You are on page 1of 8

SENARAI SEMAK KELAS PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI

Tarikh / masa : ________________________________________________ Kelas : ________________________________________________

YA 1. Semasa aktiviti memanaskan badan:-

TIDAK

a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?

b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar?

c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?

d. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?

2. Adakah keperluan ‘warm down’ dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar?

3. Adakah peralatan pendidikan jasmani sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang?

17

Berdasarkan pemerhatian saya. saya telah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Alai di negeri Melaka. masih terdapat hal yang saya kagumi dan perlu saya ambil sebagai satu pengajaran sebagai seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani pada masa hadapan. anak didik cikgu Saiful sangat seronok ketika melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani yang beliau ajarkan kerana personaliti beliau yang sangat ceria dan mesra bersama- 18 . Saya agak beruntung kerana mendapat seorang mentor daripada kalangan guru Pendidikan Jasmani iaitu cikgu Saiful untuk melaksanakan tugasan ini. tiga dan lima. saya perlu membuat pemerhatian terhadap sesi pengajaran kelas Pendidikan Jasmani. Setiap kelas Pendidikan Jasmani akan diselia oleh seorang guru memandangkan murid di setiap kelas di SK Alai tidaklah terlalu ramai. aspek ‘warm down’ sama ada ia diberi penjelasan kepada pelajar ataupun tidak. aspek penglibatan otot atau sendi sewaktu pelaksanaan aktiviti. SK Alai cuma mempunyai dua kelas sahaja bagi setiap darjah kecuali murid tahun enam yang mempunyai tiga kelas. Namun. saya mengambil kesempatan sepenuhnya untuk meninjau dan membuat pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani. Justeru.LAPORAN PEMERHATIAN KELAS PENDIDIKAN JASMANI Pada hari Isnin 18 Mac 2013 sehingga 22 Mac 2013 yang lalu. PBS ini berlangsung selama satu minggu. saya tidak melepaskan peluang dengan mengikuti setiap kelas Pendidikan Jasmani yang dijalankan oleh guru tersebut. Antara aspek yang telah dinyatakan ialah aspek pemanasan badan. Antara kelas yang diajar oleh mentor saya ialah kelas darjah dua. saya perlu meneliti sama ada aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam soalan PBS kali ini dilaksanakan atau tidak di dalam kelas tersebut. Dalam tugasan ini. Dalam tempoh seminggu tersebut. aspek alatan yang sesuai digunakan dan aspek pembahagian masa yang terancang. Pemerhatian ini dapat dijalankan dengan sempurna memandangkan bilangan kelas yang sedikit. Sewaktu melaksanakan pemerhatian tersebut. Pengurusan kelas Pendidikan Jasmani ini sama sahaja seperti yang terdapat di sekolah lain. Hasil pemerhatian saya selama satu minggu terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini adalah kurang memuaskan. Bagi PBS kali ini. saya perlu melaksanakan tugasan elektif iaitu subjek Anatomi dan Fisiologi (PJM 3106).

