You are on page 1of 11

1.

0 Pendahuluan Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza daripada segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Oleh itu, untuk membina satu masyarakat yang kukuh dan bersepadu, kesemua kumpulan etnik yang ada di Malaysia perlu disatukan. Salah satu usaha yang boleh dilakukan ialah menerusi perkongsian nilainilai murni agama. Persamaan yang ada terutama dari aspek nilai-nilai murni khususnya yang bercorak nilai-nilai kemanusiaan sesuatu agama perlu diberi penekanan. Persefahaman tentang nilai-nilai murni yang sepunya iaitu yang berbentuk nilai kemanusiaan perlu dijadikan asas ke arah mengekalkan

keharmonian negara dan kesejahteraan bangsa. Kursus "Hubungan Etnik" yang diperkenalkan di institusi pengajian tinggi merupakan satu langkah positif kerana pengajaran dan pembelajaran subjek 'Hubungan Etnik' merupakan satu langkah yang baik memperkenalkan budaya, identiti serta hubungan di antara pelbagai kaum yang amat unik dan berharga di Malaysia. Kursus ini berupaya mengukuhkan lagi hubungan di antara pelbagai kaum di negara ini untuk hidup dan bekerja di dalam suasana yang progresif, dinamik dan harmoni.

2.0 Cadangan Penambahbaikan 2.1 Cadangan Penambahbaikan 1 Sepertimana yang kita ketahui negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian etnik, budaya, bangsa, bahasa dan adat resam. Hubungan antara etnik yang terjalin dengan kukuh di antara warga berbilang kaum di negara ini adalah resepi utama kepada kejayaan Malaysia dalam

mempertahankan kedaulatannya. Hubungan yang erat antara etnik ini adalah hasil daripada peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan, bukan kerajaan dan masyarakat. Namun kini, perpaduan yang telah terbina dengan kukuh sejak zaman pemerintahan Tun Hussien Onn semakin rapuh. Hal ini sangat membimbangkan negara kerana ianya boleh merencatkan pembangunan negara, kestabilan ekonomi dan lain-lain lagi.

Hal ini tidak boleh didiamkan hingga menjadi barah kepada negara hingga memungkinkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali. Pusat Dagangan Etnik 3. Rangka bagi cadangan Sekolah Angkat ini ialah penubuhan beberapa buah sekolah yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai etnik di Malaysia.Kita perlu sedar akan implikasi ketegangan kaum kepada keamanan dan keharmonian negara Malaysia di mana ianya perlu dibendung daripada terus merebak dan menghancurkan negara kita. Sekolah Angkat 2. Cadangan penambahbaikan ini dipilih berdasarkan pelan-pelan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini dan telah menunjukkan kesan yang positif. 2. Strategi yang telah diguna pakai oleh beliau boleh diterapkan lagi bagi menambahbaik hubungan antara kaum pada masa kini.1 Sekolah Angkat Sekolah atau pendidikan merupakan satu wadah atau alat yang sangat penting dalam memupuk perpaduan. Hal ini sangat dititikberatkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman dalam memupuk perpaduan bagi mencapai kemerdekaan pada suatu ketika dahulu. Berikut adalah cadangan penambahbaikan yang telah dirangka: 1. Sebagai rakyat yang perihatin.1. Cadangan penambahbaikan yang telah di rangka ini meliputi tiga aspek iaitu pendidikan. Taman Perumahan Pelbagai Etnik. Antara usaha rakyat dalam memastikan keharmonian negara ini terjamin ialah dengan menghantar kira-kira 75. ekonomi dan komuniti masyarakat. Umum mengetahui bahawa terdapat lebih kurang 80 etnik di seluruh Malaysia namun terdapat pelbagai etnik yang masih tidak diketahui akan kewujudannya yang .000 pesanan khidmat ringkas kepada kerajaan untuk diberikan perhatian. kita mestilah memberikan cadangan kepada kerajaan berkaitan penambahbaikan hubungan di antara etnik di Malaysia.

