You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG GAJAH, KM 7, JALAN ARAU, 02600 ARAU, PERLIS.

Pengarah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis, 01000 Kangar, Perlis. Melalui, Guru Besar, SK Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis. Tuan, JEMPUTAN PIHAK JABATAN SEBAGAI FASILITATOR PROGRAM BANTU MULA Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ingin menjemput pihak tuan untuk bersama-sama menjayakan Program Bantu Mula Persatuan Badan Beruniform SK Kubang Gajah pada 17 Julai 2013, berdasarkan ketetapan berikut: (Rujuk Lampiran 1) Tel: 04 – 9867231

2.

Unit Kokurikulum Sekolah telah bersetuju dengan objektif kali ini iaitu mendedahkan murid-

murid kepada asas rawatan bantu mula. Justeru itu, pihak kami mencadangkan untuk menjemput pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis, ke sekolah kami untuk mengadakan demonstrasi rawatan bantu mula. Program ini juga diharap dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali fungsi dan peranan Jabatan Pertahanan Awam lebih dekat lagi.

3.

Sekiranya terdapat pertanyaan dan maklum balas sila hubungi Cik Tuan Iffah Nabihah binti

T. Ibrihim (013-7107226).

Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(Encik Amri bin Ahmad) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Kubang Gajah, Arau, Perlis.