cara pengajaran yang beliau jalankan pada pandangan saya. saya mengambil peluang untuk memberi perhatian yang lebih terhadap aspek-aspek yang telah dinyatakan oleh di dalam tugasan. para murid hanya bermain secara membuta tuli tanpa mengetahui fungsi otot-otot yang terdapat pada diri mereka. Secara ringkasnya. Selesai berlari. guru tersebut terus mengarahkan murid-murid untuk membuat aktiviti pemanasan badan sendirian tanpa dikawal oleh guru yang mengajar. Sepanjang pemerhatian saya semasa kelas Pendidikan Jasmani tahun lima dijalankan. Sementara itu. Namun. Berdasarkan pemerhatian saya juga. Bagi saya. para murid terus diarahkan untuk menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani yang lazim dilakukan iaitu sukan bola sepak untuk murid-murid lelaki. remeh oleh guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani ini. perlu diteliti dan dibuat penambahbaikan lagi. Justeru. otot ini tidak pernah diterangkan fungsinya secara terperinci. beliau pergi ke tempat lain untuk menyelesaikan kerja-kerja yang lain. Antara tujuan pemanasan badan ini adalah untuk memastikan otot-otot bersedia untuk Pada pandangan saya. apa yang kurang memuaskan di sini ialah secara jelasnya murid-murid diarahkan untuk menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani tanpa diberi sebarang penerangan yang jelas tentang kepentingan aktiviti memanaskan badan. Contoh aktiviti pemanasan badan yang diarahkan guru ialah berlari mengelilingi padang bola sepak sebanyak dua pusingan. Hal ini dikatakan demikian kerana guru Pendidikan Jasmani telah mengabaikan aspek penglibatan otot atau sendi sewaktu menjalani aktiviti. melalui tingkah laku yang beliau tunjukkan itu menunjukkan bahawa kelas Pendidikan Jasmani ini hanya berperanan untuk memenuhi waktu yang terdapat dalam jadual harian murid-murid semata-mata. Walaupun dalam permainan bola sepak murid-murid melibatkan penggunaan otot kaki seperti hamstring dan kuadriseps. Saya telah membuat pemerhatian terhadap satu sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5 oleh mentor saya. Hal ini dikatakan demikian kerana setibanya di padang. Sepanjang menjalankan pemerhatian. guru Pendidikan Jasmani ini tidak pernah menitikberatkan penglibatan otot-otot besar dalam sebarang aktiviti yang dimainkan murid-murid. aktiviti pemanasan badan ini begitu dipandang melakukan aktiviti. saya dapati guru Pendidikan Jasmani tersebut hanya membiarkan para murid bermain. 19 . Manakala murid-murid perempuan diarahkan untuk bermain sukan bola jaring. malangnya.sama pelajar. Aspek pertama yang telah saya perhati ialah aspek pemanasan badan.

Terseliuh ini boleh berlaku sekiranya ligamen yang terdapat dalam sendi meregang atau koyak. saya berpeluang untuk melihat ujian SEGAK yang dijalankan oleh guru kepada murid tahun lima juga. Tujuan utama aspek ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya pengumpulan asid laktik pada otot-otot badan. para guru akan memanggil muridmurid untuk menyimpan bola dan mengemaskan alatan. Berdasarkan pemerhatian saya. Antara contoh kecederaan sendi ialah terseliuh. sikap guru yang memandang perkara ini sebagai perkara remeh boleh mengundang bahaya kepada murid-murid. Manakala contoh kecederaan otot pula ialah berlakunya kekejangan otot kerana berlakunya pengumpulan asid laktik pada otot. Sebagai contoh. aspek seterusnya ialah aspek ‘warm down’. Kemudian. Bagi saya sendiri. Namun begitu. selain daripada membuat pemerhatian semasa kelas pendidikan jasmani tahun lima tersebut. Selain itu. guru-guru melepaskan murid-murid sama ada ke kelas yang seterusnya atau ke kantin. Namun begitu. Hal ini dikatakan demikian kerana sebelum melepaskan murid-murid bermain. sekiranya ligamen tersebut terkoyak sepenuhnya. Namun demikian. Saya agak terkejut apabila guru cuma menggunakan bata-bata di sekeliling pokok bunga yang ditanam di sekitar sekolah untuk 20 . Selain itu. Hal ini dikatakan demikian kerana pemilihan aktiviti yang tidak bersesuaian dengan umur murid-murid boleh mengakibatkan mereka untuk mendapat kecederaan pada otot dan sendi. guru akan mengira terlebih dahulu jenis alatan yang diambil pelajar. Sikap guru tersebut boleh dipuji dan dicontohi saya sebagai bakal guru pada masa hadapan. tempoh pemulihannya memakan masa yang lama kerana tiada pembentukan salur darah baru (vascularization). kesesuaian alatan yang digunakan dalam sesuatu aktiviti atau permainan tidak begitu dititik beratkan. Aspek ‘warm down’ ini sangat penting untuk dijalankan oleh setiap murid bagi memastikan kelancaran aktiviti harian murid yang lain.Sebenarnya. Ligamen yang terkoyak sebahagian akan pulih sendiri. badan saya akan berasa lenguh dan letih selepas melakukan sesuatu aktiviti khususnya bermain atau bersukan. maka pesakit tersebut mestilah melakukan pembedahan untuk kembali pulih seperti sedia kala. Di samping itu. aspek alatan ternyata amat dipandang berat oleh guru Pendidikan Jasmani. apa yang saya dapati ialah aspek ini turut dipandang remeh oleh guru Pendidikan Jasmani. Namun begitu. guru juga akan mengarahkan para murid mengira bilangan peralatan yang telah digunakan untuk menjalani aktiviti terlebih dahulu sebelum membenarkan mereka masuk ke kelas. selesai bermain. jika tidak menjalankan ‘warm down’.