Sarawak dan Semenanjung disatukan dan mereka akan saling menerima pelbagai perbezaan di antara mereka. Walaubagaimanapun. Hal ini bagi mengelakkan kebudayaan Malaysia luntur dan yang wujud hanyalah kebudayaan luar yang merosakkan anak muda. Perancangan ini mendukung Dasar Kebudayaan Kebangsaan di mana dasar ini menjadi panduan pembentukan dan pengekalan identiti rakyat Malaysia. Mereka akan menonjolkan kebudayaan mereka ketika perjumpaan khas setiap minggu di sekolah terbabit. Pemahaman tentang kebudayaan setiap etnik ini akan membawa kepada proses penerimaan bahawa setiap daripada kita mempunyai latar belakang yang bebeza namun mempunyai tujuan yang sama iaitu memakmurkan dunia sekaligus membuang segala perasaan assabiah serta berbangga-bangga terhadap etnik masing-masing.akhirnya menyebabkan kepupusan budaya etnik tersebut. bahasa Malaysia akan digunakan sebagai bahasa pengantar. Oleh itu. Etnik minoriti khususnya akan merasakan mereka bukan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang akhirnya akan membawa kepada semangat tidak cinta akan negara dan tidak cakna akan permasalahan negara. Oleh itu. Mereka akan cuba mengadapatasi persekitaran pelbagai yang akhirnya akan membawa kepada rasa kekitaan dan kesamaan serta nilai hormat-menghormati dalam mewujudkan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti Malaysia di samping menjunjung tinggi budaya etnik mereka. Kepelbagaian bahasa akan menyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi.Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. perpaduan dan persefahaman dapat dicapai tanpa rasa curiga. tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Etnik-etnik ini akan disatukan dalam sebuah sekolah dan kemudiannya memperkenalkan kebudayaan mereka kepada semua warga sekolah tersebut. Anak-anak muda daripada etnik-etnik di Sabah. Selain itu. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Hal ini bertepatan dengan Akta Bahasa Kebangsaan . setiap minggu akan .

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970 untuk menangani masalah ketidak seimbangan . dorongan dan halangan (Azhar 2006).2 Pewujudan Pusat Dagangan Etnik Pemantapan perhubungan antara etnik juga dapat diwujudkan melalui sektor ekonomi.diwujudkan Minggu Bahasa mengikut etnik di mana terdapat satu masa diperuntukkan untuk memperkenalkan bahasa dan kebudayaan etnik terbabit. atau juga elemenelemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis media atau pendedahan yang diterima oleh seseorang semasa menjalani proses kehidupan mereka. Faktor persekitaran sosial yang dimaksudkan termasuklah elemen-elemen kemanusiaan. Walaupun pelan perancangan ini mungkin memerlukan belanja yang besar bagi mewujudkan sekolah yang baru namun ianya masih boleh diwujudkan dengan membaikpulih sistem pengambilan pelajar di sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah-sekolah asrama harian. pengaruh rakan sebaya dan pengaruh masyarakat. Sepertimana yang kita ketahui betapa perpaduan yang rapuh akan menganggu kestabilan ekonomi negara di mana pelabur dan pelancong asing takut untuk menjejakkan kaki ke Malaysia disebakan oleh rusuhan kaum dan sebagainya yang sekaligus pendapatan dalam negara menjadi berkurangan. jika kanak-kanak atau anak muda sudah menjalani persekitaran yang menjurus pada perpaduan Malaysia sedari kecil lagi sudah pastilah mereka akan mempunyai jati diri Malaysia yang mantap dan sanggup berkorban bukan sahaja demi bangsa mereka tetapi juga demi masyarakat Malaysia yang pelbagai tanpa mengira agama dan warna kulit. maklum balas. Justeru itu. Faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial seperti permodelan. Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.1. 2. Selain itu. faktor persekitaran sosial juga boleh memberi kesan secara hubungan timbal balas terhadap proses pembentukan tingkah laku dan jati diri seseorang. seperti pengaruh ibu ibapa. pengaruh guru-guru.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. tandas dan surau. dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Melalui Gagasan 1Malaysia daripada sudut ekonomi. diwajibkan bagi setiap pemilik kedai di Pusat Dagangan Etnik tersebut bersama-sama turun padang bagi menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti jualan amal dan sebagainya bagi membantu etnik-etnik yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi. Susunan kedai yang diaturkan mestilah tidak mengumpulkan satu etnik di kawasan yang sama. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif. mereka juga akan berkongsi kemudahan awam yang sama di kawasan tersebut seperti tempat makan. Setiap bulan. Seperti mana yang diperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) oleh Perdana Menteri keenam Malaysia dimana matlamatnya adalah bertujuan menjadikan Malaysia sebagai ekonomi maju dan berdaya saing dengan rakyatnya tanpa mengira kaum menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang inklusif dan mampan. pelan perancangan kedua yang dipilih ini adalah bagi mewujudkan satu Pusat Dagangan Etnik di mana di dalamnya terdiri daripada peniaga yang pelbagai etnik. semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama dan tiada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Kebersamaan dalam . Hal ini akan menyebabkan mereka saling berinteraksi di kalangan etnik yang berbeza. Oleh itu. Seperti yang dijelaskan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri. One People.ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Selain itu. ruang rehat. Peniaga-peniaga yang memohon untuk berniaga di situ mestilah mempunyai latar belakang etnik yang berbeza juga perlu diambil kira kuota bagi setiap etnik terbabit. Hal tersebut akan membolehkan mereka berinteraksi dan saling berhubung ketika bertembung.

3 Taman Perumahan Pelbagai Etnik Bermula daripada komuniti yang paling kecil iaitu daripada didikan anak-anak di rumah seterusnya masyarakat. pemikiran dan perasaan manusia pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruhpengaruh persekitaran. Oleh itu. kebersamaan dan saling mengenal antara etnik tersebutlah yang akan merapatkan hubungan antara etnik. terutama sekali oleh harapan dan desakan yang dibuat oleh orang yang rapat dengan diri mereka seperti rakan sebaya. Ibu bapa ialah orang yang berperanan penting di dalam memupuk semangat perpaduan anakanak di Malaysia. pewujudan kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai etnik dari seluruh Malaysia dapat mewujudkan satu komuniti Malaysia yang baru.sesuatu program dan komuniti akan merapatkan hubungan antara etnik terbabit sekaligus membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.1. Berne (1964) menyatakan tingkah laku. saling berinteraksi dan berkongsi kemudahan serta perkhidmatan begi memenuhi keperluan hidup dan mencapai kesejahteraan. keluarga dan masyarakat dewasa. Isu seperti kampung Melayu. Mereka juga boleh mengajar anak-anak agar menghormati kaum dan agama orang lain. 2. Jika terdapat mengasingan tidak mungkin dua etnik yang berbeza akan saling mengenal dan memahami seterusnya saling menghormati budaya dan kepelbagaian budaya dan kepercayaan masingmasing. Perlu ditegaskan bahawa. Pihak pemaju perumahan mestilah menetapkan bilangan keluarga yang berbeza etnik di kawasan perumahan mereka. Komuniti merujuk kepada sekumpulan manusia yang tinggal bersama di sesuatu kawasan. Pelan perancangan yang dibentangkan juga tidak akan berkesan sekiranya tiada usaha dalam diri peniaga dan kerajaan sendiri dalam merealisasikannya. Jika hal ini dapat dilaksanakan oleh semua ibu bapa di Malaysia maka tidak mustahil kita telah menyiapkan pelantar atau pemangkin paling asas kepada usaha perpaduan etnik yang erat di Malaysia Menurut perspektif sarjana Barat. Sebagai contoh ibu bapa perlulah berbaik-baik dengan jiran yang berlainan kaum dan agama. kampung Cina tidak . Inilah satu cara yang dilihat paling berkesan dan halus dalam membentuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.

Oleh itu. berjalan kaki. Kanak-kanak yang membesar dalam lingkungan etnik yang pelbagai sudah pastilah tiada masalah untuk menjadikan mereka rakyat yang mencintai negara dan bersemangat patriotik. kemudian barulah timbul persefahaman dan seterusnya mewujudkan semangat saling sanggup berkorban. pelan perancangan adalah dirangka bagi mewujudkan satu persekitaran yang kondusif bagi memangkinkan satu komuniti masyarakat yang bersatu padu serta negara bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri yang tekal. bagi mewujudkan komuniti atau masyarakat yang mempunyai kebersamaan dan mendukung satu matlamat yang sama hendaklah dimulakan dengan saling mengenal. rukun tetangga dan sebagainya hendaklah selalu diadakan bagi merapatkan lagi hubungan di antara etnik tebabit. persekitaran yang mendorong kepada pengenalan di antara satu sama lain perlu diwujudkan kemudian dimantapkan lagi dengan langkah-langkah perpaduan yang lain yang lebih menekankan soal kesedaran dan kesefahaman. Walaubagaimanapun.sepatutnya wujud lagi pada zaman ini. Kesimpulan Cadangan serta pelan perancangan yang dirangka tidak sepenuhnya dapat dijayakan sekiranya tiada usaha serta kesedaran individu itu sendiri dalam bertanggungjawab melaksanakannya. Aktiviti yang paling digemari oleh rakyat Malaysia tidak kira yang muda mahupun yang berusia ialah bersukan. gotong-royong. Oleh itu. Setiap etnik akan diberikan tangungjawab yang berbeza bagi melicinkan aktiviti di kawasan perumahan terbabit contohnya masak bersama-sama. Mereka akan terbiasa hidup dalam keharmonian masyrakat yang pelbagai seterusnya melahirkan generasi yang tidak prejudis terhadap bangsa lain. mengemas dewan. Selain itu. Aktiviti-aktiviti seperti bersukan. perlawanan persahabatan perlu selalu diadakan bagi memastikan etnik-etnik terbabit sentiasa berjumpa dan berinteraksi. membuat persembahan dan lain-lain lagi. aktiviti seperti senamrobik. Nurul Husna Binti Roslan .

