You are on page 1of 10

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 3503 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN: PENDIDIKAN INKLUSIF AKTIVITI 2 NAMA: ERWAN BIN HAMID NO MATRIK 750328125839001

SEMESTER JAN 2013

KERTAS KERJA Program Pendidikan Inklusif Murid-Murid Berkeperluan Khas


1

SEKOLAH KEBANGSAAN WAKUBA TAWAU

Anjuran : Guru Pendidikan Khas Sk.Wakuba Tawau 1.0 Murid Berkeperluan Khas (Subjek Kajian) Saya telah mengenal pasti seorang murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas berdasarkan rekod penilaian akademik, temu bual dengan guru kelas dan mata pelajaran, laporan kokurikulum dan rekod kemajuan murid. Murid A ini merupakan murid tahun 3 di Sk.Wakuba, Tawau. Murid A ini telah mengikuti program Pemulihan sejak daripada tahun 1 sehingga kini. Rekod guru Pemulihan menunjukkan prestasi murid A ini sangat lambat dan sukar untuk dipulihkan. Murid ini masih belum menguasai kemahiran membaca dan kemahiran mengira. Berdasarkan maklumat daripada guru pemulihan murid A ini masih tidak berganjak daripada kemahiran suku kata KV dan bagi subjek matematik masih lagi berada pada kemahiran menolak dalam lingkungan 10. Kedua-dua kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang terawal dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Murid ini telah dirujuk di hospital dan telah disahkan bahawa murid ini merupakan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran (slow learner atau lembam). Murid slow learner atau lembam ini merupakan murid yang sukar dan sangat lambat dalam menguasai satu-satu kemahiran. Murid ini tidak boleh diajar dengan hanya menggunakan strategi pengajaran biasa dan latih tubi. Hal ini kerana, murid ini cepat lupa dan sangat lambat

menerima pembelajaran. Oleh itu, satu strategi atau intervensi yang mestilah dirancang untuk membantu murid A ini menguasai kemahiran asas membaca dan mengira. 2.0 Latar belakang subjek kajian Murid ini merupakan murid pemulihan selama 3 tahun berturut-turut. Murid ini juga mempunyai rekod disiplin yang tidak baik iaitu murid ini sering kali bergaduh, tidak mendengar arahan guru, melawan guru dan tidak membuat kerja yang diberikan serta tidak memberi perhatian semasa di kelas. Murid ini berasal daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah. Murid ini juga menerima bantuan daripada sekolah seperti bantuan RMT dan bantuan kerajaan bagi murid miskin. Berdasarkan rekod sekolah, adik beradik murid ini semuanya pernah dimasukkan ke dalam Program Pemulihan. Adik beradik murid A ini berjaya dipulihkan selepas tahun 3 akan tetapi bagi murid A ini amatlah sukar untuk dipulihkan.

Gambar 1 : Kabil bin Harun 2.1 Penglibatan Keluarga dalam Pendidikan Khas Pernyataan yang terdapat dalam Modul HBSE 1103 telah mengatakan bahawa penglibatan ibu bapa dalam Pendidikan Khas amat penting. Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam pendidikan khas. Kini. Lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang 3

anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru Pendidikan Khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Hasil daripada pernyataan di atas, kita boleh simpulkan di sini bahawa penglibatan ibu bapa amat penting untuk menjayakan program pendidikan inklusif. Kita boleh meminta maklumat peribadi dan ciri-ciri anak mereka untuk membantu kita merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi anak mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh membantu guru dengan menerapkan nilai-nilai murni kepada anak mereka serta meluangkan masa untuk mengajar anak mereka apabila di rumah. Saya telah berbincang dengan ibu bapa murid A tentang Program Pendidikan Inklusif yang bakal diikuti oleh anak mereka. Ibu bapa murid A ini menunjukkan reaksi yang positif mengenai program Pendidikan Inklusif ini. Ibu bapa murid A ini telah membantu saya dengan memberikan maklumat dan ciri-ciri anak mereka. Maklumat ini dapat membantu saya untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan minat dan tahap murid A ini. Dengan adanya sokongan ibu bapa, murid A ini mendapat perhatian daripada ibu bapa sewaktu di rumah dan ibu bapa meluangkan masa untuk membantu anak-anak mereka menyiapkan kerja sekolah. Ini dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan meningkatkan penerimaan kendiri hasil daripada kasih sayang ibu bapa. 3.0 Program Pendidikan Inklusif (Subjek Kajian) Murid ini harus dimasukkan ke dalam Program Pendidikan Inklusif dengan kadar yagn segera. Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid ini ialah Program pendidikan Inklusif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Hal ini kerana, kedua-dua mata pelajaran ini terutamanya Bahasa Melayu merupakan asas kepada pencapaian bagi mata pelajaran lain seperti Sains, pendidikan Sivik dan lain-lain. Sekiranya murid tidak tahu membaca, murid A ini akan sukar untuk mempelajari mata pelajaran lain kerana kemahiran membaca ini merupakan asas kepada pembelajaran. Program pendidikan Inklusif Bahasa Melayu dan Matematik ini akan dikendalikan oleh guru pendidikan khas dan juga guru mata pelajaran. Murid-murid aliran perdana juga akan diterangkan mengapa perlunya pendidikan inklusif ini dan faedah yang mereka akan

perolehi jika mereka menyokong dan mengambil bahagian dengan aktif dalam Program Pendidikan Inklusif ini. 3.1 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Program Pendidikan Inklusif Aktiviti P&P Penggunaan Slaid Pengajaran Aktiviti Pembelajaran Koperatif (Dalam Kumpulan) Penggunaan Bahan Maujud (BBM) Pembelajaran berpasangan (murid perdana & murid khas) Penilaian Individu (lembaran Jumaat Tarikh Pelaksanaan Isnin Selasa Rabu Khamis Tindakan Guru perdana & Guru Pendidikan Khas Guru Perdana & Guru Pendidikan Khas. Guru Perdana & Guru Pendidikan Khas Guru Perdana & Guru Pendidikan Khas Guru Pendidikan Khas

kerja) * murid A akan diberikan Vitamin yang telah diluluskan oleh pihak Hospital. Jadual pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan selama 2 bulan. Setiap aktiviti pengajaran yang dirancang akan disesuaikan dengan topik subjek bagi Bahasa Melayu dan Matematik. Objektif Kajian Kes Membantu murid khas meningkatkan pencapaian dalam subjek Bahasa Melayu Membantu murid khas meningkatkan pencapaian dalam subjek Matematik Meningkatkan kemahiran komunikasi murid khas Meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal murid khas

Soalan kajian Adakah program pendidikan inklusif dapat meningkatkan pencapaian murid khas dalam subjek Bahasa Melayu Adakah program pendidikan inklusif dapat meningkatkan pencapaian murid khas dalam subjek Matematik 5

Adakah program pendidikan inklusif dapat meningkatkan kemahiran komunikasi murid khas Adakah program pendidikan inklusif dapat meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal murid khas

Kaedah Pengumpulan data pemerhatian : kaedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian. Pemerhatian yang dijalankan ialah pemerhatian tidak berstruktur. Guru khas akan menilai tahap peningkatan kemahiran komunikasi, kemahiran intrapersonal dan interpersonal murid khas sepanjang program pendidikan inklusif ini.

Ujian kertas pensel : kaedah yang kedua ialah kaedah ujian pra dan pasca. Ujian ini adalah untuk menilai peningkatan murid khas dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Sebelum program pendidikan inklusif ini dijalankan guru akan memberikan ujian pra kepada murid khas dan selepas 2 bulan guru akan memberikan ujian pasca. Analisis Dokumen : Analisis dokumen pula adalah berbentuk lembaran kerja. Setiap hari jumaat guru akan memberikan lembaran kerja kepada murid khas. Lembaran kerja ini adalah bertujuan untuk melihat peningkatan atau pencapaian murid pada setiap minggu. Lembaran kerja ini adalah bagi subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Analisis Data Data yang diperolehi daripada pemerhatian tidak berstruktur dianalisis menggunakan analisis kandungan. Pemerhatian tidak berstruktur dianalisis menggunakan nota lapangan. Nota lapangan ini merupakan rekod pemerhatian murid khas semasa menjalani program pendidikan inklusif di dalam kelas perdana. Pemerhatian tidak berstruktur ini melihat kepada peningkatan kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid khas. Ujian pula dianalisis menggunakan data statistik dan diterangkan secara kualitatif. 4.0 Laporan hasil kajian kes Hasil daripada program pendidikan inklusif ini murid A ini telah menunjukkan peningkatan di dalam ujian Bahasa Melayu dan Matematik. Peningkatan ini dapat dilihat daripada perbezaan markah daripada ujian pra dan pasca bagi kedua-dua subjek. Markah ujian pra bagi subjek Bahasa Melayu yang telah diperolehi oleh Murid A ialah 15/50 manakala bagi ujian 6