Situasi ini amat merugikan masa murid-murid. guru-guru mengarahkan para murid untuk berkumpul dan melepaskan mereka untuk kembali ke kelas atau ke kantin.melaksanakan ujian turun naik bangku. Hal ini adalah tidak wajar bagi saya. 21 . Waktu paling lama guru-guru memanfaatkan masa yang telah diperuntukkan untuk subjek ini adalah selama lima belas minit sahaja. Saya juga dapati kebanyakan guru di sekolah ini tidak telus dalam memanfaatkan masa untuk subjek Pendidikan Jasmanai berbeza dengan subjek lain. Aspek terahir ialah aspek masa. Melalui hasil pemerhatian saya selama seminggu terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani ini. tidak hairanlah sekiranya guru-guru yang mengajar subjek teras berebut untuk menggunakan waktu Pendidikan Jasmani sebagai sesi pembelajaran tambahan. Justeru. Guru juga tidak dapat memerhati akan semua murid yang melaksanakan ujian tersebut kerana beliau meminta murid-muridnya menjalankan secara beramai-ramai sekaligus. Setelah berakhirnya lima belas minit ini. saya dapati pembahagian masa dari mula hingga berakhirnya waktu Pendidikan Jasmani tidak bertepatan dengan apa-apa yang dirancang dalam buku rekod pengajaran harian.

guru menunjukkan cara yang betul untuk memegang bola jaring. pelbagai langkah perlu dilaksanakan dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani yang lebih berkesan. emosi. rohani. Justeru. Hal ini dikatakan demikian kerana pemakaian sukan ini membantu memudahkan guru-guru untuk menunjukkan contoh atau menjadi model kepada murid-murid. sebagai pendidik yang baik. KPM telah mengeluarkan satu pekeliling yang menyatakan bahawa semua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani perlu memakai pakaian sukan sewaktu berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Mulai tahun ini. Justeru. Justeru. dapatlah saya simpulkan bahawa terdapat beberapa situasi pengajaran yang perlulah diubah dan dibuat penambahbaikan demi masa depan pelajar. Sebagai contoh.Saranan Tindakan Penambahbaikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani. Setelah membuat pemerhatian dan meneliti dapatan kajian saya ini. Sikap guru Pendidikan Jasmani khususnya guru wanita yang gemar berbaju kurung ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani membataskan 22 . bekerjasama. Saranan kedua ialah guru Pendidikan Jasmani perlulah berpakaian sukan sewaktu mengajar Pendidikan Jasmani. para guru perlulah sentiasa optimis terhadap subjek elektif ini memandangkan subjek ini turut menyediakan kepentingan kepada para pelajar. Sebagai seorang guru. intelek dan sosial (JERIS) murid. guru Pendidikan Jasmani perlu cakna dengan peranan sebenarnya bukan setakat membiarkan muridnya bermain sahaja. Cadangan saya yang pertama ialah para guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani perlu memotivasikan dan memuhasabah diri mereka untuk lebih berperanan sebagai seorang guru yang memegang tanggungjawab untuk mengajar kemahiran dan pengetahuan tersebut kepada murid-murid mereka. Pemakaian sukan ini banyak membantu mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang lebih berkesan. Guru sepatutnya sedar bahawa subjek pendidikan jasmani ini sebenarnya dapat membentuk keperibadian seorang murid yang berkepimpinan. mereka perlu menyedari bahawa setiap subjek yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah bertepatan dengan aspek jasmani. semangat kesukanan. menjaga kesihatan dan banyak lagi manfaat yang dapat diperolehi murid jika guru dapat menerapkan dengan baik kepada mereka walaupun secara tidak formal.

