You are on page 1of 5

LAMPIRAN R1/KPLI

UNIT PRAKTIKUM PANDUAN PRAKTIKUM (EDISI PELAJAR)

PRAKTIKUM Tarikh : 15 Julai 20 Sept 2013 (8 Minggu)

PISMP Ambilan Januari 2011

A. PENEMPATAN 1. Pelajar ditempatkan di sekolah berhampiran dengan mengambil kira keperluan mata pelajaran dan kesediaan sekolah. B. PERLANTIKAN GURU PEMBIMBING 1. Setiap pelajar akan dibimbing oleh seorang guru pembimbing major. 2. Seorang guru pembimbing boleh membimbing tidak lebih 2 orang pelajar. 3. Perlantikan guru pembimbing adalah kuasa dan budi bicara Guru Besar berdasarkan syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan. C. KEHADIRAN PELAJAR SEMASA PRAKTIKUM 1. Pelajar wajib hadir praktikum 100%. 2. Praktikum adalah satu tempoh latihan dan penilaian yang berterusan, dan pelajar perlu sentiasa berada di sekolah pada waktu persekolahan yang ditetapkan. 3. Sepanjang tempoh praktikum pelajar tidak dibenarkan mengikuti sebarang kursus, bengkel atau mesyuarat yang menyebabkan pelajar meninggalkan kehadiran di sekolah. (Kursus atau bengkel diluar waktu persekolahan dibolehkan dengan izin guru besar.) 4. Setiap ketidakhadiran (jika ada) mestilah disokong dengan dokumen yang sah seperti sijil cuti sakit, surat pengesahan kematian keluarga terdekat, surat kuarantin dan sebagainya. (Dokumen asal yang disahkan oleh Guru Besar hendaklah diserahkan kepada Unit Praktikum bersama-sama borang rekod kehadiran.) D. TUGAS & TANGGUNGJAWAB PELAJAR SEMASA PRAKTIKUM 1. Menghadiri taklimat praktikum. 2. Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum. 3. Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum.
1 daripada 5

LAMPIRAN R1/KPLI

4. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sekolah. 5. Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat-maklumat lain kepada pensyarah major sebelum prapenyeliaan. 6. Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan sekolah. 7. Hadir di sekolah sepanjang tempoh praktikum. 8. Melengkap dan menghantar borang kehadiran ke Unit Praktikum pada minggu pertama setiap bulan. 9. Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah. 10. Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. 11. Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar. 12. Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. 13. Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang pengajaran. 14. Melaksanakan pengajaran secara berpasangan dan individu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P). 15. Mengamalkan penulisan jurnal secara reflektif berdasarkan isu, masalah atau pencapaian yang dikenalpasti sekurang-kurang sekali seminggu berdasarkan garis panduan penulisan jurnal. 16. Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan. 17. Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum. 18. Mengisi Borang Refleksi Praktikum. E. JADUAL WAKTU DAN PERSEDIAAN MENGAJAR 1. Waktu mengajar 8 12 waktu major seminggu. Wajib mengajar mata pelajaran major yang telah ditetapkan. 2. Rancangan Pengajaran Semester (RPS) untuk tempoh praktikum wajib disediakan secara bertulis atau cetakan komputer. (Salinan fotocopy/fotostat tidak dibenarkan.) 3. RPS yang dibina mestilah berasaskan kepada perancangan tahunan yang telah dibuat oleh sekolah. (Penyediaan RPS yang tidak selari dengan perancangan tahunan sekolah akan menyebabkan pelajar ketingalan dalam pelajaran selepas ta) 4. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mesti disediakan secara tulisan tangan dalam buku persediaan mengajar praktikum yang telah dikhaskan.

2 daripada 5

LAMPIRAN R1/KPLI

5. Butiran berkaitan di muka surat 1 12 dan senarai nama murid dalam Buku Persediaan Mengajar Praktikum mestilah dilengkapkan dalam minggu pertama praktikum. 6. Persediaan mengajar dan bahan bantu mengajar mesti dirancang dan disediakan sebelum pengajaran bermula dengan mengambil kira faktor; a. Topik/Kemahiran yang telah ditentukan dalam RPS b. Pengetahuan sedia ada pelajar c. Tahap kepintaran pelajar d. KBKK dan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan e. Kesesuaian teknik dan strategi pengajaran 7. Melaksanakan pengajaran berpasangan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh 4 seminggu mulai minggu pertama dan minggu ke-2 sepanjang tempoh praktikum. (Rujuk Panduan pengajaran berpasangan.) 8. Refleksi mestilah ditulis di akhir setiap sesi pengajaran.