pasca murid A telah mendapat 35/50. Selain itu, markah ujian pra bagi subjek Matematik yang telah diperolehi oleh Murid A ialah 19/50 manakala bagi ujian pasca murid A telah mendapat 40/50. Walaupun murid A ini tidak mendapat 50/50 tetapi sudah cukup memadai murid ini menunjukkan peningkatan di dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Dengan ini, murid khas telah menunjukkan peningkatan yang positif di dalam kedua-dua subjek ini. Penguasaan kemahiran asas bagi subjek Matematik dan Bahasa Melayu ini amatlah penting untuk memastikan murid pandai membaca dan mengira kiraan asas. Ini dapat membantu mereka di dalam kehidupan seharian-harian dalam pelbagai aspek. Contohnya, murid dapat membaca buku yang diminati, membaca akhbar, membaca kata-kata pada iklan, mengira duit baki dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, daripada pemerhatian yang tidak berstruktur yang dijalankan saya juga mendapati murid A dapat berkomunikasi dengan baik. Murid A lebih berkenyakinan untuk berkomunikasi dengan murid-murid perdana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, melalui program pendidikan inklusif ini murid A berasa diterima oleh murid-murid perdana secara tidak langsung dapat meningkatkan kenyakinan diri murid A untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Murid A ini belajar kemahiran komunikasi melalui pergaulannya dengan murid perdana. Murid A ini juga belajar untuk berkomunikasi secara berkesan dengan melihat perdana. pergaulan dalam kalangan murid

Bukan itu sahaja, kemahiran interpersonal dan intrapersonal murid A ini juga bertambah baik. Hasil daripada pemerhatian, murid A menunjukkan keberanian untuk bersosial dalam kalangan murid perdana. Murid A ini juga berani untuk bertanya kepada guru mengenai persoalan yang terdapat di mindanya. Sebelum ini, murid A hanya berdiam diri dan tidak mahu bergaul dengan murid perdana kerana malu dan tidak berkenyakinan. Murid A dapat menjalin hubungan yang positif dengan murid-murid perdana. Penglibatan murid A dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga semakin aktif dari masa ke masa. Selain itu, hasil daripada analisis dokumen iaitu lembaran kerja telah menunjukkan peningkatan murid. Markah yang diperolehi bagi setiap minggu semakin meningkat bagi kedua-dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Ini menunjukkan Program Pendidikan Inklusif ini amatlah berkesan bagi murid-murid khas untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik, sosial dan emosi. Kerjasama antara guru Pendidikan Khas, guru