aktiviti ‘bola beracun’. sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani. sewaktu mengajar para murid untuk menggelecek bola sepak.pergerakan guru. para guru mestilah berusaha untuk menguasai kemahiran tersebut terlebih dahulu. Dengan itu. rasa kepercayaan pelajar kepada guru yang mengajar akan semakin meningkat. kualiti sesi pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan dengan jayanya. Misalannya. Justeru. objektif pembelajaran Pendidikan Jasmani pada hari tersebut tidak dapat dicapai dengan lemahnya integriti guru itu sendiri. Ekoran itu. Bagi aktiviti tersebut. Ekoran itu. murid-murid akan lebih giat berlatih dan memberi sepenuh perhatian sewaktu berlangsungnya sesi pembelajaran. Saranan keempat ialah para guru mestilah mencuba terlebih dahulu setiap aktiviti atau permainan yang akan diajar kepada murid-murid. Sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. pembahagian masa yang telah dibuat mestilah dipatuhi dalam usaha meningkatkan kecemerlangan prestasi fizikal pelajar. Belajar mengikut peraturan atau suasana yang serius boleh menimbulkan kebosanan kepada pelajar. para guru mestilah kreatif dalam merancang satu aktiviti sukan yang menyeronokkan pelajar. Sebagai contoh. Kepandaian guru dalam menguasai kemahiran tersebut akan menimbulkan rasa kagum dalam diri murid-murid. selain melibatkan otot tangan seperti biseps dan triseps serta otot kaki seperti kuadriseps dan hamstrings. Impaknya. para murid juga akan berasa seronok untuk melaksanakan aktiviti tersebut. namun pada masa yang sama tidak mengabaikan aspek penglibatan otot besar dan sendi sewaktu menjalankan aktiviti tersebut. Situasi ini boleh menurunkan minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Jasmani. Malahan. para guru mestilah terlebih dahulu membuat draf awal berkaitan dengan sesi pengajaran yang akan dilaksanakan pada hari esok. Saranan yang ketiga ialah para guru mestilah memastikan pembahagian masa yang dirancang adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang. 23 . Draf yang dibuat mestilah bersesuaian dengan objektif pembelajaran pada hari tersebut. Guru tidak boleh memikirkan kepentingan dirinya sendiri untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang beliau laksanakan berjalan dengan lancar dan berkesan kepada murid-muridnya. Saranan yang terakhir ialah guru-guru perlu cakna untuk melibatkan penggunaan otot besar dan sendi dalam aktiviti yang menyeronokkan pelajar. rasa kekaguman yang hadir itu mampu membenihkan minat mereka untuk menjadi seperti guru mereka yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti atau permainan. Malah.

rohani. Hal ini dikatakan demikian kerana kita perlu menajamkan pemerhatian dan pemikiran kita dalam pelbagai aspek. Jadikan kepentingan ini sebagai pemangkin untuk kita terus mengajar subjek ini dengan sepenuh tekun dan telus seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. kita mestilah berusaha memotivasikan diri tentang pentingnya subjek ini terhadap perkembangan diri pelajar. gemilang dan terbilang dari aspek jasmani. Sebagai contoh. kita tidak boleh memfokuskan pemerhatian kita untuk memastikan objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai sahaja. Guru pendidikan jasmani perlu sedar bahawa melalui subjek inilah mereka dapat membentuk seorang murid yang cemerlang. 24 . intelek dan sosial. dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani.Kesimpulannya. bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. sebaliknya aspek keselamatan pelajar sewaktu menjalani aktiviti itu juga perlu diambil kira sepenuhnya. sewaktu mengajar Pendidikan Jasmani. emosi.