Tahap Pengetahuan Pelajar Tentang Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup bersepadu Di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Putrajaya

METODOLOGI Pelajar: Nur Izzaty Binti Rosli Penyelia: Dr Mohd Zolkifli Bin Abd Hamid PENGENALAN Aktiviti amali biasanya dijalankan di bengkelbengkel KHB seperti bengkel kayu, perpaipan, logam, elektrik dan elektronik, pertanian, memasak dan jahitan. Semasa menjalankan aktiviti amali, pelajar perlu menggunakan alatan tangan dan mesin. Kesemua alatan ini berpotensi untuk mengundang kemalangan dan kecederaan kepada pelajar dan juga guru jika pemantauan dan penyeliaan keselamatan alatan dan persekitaran tidak dilaksanakan Pelajar perlu didedahkan di peringkat awal lagi sama ada secara langsung atau tidak langsung mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri dan persekitaran (1). Guru KHB perlu tegas dalam usaha menerap amalan peraturan keselamatan bengkel yang telah digariskan, supaya menjadi kebiasaan kepada pelajar sehingga mereka melangkah ke alam perkerjaan kelak. Sesuatu P&P itu dianggap berjaya apabila pelajar dapat mempraktikkan amalan keselamatan yang betul semasa menjalankan aktiviti amali dibengkel (2). OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan penguasaan amalan keselamatan bengkel di bengkel KHB bagi pelajar di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Putrajaya. Tahap-tahap pengetahuan yang ingin dikenalpasti meliputi pengetahuan pelajar tentang peraturan keselamatan bengkel KHB, pengetahuan pelajar tentang cara pengendalian peralatan tangan (tools), pengetahuan pelajar tentang cara penyenggaraan peralatan tangan dan pengetahuan pelajar tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan. Kaedah kualitatif dan triangulasi metod yang merangkumi kaedah temu bual, pemerhatian bukan partisipan dan semakan dokumen diaplikasikan didalam kajian ini. Kaedahkaedah ini saling berhubung antara satu sama lain untuk memperkuatkan kepercayaan dan kesahan dapatan kajian. Data-data yang diperolehi dari temu bual mendalam dan juga pemerhatian ditranskripkan ke dalam bentuk teks untuk proses analisis. Ini memudahkan penyelidik untuk melakukan pemilihan dan menggabungkan beberapa deskripsi, menyelitkan ungkapan dan pernyataan yang membawa erti, menyisipkan petikan bermakna daripada catatan dalam nota lapangan serta interpretasi penyelidik sendiri terhadap fenomena yang diselidik bagi menstruktur semula data ke dalam bentuk realiti yang boleh dikenali dan difahami (3). DAPATAN DAN RUMUSAN KAJIAN

Pengukuran tahap pengetahuan pelajar tentang setiap persoalan kajian dilakukan dengan melihat kejelasan partisipan menjawab setiap persoalan yang diajukan. Walaubagaimanapun, terdapat soalan-soalan tersirat yang apabila dianalisis dan dirumuskan dapat dilihat kerelevanan soalan tersebut.Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar memiliki pengetahuan yang tinggi tentang peraturan keselamatan bengkel KHB, di mana peraturan keselamatan tersebut diamalkan dengan baik oleh pelajar. Tahap pengetahuan pelajar tentang pengendalian alatan juga tinggi yang mana mereka dapat menjelaskan tentang langkah-langkah menggunakan alatan yang betul dan selamat dengan baik. Manakala dari segi pengetahuan penyenggaraan alatan, adalah di tahap rendah. dalam konteks kajian ini dapat dikenalpasti bahawa pelajar tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam penyenggaraan alatan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelajar boleh menghadapi situasi kecemasan dengan baik kerana mereka mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam rawatan kecemasan dan juga penggunaan alat pemadam api.

Page | 1

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (3) Othman Lebar (2007). Zaiton Abdul Majid (1994).RUJUKAN (1) Halimaton Hamdan. Penyelidikan Kualitatif – Pengenalan Teori dan Metod. Dewan Bahasa dan Pustaka (2) Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Kuala Lumpur. Keselamatan Makmal. Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn Bhd Page | 2 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful