You are on page 1of 2

CARA CARA PENYEDIAAN BAHAN 1) Guru perlu menyediakan kad manila, gunting, gam, pembaris, nombor yang telah

dicetak. 2) Untuk bahan bantu mengajar guru iaitu jadual pecahan, bina 10x10 kotak dengan menggunakan pembaris. 3) Setiap nombor ditampal dengan gam bagi setiap tempatnya iaitu bermula dengan sifir satu hingga sifir 10. 4) Setiap murid disediakan jadual pecahan ini dengan mencetak keluar dan diedarkan kepada setiap murid.

CARA CARA PENGGUNAAN 1) Guru menggunakan jari dengan menunjukkan nombor bagi setiap pecahan yang dicari. 2) Selepas menjumpai pecahan yang dicari, jari digerakkan hingga ke hujung untuk mendapatkan pecahan yang termudah. 3) Guru menerangkan kepada pelajar bahawa jadual ini dapat digunakan sepanjang pembelajaran topik pecahan. 4) Pelajar dapat mencari pecahan termudah dengan mudah dengan bantuan jadual pecahan ini. 5) Jadual pecahan yangbersaiz A4 yang diedarkan kepada setiap murid dapat digunakan sebagai rujukan untuk murid mencari pecahan termudah dalam pecahan. 6) Pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru dan cuba menyelesaikannya dengan menggunakan bahan bantu belajar.