ketika saya mencari bahan untuk penghasilan tugasan ini saya dengan tidak sengaja telah terjumpa buku berkaitan etnik Cocos ini. saya tertarik dengan etnik ini yang sepanjang kehidupan saya tidak pernah mengetahui akan kewujudannya. Sikh dan Iban. Pada mulanya. Orang Melayu Cocos. Tugasan ini mempunyai empat bahagian di mana bahagian pertama dan kedua adalah berdasarkan kumpulan manakala tugasan ketiga dan refleksi adalah berdasarkan individu. Hjh. kami membahagikan tugasan pertama dan kedua secara adil di mana saya dan Bung akan mencari dan mengumpul maklumat berkaitan dua etnik di Malaysia iaitu satu di Semenanjung manakala etnik kedua ialah etnik di Sabah manakala Bung pula ditugaskan untuk mencari dan mengumpul maklumat berkaitan etnik di Sarawak dan satu di Semenanjung. Kami menerima tugasan ini pada 19 Februari 2013 dan mula mencari bahan pada hari selepasnya. setelah penerangan yang diberikan oleh Pn. Aminlin saya mendapat kefahaman dan penerangan yang jitu berkaitan tugasan ini. . Alhamdulillah.(921127-01-6058) Refleksi NAMA: NURUL HUSNA BINTI ROSLAN NO. Namun. akhirnya kerja kursus ini berjaya disiapkan dengan ilham dan iradat Allah. sukar bagi saya untuk memulakan tugasan ini kerana agak sedikit keliru berkaitan soalan pertama dan kedua yang mengkehendaki kami mengumpul maklumat berkaitan empat kumpulan etnik dan menghasilkan buku skrap berdasarkan maklumat yang diperolehi. Saya telah memilih untuk mencari maklumat berkaitan Orang Melayu Cocos dan Serani atau Papia Kristang. Oleh itu. Saya dan Bung Qian Min rakan sekumpulan saya telah memilih untuk membuat kajian berkaitan masyarakat Serani. Pada mulanya saya berhasrat untuk memilih kaum Melayu tetapi ketika saya mencari maklumat berkaitan etnik di Malaysia. KAD PENGENALAN: 921127-01-6058 Alhamdulillah.

