You are on page 1of 29

PENDAPAT TOKOH-TOKOH PENDIDIK TENTANG PERANAN GURU

AHLI KUMPULAN

: VIJAYA PRIYA A/P PALANIANDY VANAJA DEVI A/P VALAYAPATHI

UNIT

: BAHASA TAMIL 2

NAMA PENSYARAH : DATO.ALIAS BIN HJ. ZAKARIA

Berdasarkan buku Karakter Guru oleh Mohd


Sahandri Gani Hamzah, guru ditafsirkan sebagai seseorang yang mengajar pelajar di sesebuah institusi pendidikan atau menyediakan, mengeluarkan bahan pelajaran dan memeriksa jawapan yang dikembalikan melalui pusat pendidikan jarak jauh termasuklah oleh guru

besar atau pengetua.

Carl roger
Menurut pandangan teori humanisme guru adalah sebagai fasilitator

yang berperanan aktif dalam :


membantu menciptakan iklim kelas yang kondusif agar pelajar bersikap positif terhadap belajar

membantu pelajar untuk memperjelas tujuan belajarnya dan


memberikan kebebasan kepada pelajar untuk belajar

membantu pelajar untuk memanfaatkan dorongan dan cita-cita mereka sebagai kekuatan pendorong belajar menyediakan berbagai sumber belajar kepada pelajar menerima pertanyaan dan pendapat, serta perasaan dari berbagai pelajar sebagaimana adanya

Ima Al-Ghazali r.a


1. Guru perlu menaruh rasa kasih sayang terhadap murid dan melayan mereka seperti melayan anak sendiri. 2. Guru tidak mengharapkan balas jasa ataupun ucapan terima kasih, tetapi mengajar dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah dan

mendekatkan diri kepadaNya.


3. Guru hendaklah menyampaikan nasihat kepada murid pada tiap kesempatan bahkan gunakan setiap kesempatan untuk menasihati dan menunjuk ajar murid.

4. Guru hendaklah mencegah murid daripada sesuatu akhlak yang


tidak baik dengan jalan halus dan bukan dengan cara mencela.

5. Guru yang mengajar suatu matapelajaran tertentu hendaklah jangan memperlekehkan matapelajaran yang lain. Dia hendaklah membuka peluang kepada murid mempelajari cabang ilmu baru.

6. Guru hendaklah berbicara dengan bahasa yang mudah dan dapat difahami dalam menyampaikan pelajaran.

7. Para guru juga hendaklah menyampaikan kepada murid yang

lemah menurut kemampuan mereka dengan memilih pelajaran


yang mudah dan jelas.

8. Para guru hendaklah mengamalkan ilmunya, dan amalan hendaklah bertepatan dengan apa yang diajar.

WF Connell 1972
Peranan guru sebagai pendidik (nurturer) merupakan peranan-

peranan yang berkaitan dengan tugas-tugas memberi bantuan dan


dorongan (supporter), tugas-tugas pengawasan dan pembinaan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan

mendisiplinkan anak agar anak itu menjadi patuh terhadap peraturan -peraturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat.

Peranan guru sebagai pelajar (learner).


menambah pengetahuan dan kemahiran pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pembangunan tugas profesional Guru sebagai administrator. sebagai administrator pada bidang pendidikan dan pengajaran. Segala pelaksanaan dalam kaitannya proses belajar mengajar perlu diadministrasikan secara baik.

Peranan guru sebagai model atau contoh bagi anak. mengharapkan guru mereka boleh menjadi contoh atau model baginya. tingkah laku pendidik harus sesuai dengan norma-norma yang dianuti oleh masyarakat, bangsa dan negara. Peranan guru sebagai pengajar dan pembimbing dalam pengalaman

belajar.
memberikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman lain di luar fungsi sekolah

Kurikulum harus mengandungi hal-hal tersebut di atas sehingga


kanak-kanak mempunyai peribadi yang sesuai dengan nilai-nilai hidup yang dipegang oleh bangsa dan negara

Mc Ewan (2001),
Terdapat 10 peranan guru. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar :

peribadi

intelektual Beransurkan pengajaran

Goh (2005)
Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili peranan guru yang berkesan, iaitu :
mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya.

positif pencegahan
proaktif

berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu

guru perlu memberi pertimbangan kepada beberapa isu menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah

Choong (2009

Kualiti peribadi

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

Penghayatan dan amalan nilai

Kualiti Peribadi. Setiap guru perlu menunjukkan kualiti peribadi yang baik kepada orang lain. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi

Bersemangat
berupaya menyesuaikan diri bersikap positif bermotivasi melayan murid-murid sebagai individu Berani menghadapi cabaran untuk menjayakan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid.

Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan muridmurid menimba ilmu baru. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat.

guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik


di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri merekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan

pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan


pengalaman pendidikan yang wajar.

Penghayatan Dan Amalan Nilai. Nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti pengurusan murid. boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan

dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas


professional mereka.

Abu Bakar Nordin (2003)


Seorang guru harus ada sifat profesionalisme yang tinggi.

Guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para pelajar dalam
pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Seorang guru harus mengamalkan disiplin cemerlang . Etika dan tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan

harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan.

John dewey
Guru harus berperanan sebagai mediator atau fasilitator yang membantu proses belajar seorang pelajar. Oleh kerana itu, seorang guru memiliki tiga tugas utama:

Seorang guru memungkinkan pelajarnya untuk menjalankan proses belajar atau membentuk pengertiannya sendiri. Yang perlu diperhatikan di sini adalah guru menyediakan pengalaman belajar

bagi pelajar itu sendiri. Mengajar dalam bentuk ceramah bukanlah


menjadi tugas utama seorang guru.

Guru memonitor atau mengevalusi proses berfikir pelajar dan cara mengekspresikan fikiran .

Guru memberikan kegiatan-kegiatan yang membangkitkan rasa ingin tahu pelajar dan membantu pelajar untuk mengekspresikan pendapat-pendapatnya atau mengkomunikasikan idea ilmiah mereka. Guru memberi semangat kepada pelajar untuk berfikir, mencari pengalaman baru.

Mohd Taib Hj. Dora, 2005


Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti

untuk meningkatkan profesion perguruan. Guru yang berkualiti


merupakan guru yang profesional mahir dalam semua hal perguruan tentang teori dan amalannya

pengajaran dan pembelajaran


peka terhadap perkembangan pendidikan mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada tatasusila profesion perguruan.

Guru perlu membaca sebanyak mungkin buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar Sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum.

Khalid Mohamed Nor (1993)


Guru juga perlu sentiasa memberi dorongan kepada pelajar kerana kegiatan yang dilakukan tanpa dorongan akan menyebabkan kegagalan. Dengan mempunyai dorongan, pelajar itu akan menumpukan perhatian semasa tempoh pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kawan kepada pelajarnya. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar .

AL- FARABI
Guru mesti menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan

yang memudahkan pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan


sambil tidak mengelirukan mereka. Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play) dalam pengajaran mereka. Guru hendaklah mengelak memberi hukuman yang keterlaluan kerana ini akan membuat pelajar benci kepada guru. Sebaliknya, jika guru terlalu lembut, kemungkinan pelajar tidak memberi perhatian dan menjadi malas.

CONFICIUS
Guru hendaklah menyampaikan ilmu dengan penuh minat,

komited dengan kerjayanya. Dia harus mempunyai pengetahuan


luas dan kukuh tentang mata pelajaran. Guru mesti memahami tingkah laku unik setiap pelajar dan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan keupayaan dan umur pelajar. Guru perlu menunjukkan kesopanan dan budi bicara ketika bercampur gaul dengan orang lain.

Guru hendaklah menjadi teladan yang baik kepada pelajar, sentiasa menganalisis diri sendiri dan sanggup menerima kritikan.

Guru mesti sentiasa belajar serta sentiasa mengaitkan teori dengan amalan.

Vivekananda [1863-1902]
Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau. Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk. Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa,

taraf sosioekonomi, kasta atau jantina.

Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar yang membolehkan mereka membezakan di antara yang relevan dan tak relevan. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang hendak disampaikan serta kaedah menyampaian

pengetahuan berkenaan.
Menurut Vivekananda, guru yang berkesan ialah guru yang dapat menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar.

Plato (482 348 S.M.)


Guru hendaklah berhati-hati mendisiplin kanak-kanak kerana kekerasaan keterlaluan boleh menyebabkan murid tidak bermaya, lemah semangat, putus asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. Guru tidak boleh mendiskriminasi diantara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Guru hendaklah menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan musik dan pendidikan jasmani yang dapat memperkasakan minda dan badan mereka.

TERIMA KASIH

You might also like