perdana dan murid perdana ini amatlah penting untuk menjamin kejayaan di dalam Program Pendidikan Inklusif ini. Secara keseluruhannya, Program Pendidikan Inklusif ini memerlukan perancangan yang sistematik, komitmen yang tinggi daripada guru pendidikan khas, guru perdana dan murid perdana, bahan bantu mengajar yang menarik dan mencukupi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta sokongan penuh daripada pihak pentadbir terhadap Program Pendidikan Inklusif ini. 4.1 Pihak-pihak yang terlibat di dalam Program Pendidikan Inklusif Program Pendidikan Inklusif ini memerlukan penglibatan daripada pelbagai pihak dan juga sokongan penuh. Hal ini kerana, program ini tidak boleh dijalankan dengan baik tanpa penglibatan daripada pihak-pihak yang sepatutnya. Pihak yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini ialah semua guru mata pelajaran, guru pendidikan khas, guru pemulihan, pihak pentadbir sekolah, ibu bapa, pihak hospital dan masyarakat sekeliling. Dengan adanya sokongan dan penglibatan daripada semua pihak,objektif program Pendidikan Inklusif ini dapat dicapai secara maksimum. Murid khas ini mempunyai masalah daripada aspek intelek, sosial dan emosi, oleh itu dengan adanya sokongan ini murid akan berasa lebih dihargai dan keperluannya akan dipenuhi seterusnya memaksimumkan penguasaan dan semangat untuk belajar. Implikasi Program Pendidikan Inklusif terhadap Murid Terdapat banyak implikasi positif terhadap murid A hasil daripada program Pendidikan Inklusif ini. Murid A ini menunjukkan perubahan di dalam pencapaian akademik. Hal ini kerana, guru telah melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran seperti latih tubi, pengajaran berpasangan, penggunaan permainan, penggunaan bahan bantu mengajar, bimbingan rakan sebaya dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini mampu memberikan kesan yang positif terhadap murid A terutamanya di dalam pencapaian akademik. Selain daripada peningkatan terhadap pencapaian akademik, murid A juga telah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, membina hubungan positif, meningkatkan kenyakinan diri dan banyak lagi. Hal ini kerana melalui program pendidikan inklusif ini murid A berpeluang untuk berinteraksi dengan murid perdana dan juga guru perdana. Ini dapat 8

meningkatkan rasa penerimaan diri murid dengan masyarakat sekeliling. Bukan itu sahaja, tahap kesihatan murid A juga semakin baik dan mindanya semakin cergas. Hal ini kerana, guru telah memberikan vitamin yang telah diluluskan oleh pihak Hospital serta kebenaran daripada ibu bapa. Murid A juga jarang sakit tidak seperti sebelumnya hasil daripada pengambilan vitamin ini. Kesimpulannya, program pendidikan inklusif ini dapat memberikan implikasi yang positif terhadap murid, guru, sekolah dan ibu bapa.

5.0 Cadangan dan Penambahbaikan Terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik agar program Pendidikan Inklusif ini lebih mantap dan berkualiti. Perkara pertama ialah berkaitan dengan jadual pelaksanaan. Guru perlu memantapkan lagi jadual pelaksanaan iaitu pelaksanaan program pendidikan inklusif ini tidak semestinya mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran sahaja, Program pendidikan inklusif ini boleh juga dibuat diluar waktu pengajaran dan pembelajaran agar lebih banyak masa yang boleh digunakan untuk membantu murid khas ini. Bukan itu sahaja, program Pendidikan inkusif ini tidak semestinya terhadap dengan aktiviti pengajaran, pengukuhan dan penilaian sahaja. Guru boleh melaksanakan aktiviti luar seperti pertandingan yang melibatkan kerjasama murid perdana dan murid khas ini. Sebagai contoh, pertandingan Find the Lost Treasure yang membolehkan murid perdana dan murid khas bekerjsama untuk mencari barang misteri yang hilang. Aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan mesra dalam kalangan murid, meningkatkan kemahiran komunikasi secara maksimum, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, memupuk semangat persaingan positif dan meningkatkan kemahiran hidup. Aktiviti seumpama ini juga dapat memberikan keseronokan murid untuk belajar secara tidak langsung murid-murid dapat bermotivasi untuk belajar. Akhir sekali, guru juga mestilah memberikan penghargaan kepada murid Khas dan juga murid perdana. Hal ini kerana, mereka telah memberikan kerjasama yang baik terhadap program pendidikan Inklusif ini. Ini dapat meningkatkan lagi kerjasama antara murid dan juga dapat menggalakkan penglibatan yang lebih memberangsangkan pada pelaksanaan 9

program pendidikan inklusif yang akan datang. Contoh penghargaan yang boleh diberikan ialah seperti hadiah, sijil, pujian dan sebagainya. Menurut teori behaviourisme ganjaran dapat membentuk tingkah laku yang diinginkan manakala menurut teori humanistik motivasi dalaman amat penting untuk menggalakkan murid melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

10