalan bilik darjah seperti jadual bertugas, carta organisasi dimana murid akan patuh kepada arahan ketua. Ini akan mewujudkan keadaan bilik darjah yang harmoni dan jauh daripada suasana bising dan sifat-sifat negatif seperti bergaduh, berlari-lari dalam kelas, bermain dan sebagainya, kerena mereka telah terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Ruangan Bintang Kelas juga disediakan. Pamerkan nama-nama murid yang menyerlang dari segi kurikulum mahupun sahsiah. Dengan cara demikian, murid akan berlumba-lumba untuk menjadi bintang kelas. Persaingan yang sihat dapat menmingkatkan prestasi murid-murid. Seterusnya murid juga akan menanam sikap-sikap baik dalam diri masing-masing baik demi mendapat Pengiktirafan dari segi sahsiahyang diberikan tidak mengira kaum atau budaya . 9. Keselesaan Ruang yang agak luas di hadapan kelas dibiarkan ada ruang kosong yang agak luas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti lakonan. Tunjukcara , demonstarsi, dan sebagainya.Pelan lantai yang dicadangkan juga menunjukkan terdapat tingkap dan pintu. Tingkap dan pintu hendaklah dibuka, dan ditutup pada keadaan yang tertentu sahaja jika sesuatu aktiviti memerlukan tingkap dan pintu ditutup. Dalam keadaan yang biasa, pintu dan tingkap hendaklah sentiasa terbuka.Ini dapat memberi pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Aspek pencahayaan dan pengudaraan dabn kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106] Muka Surat 8

Pengajaran dan pembelajaran kerena mereka inginkan keselesaan. Begitu juga kipas angin.hendaklah berfungsi jika kelas tersebut tiada kemudahan penghawa dingin. 10.Kesimpulannya kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan, Kebijaksanaan guru menyusun atur segala alatan dan perabot dalam bilik darkjah juga dapat memenuhi aspirasi Negara untuk menyatupadukan semua etnik dan kaum yang berlaianan budaya dan agama. Sosia-emosi murid-murid hendaklah sentiasa diutamakan.Sosial yang harmoni di dalam kelas akan menwujudkan emosi yang stabikl di dalam diri murid-murid. Emosi murid yang stabil membawa kepada keharmonian, mengurangkan atau melenyapkan petelingkahan sesama murid tidak kira agama mahupun budaya yang berbeza. Integrasi nasional yang diharapkan akan terlaksana jika acuan yang dapat membentuk kearah itu, bertepatan apabila ia dilaksanakan dengan ikhlas dan jayanya. Slogan Satu Malaysia akan terlaksana. Sikap diskriminasi antara kaum sedikit sebanayak dapat dikikis dari dalam jiwa murid-murid apabila mereka telah memahami budaya dan agama kaum rakan mereka yang berbeza. Rasa hormat -menghormati dalam diwujudkan hanya dengan konsep bilik darjah yang mesra budaya diamalkan.

Sekian..

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106]

Muka Surat 9

BIBLIOGRAFI
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid, Budaya dan Pembelajaran (2011). Oxford Fajar Bakti Sdn.Bhd Selangor. Mook Soon Sang,(2006).Nota pengurusan Pengajaran Pembelajaran.Penerbit Multimedia-Es resources.Bhd. Selangor. Mok Soon Sang (2008). Nota Ulangkaji dan Latihan PTK. Multimedia-Es Resources.Bhd. Selangor. Rohaty Mohd. Majzub, Abu Bakar Nordin(1989). Pendidikan Pra Sekolah.Penerbit Fajar Bakti. Petaling Jaya.Selangor. Prof. Madya Dr Rahil Hj Mahyudin, Prof. Madya Dr. Majid Isa ( 1997). Psikologi Pendidikan. Fakulti pengajian Pendidikan. UPM.Serdang.Selangor. EE Ah Meng .( 1993) Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu, Fajar Bakti. Petaling Jaya. Selangor. Amir Awang. (1986) Teori-teori Pembelajaran. Fajar Bakti. Petaling Jaya. Selangor. http://images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A2KJkCLb5DZQkAIAyrGJzbkF;_ylu= http://www.scribd.com/doc/27268735/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya http://www.slideshare.net/jajasha/27268735-bilikdarjahmesrabudaya http://eprints.utm.my/13383/1/JEPC-2011-2-004.pdf Jurnal Hanis Aqilah Hamdan(18 Disember 2011),Kes Buli Dalam Kalangan murid-murid sekolah.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN[EDU3106]

Muka Surat 10

You might also like