saya merasa sangat teruja untuk mengkaji kebudayaan etnik lain. Walhal kelahiran etnik itu sendiri tidak banyak menulis tentang kebudayaan etnik mereka. bukanlah milik orang Melayu atau milik mutlak sesuatu bangsa. bangsa dan warna kulit bukanlah ukuran kepada kemuliaan seseorang. Setiap daripada kita mempunyai pandangan semesta yang berbeza. Namun. “di mana bumi di pijak. setiap pengajaran yang kita perolehi daripada sejarah bangsa nenek moyang kita haruslah dijadikan panduan dalam merangka kehidupan kita pada masa akan datang. Sebagai khalifah di bumi Allah ini kita sepatutnya belajar menerima keunikan setiap makhluk ciptaan Tuhan dan belajar mengadapatasi kehidupan kita dengan keadaan sekeliling. Melalui tugasan ini. Kita diwujudkan di muka bumi ini untuk saling belajar dan melengkapi. Kita dapat menerima seseorang daripada etnik yang berbeza itu dengan hati terbuka sekiranya faham akan ideologi dan kehidupan yang mereka jalani. Manakala bagi etnik Papia Kristang juga baru saya tahu akan keunikannya tentang budaya dan gaya hidup mereka yang telah lama wujud di negara ini. di situ langit dijunjung”. Kita tidak akan mudah menghina dan menganggap mereka sebagai bangsa yang rendah dan bangsa kitalah yang mulia sekiranya kita tahu dan faham bahawa setiap kehidupan di dunia ini mempunyai keunikan yang tersendiri. . Saya belajar bahawa dunia ini dan isinya bukanlah milik kita. Walaupun etnik ini wujud dan popular di Melaka di mana sangat dekat dengan negeri saya di Johor namun saya tidak pernah cakna akan kebudayaan mereka malahan tidak pernah dengar akan etnik Papia Kristang ini. Hal ini disebabkan oleh etnik minoriti ini tidak ramai yang mengkaji tentangnya. terdapat juga buku-buku dan kajian yang dijalankan oleh pengkaji kebudayaan dan sejarah Malaysia di perpustakaan yang membantu saya mencari bahan. Agama. secara individu sekalipun kita mempunyai perbezaan personaliti dan sikap. Tanah ini. Sepanjang tempoh tugasan ini dilaksanakan terdapat beberapa kekangan yang kami hadapi seperti maklumat yang tidak mencukupi.Sejarah kehidupan etnik minoriti ini sangat menarik dan saya rasa sangat teruja untuk berkongsi maklumat tentangnya. Oleh itu. Orang yang bijak belajar daripada pengalaman orang lain. Waima. Hanya mereka yang berada di jalan yang benar dan akhlak yang benar itulah mereka yang berjaya dan mulia.

... ... Sebelum ini saya mempunyai pandangan bahawa orang cina adalah begini dan orang india adalah begitu. Sebagai contoh jika kita hidup di negara Arab sudah pastilah kita kena menguasai bahasa dan kebudayaan di sana.. Selain itu.. Hal tersebut merupakan kesan daripada didikan atau pendoktrinan pandangan yang salah sedangkan nilai kemanusiaan adalah sama sahaja bagi setiap etnik.... Begitu juga jika hidup bersama etnik lain hendak atau tidak kita kena mengetahui dan mengenal mereka supaya dapat hidup bersama. persekitaran keluarga sangat memainkan peranan yang penting di mana ibu bapa sendiri tidak sepatutnya memberikan pandangan yang negatif terhadap kaum lain..Pada pandangan peribadi saya sendiri subjek Hubungan Etnik ini sangat wajar di ajarkan di kelas dan institusi pengajian tinggi.. Walaubagaimanapun.......... Mencuri adalah perbuatan yang salah tetapi silap jika kita mengatakan bahawa etnik-etnik tertentu itu memiliki sifat mencuri daripada keturunan mereka. sebagai kerajaan atau individu yang bertanggungjawab perlulah mewujudkan persekitaran yang membantu kepada wujudnya kesedaran perpaduan itu..... (NURUL HUSNA BINTI ROSLAN) ... Saya merasakan bahawa hanya kebersamaan dalam satu komuniti yang pelbagai dapat memupuk sesorang itu mengenali budaya lain......... Kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika sesi pembelajaran dan pengajaran sangat memberikan kesan kepada pemikiran dan pandangan saya terhadap masyarakat dan etnik di Malaysia...... Kesimpulannya..... Kehidupan keluarga yang mendoktrin diri saya sendiri membenci atau tidak menyukai beberapa etnik di Malaysia adalah tidak patut sama sekali......... Kita telah cukup dewasa untuk memahami dan menghadam ideologi perpaduan ini.... rasa perpaduan itu perlu dipupuk dan diberi kesedaran atas peranan individu itu sendiri.

Kuala Lumpur. Proses Dan Perbahasan Edisi Kedua. WARISAN Inked.Aziz Deraman. The Other Press : Kuala Lumpur Syed Mahadzir Syed Ibrahim & Prof Madya Mohd Shah A’shaari.BIBLIOGRAFI A. Negara-Bangsa. Lembaga Services Penyelidikan : Undang-undang. Jaya. 2008. 2010. Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. Selangor. Pahang. Abdul Rahman Embong. Law 2005. 2006. 2003. 1992. The Malays Their Problems and Future. PTS Publication & Distributors Sdn. Pencapaian Diutamakan. . Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Selangor Perlembagaan International Persekutuan. Rakyat Didahulukan. Pendidikan Negara Bangsa. Bhd. Kampus PTS. Book Petaling Syed Husin Ali. Bhd. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Arena Ilmu Sdn. Gagasan Najib: 1 Malaysia.