F. AMALAN REFLEKSI 1. Refleksi mesti ditulis di akhir setiap sesi pengajaran. 2. Is merupakan Post-mortem pelajar terhadap perancangan dan pelaksanaan sesi pengajaran yang telah berlaku. 3. Refleksi mestilah reflektif, iaitu pelajar dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam perancangan dan pelaksanaan sesi pengajaran berkenaan serta tindakan susulan untuk menjamin kualiti pengajaran yang akan datang. 4. Tahap-tahap dalam penilaian Amalan refleksi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Tahap 1 a. Catatan Refleksi Membuat catatan tetapi kurang memperlihatkan usaha untuk membuat refleksi. (Catatan berbentuk laporan). Catatan refleksi kurang berkualiti. Membuat catatan tetapi kurang kurang mengambil tindakan susulan dan menunjukkan usaha meningkatkan kualiti diri. Dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pengajaran pembelajaran serta mengambil tindakan susulan. Menunjukkankemata ngan dalam membuat refleksi kritikal dan ulasan kendiri. Kebolehan membuat tindakan susulan. Memperlihatkan perkembangan dan peningkatan kualiti diri. Membuat catatan tetapi tidak memperlihatkan usaha untuk membuat refleksi. (Catatan berbentuk laporan). Catatan refleksi tidak berkualiti. Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

b. Pemikiran Reflektif Tidak berusaha untuk Kurang berusaha untuk menilai diri. menilai diri. Tidak dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat Kurang dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat

Ada usaha untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri, tetapi tidak dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat

Sentiasa berusaha untuk menilai kelemahan dan kekuatan diri. Dapat

Dapat mengenalpasti serta menilai kekuatan dan kelemahan diri dengan amat jelas.

3 daripada 5

LAMPIRAN R1/KPLI

tentang tindakan yang telah diambil. Tidak menunjukkan usaha untuk merancang dan membuat tindakan susulan.

tentang tindakan yang telah diambil. Kurang menunjukkan usaha untuk merancang dan membuat tindakan susulan.

tentang tindakan yang diambil. Kurang mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens.

menghubungkaitka n sebab dan akibat tindakan yang diambil. Dapat mengaitkan situasi dan pengalaman untuk membuat inferens.

Dapat menghubungkaitkan sebab dan akibat tindakan yang diambil. Dapat mengaitkan sebab dan akibat untuk membuat inferens. Dapat meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan dengan mengambil kira unsur KMD.

Jadual 1: Tahap-tahap dalam penilaian amalan refleksi pelajar semasa praktikum

G. KES PELAJAR BERMASALAH 1. Pelajar dikategorikan sebagai bermasalah jika tidak melaksanakan tanggungjawab praktikum seperti yang telah ditentukan dalam Garis Panduan Praktikum yang sedang berkuatkuasa, iaitu termasuklah; a. Tidak menulis Rancangan Pengajaran Semester (RPS), Rancangan Pengajaran Harian (RPH), jurnal dan refleksi dengan betul. b. Tidak melaksanakan pengajaran berpasangan. c. Tidak memberikan kerjasama kepada pengetua dalam menjayakan aktiviti dan program sekolah. d. Tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran Guru Besar. e. Gagal mematuhi peraturan sekolah. f. Mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran atau garis panduan yang telah ditetapkan. g. Gagal menunjukkan keterampilan sebagai seorang guru. h. Melakukan kegiatan jenayah. i. Aktif dalam kegiatan politik. j. Mengandung atau melahirkan anak. 2. Semua kes bermasalah yang dilaporkan, akan diambil tindakan sewajarnya oleh Unit Praktikum. H. BIMBINGAN DAN PENYELIAAN 1. Penyeliaan praktikum adalah berasaskan kepada prinsip Pencerapan Klinikal. Sehubungan itu, pelajar bertanggungjawab untuk berbincang dengan guru pembimbing atau pensyarah pembimbing sebelum dan selepas sesi pengajaran.

4 daripada 5

LAMPIRAN R1/KPLI

2. Lakukan pada bila-bila masa berdasarkan jadual waktu P&P pelajar. (Jadual penyeliaan yang dikemukakan hanya sebagai tentatif untuk perancangan pensyarah. Kuasa mutlak menentukan masa penyeliaan adalah ditangan pensyarah dan guru pembimbing.) 3. Penyeliaan dan bimbingan yang diberikan adalah berasaskan piawaian yang setara berdasarkan rubrik yang telah ditetapkan. (Rujuk Rubrik PR1 dan PR1/P). 4. Jadual 2 di bawah menunjukkan agihan penyeliaan untuk pelajar KPLI SR yang mengikuti latihan perguruan. 5.
Bimbingan Praktikum Kursus PISMP P1 Mata Pelajaran Major Pra Penyeliaan 1 IPGM 1 Sekolah 2 Penyeliaan Bersama 1 Jum 5

6. Wajaran Penilaian Praktikum KPLI SR 5.1 Penilaian bagi praktikum dibuat berdasarkan mata pelajaran Major (100%). 5.2 Markah keseluruhan praktikum ialah 100% (Rujuk Jadual 3) Bidang Major Wajaran 100 % Jumlah Besar 100 %

I. PENULISAN JURNAL 1. Jurnal perlu ditulis setiap minggu. 2. Ia merupakan satu catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. 3. Ia bertujuan untuk membantu pelajar melatih diri merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas dalam mengambil tindakan susulan. 4. Sila rujuk Panduan penulisan jurnal. J. PORTFOLIO PRAKTIKUM 1. Sila gunakan senarai semak yang disediakan bagi mengenalpasti dokumen yang perlu ada dalam portfolio. 2. Ia boleh disediakan mengikut kreativiti pelajar tetapi mestilah tersusun secara sistematik, kemas dan mudah dirujuk. 3. Sila rujuk Garis Panduan Penulisan Portfolio.

5 daripada 5